Anda di halaman 1dari 2

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN INDIVIDU

1) MASALAH YANG DIHADAPI KETIKA MENGAJAR

Masalah yang saya hadapi ketika mengajar adalah tahap pemahaman murid. Saya
mengajar 2 mata pelajaran yang berbeza tahap pemahamannya. Bagi murid kelas hadapan
yang mudah untuk memahami pembelajaran, menjadi pemudah bagi saya untuk meneruskan
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Bagi murid kelas yang agak belakang
ketidakcekapan pemahamannya membuatkan saya menghadapi masalah untuk menjalankan
cara pembelajaran seperti biasa. Seperti sedia maklum, setiap sekolah kebiasaannya
mempunyai murid yang berbeza perkembangan dan pertumbuhan. Jadi guru-guru semestinya
mengalami masalah untuk menangani murid dari kelas yang agak perlahan pemahamannya.

2) BAGAIMANA PENGETAHUAN MENGENAI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


DAPAT MEMBANTU ANDA MENANGANI MASALAH TERSEBUT?

Berdasarkan masalah yang saya hadapi ketika mengajar, ia adalah melibatkan


pemikiran murid. Jadi saya perlulah menanganinya dengan menyediakan kaedah yang
berkesan untuk membuatkan murid dapat dan faham tentang pembelajaran yang di ajar. Saya
perlu melakukan aktiviti yang mudah untuk mereka fahami selain dari mendengar pengajaran
guru. Bagi murid yang baru mengenal pembelajaran, mereka akan seronok jika dapat merasai
sesuatu situasi yang berlaku berdasarkan buku teks. Jadi dari situ kita boleh mengikuti cara
mereka bergerak agar mereka faham tentang pembelajaran tersebut. Kita perlu mengikuti
rentak mereka dan dalam masa yang sama pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya
diterapkan akan mereka perolehi.

3) KONGSIKAN SEKURANG-KURANGNYA SATU TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL


BERDASARKAN PENGETAHUAN INI.

Berdasarkan hujahan saya di atas, tindakan yang boleh saya ambil dari pengetahuan ini
ialah saya akan melakukan aktiviti simulasi dalam kumpulan. Dari situ kita dapati murid tidak
akan keseorangan dalam memahami pelajaran tersebut. Mereka akan bekerjasama dan saling
bantu-membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, saya mengajar
mata pelajaran sejarah, saya tidak akan membaca 100% sahaja berdasarkan buku teks, tetapi
saya akan menunjukkan simulasi kepada mereka apa yang berlaku pada tajuk itu dan mereka
juga akan melakukannya sekali. Dengan mengaplikasikan simulasi ini secara berkumpulan ini
secara tidak langsung memberi mereka lebih pemahaman disebabkan mereka mengaplikasikan
pembelajaran tersebut dan dapat rasa bagaimana situasi itu berlaku.

4) BERDASARKAN PEMERHATIAN KE ATAS PARA PELAJAR DI SEKOLAH ANDA, APAKAH


ANTARA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN MEREKA?

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas para pelajar disekolah saya, faktor-faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan mereka ialah faktor persekitaran. Pertama
sekali ialah rakan sebaya. Rakan sebaya sedikit sebanyak menyebabkan pertumbuhan dan
perkembangan murid meningkat atau tidak. Ia melibatkan aspek kognitif dan sosioemosi.
Jikalau bergaul dengan murid yang tidak menunjukkan peningkatan perkembangan,
perkembangan mereka tidak akan meningkat dan begitu untuk sebaliknya.

Selain itu,dari segi pemakanan. Pengambilan makanan semasa di sekolah juga boleh
saya simpulkan murid terbabit akan berkembang atau tidak dari segi pertumbuhan dan
perkembangan. Untuk persekolahan sesi pagi, semestinya dua kali waktu makan iaitu waktu
awal pagi dan pertengahan persekolahan perlu mereka ambil mengikut sukatan yang
mencukupi. Dari situ saya boleh mengenalpasti murid yang berkembang laju atau mengambil
sedikit masa.

Selanjutnya, media sosial. Murid pada abad ini semestinya mempunyai gajet yang
mampu mereka akses ke media sosial. Dari media sosial ini mereka belajar untuk melakukan
sesuatu. Jika ia perkara positif dan mereka dapat ikuti, ia sangat bagus untuk perkembangan
dan pertumbuhan mereka. Media sosial ini juga memaparkan perkara negatif dimana ia juga
menyebabkan murid akan mengikutinya. Dari segi pertumbuhan dan perkembangan ia
sangatlah bagus tetapi dari segi isi kandungannya ia perlulah dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai