Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

SUBJEK :

METODOLOGI DAKWAH

TAJUK TUGASAN :

METODE AL-HIKMAH

NAMA PENSYARAH:

USTAZ AHMAD FAQIH BIN IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH :

1. MUHAMMAD SAFIY HAZIQ BIN NOR ASHIKIN ( D1810327 )

2. MUHAMMAD KHAIRUL HAIQAL BIN KASUMAZAILY ( D1810299 )

3. MUHAMMAD AIKAL BIN MUHAMAD AZIM ( D1810122 )

4. NOOR AIMAN QAWIEM SYAHMI BIN NOOR EMRAN ( D1810136 )

1
ISI KANDUNGAN

BILANGAN TAJUK MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. PENDAHULUAN

3. DEFINISI

4. PELAKSANAAN

5. ASAS-ASAS HIKMAH

6. BEBERAPA ASPEK HIKMAH DALAM DAKWAH

7. PENUTUP

8. RUJUKAN

9.

10.

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah, pertamanya saya ingin bersyukur kepada Illahi kerana dengan limpah
kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya.

Kami ingin menghadiahkan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang kami
hormati iaitu Ustaz Ahmad Faqih Bin Ibrahim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya dapat kami menyempurnakan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan
kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya
menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan dan teguran terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami
dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini. Terima kasih.

3
PENDAHULUAN

Allah S.W.T telah mewajibkan kepada rasul-Nya dan orang-orang mukmin untuk berdakwah
kepada Allah, akan tetapi Allah S.W.T mengikat perintahnya dengan syarat yang harus
dilakukan atas dasar ilmu pengetahuan yang mendalam dan kebijaksanaan sebagaimana firman
Allah:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara
yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat
hidayah petunjuk.” (Surah Al-Nahl ayat 125)

Berdakwah merupakan suatu amanat besar. Amanat besar yang dimaksudkan Said Qutub iaitu
salah satunya adalah amanat dakwah iaitu berdakwah dengan menggunakan segala daya upaya
agar menjalani jalan hidup umat manusia (Said Quthub 117-119). Yang lain menyatakan bahawa
amanat yang ditanamkan Allah dalam fitrah manusia yang diberikan kepada manusia, amanat itu
ialah kesedaran, kehendak, dan kesungguhan (A. Hasjimy 1974: 63). Artikel ini akan
mengupaskan tentang apa itu dakwah al-hikmah, bagaiamana caranya untuk berdakwah dengan
bijaksana dikaitkan pula dengan isu kini dan beberapa aspek hikmah hikmah dalam dakwah.

DEFINISI
4
Al-Hikmah dari segi bahasa ialah kata nama yang berasal dari pecahan kata “hakama”. Nama ini

merujuk kepada makna “al-man li al-Islah” ( ‫ )املان للالصالح‬iaitu larangan, tegahan atau
bentongan yang bertujuan menghalang sesuatu daripada merebak atau berjangkit sehingga
memudaratkan perkara yang lain. Hasil daripada asal pecahan ini, terbitlah beberapa makna yang
lain seperti Al-Hakim, Rajulun Muhakkam, al-Adl, Al-Ilm, Al-Hilmi dan lain-lain. Al-Hikmah
juga selalu digunakan untuk merujuk kepada sesuatu sebab, alasan justifikasi atau rahsia yang
tersembunyi di sebalik sesuatu perkara atau hukum, seumpama “apakah hikmah di sebalik
ibadah puasa?”

Dari segi istilah pula ialah pengetahuan (al-ma’rifat) tentang al-Quran, ilmu tentang
nasikh mansukhnya, muhkam dan mutasyabihnya, muqaddam dan mu’akharnya, hukum halal
haramnya dan sebagainya.

Menurut tokoh-tokoh Islam tentang istilah al-Hikmah:

1) Ibn Nujaih: menepati kesahihan dalam perbuatan dan perkataan”.


2) Ibrahim al-Nakhai: ilmu pengetahuan (marifat) tentang makna-makna segala sesuatu
dan kefahaman mengenainya.
3) Al-Imam Nawawi: al-hikmah ilmu yang bersifat al-ihkam (jitu, mantap, tepat,sahih dan
bernas) yang merangkumi ilmu makrifat Allah S.W.T. yang diiringi dengan ketajaman
atau ketepatan pandangan mata hati (nafaz al-basirah), kemuliaan nafsu dan
merealisasikan al-haq dan beramal dengannya, berserta menghalang daripada mengikut
hawa nafsu dan kebatilan.
4) Al- Imam al-Ghazali al-hikmah: suatu keadaan jiwa atau nafsu yang dengannya sesuatu
yang tepat (betul) dapat dibezakan berbanding sesuatu yang salah dalam seluruh
perbuatan ikhtiyariyyah.

RUJUKAN:

5
1. http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/035-PENDEKATAN-
DAKWAH-BI-AL-HIKMAH-BILA-HARUS-BERKATA-DAN-BILA-HARUS-
DIAM.pdf
2. http://www.surah.my/16
3. (Sulaiman Ibrahim, 2001)
4. Sulaiman Ibrahim, Ahmad Asnawi Hj. Hassan, Berhanundin Abdullah, Friza Md. Sham.
Metodologi Dakwah. m/s 222, 223, 224, 225,226. Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM,
Bangi 2001.

Anda mungkin juga menyukai