Anda di halaman 1dari 2

Ahli Kumpulan

1. Nur Amelia Farisha


2. Nurul Afiqah Nazlah
3. Nur Izzati
Soalan 1
Nyatakan hubungan makna dalam bahasa.

Hubungan makna dalam bahasa saling berkaitan antara satu sama lain yakni sesuatu ayat
yang dibina haruslah menitikberatkan tentang pemilihan perkataan, frasa yang betul dan sesuai
berdasarkan fungsi serta situasi bagi menunjukkan makna yang tepat dalam bahasa tersebut.
Sebagai contoh, kata dasar seperti hiris digunakan untuk memisahkan objek atau benda.
Sehubungan itu, apabila kata dasar hiris menerima imbuhan meng- maka perkataan tersebut
berubah menjadi menghiris. Justeru, konteks ayat dan makna ujaran yang betul apabila
menggunakan perkataan menghiris adalah “Kakak sedang menghiris bawang”. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa ayat yang dibina bertepatan dengan makna dalam bahasa yakni makna
menghiris sememangnya merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek bagi
melengkapkan ayat sekaligus menunjukkan maknanya yang betul dan tepat.

Selain itu, makna mempunyai kelasnya tersendiri dalam bahasa yang berkait rapat
dengan pengalaman, sejarah, tujuan dan perasaan pengguna bahasa. Kelas makna dapat
dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu makna leksikal dan makna struktural. Makna
leksikal merujuk kepada makna perkataan dalam kamus tanpa melihat penggunaannya dalam
ayat. Dengan kata lain, makna leksikal berdasarkan perbendaharaan kata itu sebelum
mengalami proses perubahan bentuk yang disebut juga sebagai makna kamus. Contohnya,
perkataan “rumah” yang bermaksud gunaan tempat tinggal jika dirujuk di dalam kamus.
Seterusnya, makna struktural pula muncul hasil daripada hubungan antara satu unsur bahasa
dengan unsur bahasa lain dalam unit yang lebih besar. Hal ini mengambil kira unsur bahasa
berkaitan segmental atau suprasegmental. Unsur-unsur segmental berupa morfem, kata, frasa,
klausa dan ayat manakala unsur yang berkaitan suprasegmental seperti irama, jeda, tekanan
dan nada. Contohnya, proses gramatikal yang melibatkan pengimbuhan yang berlaku pada
suatu perkataan mengubah konteks makna keseluruhan ayat tersebut. Misalnya, kata dasar
“lari” dapat diberikan pelbagai pengimbuhan seperti berlari, berlarian, dilarikan, melarikan,
pelarian dan larian.
Kesimpulannya, makna sesuatu perkataan itu dapat ditentukan bukan sahaja dari
kamus semata-mata namun perlu dilihat daripada konteks penggunaanya. Selain itu, terdapat
banyak perkataan yang mempunyai makna yang pelbagai selaras dengan sifat sesuatu bahasa
yang sentiasa berubah dan berkembang mengikut peredaran masa dan kemajuan tamadun
bangsanya. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa makna berkait rapat dengan
sesuatu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai