Anda di halaman 1dari 11

20 TA’ UNTUK TADABBUR AL-QUR'AN

Oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya


(Inspirasi daripada karya Syaikh Nasir al-Qatami)

Allah telah menyatakan maksud penurunan al-Qur`an


ialah untuk diamalkan dan menjadikan arahan dan
bimbingan al-Qur`an sebagai panduan hidup. Matlamat
ini tidak akan dicapai kecuali dengan tadabbur.

        


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan
kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang
banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka
memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan
untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat
mengambil iktibar. (Sad: 29)

Ma’na Tadabbur
Tadabbur ialah pemahaman terhadap yang ayat al-Qur`an
dibaca, walaupun secara ringkas, diikuti dengan
pemerhatian, dan renungan dengan mendalam terhadap
maksud dan tujuannya.

Tadabbur al-Qur`an ialah satu usaha yang menyeluruh


untuk memikirkan maksud al-Qur`an menerusi petunjuk
yang difahami daripada peringkat kalimah-kalimahnya,
ayat-ayatnya dan surah-surahnya sehingga membawa
kepada penghujung maksudnya.

Oleh itu, seseorang yang melakukan tadabbur mestilah:


• Meneliti dan memahami dengan betul serta
mendalam maksud tersurat dan tersirat dari ayat-ayat al-
Qur’an.
• Meneliti lafaz-lafaz al-Qur`an, susunan ayat, dan
aturan bahagian surah dengan tujuan untuk memahami
maksud dan hikmat yang tersirat di sebaliknya.
• Usaha untuk memahami maksud al-Qur`an, mencari
panduan untuk kehidupan dengan cara merenung
pengertiannya serta bertindak mengikut pengertian yang
diperolehi.
Dalam Nuniyyahnya, Ibn al-Qayyim berkata:
‫فتدبر القرآن إن رمت الهدى *** فالعلم تحت تدبر القرآن‬
Jika kamu mencari hidayat maka tadabburlah akan al-
Qur`an kerana ilmu dengan cara mentadabburi al-Qur`an

Imam al-Farahi mengatakan bahawa tadabbur al-Qur`an


merupakan wasilah kepada hidayat dan taqwa. Kedua-dua
perkara ini merupakan asas kerana jiwa memperolehi
keterangan dengan hidayat dan dengan taqwa jiwa dapat
ditazkiyahkan. Iman dan cabang-cabangnya yang bersifat
ilmu termasuk dalam hidayat. Manakala shari’at, akhlak,
ahwal termasuk dalam erti taqwa. (Dala`il al-Nizam, hal. 9)

1- Tathir: Penyucian jiwa


Dalam surah al-Shams, Allah bersumpah dengan fenemona
alam bahawa kejayaan manusia itu terletak pada penyucian
hati dan jiwa.
Kesan Al-Qur'an dalam diri itu berkadaran dengan sucinya
hati orang mukmin.
Faedah Al-Qur'an akan bertambah apabila hati bersih dan
antara faedahnya ialah untuk menyembuhkan penyakit
dalaman.
Suci hati dari perasaan takabbur, syak.
Ibn al-Qayyim berkata, kesucian hati merupakan jalan
untuk memperolehi manfaat Al-Qur'an dan penyembuhan.

2- Ta’zim: Mengagungkan dan beradab


Mulianya kalam itu kerana mulianya pengucapnya.
Kalam muluk adalah muluk kalam.
Bentuk takzim,
Allah sendiri mentakzimkan Al-Qur'an
           

   

192. dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya


kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah
Tuhan sekalian alam. 193. ia dibawa turun oleh malaikat
Jibril Yang amanah. 194. ke Dalam hatimu, supaya Engkau
(Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi
ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (al-Shu’ara`)

Mengetahui maksud al-Qur`an diturunkan. Bukan semata-


mata untuk meraih pahala, apatah lagi menjadikannya
medium untuk menghadiahkan pahala.
3- Taghanni, melagukan bacaan dengan suara yang
merdu.
Suara merdu yg bersseuaian dengan konteks ayat.
Tidak boleh sama sekali melagukan al-Qur`an dengan gaya
nyanyian lagu-lagu manusia, gaya hindustani, dangdut dan
sebagainya. bacaan yang secara terzahir dengan nada bacaan. tanda faham ialah
seseorangitu menyesuaikan nada turun naik suara dengan makna yang
dibaca.
4- Tartil:
Dengan sebutan huruf yg jelas, tidak gopoh, melepaskan
suara sedikit demi sedikit,
Termasuk juga menjaga wakaf dan ibtida`.

5- Tamahhul dan ta'anni,


beranjur, tidak gopoh untuk mengkhatamkan.

        



dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau


membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang;
dan Kami menurunkannya beransur-ansur. (al-Isra’: 106)

Hasan al-Basri berkata, wahai anak Adam, bagaimana akan


lembut hatimu jika keinginan ku hanyalah akhir surah.

6- Tafa'ul
Interaksi atau bertindak balas dengan Kitab Allah

mengukur diri dengan apa yang dibacanya itu, adakah


perintah dan perintah dan larangan al-Qur`an itu
dipatuhinya atau tidak supaya dia mengetahui kedudukan
dirinya dan dapat mengenali kekurangannya.

Ini dengan cara menghadirkan rasa takut kepada Allah,


khusyu’ hatinya dan tenang pula anggotanya dalam
kesungguhan melakukan ketaatan. (al-Manhaj al-Islami fi
tazkiyah al-Nafs)

Hati hendaklah menggerakkan perasaan terhadap janji baik


dan ancamannya.

7- Tatbiq: aplikasi dan tindakan,


matlamat daripada disyariat hukum hakam di dalam al-
Qur`an supaya ia diprakatikkan dalam kehidupan.
          

      

pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya


menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat
kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan
yang demikian itulah ugama yang benar. (al-Bayyinah: 5)

Hendaklah merhatikan ayat-ayat perintah dan larangan


terutamanya yg dimulai dengan seruan wahai orang-orang
yg beriman, wahai manusia.
Siapa diri kita? Pasti ada panduan dalam al-Qur`an, kita
sebagai anak, kisah Nabi Ibrahim dengan bapanya, kisah
Nabi Ismail dengan bapanya. Kita sebagai pelajar dengan
guru, kisah Nabi Musa dengan Khadir
8- Takrar- pengulangan
Dalam hadis Abu Zar yang diriwayatkan oleh Ibn Majah(
1350) Rasulullah ‫ ﷺ‬berdiri sepanjang malam dengan
mengulang-ulang firman Allah
           



"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang


menghalanginya) kerana Sesungguhnya mereka adalah
hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka,
maka Sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana" (al-Maidah: 118)
Ibn Qayyim Al-Jauziyyah berkata, menjadi kebiasaan salaf
mengulang ulang satu ayat hingga ke Subuh. tadabbur Al-
Qur'an merupakan maksud dari tilawah. Hendaklah
seseorang itu mengulangi ayat yang sama sehingga lah dia
memperolehi tadabbur.

9- Tarkiz, penumpuan, fokus


Hati yang selaras lisan yang membacanya.
Menyedari hakikat Allah berbicara dengan hamba saat dia
membaca Al-Quran.
Bicara untuk semua manusia yang merangkumi soalan dan
jawapan, janji dan ancaman, perintah dan larangan.
Tempat yang sesuai akan lebih mudah untuk fokus, faham,
Waktu pula adalah waktu yang dia cergas dan bertenaga
bukan pada masa keletihan dan mengantuk.
        
Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat
kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
(Al-Muzammil: 6)
Menurut Ibn Taimiyyah, pendapat yang paling sahih
Nashi`ah al-lail ialah, Apabila bangun dari tidur.

10- Tafahhum, berusaha untuk memahami.


Tempat nya dalam hati. Hati dan akal alat untuk faham.
Al-Kahfi: 57
Satu contoh
           



Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup


(kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia
Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (al-Mulk:
2)

Disebutkan kematian dan kehidupan sebagai makhluk


kerana ia merupakan sifat yang paling utama bagi makhluk,
yang asalnya tiada lalu diadakan. Kedua-dua keadaan ini
merupakan kaitan atau ta’alluq bagi sifat Qudrat Allah pada
diri manusia.

Makna ibtila` atau ujian pula menunjukkan secara


iltizamiyyah bahawa ada natijah di sebaliknya iaitu
pembalasan bagi amalan mengikut kadar kebaikannya.
Amalan yang baik itu berbeza-beza kualitinya, dari yang
paling tinggi hingga paling rendah. Tidak disebutkan
amalan kejahatan kerana ia dapat difahami secara isyarat
bahawa ia yang paling patut mendapat balasan kerana
keberaniannya melanggar hukuman shara’ dan
mengakibatkan kerosakan di muka bumi.

Disebutkan sifat ‘Aziz kerana Dia maha berkuasa untuk


menghukum mereka yang gagal dalam ujian melakukan
kebaikan dan dinyatakan sifat Ghafur kerana Dia memiliki
kemurahan untuk mengampuni mereka yang bertawbat.

11- Tazakkur: berusaha untuk ingat


Sentiasa hadir dalam hati dan fikiran makna ayat.
       

biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan


yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian
hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan
daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan
bersungguh-sungguh (semasa di bandar); (al-Kahf: 19)

12- Ta'assi:
meneladani Rasulullah ‫ ﷺ‬pada tilawahnya, tadaburnya,
amalannya, tindak tanduknya.

13- Tadarruj, berperingkat, sedikit demi sedikit.


Iaitu mempelajari al-Qur`an, langkah demi langkah,
bermula belajar membaca, tilawah secara tajwid,
mempelajari hukum hakam sehingga sampai ke tahap
tafakkur dan tadabbur.
Demikian juga mempelajari tafsir-tafsir al-Qur`an, bermula
dengan surah al-Fatihah, tafsiran secara ringkas, ringkasan
surah, surah-surah tentang tawhid, kemudian surah tentang
hukum dan seterusnya.

14- Tazakur, bermuzakarah, saling memperingatkan.


Saling tadarus seperti Rasulullah ‫ ﷺ‬mengulangi pembacaan
al-Qur`an di hadapan Jibril.

15- tadarru’- berdoa dengan penuh,


Berdoa dengan bersungguh supaya dibukakan ilmu tentang
al-Qur`an, diselesaikan apa yang rumit dalam memahami
al-Qur`an.

16- Tabaki, berusaha untuk menangis.


Berusaha untuk menghadirkan rasa takut kepada Allah dan
segala ancaman-Nya, neraka, sehingga menitiskan air mata
keinsafan. Ini sepatutnya dilakukan secara sendirian bukan
di khalayak ramai untuk mengelak dari riya`.
Maksud sebenar ialah menangis kerana takut kepada Allah.
َ ‫ُ َ َْ َ ه‬ ّ ‫َ ُ ُ ه‬ ‫ه‬
‫ " الي َ ِل ُج‬:‫وسلم‬ ‫اَّلل َصّل اهلل علي ِه‬
ِ ‫ قال رسيل‬:‫ قال‬-‫ريض اَّلل عنه‬- ‫عو أيب وريرة‬
‫ار يف‬ ُ َ‫ َوال ََيْت‬،‫الَّضع‬
ٌ َ‫هع ُغب‬ ْ ‫َب يف ه‬ ُ َ ‫يد الله‬
َ َُ ‫ْ َ ْ َ ه َ ه‬ َ ٌْ َ ‫ه‬
‫ار َرجل بَكً ِنو خشي ِة اَّلل حَّت يع‬‫انل‬
ٌ ‫ه ُ ُ َ ه‬
ٌ
.‫صحيح‬ ٌ
‫حسو‬ ‫ حديث‬: ‫ج َىن َم" رواه الرتنذي وقال‬ ‫يل اَّلل ودخان‬ َ
ِ ‫س ِب‬

17- Tahzib,
menetapkan kadar bacaan harian dan berusaha untuk
menjaga nya dengan istiqamah.

18- taq'id, tadabbur berkaedah, pengkaedahan:


Mempelajari bahasa Arab, terutamanya dari segi
mengetahui kalimah kunci atau kalimah yg bersifat konsep
dalam agama seperti perbezaan makna Rabb, Ilah. Ibadah,
Din,
Dari segi gaya bahasa al-Qur`an seperti taqdim dan ta`khir,
Berpegang dengan kaedah tadabbur yg telah digariskan
ulama.
Mengetahui latar belakang ayat,
Mempelajari sirah Rasulullah ‫ﷺ‬
Mempelajari hadis-hadis yg merupakan tafsiran kepada ayat
al-Qur`an.
Merujuk dan membaca kitab tafsir yg muktabar, yg selamat
daripada Israeliyyat.
19- Tafakkur,
merenung dengan mendalam pada ayat-ayat Allah yang
terbentang luas di hadapan seseorang. Melihat pada
makhluk-makhluk Allah.
          

   

24. (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan


dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada
makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya): 25.
Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan Dengan
curahan Yang menakjubkan. 26. kemudian Kami belah-
belahkan bumi Dengan belahan Yang sesuai Dengan
tumbuh-tumbuhan, -
20- Taqyid, mencatat

Mencatat, menulis, menyusun panduan dan petunjuk ayat,


sama ada di bawah ayat secara langsung, atau di tepi
mushaf, atau dalam buku khusus.
Kata Khatib al-Baghdadi, Allah telah menjadikan ilmu itu
pada 2 tempat, dalam hati dan dalam kitab.

Anda mungkin juga menyukai