Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH PENGARAH SESI JANUARI – DISEMBER 2020


DAN JANUARI – JUN 2021 ILKKM JOHOR BAHRU (SIDANG 2 )
Perkara Teks Que
Persediaan Assalamualaikum dan salam sejahtera, Farhana
Hadirin yang dihormati sekalian
Majlis akan bermula sebentar lagi,
Diharapkan hadirin dapat bersedia

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan


dengan lancar, mohon para hadirin dapat terus
berada bersama kami sepanjang masa dan
sentiasa menutup microphone sepanjang majlis
berlangsung.

Terima kasih atas kerjasama dan keperihatinan


semua.

Salutasi Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera Hafiz

Yang berusaha

Puan Dawindar Kaur


Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih

Puan Zahratul Ziha Binti Dato’ Mohamad


Razali

Timbalan Pengarah Pengurusan

Puan Zaleha Binti Zainal Abidin


Ketua Penilaian & Kualiti menanggung tugas
Timbalan Pengarah Akademik Ilkkm Johor Bahru

Ketua-Ketua Program,
Ketua-Ketua Subjek,
Ketua-Ketua Teras,
Ketua-Ketua Unit,
Barisan Pengajar dan
Yang Diraikan

Barisan Penerima Anugerah Pengarah Sesi


Januari – Disember 2020 Dan Januari - Jun
2021 (Sidang 2) sekalian.

Nyanyian Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu. Farhana


lagu Untuk itu, hadirin dipohon untuk berdiri. Bagi
memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita
nyanyikan bersama dengan penuh semangat ;

1. Lagu Bangsa Johor


2. Lagu Negaraku , dan
3. Lagu Kami Sedia Membantu.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat Hafiz


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh
Muhammad Syahmi bin Shamsuddin,
Pelatih Diploma Jurupulih Carakerja Semester
3

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------doa-----------

Amin amin ya rabbal ‘alamin

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Muhammad Syahmi bin Shamsuddin,
atas bacaan doa sebentar tadi
Kata aluan (Hafiz) Farhana
Orang kaya banyak berharta,
Lupa diri asyik berlibur,
Bismillah kalam pembuka kata,
Selamat datang salam dihulur,

(Farhana)
Hembusan pawana menyapa pepohonan,
Biru beratap hujan gerimis,
Terima kasih kami ucapkan,
Hadirin bertandang menyerikan majlis.

Kami mewakili Ahli Jawankuasa Pelaksana


mengalu-alukan kedatangan yang diraikan,
barisan Penerima Anugerah Pengarah dan tuan
puan ke majlis pada pagi ini.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan


limpah rahmatNya dapat kita bersama-sama
bersua di dalam Aplikasi Google Meet dan
Facebook live ini bagi meraikan

MAJLIS ANUGERAH PENGARAH SESI


JANUARI – DISEMBER 2020 DAN JANUARI –
JUN 2021 ILKKM JOHOR BAHRU (SIDANG 2)

Pada pagi yang indah ini, kita sama-sama


berkumpul bagi meraikan pelatih-pelatih yang
telah mencapai prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik

Majlis Anugerah Pengarah ini merupakan


upacara kemuncak yang pasti akan menjadi
sejarah dan amat dinanti-nantikan oleh semua
pelatih ILKKMJB. Inilah saat gemilang sebagai
apresiasi kepada hasil usaha dan pengorbanan
yang telah disumbangkan .

Untuk makluman para hadirin, pelatih yang


menerima Sijil Anugerah Pengarah pada hari ini
adalah mereka yang mencapai Purata Nilai Gred
Semester (PNGS) 3.80 dan ke atas.

Ucapan Sekapur sirih tiada berharta, Hafiz


Pengarah Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Bagi memulakan tertib acara pada pagi ini, majlis


dengan sukacitanya mempersilakan yang
berusaha Puan Dawindar Kaur
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

----------ucapan-----------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Puan Dawindar Kaur atas ucapan itu tadi

Intro Kini, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian Farhana


Anugerah Sijil Anugerah Pengarah Sesi Januari –
dan Montaj Disember 2020 Dan Januari - Jun 2021 ILKKM
Johor Bahru (Sidang 2) iaitu untuk

Program Pembantu Perubatan,


Program Radiografi dan
Program Fisioterapi.

Untuk makluman bagi Program Pembantu


Perubatan, seramai 281 pelatih telah menerima
Sijil Anugerah Pengarah bagi sesi Januari –
Disember 2020.

Manakala bagi Program Radiografi,


seramai 30 pelatih telah menerima Sijil
Anugerah Pengarah bagi sesi Januari –
Disember 2020, dan
seramai 10 pelatih menerima Sijil Anugerah
Pengarah bagi sesi Januari-Jun 2021.

Bagi Program Fisioterapi pula, seramai 18


pelatih telah menerima Sijil Anugerah Pengarah
bagi sesi Januari – Disember 2020, dan
seramai 12 pelatih menerima Sijil Anugerah
Pengarah bagi sesi Januari-Jun 2021.

Anugerah Penerima – penerima Sijil Anugerah Pengarah Hafiz


Pengarah bagi Program Pembantu Perubatan dimulai Farhana
Program dengan (agihkan
Pembantu mengikut
Perubatan ****baca slaid*** list ye)

(nama disebut satu-persatu selari dengan slide)

Demikianlah tadi penerima Sijil Anugerah


Pengarah bagi Program Pembantu Perubatan.
Tahniah diucapkan kepada semua yang Berjaya

Anugerah Majlis beralih kepada penerima – penerima Sijil Hafiz


Pengarah Anugerah Pengarah bagi Program Radiografi. Farhana
Program Penerima – penerima Sijil Anugerah Pengarah (agihkan
Radiografi dimulai dengan mengikut
list ye)
****baca slaid***
(nama disebut satu-persatu selari dengan slide)

Demikianlah tadi penerima Sijil Anugerah


Pengarah bagi Program Radiografi. Tahniah
diucapkan kepada semua.
.
Anugerah Majlis diteruskan lagi dengan penerima – Hafiz
Pengarah penerima Sijil Anugerah Pengarah bagi Program Farhana
Program Fisioterapi. Penerima – penerima Sijil Anugerah (agihkan
Fisioterapi Pengarah dimulai dengan mengikut
list ye)
****baca slaid***

(nama disebut satu-persatu selari dengan slide)

Demikianlah tadi penerima Sijil Anugerah


Pengarah bagi Program Fisioterapi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima


anugerah.
Rangkuman Bunga seroja di tepi kali Hafiz
Anugerah Bunga melati bunga di darat
Orang cemerlang untung sekali
Jadi sebutan sepanjang hayat.
Sultan Mahmud mangkat dijulang
Kisah temurun dahulu kala
Prestasi akademik sentiasa cemerlang
Menjadi tauladan kepada semua.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua


penerima anugerah sebentar tadi. Diharap
dengan adanya anugerah sebegini, para pelatih
akan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan
yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Usaha dan terus usaha, InsyaaAllah kejayaan


akan mengiringi perjalanan anda.

Sesi Hadirin sekalian, Farhana


Fotografi
Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi atas
talian sebagai tanda kenang-kenangan terutama
bagi yang diraikan pada hari ini iaitu penerima
Sijil Anugerah Pengarah sekalian. Untuk itu,
semua hadirin dipohon untuk membuka kamera
masing-masing bagi sesi fotografi ini.

Penutup Hadirin sekalian, Hafiz


Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Selesai sudah Majlis Majlis Anugerah Pengarah


Sesi Januari – Disember 2020 dan Januari –
Jun 2021 ILKKM Johor Bahru (Sidang 2) pada
kali ini. Ucapan tahniah buat para pelatih yang
telah berjaya. Diharapkan kecemerlangan ini
akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf
daripada kami sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis
sebentar tadi.
Salam hormat dari kami,
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai