Anda di halaman 1dari 7

1.

Pendahuluan

Sambutan bulan kemerdekaan kali ke-63 sedikit berbeza kali ini. Sedang negara dilanda wabak
Covid19, namun, pandemik berkenaan tidak dapat melunturkan rasa kasih dan sayang terhadap
negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami dan diterap dalam kehidupan sehari-hari selain
dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa dan pengorbanan para pemimpin &
pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini. Tema Hari
Kebangsaan pada tahun ini adalah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah selari dengan
keadaan semasa negara yang memerangi pandemik Covid19.

2. Matlamat

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah bertujuan
untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk
memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air
di samping menanam semangat patriotik dalam kalangan murid-murid dan guru-guru SJKT Slim
River,Perak.

3. Objektif

3.1 – Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.

3.2 – Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

3.3 – Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

3.4 – Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.

3.5 – Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing dalam kalangan

murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

4. Rasional

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi negara
dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu,
program seperti ini mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah
negara dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.
5. Nama Aktiviti

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan.

6. Tarikh Pelaksanaan

28 Ogos 2020 – 15 September 2020.

7. Sasaran

Semua murid Pra Sekolah, Tahun 1-6 dan guru SJKT Slim River.

8. Strategi

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah suatu program yang melibatkan semua murid dan guru secara
menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual pelaksanaan telah dirangka untuk membantu guru-
guru dan murid-murid menjalankan aktiviti mengikut masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan
agar tidak menjejaskan PdP disamping mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

9. Anjuran

Unit Kokurikulum dengan Kerjasama panitia Sejarah SJKT Slim River,Perak.

10. Cadangan Aktiviti dan Jadual Pelaksanaan

Rujuk Lampiran 1

11. Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Rujuk Lampiran 2
12. Pendapatan & Perbelanjaan

Bil. Pendapatan RM Perbelanjaan RM


1 Wang Bantuan Kerajaan : 100.00 Hadiah 100.00
Panitia Sejarah

JUMLAH KESELURUHAN RM 100 JUMLAH KESELURUHAN RM100

13. Anggaran Perbelanjaan

Bil. Aktiviti Bilangan / Penerangan RM


1 18xhadiah tempat pertama 18 30.00

2 18x hadiah tempat pertama 18 30.00

3 18x hadiah tempat pertama 18 30.00

4 5 hadiah kuiz 5 RM 20
5. 3 hadiah 3 RM 10

JUMLAH KESELURUHAN
14. Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid-
murid dan guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat patriotism walaupun keadaan
negara yang sedang dilanda wabak Covid19. Setiap aktiviti yang dirancang juga diharapkan dapat
dilaksanakan dengan baik dan sentiasa mematuhi SOP terkini yang diberikan oleh MKN dan KPM dari
masa ke masa.

Disediakan oleh Disahkan oleh :-

…………………………………………………….. …………………………..

(PUSPATHEVI A/P VARATHARAJU)

Penyelaras

Program Bulan Kemerdekaan

SJKT Slim River, Perak


LAMPIRAN 1 – Cadangan Aktiviti & Jadual Pelaksanaan

Bil. Aktiviti Penglibatan Tanggungjawab Cadangan


Tarikh
Pelaksanaan
1 Pelancaran Bulan Semua Murid & Panitia Sejarah 28.8.2020
Kemerdekaan Guru
2 Siaran Lagu-lagu Semua Murid & Panitia Bahasa Melayu 28.8.2020 –
Patriotik Guru 15.9.2020
3 Hiasan bendera / Semua Murid & Panitia Pendidikan Jasmani 20.8.2020 –
banner pada Guru & Kesihatan / Panitia 15.9.2020
bangunan sekolah Pendidikan Moral
4 Info 5 minit tentang Semua Murid & Panitia Sejarah 01.9.2020 –
Sejarah / Tokoh Guru 15.9.2020
Negara
5 Pertandingan Pra Sekolah, Murid Panitia Pendidikan Seni 28.8.2020
Mewarna Poster Tahun 1 - 6 Visual
6 Pertandingan gayakan Pra Sekolah, Murid Panitia Pendidikan Seni 01.09.2020-
pakaian Hari Merdeka Tahun 1 - 6 Visual 08.09.2020
Secara atas talian
7 Kuiz Online/Bertulis Murid Tahun 4, 5, 6 Panitia Sains 05.9.2020 –
Murid Tahap 2 10.9.2020
8 Pertandingan Murid tahap 1 &2 Panitia Muzik 01.9.2020 –
Nyanyian Solo Secara 13.9.2020
Atas Talian
9 Penutupan Bulan Semua Panitia Muzik 15.09.2020
Kemerdekaan – Kibar murid & guru
jalur gemilang dalam
kelas masing-masing &
nyanyian solo terbaik
LAMPIRAN 2 – Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

JAWATANKUASA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020

PENGERUSI
En.Palany A/L Suppiah
(Guru Besar)
TIMBALAN PENGERUSI
Pn.Valli A/P Kandasamy
(PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI
Pn. Saraswathy A/P Taramalingam
(PK Pentadbiran)
En.Anpazakan A/L Perumal
(PK HEM)

SETIAUSAHA
Cik. Puspathevi A/P Varatharaju
  
AJK PELAKSANA AKTIVITI
LAGU SOLO TAHAP 2 LAGU PATRIOTIK
En.Manimaran A/L Armugam En. Kevin A/L Theyvanboo
Pn.Shamala Devi A/P Muthusamy En.Sathis Kumar A/L Parmasivam
Pn.Norzafirah Bt Ibrahim Cik.Kalaiarasi A/P Ganasan
Pn.Manimala A/P Balakrishnan
LAGU SOLO TAHAP 1 KUIZ TAHAP 2
Pn.Manonmani A/P Subramaniam Pn.Jeyapriya A/P Bangara Naidu
Pn.Norfadilah Bt Bahauddin Cik.Peruntha Devi A/P Shanmugam
Pn.Saraswathy A/P Ramachandran Cik.Vanusha A/P Sivalingam

 
PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 2
Pn.Saraswathy A/P Narayanan Pn.Puspavalli A/P Rajagopal
Pn.Sarala A/P Kanagasabai Pn.Amuthavally A/P Thattan
Cik.Emalatha A/P Gunasegaran Cik.Patchiammah A/P Doraisamy

DOKUMENTASI / BROSUR

Cik.Puspathevi A/P Varatharaju


Pn.Sharmini A/P Ramalingam
Pn.Thenmoly A/P Kasi
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN
SJK SLIM RIVER, PERAK
TAHUN 2020

28 OGOS 2020– 15 SEPTEMBER 2020

Anda mungkin juga menyukai