Anda di halaman 1dari 2

DOH ASAS UNTUK BOMBOLONI,THAI BREAD & DONUT (MIXER) 

-Semasa mengadun guna kelajuan rendah 1 atau 2 sahaja


Resepi dough

 11gram Yis layang-layang


 500gram Tepung High Protein
 Gula Halus 65gram
 Secubit garam
 Mentega 60gram
 15gram Supercream
 1 Biji Telur B/C
 215gram Air Sejuk

1. Guna supercream atau ( Bun Softener 15gm atau Bread Improver 1 sudu teh atau
double action baking powder 1 sudu teh atau kfine 15gm ) boleh pilih. FUNGSI :
PELEMBUT ROTI
2. 500gm tepung high protein/tepung pau. Kalau guna tepung gandum dia tak berapa
cantik texture dia sbb akan jadi mampat dan tak anjal roti nanti. Cikgu sarankan guna 2 ni
je Tepung Roti/Tepung Pau.
3. 11gm yis layang2 atau apa2 brand 'mauripan boleh je. Cikgu suka pakai yis layang2
sebab bau yis tak kuat sangat.
4. Kalau guna breadmaker, masukkan bahan basah dahulu.
5. Kalau guna mixer, masukkan bahan kering dahulu,bahan basah masukkan sedikit
demi sedikit. Refer pada video ya

Tips

1. Uli dough 30-45 minit ataupun sehingga permukaan dough licin dan tak melekit
2. Lepas habis uli,rehatkan dough 30 minit -1jam. Biar kembang naik sekali dan jangan
rehatkan lama-lama sangat, nanti dough berbau basi disebabkan yis
3. Tutup setiap permukaan dough menggunakan kain kering semasa merehatkan dough
untuk mengelakkan permukaan atas dough kering.
4. Rehatkan dough selama 30 minit.
5. Selepas 30 min, BUANG ANGIN TERLEBIH DAHULU. Bentukkan dough , bulat
bulatkan nya sampai permukaan licin.
6. Timbang 30gm kalau nk bajet @ 40gm
7. Kalau nak buat Thai Bread / Bomboloni kecil-kecil, 30 gram pon cukup tapi cikgu buat
40gm dapat la dalam 20 lebih biji Thai Bread @ Bomboloni.

Selepas selesai membuat bentuk bulat atau bulat lepe, rehatkan dough sekali lagi selama
15-30minit sahaja. Jangan lama-lama selepas kembang baru mula menggoreng 

Anda mungkin juga menyukai