Anda di halaman 1dari 12

<IJAZAH SARJANA MUDA

PENGURUSAN PERNIAGAAN >

<SEPTEMBER / 2021 >

<BBPP1103>

<PERINSIP PENGURUSAN>

NO. MATRIKULASI : <920321025578001>


NO. KAD PENGENALAN : <920321-02-5578>
NO. TELEFON : <01124795247>
E-MEL : <hidayatunnur92@oum.edu.my>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM ALOR SETAR>


<KOD KURSUS>
ISI KANDUNGAN

No. Perkara Mukasurat


1. Pengenalan tentang organisasi yang dipilih. 2

2 Perbandingan antara pembuatan keputusan dalam keadaan


kepastian dan pembuatan keputusan dalam keadaan 3,4,5
ketidakpastian yang berlaku dalam organisasi tersebut.
3 Analisis sama ada pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko 5,6,7
berlaku dalam organisasi tersebut.
4 Perbincangan mengenai tiga jenis kaedah pembuatan keputusan 7,8,9,10
berkumpulan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan
dari organisasi yang dipilih.
5 Cadangan kaedah-kaedah untuk meningkatkan keberkesanan 10,11
pembuatan keputusan dalam organisasi tersebut.

6 Ringkasan 11

1
<KOD KURSUS>
PENGENALAN

Pengenalan Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan melayu yang telah
mengecapi kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut
diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.Dengan berbekalkan keyakinan
diri dan ketabahan seta kecekalan hatinya,beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya
dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari
300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini
mencatat RM42 juta.
Ramly Burger atau Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly Bin
Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia.Burger
Ramly lebih mudah didapati di gerai makanan di tepi jalan dan restoran.Kemudiannya,Burger
Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular di kalangan
penduduk Singapura.Ramly Food Processing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam
industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu,ayam,dan hasilan laut
berjenama Ramly,Burger,Nuget,Frankfurter,dan Drummet adalah produk yang paling
diminati.Diasakan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly Bin Mokni dan isteri dari cetusan
idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal,bersih,dan bermutu.Kini
syarikat Ramly telah mempunyai 1000 orang pekerja.70% tempatan dan selebihnya adalah
warga asing.Syarikat Ramly juga telah mempunyai 2 buah kilang pemprosesan di kawasan
perindustrian Iks,Mukim Batu,Kuala Lumpur dan telah menawarkan peluang pekerjaan dari
segi pengurusan,pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk.Setakat ini kumpulan Ramly
mempunyai 10 syarikat subsidiari yang beroperasi dalam kumpulan syarikatnya.3 Antaranya
ialah:
1) Ramly Food Industries Sdn Bhd
2) Ramly Food Marketing Sdn Bhd
3) Ramly Food Services Sdn Bhd
4) Ramly Halal Logistic Sdn Bhd
5) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
6) Ramly Project Management Sdn Bhd
7) Ramly Poultry Integrated Sdn Bhd
8) Ramly Halal Kiosk Sdn Bhd
9) Ramly Mokni Holding Sdn Bhd
10) Ramly Food Processing Sdn Bhd

2
<KOD KURSUS>

2) Perbandingan antara pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian dan


pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian.

Beberapa keputusan boleh dibuat dalam keadaan kepastian.Dalam aspek ini,selalunya


keputusan yang diambil adalah keputusan bersama dalam mensyuarat.Ia adalah untuk
mengurangkan permasalahan yang kemungkinan timbul selespas mensyuarat
selesai.Membuat keputusan secara kepastian ini membolehkan organisasi mempunyai pilihan
yang jelas sama ada dalam aspek keinginan,minat dan keperluan.Apabila membuat keputusan
dalam keadaan pasti,tidak ada istilah secara sembunyi setelah analisa telah
dilakukan.Membuat keputusan dalam aspek ini memerlukan keputusan yang dilakukan dalam
keadaan yang rasional.Keputusan yang diambil kerana rasional ini bermakna pemimpin atau
pengurus mempunyai keupayaan berfikir dan bertindak berdasarkan sebab yang jelas.Pada
tahap ini,analisis keputusan telah terlebih dahulu diperolehi untuk membolehkan seseorang
pemimpin mengetahui dimanakah ia hendak bermula dan bagaimana ia hendak menjawab
soalan sekiranya terdapat perubahan dalam keputusannya.Oleh itu,faedah atau kepentingan
telah dijangka kan atau sememangnya ada jalan alternatif sekiranya keputusan tersebut perlu
diubah.Seseorang yang kurang atau tidak melibatkan emosi dalam membuat keputusan lebih
rasional.Keputusan sebegini akan cuba meramal kesan jangka panjang dan jangka pendek.
Manakala keputusan secara emosi yang stabil kadangkala adalah bersifat rawak,tidak
dapat disesuaikan mengikut keadaan.Pengaruh emosi dalam membuat keputusan adalah
lemah.Seseorang individu boleh menggunakan kemahiran membuat keputusan intuitif dalam
keadaan tertentu apabila mempunyai pengetahuan yang cukup tentang keadaan itu dan disini
emosi memainkan peranan penting dalam banyak keputusan,pengetahuan emosi boleh
menggalakkan penggunaan kemahiran membuat keputusan intuitif.
Selain itu,membuat keputusan berdasarkan kepastian juga ditakrifkan sebagai proses
untuk memilih antara yang berbeza diantara mengejar matlamat yang dikehendaki .Membuat
keputusan persekitaran memerlukan analisis dan penyelidikan yang kritikal.Adalah sesuatu
yang amat berbahaya seseorang pemimpin itu membuat keputusan dengan cara membuat
kajian dengan cepat dan sepintas lalu.Oleh itu,pemimpin yang baik ialah seorang yang
menggunakan perancangan strategik untuk menentukan sebarang tindakan yang akan
dibuat.Sebagai contoh,Datuk Ramly ingin memasarkan daging burgernya ke peringkat
antarabangsa.Sebagai seorang pembuat keputusan untuk membawa hala tuju syarikatnya,ia

3
<KOD KURSUS>
memerlukan dirinya membuat perancangan strategik dengan menetapkan matlamat yang
ingin dicapai seperti memastikan misi,visi syarikatnya akan terlaksana dan mendapat
pencapaian yang memberangsangkan.Oleh itu,perancangan strategik yang dibuat perlu
memahami keseluruhan aspek yang terlibat.Kemungkinan juga Datuk Ramly boleh
menggunakan SWOT analisis dalam membuat keputusan iaitu memastikan ia mendapat
maklumat tentang kekuatan (Strengths),kelemahan (Weaknesses),peluang(Opportunities).dan
ancaman(Threats).Setelah membuat analisis SWOT,barulah ia akan memahami matlamat dan
cara mencapai pencapaian yang baik dalam organisasinya.Pencapaian yang baik adalah
berdasarkan matlamat yang jitu dan padu dan juga berdasarkan maklumat yang telah sedia
ada diketahui.Perancangan jangka pendek dan jangka panjang juga boleh dibuat apabila
semua aspek telah dilaksanakan melalui perancangan strategik.
Membuat keputusan berdasarkan ketidakpastian ialah membuat keputusan berdasarkan
maklumat yang tidak ada.Ketidakpastian terhadap masa hadapan yang akan
berlaku.Seseorang pemimpin perlu mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan
dengan mengambil kira semua kriteria yang telah difikirkan sesuai oleh dirinya dan
organisasinya.Setelah mengambil kira semua kriteria yang telah dibuat,barula ia membuat
pelbagai alternative untuk digunakan dalam membuat keputusan.Sebagai pemimpin yang
baik,ia akan menjelaskan kesemua maklumat yang didapatinya walaupun tidak ada tetapi
sudah cukup untuk mempertaruhkan nasib daripada langsung tidak mengambil sebarang
inisiatif dalam memastikan matlamat dicapai.Tidak mengambil sebarang langkah menjadikan
seseorang pemimpin itu sudah kalah sebelum berjuang.Oleh itu,sebagai langkah keselamatan
bagi seseorang pemimpin,ia akan menjadikan medan mensyuarat sebagai langkah bersama
menentukan keputusan.Dan sekiranya keputusan yang dibuat itu akan mengundang
masalah,maka ia selamat kerana apa yang berlaku itu adalah keputusan mensyuarat.
Apabila membuat keputusan,apa yang perlu ada dalam keadaan ketidakpastian ialah
mengambil satu langkah berjaga-jaga dan membuat analisa yang menyeluruh serta
memberikan pelbagai situasi serta pandangan masa hadapan.Sebagai contoh,Datuk Ramly
Mokni mengusahakan perusahaan daging burger.Seperti yang diketahui,orang-orang Asia
lebih suka makan nasi daripada burger.Kaedah membuat keputusan adalah berdasarkan
pandangan dan pengalamannya.Ada tiga keputusan yang mungkin dibuat iaitu pertamanya ia
akan membuka gerai burger di tempat tersebut dengan harapan penduduk akan membeli dan
memakan burger tersebut.Kedua,beliau akan membuka gerai burger tetapi tanpa
mengharapkan penduduk membeli burgernya tetapi akan memasarkan burger tersebut

4
<KOD KURSUS>
diluar .Ketiga ialah beliau akan mengabaikan penduduk tersebut kerana beranggapan
penduduk tidak akan membeli dan memakan burger tersebut.Ketidakpastian ini memerlukan
seseorang itu membuat beberapa analisa persekitaran sama ada penduduk mampu atau
tidak,pengalamannya,faktor fizikal dan sebagainya.Pemimpin yang baik akan cuba
mengurangkan risiko yang akan ditanggung kelak supaya kerugian tidak
berpanjangan.Kemungkinan-kemungkinan apa yang berlaku pada masa hadapan cuba
digunapakai dahulu agar ramalan-ramalan masa hadapan boleh dibuat.
Mengkaji konsistensi dan sering memberi tumpuan kepada satu pandangan juga adalah
satu ketidakpastian dalam membuat keputusan.Kekecewaan lampau juga memainkan peranan
dalam membuat keputusan sebegini.Seorang pemimpin seringkali menggunakan pengalaman
lampau untuk membuat keputusan sama ada keputusan itu boleh diterima atau tidak ia
bergantung kepada keputusan pemimpin itu sendiri dan secara tidak langsung keberhasilan
atau matlamat juga bergantung kepada diri pemimpin organisasi itu sendiri.
Membuat keputusan berasaskan ketidakpastian juga adalah seperti berjudi,ia memerlukan
seseorang yang membuat keputusan menerima risiko dan kebarangkalian yang tidak
menentu.Membuat keputusan berasaskan kebarangkalian juga dikategorikan sebagai
membuat keputusan secara ketidakpastian.

(3) Analisis sama ada pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko berlaku dalam
organisasi tersebut?

Membuat keputusan berdasarkan berisiko adalah keadaan dimana keputusan tersebut


dibuat tetapi maklumat terhadap situasi semasa dan persekitaran tersebut tidak
lengkap.Dalam situasi sebegini kemungkinan seorang pemimpin organisasi berada sama ada
dalam keadaan ketidakpastian atau keadaan risiko.Risiko yang ingin ditangani tersebut adalah
bersifat objektif dan terpulang kepada pembuat keputusan itu sendiri berdasarkan aspek yang
ingin ditekankan dalam keadaan sebegini.Pemimpin perlu memikirkan sama ada ia boleh
menerima risiko atau tidak dengan melihat keseluruhan persekitaran yang ada.Terdapat tiga
situasi dalam mengambil aspek keadaan berisiko dalam membuat keputusan iaitu:
1) Suka dengan risiko.
2) Neutral dengan risiko.
3) Mengambil risiko.

5
<KOD KURSUS>
Keadaan dimana seseorang itu suka dengan risiko ialah seseorang itu yang sememangnya
akan cuba mendapatkan keadaan yang berisiko dalam membuat keputusan.Sebagai contoh
disini,Datuk Ramly Mokni iaitu pengasas bagi Syarikat Ramly Burger menghadapi pelbagai
cabaran dan halangan untuk membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300
keping sehari ke 30 tan daging sehari.Datuk Ramly juga berani mengambil risiko untuk
melaksanakan perniagaan daging burgernya walaupun beliau menyedari bahawa 90 peratus
rakyat Malaysia memakan nasi dan nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia.
Keadaan dimana seseorang itu Neutral dengan risiko pula ialah apabila ia menerima apa
sahaja yang berlaku dan menyatakan ia adalah tanggungjawab bagi dirinya.Sebagai
contoh,seorang pengurus di dalam Syarikat Ramly telah dilantik menjadi ketua di bahagian
pemasaran.Dia tahu bahawa dia tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang pemasaran
secara dalam talian atau realiti.Dalam situasi membuat keputusan dalam memasarkan produk-
produk Syarikat Ramly dengan keadaan maklumat yang tidak lengkap.Ia mengundang
keadaan berisiko.Akan tetapi sebagai seorang yang neutral terhadap risiko dan menerima
risiko tersebut sebagai cabaran bagi dirinya dan akan cuba menyelesaikan cabaran yang
wujud,ia mungkin akan mengambil langkah mengikuti peredaran zaman tersebut iaitu
melakukan penjualan produk dalam talian itu sendiri.Apa yang penting adalah
keuntungan.Oleh itu,antara tindakan yang boleh dilakukan ialah melakukan pemasaran atas
talian,akhbar dalam internet dan membuat liputan “live” di dalam shopee,instagram,facebook
page dan beberapa platform lain melalui akhbar yang dicapai melalui internet,percuma pada
bahagian awal tetapi pembacaan seterusnya pula adalah berbayar..Situasi sebeginilah yang
dimaksudkan sebagai situasi dimana sesebuah organisasi itu bersifat neutral dalam risiko
tetapi mencapainya untuk memastikan matlamat yang cuba diletakkan sebagai
tanggungjawabnya dapat dilaksanakan.
Keadaan dimana seseorang itu mengambil risiko pula ialah keadaan dimana maklumat
yang tidak lengkap dalam membuat keputusan.Sebagai contohnya Syarikat Ramly sedang
giat dalam rancangan untuk menyiapkan kilang pemprosesan bernilai Rm 1 billion di Taman
Perindustrian Halal HAD di Pulau Indah ,Klang Selangor yang berkeluasan 8 ekar.Datuk
Ramly Mokni ingin meningkatkan jualan tahunan Ramly Burger yang mencecah Rm1 billion
setahun kepada Rm2 billion setahun.Selain itu beliau juga ingin meningkatkan jumlah
pengeluaran daging yang diproses setiap hari.Dalam situasi beginilah seseorang ketua
organisasi tersebut melakukan keputusan dalam keadaan berisiko dan memang
berisiko.Kebarangkalian untuk mengalami kerugian akan berlaku tetapi dengan pengharapan

6
<KOD KURSUS>
terdapat perubahan dalam tingkah laku dan persepsi diharapkan keuntungan akan dapat
dicapai pada jangka masa yang panjang.Manakala teori persepsi adalah teori berisiko dalam
membuat keputusan kerana hanya berdasarkan persepsi tanpa maklumat yang lengkap ia akan
mengundang pelbagai kemungkinan yang tidak dapat dijelaskan.Adakalanya ia akan
merugikan,menguntungkan atau akan menyebabkan Syarikat Ramly benar-benar akan
menjadi muflis.Dalam membuat keputusan berisiko,seseorang pemimpin perlu mempunyai
kekuatan dalam dirinya agar apa juga keputusan yang dihadapinya ia tidak akan terkejut dan
menerima keadaan tersebut dengan tenang.Situasi yang tidak jelas boleh sahaja menjelaskan
bahawa ia akan mengalami kerugian tetapi boleh kerana ia adalah pelaburan jangka masa
panjang atau pelaburan hadapan,harapan tetap ada dan ia hanya mengharapkan akan berlaku
perubahan dalam pasaran tersebut.Pemimpin jenis sebegini adalah pembuat keputusan tanpa
penyesalan terhadap keputusan yang dilakukannya.

(4)3 Jenis kaedah pembuatan keputusan berkumpulan dan contoh-contoh yang relevan.

Pembuatan keputusan secara berkumpulan adalah yang terbaik untuk mendapatkan


keputusan yang paling optimum.Terdapat 3 kaedah dalam membuat keputusan secara
berkumpulan iaitu sumbangsaran (brainstorming),teknik kumpulan nominal dan teknik
Delphi.Sumbangsaran atau lebih dikenali sebagai “brainstorming” ini menggalakkan semua
orang menjana atau memberikan idea-idea sebanyak mungkin dan maklum balas negatif tidak
dibenarkan sama sekali kecuali semua pendapat atau idea ini telah di dengar.Teknik ini
biasanya melibatkan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh orang barulah dapat dilaksanakan
secara berkesan.Masing-masing akan memberi buah fikiran bergilir-gilir dan cadangan atau
idea mereka akan dikumpul dan dinilai mengikut kelebihan dan kelemahan yang sedia ada.
Sebagai contoh,sejak ditubuhkan pada tahun 1984,Syarikat Ramly Food Processing Sdn
Bhd telah membuktikan bahawa atas hasil usaha pemilik dan pengurusan yang baik,mereka
berjaya meningkatkan produktiviti yang tinggi iaitu dari pengeluaran 300 keping daging
sehari meningkat sehingga 30 tan daging sehari.Walaupun ekonomi negara merosot sekitar
tahun 2015 hingga 2018,namun Syarikat Ramly tidak terjejas teruk hasil pandangan jauh
pemiliknya Datuk Ramly Mokni.Syarikat Ramly juga telah menubuhkan makmal biologi
Ramly pada tahun 2012 di mana fungsi makmal ini adalah untuk menjalankan penyelidikan
dan pembangunan produk-produk Ramly supaya sentiasa selamat untuk dimakan,bersih,segar
dan mampu bersaing dengan produk-produk lain.

7
<KOD KURSUS>
Manakala yang kedua pula adalah teknik kumpulan nominal.Teknik ini adalah salah
satu cara dengan memberikan cadangan-cadangan daripada ahli kumpulan yang akan dinilai
terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada ahli kumpulan yang lain.Teknik ini
menggunakan empat langkah asas yang digunapakai iaitu :
1) Mencatat idea secara individu untuk masalah yang dibincangkan.
2) Para ahli akan membentangkan idea kepada kumpulan yang lain dan dicatatkan
semula untuk dikaji dan dirujuk pada semua ahli kumpulan.
3) Perbincangan untuk menilai kelebihan dan kelemahan idea yang dibentangkan.
4) Ahli kumpulan mengundi untuk memilih idea yang dibentangkan dan idea yang
mendapat undian tertinggi akan dilaksanakan.

Selain itu,teknik ini juga mempunyai beberapa kaedah atau cara yang diaplikasikan
semasa mencari jalan penyelesaian melalui perbincangan berkumpulan ini,amat berguna bagi
kebanyakan organisasi.Teknik ini juga dikenali dengan teknik berlembut dalam membuat
keputusan.Proses dalam menggunakan kaedah pembuatan keputusan melalui Teknik
Kumpulan Nominal ini terdiri daripada empat langkah berikut :
1) Pencetus idea atau tulis idea.Setiap ahli kumpulan adalah digalakkan untuk menulis
pendapat atau idea dengan menggunakan nota kecil untuk menyelesaikan sesuatu isu atau
masalah sebelum dibentangkan dan dibahaskan.
2) Pembentangan idea.Setiap ahli kumpulan akan menyatakan atau membentangkan
pendapat atau idea mereka kepada ahli kumpulan yang lain.Cadangan-cadangan ini akan
dicatatkan dalam papan notis atau papan hitam atau direkodkan di dalam komputer dan
dipancarkan ke papan layar melalui Lcd projektor supaya mudah untuk ahli-ahli yang lain
membuat rujukan dan penilaian awal.Proses ini biasanya bergantung kepada bilangan ahli
yang berkumpul kerana jika ramai,setiap diantara mereka diberi peluang untuk menyatakan
pendapat dan idea mereka itu.
3) Bincang kelebihan dan kelemahan.Setelah semua ahli membentangkan idea mereka maka
bermula lah sesi perbincangan untuk menentukan kelebihan dan kelemahan idea berkenaan
yang akan dicatatkan .Proses inilah yang biasanya memakan masa yang agak panjang dan
pada kebiasaannya mengambil masa 45 minit ke 1 jam untuk masing-masing meyakinkan
kelebihan-kelebihan cadangan atau idea daripada mereka.
4) Undi dan laksanakan idea.Selepas pembentangan dan perbincangan berkaitan kelebihan
dan kelemahan idea,maka tibalah masa untuk setiap ahli kumpulan mengundi dalam kertas

8
<KOD KURSUS>
kecil untuk memilih cadangan yang difikirkan paling sesuai untuk mereka menangani
masalah atau isu yang sedang dihadapi.Setelah itu mereka akan melaksanakan idea yang
terpilih dengan undian yang terbanyak itu.

Sebagai contoh,perlantikan jawatan di dalam Syarikat Ramly.Setiap syarikat mempunyai


lembaga pengarah dan mereka adalah orang yang bertanggungjawab untuk melantik peneraju
syarikat dan jawatan-jawatan yang seumpamanya.Contohnya perlantikan ketua pegawai
eksekutif atau CEO dan ini adalah amat penting untuk memastikan perjalanan syarikat
bergerak maju berdaya saing.Semasa mensyuarat lembaga pengarah,mereka akan
membentangkan cadangan-cadangan mereka kepada ahli lembaga pengarah yang
lain.Seterusnya perbincangan setiap calon diadakan bagi menentukan kelebihan-kelebihan
dan kelemahan-kelemahan yang ada pada mereka.Ini adalah perlu kerana CEO adalah orang
yang menentukan keuntungan syarikat,jika syarikat mengalami kerugian maka ahli lembaga
pengarah akan turut rugi.Setelah itu undian akan dibuat oleh semua ahli lembaga pengarah
untuk melantik CEO dan satu surat tawaran perjawatan akan diberikan kepada calon yang
mendapat undian atau sokongn ramai.
Akhir sekali Teknik Delphi.Teknik ini adalah kaedah pembuatan keputusan melalui
panel pakar yang akan mencari penyelesaian dengan menjawab beberapa soalan dan bekerja
bersama panel yang lain untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk setiap isu yang
mereka cuba selesaikan.Kaedah ini tidak mewajibkan perjumpaan secara bersemuka kerana
biasanya ia boleh dibuat melalui media komunikasi seperti email,sidang media atau laman
sosial tertutup.Teknik ini juga akan melibatkan beberapa langkah.
A) Pakar dalam sektor berkaitan dikenalpasti dan dipilih.
B) Sebarang masalah diolah dalm bentuk soalan terbuka.
C) Soalan terbuka atau soal selidik itu diserah kepada pakar atau ahli panel supaya
mensyorkan penyelesaian.
D) Soal selidik yang lengkap akan diserahkan semula kepada pengurus.
E) Jawapan dirumuskan dan digabungkan dalam bentuk laporan dan diserahkan kepada ahli
panel untuk mengetahui cadangan daripada panel-panel lain dan soal selidik yang kedua akan
dilengkapkan.
F) Proses tersebut akan diulang-ulang sehingga mendapat keputusan sebulat suara.

9
<KOD KURSUS>

5)Cadangan kaedah-kaedah untuk meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan


dalam organisasi tersebut.

Pihak pengurusan tertinggi perlu melihat bagaimana menjadikan Ramly Burger lebih
terkenal,bukan sahaja dari segi kesedapan dan kualiti produknya malah dari segi
pembangunan modal insan dan etika kakitangannyayang mampu menjadi bualan masyarakat
setempat dan antarabangsaPerlu diketahui,dalam perniagaan yang melibatkan pengurusan dan
perkhidmatan komunikasi adalah suatu perkara yang sangat penting.Layanan yang baik dan
cekap adalah kunci kepada kejayaan organisasi.Komunikasi yang baik bukan sahaja dengan
pelanggan malahan antara Pengurusan Tertinggi dengan kakitangan dan juga antara
kakitangan di dalam organisasi itu sendiri.Ini dapat mewujudkan persekitaran yang sihat dan
baik diantara pengurusan dan kakitangan supaya berkhidmat lebih lama dan setia dengan
organisasi.
Selain itu,memberikan penghargaan kepada rakan perniagaan dan pelanggan.Di dalam
teori hierarki keperluan maslow yang dikemukakan oleh Abraham Maslow menyatakan
terdapat lima keperluan yang perlu dipenuhi oleh manusia seperti
fisiologi,keselamatan,sosial,penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri (Maslow 1943).Jelas
disini bahawa penghargaan adalah merupakan sesuatu yang sangat penting dalam
memastikan kejayaan sesebuah organisasi.Syarikat Ramly perlu mengadakan jalinan yang
baik dengan semua rakan pengedar yang mengedar produk mereka.Berikan mereka
penghargaan setiap tahun dengan mengadakan satu konvensyen atau “annual dinner” dengan
semua pengedar dan hargai mereka dengan memberi rewards yang tidak dijangka oleh
mereka.Ini dapat memotivasikan mereka supaya lebih setia untuk terus bekerjasama dengan
Syarikat Ramly.Syarikat juga boleh memikirkan untuk memberikan penghargaan kepada
pelanggan.Antaranya seperti memberikan kad ahli kepada pengguna produk Ramly yang
boleh digunakan dimana-mana pasaraya untuk mendapatkan potongan harga.Mereka juga
boleh membuat peraduan tahunan Ramly dan memilih mana-mana pelanggan yang bertuah
dengan memberikan hadiah kepada mereka.Lebih berharga sekiranya peristiwa seperti itu
dapat dirakam dan disiarkan di dalam televisyen.

10
<KOD KURSUS>
Selain itu juga,Syarikat Ramly komited untuk menyediakan platform kepada para
usahawan untuk menyertai program penternak kontrak ayam daging Bumiputera bersama
Ramly di mana para usahawan yang terpilih akan membekalkan ayam daging kepada pusat
penyembelihan ayam Ramly.Ramly mensasarkan untuk mempunyai sebuah pusat
penyembelihan dan pemprosesan ayam yang moden,sepenuhnya automatik dan
menggunakan teknologi terkini yang akan melibatkan pelaburan melebihi Rm 80Juta.Pusat
penyembelihan ayam tersebut akan dapat memproses ayam pada kapasiti 96000 ekor sehari
atau 2.5 juta ekor sebulan sebagai permulaan dan boleh diperbesarkan sehingga 192000 ekor
sehari atau 4.9 juta ekor sebulan pada masa hadapan.Menerusi program ini juga,kumpulan
Ramly menyahut hasrat kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(IAT),menjadikan pertanian sebagai sektor ekonomi strategik untuk pertumbuhan ekonomi
dan juga menjamin keselamatan makanan negara.Ini keranaprogram ini dapat mewujudkan
kesan ekonomi berganda dengan wujudnya penternak moden muda luar bandar.Oleh
itu,pendapatan petani yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat luar bandar B40 dapat
ditingkatkan kepada sasaran sekurang-kurangnya Rm 4000sebulan boleh dicapai.

)Ringkaskan

Pembuatan keputusan yang efisyen dan baik dapat meningkatkan mutu pengurusan
sesebuah organisasi untuk maju ke hadapan.Pengurusan yang cekap dapat membantu
menghadapi cabaran,mengelakkan risiko yang berat kepada organisasi,pembaziran
penggunaan sumber dapat dikurangkan serta melahirkan suasana kerja yang
baik.Kepentingan mengenal pasti masalah persekitaran dan langkah-langkah dalam
pembuatan keputusan sepatutnya wujud dalam setiap organisasi yang dibangunkan.Proses
mengetahui keputusan pembuatan keputusan dalam kepastian,ketidakpastian dan berisiko
mempengaruhi kesan yang sangat besar bagi sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu
keputusan yang baik.
Secara kesimpulannya,membuat keputusan akan jadi lebih mudah jika langkah-langkah
dan kaedah-kaedah membuat keputusan dipraktikkan tidak kira bagi individu mahupun
keputusan bagi sesebuah organisasi.Walaupun setiap keputusan yang diputuskan itu ada
risikonya,sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko pada keputusan yang diambil.

(2897 PATAH PERKATAAN)

11

Anda mungkin juga menyukai