Anda di halaman 1dari 51

KULIAH 2

KONSEP
MARITIM &
NUSANTARA
APA ITU
MARITIM?
Istilah maritim dari bahasa
Inggeris iaitu “maritime” merujuk
kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan aspek kelautan
yang juga disebut sebagai bahari
dan samudera…
Istilah MARITIM adalah istilah baru dan
tidak terbit daripada bahasa Melayu …
kerana itu tamadun Melayu tidak disebut
tamadun maritim kerana istilah maritim
(Barat) hanya wujud pada abad ke-14
iaitu zaman Renaissance (kebangkitan) dan
akan menunjukkan tamadun baru dan
bercirikan moden seperti Barat.
KONSEP & RUANG LINGKUP
MARITIM
ISTILAH
LAUTAN
Laut dan Lautan secara tradisinya
telah menjadi sumber inspirasi
dan metos, mengandungi ruang
kebenaran yang tidak terbatas
sejak zaman berzaman, memupuk
fantasi, tahayul dan ketakutan
serta juga perasaan ingin tahu,
harapan dan aspirasi.
Lautan yang dikenali sebagai samudera
atau bahari dalam Bahasa Melayu dan
oceans dalam bahasa Inggeris berasal
dari bahasa latin iaitu oceanus yang
terbit daripada perbendaharaan kata
Yunani kuno iaitu okeanoe yang
merujuk kepada laut yang memisahkan
antara daratan Eropah dari daratan
Afrika yakni tidak termasuk Laut Tengah.
Dalam cerita rakyat Yunani kuno, okeanoe
dianggap sebagai penjelmaan dewa Oceanus
yang turun ke bumi dari planet Uranus yang
kemudian berkahwin dengan Dewi Bumi
Gaia.[1]

[1] Di Malaysia dan Indonesia, Sewaktu zaman


Hindu mempercayai adanya Dewa Laut yang
disebut sebagai Baruna dan di Malaysia pula
banyak dikisahkan dalam sejarah Melayu.
Bagi orang di Kepulauan
Melanesia dan Mikronesia
menyebutnya sebagai Tangaroa,
Tanaroa, Ta’aroa, Tagaloa,
Tangaloa, Tagaloang dan
Hangaloa.
ISTILAH PELAUT

Istilah PELAUT lebih luas maknanya daripada


istilah maritim yang bermaksud satu cara hidup
sebuah tamadun atau masyarakat yang
memanfaatkan laut sepenuhnya sebagai asas
kehidupan yang melibatkan kebudayaan,
perdagangan, pengembaraan, pembukaan
petempatan baru, peperangan, pelabuhan,
kerajaan dan sebagainya.
KONSEP &
GEO-
POLITIK
NUSANTARA
Nusantara atau Kepulauan Melayu atau
Alam Melayu merupakan satu konsep
geo-politik sebelum wujudnya
berlakunya pemecahan wilayah dan
lahirnya negara bangsa seperti
Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei,
Indonesia dan Singapura yang kini
dikenali sebagai Asia Tenggara.
Nusantara adalah kepulauan
terbesar dan meliputi seluruh
Indonesia, Filipina, Brunei, Timor
Leste, Singapura, Malaysia.
Kepulauan ini meliputi 2 juta km
persegi dengan populasi seramai
300 juta.
Dari segi geo-wilayah, Nusantara
terbahagi kepada empat bahagian iaitu
Kepulauan Melayu Barat, Nusa
Tenggara, Kepulauan Maluku dan
Filipina
Konsep “Nusantara” wujud dalam kitab
Pararaton (Book of Kings) pada abad ke-14
semasa kerajaan Majapahit. Dalam kitab
tersebut, Patih Gajah Mada yang dilantik
sebagai mahapatih (prime minister) di
bawah ratu Tribhuwanatunggadewi
bersumpah untuk menakluki Gurun (
Maluku), Seram (Borneo), Aru, Pahang
(Malaya), Dompo (Sumbawa island), Bali,
Sunda, Palembang, dan Tumasik
(Singapura).
Sumpah Palapa (Palapa Oath)

“Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun


amukita palapa, sira Gajah Mada : Lamun huwus
kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah
ring Gurun, ring Seram, Tanjungpura, ring Haru,
ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang,
Tumasik, samana ingsun amukti palapa “

"Gajah Mada, he the prime minister, said he will


not taste spice, said Gajah Mada : Until I have
unified Nusantara, I shall not taste spice. Unless I
have conquered Gurun, Seram, Tanjungpura, Haru,
Pahang, , Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, I shall
never taste spice."
Perkataan Nusantara buat pertama
kalinya muncul dalam lipatan sejarah di
rantau ini semasa era kerajaan
Majapahit (1293-1478) di Jawa di
bawah pemerintahan Hayam Wuruk dan
Patih Gadjah Mada (Perdana Menteri).
Nusantara berasal dari perkataan Jawa
iaitu "Nusa" (island) dan "Antero" (other,
as a whole) yang dicipta oleh Patih Gajah
Madah untuk memperkukuhkan
cengkamannya ke atas empayer dan
wilayah takluknya.. Dalam kitab
Nagarakertagama (Majapahit) bermaksud
“pulau-pulau luar Jawa” atau di luar
Dari segi geopolitik - Nusantara merujuk
kepada wilayah kepulauan dan
sebahagian tanah besar Asia yang
merangkumi Tanah Melayu, Filipina,
Vietnam (Champa) Kepulauan Borneo,
Sumatera, Jawa, Sulawesi, Champa dan
kesemua pulau Indonesia termasuk
Timor-Timor dan Pulau Irian.
"Nusantara" menurut wawasan Patih
Gagah Mada ialah kawasan di luar
pengaruh kebudayaan Jawa tetapi
masih dituntut oleh raja-raja Jawa
sebagai tanah jajahan mereka,
dengan raja kawasan-kawasan
tersebut diperlukan membayar ufti
kepada raja Jawa.
KONSEP
MODEN
NUSANTARA
Konsep Nusantara ini berbeza
dengan konsep Nusantara era
Majapahit ….
Tahun 1920, Ernest Francois
Eugene Douwes Dekker (1879-1950)
atau Dr. Setiabudi menghidupkan
semula konsep Nusantara untuk
menggantikan konsep “East Indies”
oleh kolonial
Selain Nusantara, Alfred Russel
Wallace pula menggunakan
konsep “Malay Archipelago”..
Merujuk kepada mana-mana
wilayah yang berada antara tanah
besar Asia Tenggara dan Australia
dan antara Indian dan Pacific
Oceans yang terdiri dari 20,000
buah pulau
Konsep Malay World ini
berdasarkan kepada bangsa
Melayu - a cultural and linguistic
sphere of influence dan kumpulan
bahasa Austronesian.
ASAL USUL LAUTAN
Terdapat 5 lautan
utama dunia - Lautan
Hindi (28,400,000 batu
peresgi), Lautan Pasifik
atau Lautan Teduh
(64,000,000 batu
persegi), Lautan
Atlantik (41,744,000
batu persegi), Lautan
Antartika (12,451,000
batu persegi) dan
Lautan Artik
(5,427,000 batu
persegi).
Ada pendapat lain yang mengatakan
terdapat tujuh lautan (The Seven
Seas) di dunia iaitu seperti yang
pernah ditulis oleh ahli ilmu bumi
Turki bernama Piri Reis abad ke-14
dan sarjana Eropah bernama R.
Kippling iaitu Laut Nusantara (Laut
China Selatan), Laut Benggala, Laut
Arab, Laut Persia, Laut Merah, Laut
Tengah dan Laut Atlantik.
SEPINTAS LALU FAKTA
KELAUTAN
Kira-kira 71%
muka bumi adalah
terdiri daripada air
(lautan, sungai,
tasik, danau dan
sebagainya) dan
bakinya 28%
adalah tanah
sehingga bumi ini
dikenali dengan
pelbagai nama
seperti planet of
water, the blue
planet dan
underwater world.
Lautan meliputi 361 juta kilometer
persegi (139 juta batu persegi) atau
71% dari permukaan bumi dengan
jumlah isi padu lautan dianggarkan
1348 juta padu kilometer (324 juta
padu batu) dengan purata kedalaman
lautan kira-kira 3733 meter (12,247
kaki) dan lautan terdalam ialah
11,022 meter (36,163 kaki).
TEORI ASAL USUL
KELAUTAN
(a). Teori
Wegener
atau Teori
Gerakan
Benua.
(b). Lain-
Lain Teori
TEORI KEKUASAAN
KELAUTAN
TEORI ALFRED
MAHAN
(The Influence
of Sea
Power)
TEORI SIR
WALTER
RALEIGH
(XV)
(British
Rules the
Waves)
“Siapa yang menguasai lautan,
dialah yang menguasai kekayaan
dunia dan oleh karenanya dia juga
menguasai dunia itu" (Sir Walter
Raleigh, The History of the World,
1971)
SEA POWER
TEORI GEOFFERY
TILL
SUMBER (SOURCES) UNSUR (ELEMTS)

 Geography  Merchant shipping


 Resources  Bases
 A maritime  The fighting
community instrument
 Styles of goverment
LAUTAN DARI PERSPEKTIF
AL-QURAN
Terdapat 32 ayat menyebut tentang laut
dan hanya 13 ayat menyebut tentang
daratan....Ketepatan Quran berhubung
jumlah peratusan air di muka bumi
adalah sama dengan perhitungan yang
dilakukan oleh para saintis yakni kira-kira
71% muka bumi adalah terdiri daripada
air (lautan, sungai, tasik, danau dan
sebagainya) dan bakinya 29% adalah
tanah.
BAGAIMANA?
Jika dicampur 32 ayat tentang lautan
dengan 13 ayat tentang daratan maka
jumlahnya adalah 45 ayat kesemuanya. Jika
dihitung 32 ayat lautan dan dibahagi dengan
45 ayat lautan dan bumi dan di darab
dengan 100% maka jawabanya ialah
71.11% yakni sama dengan 71% bumi
adalah air. Jika 13 ayat daratan dibahagi
dengan 45 ayat lautan dan daratan dan
didarab dengan 100% maka jawabnya ialah
28.88% sama dengan 28% bumi adalah
daratan.
LAUTAN
PASIFIK DAN
LAUTAN HINDI
DALAM
PERADABAN
MARITIM
NUSANTARA
(a). LAUTAN
PASIFIK
(b). LAUTAN
HINDI
PENUTUP
Bapa Adrian
Lapian …
“Sejarah
Nusantara
adalah
sejarah
maritim/
Bahari”

Anda mungkin juga menyukai