Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Arifah bt.

Awang

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Perpisahan sempena persaraan Pn Arifah bt. Awang, guru
Matematik sekolah kebangsaan Seksyen 27(1)

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
En. Razali Bin Hashim, Guru Besar SK.Seksyen 27(1)

Yang Berusaha, guru-guru penolong kanan, SKS27(1), guru-guru dan seterusnya murid-
murid sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis perpisahan sempena persaraan Yang Diraikan Puan Arifah bt. Awang,

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd
Yusof b. Mustapha

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustaz untuk melafazkan doa.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih   atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid SK S 27(1) anakanda Noramirah bt
Zulkifli. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru SKS27(1), Pn Intan
Hakimah bt Mat Husing untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih  

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang yang berusaha Encik
Razali Bin Hashim, guru besar SKS 27(1) untuk menyampaikan ucapannya. Majlis
mempersilakan, tuan.

Demikian tadi ucapan daripada Tuan Guru Besar SK S27(1).

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn.
Arifah bt. Awang.  Majlis dengan segala hormatnya   menjemput dan mempersilakan puan.

Itulah tadi ucapan perpisahan dari insan yang kita raikan.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid-murid tahun 5 dan 6 SK S27(1) .Mereka akan menyampaikan
dua buah lagu, iaitu “Bertemu dan Berpisah” dan selamat jalan.

Pesembahan yang cukup istimewa sebentar tadi adalah dibawah pimpinan Cikgu

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Pn. Faridah Bt Ed, untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Arifah bt. Awang untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan puan berdua.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil pentadbir sekolah, Pn
Marhaini Bt Saranum.

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang


Dihormati______________________________untuk menyampaikan cenderamata daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK S27(1)

Seterusnya, Majlis mempersilakan kepada Pn Intan Hakimah untuk menyampaikan


cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BAKES) SKS 27(1).

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Pn Suraya Bt Mohde Zin untuk
menyampaikan cenderamata daripada Cikgu2 Perempuan SKS 27(1).

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan
Pn. Arifah bt. Awang.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Pn Arifah Bt Awang atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan sama-
sama beratur panjang untuk bersalaman dengan Puan Arifah bt. Awang.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Arifah kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang puan akan bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga dalam kehidupan seharian.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai