Anda di halaman 1dari 3

Muhammad Haziq Imran Bin Amri

Intro ( sedang membaca surat khabar)

Aduh….sedihnya..akhlak muslim kita semakin


menjadi-jadi, bangga pula dengan imej buruk
mereka, tidak malu minum arak,tidak malu
melakukan seks bebas malah isu dadah dan
mat rempit semakin berleluasa… (sambal
tangan diletakkn didahi dan mengelengkan
kepala)

Astaghfirullahalazim…..

Salam, tahmid Na’uzubillahiminzalik……..

Asalamualaikum wrt….

Rapport pembukaan Apa khabar semua wahai sahabat-sahabatku..


….(melambaikan tangan kepada penonton)

Bagaimana keadaan hari ini…sihat..ceria…


hebat….ALHAMDULILLAH

Tajuk/ Tema Hari ini saya meyeru agar kita sama2


merenung dan berusaha menjadi makhluk
paling hebat di muka bumi ini iaitu MUSLIM
SEJATI

Fokus/ Tema Indahnya MUSLIM SEJATI bersulamkan ibadat

Indahnya ibadat dihayati dengan kualitinya

Tazkirah/ dalil Saya… seorang…. MUSLIM…ucapan yang


paling baik dan merupakan satu ibadat…
(………………………………………………………………………
)

Sesungguhnya agama yang ada disisi Allah


ialah ISLAM..

Al-imran-ayat 19

Definisi/ dalil Namun sebelum saya menerangkan tajuk ini


dengan lebih lanjut, izinkan saya menerangkan
definisinya dahulu.

MUSLIM SEJATI: bermaksud seseorang yang


menyerah kepada kehendak Allah, patuh dan
taat kepada perintahnya serta membenarkan
segala perkara yang yang dibawa oleh Rasul.
Muhammad Haziq Imran Bin Amri

Ikrar dan shahadah ku " sesungguhnya tiada


tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi
Muhammad pesuruh Allah.”

Contoh dan pengajaran Menjadi seorang MUSLIM SEJATI, tidaklah


cukup dengan ucapan; tidaklah cukup dengan
dalil klaim sahaja. Marilah kita menjadi MUSLIM
yang jelas matlamatnya, sepertimana nabi
yang kita sayang, dan cintai Nabi Muhammad
S.A.W yang hebat sahsiahnya, tinggi budi
pekertinya dan amat disanjung tinggi kerana
baginda merupakan MUSLIM SEJATI kerana

1- iktikadnya yang mantap kepada Allah,


2- penyerahan dan pengabdian diri kepada
Allah
3- istiqamah dalam ibadah
4- akhlak yang mulia

Sebagaimana riwayat bukhari dan muslim

“sesungguhnya orang-orang yang terpilih


antara kamu ialah orang-orang yang mulia
akhlaknya.”

contoh Banyak kisah yang terdapat didalam sirah


islami….tokoh MUSLIM SEJATI seperti Abu
Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al- Khatab,
Sultan Muhammad Al Fatih,Salahuddin Al
Ayyubi dan ramai lagi tokoh islam yang mana
mereka ini telah berjaya menguasai dan
menakluki dunia malah digeruni oleh pihak
musuh..

Saya bawakan kisah tentang tokoh islam yang


hebat dan Berjaya menakhluki Constantinople
iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih. Bagaimana
dia memilih generasi muda untuk
mempertahankan negaranya.

Diceritakan bahawa tentera Sultan


Muhammad Al-Fatih tidak pernah
meninggalkan solat fardhu sejak baligh malah
sebahagian daripada mereka tidak pernah
meninggalkan solat rawatib sejak baligh.

Apatah lagi pemimpinnya, Sultan Muhammad


Al-Fatih yang Berjaya menakhluk
Muhammad Haziq Imran Bin Amri

Constantinople dan runtuhnya Empayar


Byzantine. Beliau tidak pernah meninggalkan
solat tahajjud walaupun sekali sejak baligh
lagi.

Tokoh ini menjadi role model sebagai MUSLIM


SEJATI untuk kita semua hebat di dunia dan
diakhirat.

Dalil/ pengajaran Iman itu umpama akar yang menjalar dan


mencengkam sebagai penyokong bagi
mengukuhkan pohon. Jika kuat cengkaman
akarnya, maka berdiri teguhlah sang
pohon.Jika teguh kental imannya, maka
jadilah kita hamba yang bertakwa dan sabar
dalam melakukan amalan kebaikan.
Kesinambungan daripada perumpamaan ini
dapatlah disimpulkan bahawa asas MUSLIM
SEJATI yang kukuh dan unggul berpaksikan
kepada iman,takwa dan amal.

motivasi Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan


menanamkan impian..MUSLIM SEJATI IMPIAN
KU….

Tagline #MUSLIMSEJATIBUKANBASHE-BASHE

Penutup Akhirnya;

Agama Islam Agama Yang Suci,

Perlulah Kita Sentiasa Pelihara,

Jadikan Muslim Umat Sejati,

Agar Menjadi Idola Semua.

Dengan lafaz yang mulia,

”Wabillahi Taufiq wal hidayah


Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.”

Anda mungkin juga menyukai