Anda di halaman 1dari 20

PENDIDIKAN JASMANI

UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki

Apa itu Olahraga Asas ????


PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
A. Pengenalan
❑ Acara olahraga asas merangkumi kemahiran
berlari, melompat, membaling, melontar,
merejam dan berjalan kaki.
❑ Acara-acara olahraga boleh dikategorikan
mengikut acara padang dan balapan.
❑ Acara-acara tersebut melibatkan komponen
kecergasan seperti kepantasan, kapasiti
aerobik, daya tahan otot, kuasa dan kelenturan.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
B. Lumba Jalan Kaki
❑ Boleh dimainkan di jalan raya atau di trek.
❑ Jarak yang biasa dipertandingkan adalah
acara lumba jalan kaki 5km, 10km, 20km,
dan 50km.
❑ Kemahiran lumba jalan kaki terbahagi
kepada 2 fasa iaitu fasa sokongan sebelah
kaki dan fasa sokongan kedua-dua belah
kaki.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
B. Lumba Jalan Kaki
❑ Fasa sokongan sebelah kaki pula terdiri
daripada sokongan kaki hadapan dan
sokongan kaki belakang.
❑ Teknik berjalan yang betul akan
menghasilkan pergerakan yang efisien serta
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
❑ Semasa melakukan kemahiran lumba jalan kaki,
postur badan, ayunan tangan, kedudukan kaki
dan rotasi pinggul memainkan peranan penting
bagi memastikan teknik perlakuan yang betul
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
1. Postur badan
➢ Pandang ke hadapan
pada aras mata.
➢ Kepala tegak, siku fleksi
dan kepala relaks.
➢ Postur badan tegak dan
relaks dari mula hingga akhir
langkah.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
2. Pergerakan tangan
➢ Ayunkan tangan selari
dengan dada.
➢ Semasa ayunan ke
belakang, lengan
dirapatkan ke sisi pinggul.
➢ Tangan dan bahu bergerak
serentak dengan pergerakan kaki dan pinggul.
➢ Kekalkan imbangan badan ketika ayunan tangan.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
3. Rotasi pinggul
➢ Goyang pinggul dengan betul dapat menghasilkan
pergerakan yang berkesan serta menambah
kelajuan.
➢ Ketika melangkah, pastikan tapak kaki berada
pada kedudukan yang betul dan panjang langkah
adalah secara maksimum.
➢ Daya yang dihasilkan akan membantu kaki untuk
melangkah.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
3. Rotasi pinggul
➢ Bagi mendapatkan rotasi pinggul yang efisien,
lakukan Latihan berjalan di atas garisan lurus.
➢ Semasa melakukan latihan ini, luaskan langkah
serta silang kaki kiri dan kaki kanan dengan
memijak garisan secara berselang-seli.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
4. Kedudukan kaki dan tapak kaki
➢ Semasa melangkah, tumit kaki menyentuh tanah
terlebih dahulu.
➢ Fleksi hujung jari kaki setinggi yang mungkin.
➢ Kaki perlu lurus semasa menyentuh permukaan
trek.
➢ Buka langkah untuk menghasilkan jarak bukaan
kaki yang luas.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
4. Kedudukan kaki dan tapak kaki
➢ Kedudukan kaki yang sesuai adalah seperti
berjalan di atas garisan lurus.
➢ Kekalkan daya dalam arah yang sama untuk
meningkatkan kelajuan.
➢ Lutut dibengkokkan sedikit ketika tumit mencecah
trek.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
4. Kedudukan kaki dan tapak kaki
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
C. Teknik Jalan Kaki
Info Keselamatan
Ambil perhatian tentang
langkah-langkah berikut:
• Pakai pakaian yang sesuai.
• Tempat latihan hendaklah
selamat.
• Lakukan aktiviti memanaskan badan
sebelum berlatih atau bertanding.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
D. Undang-undang Lumba Jalan Kaki
❑ Undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki
adalah tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa
(IAAF) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
❑ Antara undang-undang dan peraturan lumba
jalan kaki adalah seperti berikut:
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
D. Undang-undang Lumba Jalan Kaki
1. Perlumbaan yang berlangsung di trek akan diadili
oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua
hakim.
2. Kaki belakang tidak boleh meninggalkan trek
sehingga tumit kaki depan menyentuh trek.
3. Kaki yang menyokong mesti diluruskan dari titik
sentuhan dengan trek dan kekal lurus sehingga badan
peserta melepasi kaki yang menyokong.
4. Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki
tidak mengikut peraturan.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
D. Undang-undang Lumba Jalan Kaki
5. Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan
seseorang peserta dibatalkan.
6. Tanda kuning dengan simbol kesalahan akan
ditunjukkan sebagai tanda amaran.
7. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan
seseorang peserta dibatalkan.
8. Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila
tiga hakim sependapat tentang cara berjalan peserta
tidak mengikut definisi lumba jalan kaki. Sekiranya
pertandingan diadakan di trek, peserta yang
dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
D. Undang-undang Lumba Jalan Kaki

simbol-simbol
kesalahan dalam
lumba jalan kaki
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki
Selamat menonton
https://youtu.be/XvxrJx2JdSg
PENDIDIKAN JASMANI
UNIT 6 OLAHRAGA ASAS - Lumba Jalan kaki

TAMAT
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai