Anda di halaman 1dari 8

PROJEK

USAHASAMA
TANAMAN CILI
SECARA
KONVENSIONAL
PROJEK
TANAMAN CILI

Disediakan Oleh :-
MALINDO Agrotech
PENGENALAN.

Cili merupakan salah satu bahan asas dalam industri pemakanan


kebanyakan rakyat di asia dan di beberapa benua lain. Cili banyak
digunakan dalam masakan, bahan mentah pemprosesan makanan,
minuman dan sebagainya. Dengan kata lain, cili menjadi satu bahan asas
dan keperluan setiap mulut dan setiap dapur. Justeru, permintaan terhadap
cili menjadi semakin tinggi dan mendongak naik. Manakala harga cili di
pasaran juga semakin meningkat tinggi sesuai dengan permintaan dan
penawaran cili pada masa kini.

Kini penanaman cili semakin berkurangan walaupun berbagai usaha dan


kajian mengenainya telah dilakukan. Hal ini kerana minat masyarakat dalam
bidang pertanian terutama cili semakin merosot. Kini Malaysia menjadi salah
satu Negara pengimport cili dari Thailand dan juga China untuk memenuhi
pasaran dan permintaan dalam Negara. Kekurangan usaha dalam
memperbanyakkan tanaman ini di Malaysia memberi banyak impak dalam
berbagai perkara seperti kenaikan harga, permintaan yang melebihi
penawaran dan sebagainya.

Usaha penanaman cili yang dirancang ini diharapkan dapat menampung


sedikit sebanyak permintaan pasaran setempat sebelum pergi lebih jauh ke
pasaran yang lebih luas. Usaha ini akan dimulakan dengan modal anggaran
kasar RM 250,000.00 dengan keluasan 5 ekar persegi (2 hektar) yang mana
anggaran jumlah pokok yang akan ditanam sebanyak 36,000 pokok (18,000
pokok/hektar) pokok cili kulai. Tapak perusahaan tanaman cili akan
dijalankan di tanah terbiar bertempat di Gurun, Kedah. Pasaran setempat
yang menjadi target adalah sekitar daerah Gurun, Alor Setar, Pendang dan
Sungai Petani.

LAPORAN PERANCANGAN FASA KERJA

FASA 1
Pada fasa pertama kerja-kerja dimulakan dengan membuat pemerhatian
terhadap kebolehupayaan untuk membangun bagi perusahaan tanaman
cili. Pemerhatian dilakukan dengan cara pembacaan, info dari mereka yang
berpengalaman dalam bidang ini, info dari jabatan-jabatan kerajaan,
peniaga dan sebagainya. Kemudiannya akan memulakan perusahaan pada
fasa seterusnya.
FASA 2
Fasa kedua dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan tapak menggunakan
dua jentera, pembinaan bangsal kebun, rumah semaian dan persediaan
peralatan pagar elektrik serta peralatan perusahaan. Pembinaan sistem
pengairan bagi mengelakkan hakisan tanah juga perlu dilakukan.
Kemudiannya tapak akan dibiarkan bagi tujuan pembakaran sisa-sisa
pembersihan seperti pokok dalam tempoh selama 20-30 hari.

FASA 3
Setelah kerja-kerja pembersihan tapak telah selesai, kini fasa ketiga akan
dimulakan dengan kerja pembajakan tanah menggunakan jentera dalam
tempoh kira-kira 5 hari dan pemasangan pagar kira-kira selama 5 hari.
Penyemaian benih juga perlu dilakukan seiring dengan kerja-kerja
pembajakan dimulakan.

FASA 4
Fasa keempat akan dimulakan dengan kerja menyediakan batas tanaman
menggunakan plastik selvershine, kemudian disusuri dengan pembinaan
sistem pengairan tanaman, penebukan lubang tanaman pada plastik dan
taburan baja pada lubang batas. Kerja-kerja ini dianggarkan mengambil
masa selama 3 minggu yang mana sesuai dengan bajet masa penyemaian
benih tanaman pada tray semaian.

FASA 5
Pada peringkat ini perusahaan boleh dimulakan dengan taburan racun
serangga pada lubang tanaman dan kemudian penanaman boleh
dimulakan dengan dibantu oleh beberapa orang pekerja kerana untuk
menjaga keserasian pertumbuhan. Setelah siap penanaman dilakukan,
pembajaan, pengairan dan pengawalan penyakit akan diperhatikan dari
masa ke masa sepanjang tempoh penanaman. Jenis benih yang digunakan
adalah hybrid f-1.

FASA 6
Fasa ini adalah peringkat penuaian yang akan dilakukan setiap dua hari atau
lebih mengikut kadar kematangan buah dan jumlah tanaman. Penuaian
perlu mengikut tempoh dan teknik yang betul bagi mengelakkan pokok dari
rosak dan juga demi menjaga kualiti hasil tuaian. Tenaga kerja yang lebih
ramai juga diperlukan dalam membantu kerja-kerja penuaian.
VARIETI CILI

Berikut merupakan 8 jenis tanaman cili seperti yang telah didaftarkan di


‘National Listing’ di Jabatan Pertanian.

1. Varieti KULAI SERDANG (CA1)


2. Varieti MC11 (CA2)
3. Varieti CT01P (CA3)
4. Varieti SOLOK (CA4)
5. Varieti GREEN EAGLE (CA5)
6. Varieti BARA (CA6)
7. Varieti BANGI (CA7)
8. Varieti SEMERAH (CA8)

PROSES PENYEMAIAN

Antara jenis benih yang digunakan samada kulai king 8338, hybrid f-1 568,
hybrid f-1 223 atau hybrid f-1 469. Proses penyemaian akan dimulakan dengan
merendam benih dengan air yang dicampurkan dengan racun kulat.
Seterusnya benih akan disemai di dalam tray semaian yang dimuatkan
dengan media semaian lembap dan ditutup bagi mengelakkan terkena
cahaya matahari. Setelah percambahan berlaku benih akan didedahkan
dengan cahaya matahari di dalam rumah semaian. Anak pokok akan
direndam menggunakan air tanpa baja selama berumur 10 hari dan
rendaman air baja sehingga berumur 20 - 30 hari sebelum ditanam. Tray
semaian akan dibiarkan kering bagi benih yang hendak ditanam untuk
memudahkan proses mencabut anak pokok dari tray semaian.

PROSES PENANAMAN

Penanaman akan dilakukan menggunakan sistem tanaman menggunakan


tanah sebelum beralih kepada peringkat fertigasi untuk masa akan datang.
Penanaman boleh dilakukan apabila anak pokok mencapai usia antara 20-
30 hari. Setiap lubang pada batas tanaman akan akan dimuatkan dengan
sepokok cili. Penanaman perlu dilakukan pada sebelah petang
untuk menjaga anak pokok dari layu. Pokok yang membesar akan diikat pada
tali sokongan bagi mengelakkan pokok dari rebah atau condong.
Pemangkasan juga perlu dibuat bagi tujuan penjagaan pokok ke tahap
maksimum, pemangkasan perlu dibuat sehingga pokok mengeluarkan
cabang ‘Y’ pertama. Dahan sebelum cabang ‘Y’ pertama juga akan
ditinggalkan kerana mampu memberi hasil 10 - 15 biji cili dan ia tidak
membantutkan perkembangan pokok. Jarak tanaman adalah 60 cm x 150
cm.
SISTEM PENGAIRAN

Sistem pegairan yang digunakan adalah pengairan menggunakan wayar di


bawah plastik silvershine. Sistem ini berkesan dan mudah digunakan dan
menjimatkan kos serta tenaga kerja untuk teknik tanaman seperti ini.

PEMBAJAAN

Pembajaan adalah munggunakan baja organik atau pun baja kimia yang
ditabur terus ke pangkal pokok di lubang batas. Teknik ini lebih menjimatkan
dan memberi kesan yang memberangsangkan melalui beberapa testimoni
pada pokok cili yang dibuat sebelum ini. Baja sokongan juga turut dimuatkan
di dalam tangki septik. Pembajaan perlu mengikut tahap keperluan pokok
bergantung pada kesuburan dalam proses dari anak pokok sehingga tuaian
terakhir.

KAWALAN PEROSAK TANAMAN (PENYAKIT & SERANGGA)

Tanaman cili seringkali mengalami serangan penyakit dan serangga perosak


sekiranya pengurusan tanaman tidak diselengara dengan baik. Berbagai
bagai jenis serangga perosak yang dikenalpasti menyerang pokok cili pada
pelbagai peringkat pertumbuhan. Berikut merupakan jenis penyakit dan
serangga perosak yang sering menyerang tanaman cili:

Jenis penyakit
Keadaan pokok Kawalan
/ Serangga
Sembur racun kulat
Terdapat bitnik bulat chlorothalonil, mancozeb
Bintik daun
perang pada daun Biji benih dirawat dengan racun
kulat
Pucuk menjadi layu Rawat biji benih dengan racun
Hawar pokok
dan berwarna hitam kulat
Pangkal pokok dan
Rawat biji benih dengan racun
Reput pangkal akar menjadi hitam
kulat
dan reput
Daun berwarna kuning, Asingkan dan musnahkan pokok
Layu bakteria
layu dan mati yang terkena penyakit
Buah menjadi lecur Sembur dengan racun kulat
Antracnos
dan kehitaman seperti mancozeb
Menyembur pokok dengan
Menyerang dan
Kutu daun racun serangga chlorphyritfos
memakan pucuk
atau imidachloprid
Daun menjadi kecil,
Hamma Sembur racun dicofol atau
mengerekot dan
merah malathion
melengkung ke bawah
Daun berkerekot dan
Tanaman giliran / musnahkan
Afid pertumbuhan pokok
pokok terkena penyakit
terbantut
Daun menjadi kecil
Tanaman giliran / musnahkan
Kutu trip dan melengkung ke
pokok terkena penyakit
atas
Daun berkerekot, kecil
Sembur racun serangga selang
Hama dan melengkung ke
seminggu
bawah
Pengorek Buah yang diserang Sembur racun serangga selang
buah akan berlubang seminggu
Buah akan dimakan Sembur racun serangga selang
Ulat ratus
ulat seminggu
Larva yang terdapat di
kulit buah akan
Sembur racun serangga selang
Lalat buah merosakan buah
seminggu
akhirnya menjadi busuk
dan berair

PERANCANGAN AKAN DATANG

Mengikut perkiraan seperti yang dirancang, hasil tuaian dan pendapatan


adalah di lingkungan yang membanggakan. Dengan jumlah pendapatan ini,
wajarlah sekiranya projek tanaman ini diteruskan untuk musim yang kedua,
malah menjadi satu kewajaran untuk memperbanyakkan lagi perusahaan
secara lebih meluas dalam menambahkan pendapatan dan meningkatkan
status hidup.

Sekiranya berjaya seperti dalam perancangan, usaha ini boleh diteruskan


dengan membuka lebih luas lagi kawasan penanaman dan mengusahakan
berbagai jenis tanaman seperti labu madu, cili, jagung dan sayur-sayuran.
Menguruskan tapak dan tanaman secara lebih sistematik juga akan
ditingkatkan dengan bantuan pekerja dan teknologi dalam mengurangkan
tenaga kerja dan meningkatkan hasil tuaian.

Selain itu, pengusaha juga wajar untuk mengikuti kursus tanaman ini dalam
menambahkan pengalaman dan ilmu untuk kesejahteraan dan kelestarian
pada usaha yang seterusnya sehinggalah betul-betul berjaya dan terbukti
dapat menjamin hidup yang lebih sempurna. Malah menjadi satu contoh
kepada pengusaha lain dan pengusaha baru.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, usaha untuk menjadikan pertanian adalah satu


perniagaan adalah wajar untuk dipromosikan secara lebih meluas lagi kerana
terbukti dapat menambahkan pendapatan melalui seliaan dan pengurusan
ladang yang betul. Oleh itu, usaha yang dibuat perlu diteruskan dengan
berbagai penambahbaikan ekoran dari pengalaman yang ditimba selama
masa perusahaan dijalankan. Perusahaan sebegini wajar disahut oleh rakyat
dan rakan-rakan yang lain kerana ianya akan menguntungkan pengusaha
dan juga dapat menjamin bekalan makanan dan bahan mentah yang lebih
baik pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai