Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah taklimat berhubung Modul TMK bagi KSSR semakan 2017. Dari
tinjauan yang telah BPK laksanakan didapati guru sekolah rendah tidak ‘sedar’ tentang wujudnya modul-modul TMK
yang boleh mereka gunakan untuk laksanakan PdP dalam Mata Pelajaran masing-masing.

Kalaupun ada yang sedar tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya.

Sehubungan dengan itu, disini saya akan paparkan kronologi wujudnya Modul TMK

Pada 2011, DSK TMK berada bersama-sama DSK Sains dan RBT di dalam DSK Dunia Sains dan Teknologi di mana murid
diberi pengetahuan dan kemahiran asas TMK serta mengaplikasikannya didalam elemen Sains dan RBT. Pengetahuan
dan kemahiran yang telah diperolehi dapat diperkukuhkan lagi secara merentas kurikulum di dalam MP lain mengikut
tahap kebolehan murid.

Contoh: guru BM ingin menerapkan EMK TMK dlm PdP BM, beliau perlu bertanya kpd guru DST apakah pengetahuan &
kemahiran TMK yg telah dipelajari murid? Guru TMK mungkin akan memaklumkan, murid telah belajar menggunakan
keyboard, menggunakan MSWords atau MSPowerPoint. Dari maklumat tersebut, guru BM akan ambil maklum dan
merancang PdP BM yang boleh menggunakan pengetahuan & kemahiran TMK yang telah murid pelajari.

Pada 2014, mata pelajaran TMK diperkenalkan kepada murid tahap II bermula dengan tahun 4 dimana TMK diajar
sebagai satu mata pelajaran yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK
seperti sistem komputer (bagaimana komputer bekerja), Multimedia (cara membuat persembahan – Ms Powerpoint),
rangkaian (bagaimana menggunakan internet dengan betul dan selamat), Pangkalan data (cara mendapatkan data,
memproses data dan menyimpan data – MSExcel & MSAccess) dan juga pengaturcaraan (bagaimana manusia
berkomunikasi dengan Komputer – Bahasa Pengaturcaraan Scratch)

Pada 2017, Semakan KSSR dan bermula Pelaksanaan Modul TMK dalam 8 mata pelajaran KSSR semakan

Pelaksanaan ini selaras dengan

1. hasrat Anjakan 7 PPPM 2013-2025 yang memberi penekanan memanfaatkan TMK untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.

2. penerapkan Kemahiran Pemikiran Komputasional yang diajar merentas kurikulum mengikut kesesuaian topik dalam
konteks mata pelajaran

3. menyediakan murid dengan kemahiran asas TMK seawal sekolah rendah untuk persiapan ke sekolah menengah

Bagi membantu guru melaksanakan Modul TMK, 3 dokumen dihasilkan oleh BPK dan MDEC

Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK menghuraikan bagaimana Modul TMK boleh digunakan dalam PdP secara efektif
di sekolah dengan menyediakan contoh bagi membolehkan guru merancang aktiviti PdP yang bersesuaian dengan mata
pelajaran masing-masing.

Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK menghuraikan bagaimana Modul TMK boleh digunakan dalam PdP secara efektif
di sekolah dengan menyediakan contoh bagi membolehkan guru merancang aktiviti PdP yang bersesuaian dengan mata
pelajaran masing-masing.
Komponen 1 dan 2 merupakan Kemahiran Asas TMK,

Komponen 3 merupakan Kemahiran Pemikiran komputasional

Komponen 4 merupakan Nilai dalam TMK – Teknologi Hijau bukan hanya penekanan kepada 3R (reduce, reuse &
recycle) tetapi juga isu keselamatan menggunakan teknologi

Anda mungkin juga menyukai