Anda di halaman 1dari 10

Perancangan Akademik

JKA 419
BUDAYA DAN
EPIDEMIOLOGI
PENYAKIT
Sidang Akademik 2021/2022

WEBEX TARIKH MASA

Webex 1
Webex 2
Webex 3
Webex 4
INTENSIF 1
28 Feb – 18 Mac 2022
INTENSIF 2

Webex7
Webex 8
Webex 9
Webex 10
(Tarikh dan masa kelas sidang Webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual
Sidang Webex Sidang Akademik 2021/2022 yang telah dihantar kepada pelajar)

-1-
JKA 419

BUDAYA DAN EPIDEMIOLOGI PENYAKIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perancangan Akademik (PA) ini akan memberikan panduan berguna sebelum


anda memulakan pembelajaran anda secara berkesan. P.A merupakan suatu
garis panduan yang meliputi objektif kursus, liputan kursus, keperluan-keperluan
dan syarat-syarat khusus yang dituntut dalam kursus ini.

Sila baca dan beri perhatian!.

PENGENALAN

Umumnya kita mengetahui bahawa matlamat perubatan adalah untuk


mengekalkan kesihatan, menyembuhkan penyakit, mencari penawar dan juga
meringankan penderitaan. Namun dalam proses ini, ia bukan lah sesuatu yang
mudah apabila melibatkan isu budaya, persekitaran, kemajuan pembangunan,
ideologi, sikap dan sebagainya. Apabila kita membicarakan tentang elemen-
elemen sosial berkenaan kesihatan, perubatan dan penyakit, maka ia boleh
dikaji daripada pelbagai perspektif dan bukan semata-mata daripada pandangan
saintis perubatan sahaja. Pandangan daripada perspektif sains sosial terutama
antropologi dan sosiologi perubatan mampu mewarnai wacana epidemiologi
penyakit dan budaya dengan penjelasan melalui perspektif sosiobudaya dan
etnoperubatan.

Justeru, kursus ini membincangkan fenomena budaya dan epidemiologi penyakit


termasuklah sistem ideologi dan klasifikasi sistem perubatan tradisional, moden
dan kosmopolitan yang mempengaruhi kaedah rawatan kesihatan masyarakat.
Sistem-sistem perubatan dan kesihatan masyarakat ini akan dikenalpasti dan
dinilai dalam konteks perubahan sosial dan budaya masyarakat di peringkat lokal
dan juga global.

Dalam dunia perubatan moden dan tradisional peranan perawat sangat penting
dalam memberikan justifikasi penyakit. Sehubungan itu, kandungan kursus ini
turut memberi tumpuan terhadap peranan dan kegiatan pengamal atau perawat
sistem perubatan tradisional dan moden dalam usaha mendapatkan perspektif
yang integratif tentang amalan budaya kesihatan awam masyarakat. Hal-hal lain

-2-
yang akan diambil kira dalam perbincangan ini termasuk amalan pemakanan,
penjagaan kesihatan asas, psikoterapi, teknik dan mekanisme rawatan, upacara
amal dan farmakopia tradisional dan moden.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Secara umumnya, kursus ini membincangkan secara menyeluruh mengenai


budaya dan epidemiologi penyakit daripada perspektif antropologi dan sosiologi.
Pada peringkat akhir kursus ini pelajar akan menguasai hasil pembelajaran
berikut;

Hasil Pembelajaran Kursus PO Kaedah Penilaian

CO1 Menghurai teori, konsep budaya dan Peperiksaan


epidemiologi sosial tentang kejadian dan wabak PO1 Berterusan/Peperiksaan
penyakit. Akhir
CO2 Menjelaskan sistem perubatan tradisional dan
moden berasaskan sistem budaya dan kategori PO4 Tugasan
penyakit.
CO3
Mengorganisasikan maklumat yang berkaitan PO6 Peperiksaan Akhir
struktur sistem perubatan dalam masyarakat dari
dimensi budaya.
CO4 Menjelaskan bentuk penjagaan kesihatan
masyarakat dari perspektif budaya dan PO10 Pembentangan
epidemiologi dibentangkan dengan
menggunakan platform digital yang sesuai.

List of Program Outcomes, USM


PO1 – Knowledge
PO2 – Practical Skills
PO3 – Critical Thinking and Problem Solving
PO4 – Communication Skills
PO5 – Interpersonal Skills
PO6 – Ethics and Professionalism
PO7 – Personal Skills
PO8 – Entrepreneurial Skills
PO9 – Leadership, Autonomy and Responsibility
PO10 – Digital Skills
PO11 – Numeracy Skills

PEMBAHAGIAN KURSUS DAN TAJUK PERBINCANGAN

Kursus ini terbahagi kepada empat bahagian dan tajuk-tajuk perbincangan dalam
setiap bahagian disenaraikan di bawah:

BAHAGIAN 1

i) Memperkenalkan perspektif Antropologi Sosial dan Bioperubatan dalam


membincangkan isu-isu budaya dan epidemiologi penyakit.

-3-
a) Membicarakan kemunculan bidang epidemiologi dan etnoperubatan
sebagai suatu sub-disiplin dalam Antropologi dan Sosiologi.

b) Memperkenalkan takrifan konsep-konsep asas, budaya dan epidemiologi


dalam sistem perubatan dan kesihatan masyarakat.

c) Mengenalpasti pendekatan-pendekatan yang sesuai dalam memahami


sistem epidemiologi penyakit.

BAHAGIAN 2

i) Memperkenalkan aspek-aspek epidemiologi dan budaya masyarakat.

a) Mengkaji sistem-sistem perubatan di Malaysia.

b) Membicarakan tentang sistem penjagaan kesihatan dan sistem budaya


masyarakat.

c) Meneliti kajian kes tentang amalan kesihatan dan fenomena penyakit


yang terdapat di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

d) Mengkaji dan mengenali universalism dan particularism dalam sistem


perubatan moden dan tradisional.

BAHAGIAN 3

a) Mengupas persoalan-persoalan berkaitan amalan penjagaan kesihatan,


amalan pemakanan, teknik rawatan, psikoterapi dan upacara amal
masyarakat dalam sistem perubatan tradisional dan moden.

b) Melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam sistem etnoperubatan


masyarakat Malaysia.

c) Mengkaji pemikiran atau amalan idealistik dalam setiap sistem tersebut.

BAHAGIAN 4

a) Melihat peranan perawat dalam sistem kesihatan dan perubatan


tradisional.

b) Mengkaji mekanisme yang digunakan oleh masyarakat untuk


mengklasifikasi hal-hal berkaitan kesihatan dan budaya masyarakat.

-4-
c) Menganalisis pemahaman budaya, tingkah laku dan gaya hidup
masyarakat kontemporari dan pengaruhnya terhadap penyakit.

Webex

Pembelajaran anda di PPPJJ dibantu dengan berbagai cara. Salah satu


daripada cara formal ialah menerusi webex. Terdapat sepuluh topik yang
dijadualkan untuk kursus ini, pembahagiannya melibatkan empat topik dijalankan
secara webex sebelum kursus intensif dan dua topik secara bersemuka semasa
kursus intensif, dan empat topik lagi adalah secara webex selepas kursus
intensif.

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam sidang video adalah seperti berikut:

SIDANG TAJUK PERBINCANGAN


WEBEX

Webex 1 Fenomena budaya dan penyakit

Webex 2 Teori dan konsep asas budaya dan epidemiologi penyakit

Webex 3 Budaya dan penyakit

Webex 4 Perubatan alternatif VS perubatan moden

Intensif 1 Perubatan tradisional I

Intensif 2 Perubatan tradisional II

Webex 7 Sistem perkhidmatan kesihatan dan perubatan Malaysia

Webex 8 Peranan Perawat dalam perubatan tradisional/alternatif

Webex 9 Penyakit keturunan

Webex 10 Modenisasi, gaya hidup dan penyakit

-5-
PENILAIAN

Tugasan (20%)
Pembentangan (10%)
Peperiksaan Berterusan (20%)
Peperiksaan Akhir (50%)

Peperiksaan Berterusan

Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus intensif. Soalan-soalan


adalah berbentuk esei. Sila baca modul 1, 2, 3 dan bahan bacaan yang
diberikan secara berkala sebagai persediaan untuk peperiksaan berterusan ini.

Tugasan

Pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini dikehendaki menulis sebuah esei


bernilai 20% sebagai asas kerja kursus. Tugasan yang lewat atau tidak dihantar
oleh pelajar tidak akan diberikan markah dan pelajar akan dianggap gagal dalam
kerja kursus. Tugasan ini hendaklah dimuat naik ke dalam PORTAL selewat-
lewatnya 15 Januari 2022.

Pembentangan
Satu pembentangan dalam bentuk video perlu dihasilkan oleh pelajar bagi
menguji kemahiran digital, dan tajuk pembentangan adalah berdasarkan tajuk
tugasan. Pembentangan ini membawa pemberat sejumlah 10 peratus dan perlu
di hantar melalui PORTAL selewat-lewatnya 15 Januari 2022.

Peperiksaan Akhir

Peperiksaan Akhir pada bulan Jun 2022 (sila rujuk portal PPPJJ untuk makluman
terkini).

TUGASAN

1) Esei

Pilih salah satu tajuk di bawah. Tugasan bagi kursus ini adalah secara
berkumpulan. Setiap kumpulan tidak melebihi 2 orang.

Tajuk Tugasan:

1. Huraikan perkembangan salah satu dari bentuk rawatan tradisional


atau alternatif yang terdapat di Malaysia.

-6-
2. Jelaskan bagaimana faktor sosio-budaya mempengaruhi status
kesihatan dan penyakit dalam masyarakat pada masa kini.

Arahan

Tugasan anda haruslah mematuhi perkara-perkara berikut:

i. Tarikh akhir penyerahan tugasan - 15 JANUARI 2022.

ii. Esei anda tidak melebihi 2,000 patah perkataan, tidak termasuk
lampiran.

iii. Pembentangan dan esei boleh dilakukan secara individu atau


berkumpulan terdiri dari dua orang ahli sahaja, jika anda memilih untuk
melakukan secara berkumpulan sia pastikan setiap ahli kumpulan
memainkan peranan masing-masing. MENGUPAH atau
MENUMPANG penghasilan tugasan adalah DILARANG sama
sekali. Contoh A sebagai ketua kumpulan mencari bahan dan
membahagikan kepada B. Setiap ahli perlu membaca bahan yang
ditentukan dan menulis bahagian masing-masing dan perbincangan
perlu dilakukan dalam talian sebelum tugasan ditulis. Setiap ahli
kumpulan perlu menyatakan perkara yang dipelajari dan membuat
rumusan secara individu di akhir tugasan.

iv. Esei mesti bercetak komputer, gunakan '1.5 spacing' atas kertas A4
yang berwarna putih sahaja, font Arial bersaiz 12.

v. Setiap rujukan mesti dinyatakan sumbernya. Cara menulis senarai


rujukan (bibliografi), nota kaki atau nota hujung mestilah mengikut APA
stye of writing.

vi. Pelajar dikehendaki menggunakan sekurang-kurangnya 6 bahan


rujukan dan lampirkan dua muka surat pertama setiap bahan yang
dirujuk.

vii. Sila tulis nama, nombor pendaftaran, kod kursus, dan TAJUK tugasan
dengan terang dan jelas. Kulit tugasan yang disediakan oleh PPPJJ
hendaklah digunakan bagi tujuan ini.

viii. TUGASAN PERLU DIHANTAR MELALUI PORTAL SAHAJA.

-7-
2) Video

1. Setiap kumpulan perlu menghasilkan video pendek berdurasi kurang atau


tidak melebihi 5 minit (marakah akan ditolak jika melebihi masa yang ditetapkan).
2. Kandungan video adalah perlu memberi gambaran keseluruhan daripada
tajuk tugasan yang dipilih.
3. Pelajar dilarang membaca slide untuk pembentangan sebaliknya perlu
membentangkan secara ‘natural’ dengan menggunakan ayat sendiri.
4. Video yang dihasilkan MESTI di muat naik di PORTAL – sebarang bentuk
CD tidak akan diterima.
5. Sila pastikan semua bahan yang di muat naik disemak sebelum dihantar
dan pastikan bukan file kosong yang dihantar.

KURSUS INTENSIF

Sila ambil perhatian bahawa Kursus Intensif akan bermula pada 28 Februari – 18
Mac 2022 (sila rujuk maklumat terkini dalam portal PPPJJ).

GRED / GRADE

Gred A A- B+ B B- C+ C C- D+ D D- F
Nilai 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0.00

-8-
RUBRIK / RUBRIC

C o u rs e MARK - Low to high


Assignment
O u tc o m Assessment
e Weight 1 2 3 4 5

CO1
PB (20%) ANSWER SCHEME
PA
(20%)
CO2 PB (20%) ANSWER SCHEME
Tugasan
(20%)
Tidak boleh menyusun danKurang berkemampuan Boleh menyusun danmen Boleh menyusun dan menga Boleh menyusun dan mengan
menganalisis data atau menyusun dan ganalisis data atau maklu nalisis data atau maklumat y alisis data atau maklumat yan
maklumat yang dicerap/ menganalisis data atau m mat yang dicerap/ ang dicerap/didapati boleh g dicerap/didapati dengan
didapati dan tidak dapat aklumat yang dicerap/ di didapati tetapi kurang bermengenalpasti faktor yang mbaik, boleh mengenalpasti
PO3 (10%) mengenalpasti dapati dan tidak berjaya jaya mengenalpasti faktor enyumbang kepada masalah faktor yang menyumbang
Tugasan Kemahiran Penyeles faktor yang menyumbang mengenalpasti factor yang menyumbang kepa / isu atau boleh kepada masalah/ isu dengan
kepada isu atau menjelaskan
yang menyumbang
(10%) aian Masalah
ppunca masalah kepada masalah/ isu atau
da masalah/ isu atau tidakmenerangkan punca tepat dan
CO3 menjelaskan punca menerangkan punca mas masalah. boleh menerangkan punca m
Pembentan masalah. alah asalah dengan jelas.
dengan jelas.
gan (10%)
Verbal Boleh menyampaikan Boleh menyampaikan
Communication Tidak berupaya Boleh menyampaikan idea
idea dengan berkesan idea dengan berkesan Boleh menyampaikan idea
menyampaikan idea dengan sangat berkesan dan j
(10%) dengan berkesan.
namun memerlukan namun memerlukan dengan berkesan dan jelas..
penambahbaikan lanjut. jelas.
sedikit penambahbaikan.

PA
CO4 A NSW ER SCHE ME
(20%)

E-PORTAL

E-Portal pembelajaran hanya akan diaktifkan apabila sidang baharu bermula. Hal
ini bagi membolehkan setiap pelajar membaca modul terlebih dahulu dan
berusaha untuk menulis nota pembelajaran masing-masing. Sila rujuk ruangan
forum dari semasa ke semasa. Pelajar juga digalakkan memanfaatkan e-mel
untuk berkomunikasi dengan pensyarah.

BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Pelajar perlu membaca bahan rujukan yang dicadangkan di samping membaca


bahan rujukan tambahan yang akan diberikan dari masa ke semasa oleh
pengurus kursus. Pelajar juga digalakkan mencari sendiri dan membaca bahan-
bahan terkini yang berkaitan di Perpustakaan atau melalui internet.

RUJUKAN UTAMA

1. Nitcher, M. (ed). (1994). Anthropological approaches to the study of


ethnomedicine, Amsterdam: Gordon and Beach.

-9-
2. Berkman, L.F. & Kawachi, I. (ed). (2000). Social Epidemiology, New York:
OUP.
3. Ingold, T. (2000). Companion Encyclopedia of Anthropology, GB: Routledge.
4. Foster, G.M. & Anderson, B.G. (1978 ). Medical Anthropology. UK: McGraw-
Hill College. "

Rujukan Tambahan (Tugasan)


1. Vivien Yew Wong Chin & Noor Azlan Mohd Noor.2014. Sociocultural
determinants of health and illness: A theoretical inquiry. GEOGRAFIA
OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 1 (49 - 59).

2. Ayse K Uskul. 2010. Socio-cultural aspects of health and illness, In: French,
David and Kaptein, Ad A. and Vedhara, Kavita and Weinman, John, eds. Health
psychology (2nd edition). Wiley-Blackwell, pp. 347-359.

3. Raja Rina Raja Ikram and Mohd Khanapi Abd Ghani, 2015. An Overview of
Traditional Malay Medicine in the Malaysian Healthcare System. Journal of
Applied Sciences, 15: 723-727. DOI: 10.3923/jas.2015.723.727

4. Hubert Cheung,Hunter Doughty,Amy Hinsley,Elisabeth Hsu,Tien Ming Lee,E. J.


Milner-Gulland,Hugh P. Possingham,Duan Biggs, 2021. Understandin Traditional
Chinese Medicine to strengthen conservation outcomes, Volume3(1) Special
Feature : Citizen Science

5. Yogini S. Jaiswal,Leonard L. Williams. 2017, A glimpse of Ayurveda – The


forgotten history and principles of Indian traditional medicine, Journal of
Traditional and Complementary Medicine, Volume 7(1), Pp 50-53.

- 10 -

Anda mungkin juga menyukai