Anda di halaman 1dari 8

(2013) 17 JUUM 37 - 44

Perlindungan Pengguna di Indonesia dalam Penyelesaian Pertikaian


Perbankan Islam

(Consumer Protection in Indonesia for Islamic Banking Dispute Settlement)

RO’FAH SETYOWATI
SAKINA SHAIK AHMAD YUSOFF

ABSTRAK

Pengguna perbankan Islam mempunyai keperluan khusus berbanding perbankan konvensional, terutamanya dalam konteks
jaminan penerapan prinsip muamalah. Bagi memenuhi keperluan tersebut, pelbagai undang-undang telah dikuatkuasakan.
Dalam konteks penyelesaian pertikaian, terdapat beberapa undang-undang yang menunjukkan ketidakharmonian
peruntukan. Perkara demikian selain menimbulkan ketidakpastian undang-undang, hal ini juga berpotensi menjejaskan
kepentingan pengguna, seterusnya mengurangi kepercayaan pengguna kepada institusi perbankan Islam. Artikel ini
bertujuan mengenal pasti perlindungan pengguna perbankan Islam di Indonesia dalam konteks penyelesaian pertikaian.
Mengguna pakai metode analisis kandungan yang berteraskan pendekatan doktrinal, artikel ini menekankan pendekatan
kesepaduan undang-undang dalam penghasilan satu korpus undang-undang yang harmonis.

Kata kunci: Perlindungan pengguna, perbankan Islam, penyelesaian pertikaian, Indonesia

ABSTRACT

Consumers of Islamic banking require certain specific needs, in particular, a guarantee that the muamalah principles
shall be upheld. In fulfilling this requirement, various laws have been enforced in Indonesia. In the context of dispute
resolution, there are some legislation that evinced disharmonization in its provisions. This disharmonization has the
potential of creating legal uncertainty which may jeopardize consumers’ interest, thus affecting consumers’ trust and
confidence in the Islamic banking institutions in Indonesia in the context of dispute resolution. Adopting the content
analysis methodology based on doctrinal approach, this article emphasizes on legal integration in the cause of formulating
a harmonized legal corpus for Islamic banking in Indonesia.

Keywords: Consumer protection, Islamic banking, dispute resolution, Indonesia

PENGENALAN asas bagi pengguna untuk mendapatkan hak-hak sebagai


pengguna secara sewajarnya. Konsep ‘perlindungan
Pengguna perbankan Islam adalah pengguna perkhidmatan pengguna’ diartikulasikan oleh Jawatankuasa Molony
perbankan yang bertransaksi dengan institusi perbankan dalam laporannya sebagai:
Islam ataupun cawangan-cawangannya. Pengguna Perlindungan pengguna merupakan konsepsi yang amorfos
perbankan merupakan pihak-pihak berkepentingan yang tidak boleh didefinisikan. Ianya merangkumi kejadian
(stakeholders) yang utama bagi perniagaan perbankan. di mana undang-undang campur tangan untuk mengenakan
Kedudukan dan peranan pengguna bagi memastikan perlindungan menyebelahi pembeli…. Bersama-sama dengan
kelangsungan sesebuah perniagaan adalah begitu aktiviti beberapa organisasi, diilhamkan oleh pelbagai sumber,
signifikan. Oleh itu, memperhatikan kepentingan pengguna matlamat atau kesannya ialah untuk memperolehi layanan yang
pada asasnya adalah usaha bagi mengekalkan perniagaan wajar dan memuaskan bagi pembeli tempatan.
itu sendiri dalam konteks jangka panjang.1 Namun Dari pandangan lain, ‘perlindungan pengguna’ mungkin boleh
demikian, signifikan peranan dan kedudukan pengguna dianggap sebagai langkah-langkah yang menyumbang secara
tersebut sering kali tidak seimbang dengan perlakuan dan langsung atau tidak langsung kepada keyakinan pengguna
layanan pihak peniaga terhadap mereka dalam pasaran. bahawa dia kan membeli barangan yang mempunyai kualiti
Ramai peniaga yang tidak beretika merupakan satu bukti yang bersesuaian dengan tujuannya, bahawa barangan tersebut
kurangnya kesedaran terhadap kepentingan memberi akan memberikannya kegunaan yang munasabah, dan bahawa
perhatian dan perlindungan terhadap hak-hak pengguna. jika dia mempunyai aduan yang wajar, terdapatnya saluran
tebus rugi.2
Justeru diperlukan perlindungan pengguna yang menjadi

JUUM 3.indd 37 27/01/2014 14:48:41


38 Jurnal Undang-undang & Masyarakat 17

Namun walau apapun definisi yang diberikan kepada Perlindungan pengguna merupakan usaha untuk
konsep ini, yang jelasnya konsep ini lahir daripada menciptakan rasa aman dan terlindungi dan adil bagi
penindasan dan penyelewengan peniaga terhadap para pengguna. Perlindungan yang sedemikian diperlukan
pengguna. Justeru perlindungan pengguna merupakan memandangkan pada umumnya kedudukan pengguna
suatu kuasa sosial, suatu kuasa ekonomi dan suatu kuasa adalah lemah berbanding peniaga8 termasuk dalam hal
perundangan yang bertindak balas terhadap keadaan ini adalah institusi perbankan sebagai peniaga. Ekoran
korporat serta suatu penilaian ke atas amalan dan etika daripada itu, banyak peniaga memiliki kecenderungan
perniagaan dalam mencapai keseimbangan kuasa antara untuk mengkesampingkan hak-hak pengguna serta
peniaga dan pengguna, demi mewujudkan keadilan yang memanfaatkan kelemahan pengguna tanpa harus
optimum bagi para pengguna.3 mendapatkan perlindungan undang-undang. Perkara
Pertikaian perbankan Islam boleh sahaja berlaku ini pada umumnya disebabkan prinsip utama pengguna
antara perbankan dengan pengguna. Oleh itu, perlindungan dalam mencari keuntungan yang sebesar-besarnya dengan
sepertimana yang diperlukan bagi pengguna dalam memanfaatkan seefisien mungkin sumber daya yang
penyelesaian pertikaian dan bagaimana perlindungan ada. Selain itu, kurangnya kesedaran dan pengetahuan
sedia ada di Indonesia, akan dihuraikan dengan pengguna semakin melemahkan kedudukan pengguna
membahagi sub bab seperti berikut. Pertama, mengenal berbanding institusi perbankan.9
pasti keperluan perlindungan bagi pengguna perbankan Menurut Barkatullah,10 kedudukan pengguna lemah
Islam. Kedua, melakukan analisis terhadap perundangaan disebabkan juga oleh beberapa hal, antaranya iaitu
perbankan Islam dan perlindungan pengguna; dan ketiga, kemampuan ekonomi, tingkat kesedaran pengguna akan
menjelaskan bentuk perlindungan pada penyelesaian hak-haknya, kemampuan untuk mengakses keadilan
pertikaian pengguna perbankan Islam di Indonesia. dalam mempertahankan hak-haknya serta peraturan
Berasaskan huraian tersebut, diketahui kelemahan dan perundangan yang kurang memenuhi keperluan
kelebihan yang wujud dalam perlindungan pengguna, pengguna. Justeru kepelbagaian sebab tersebut
khususnya penyelesaian pertikaian perbankan Islam. menguatkan wujudnya ketidaksamarataan kedudukan
Dengan mengenali kelemahan, maka dapat diguna pakai antara pengguna dan peniaga. Ketidaksamarataan kuasa
sebagai rujukan penambahbaikan pada mana-mana antara pengguna dan peniaga ini dipamerkan dalam
bahagian yang diperlukan. tiga bentuk, ketidakseimbangan kuasa berunding antara
peniaga dan pengguna, ketidakseimbangan pengetahuan
tentang sifat dan komponen teknikal barangan dan
KEPERLUAN PERLINDUNGAN TERHADAP ketidakseimbangan sumber antara kedua-duanya. 11
PENGGUNA PERBANKAN ISLAM Kedudukan pengguna semakin terjejas manakala
perundangan sedia ada belum memberikan keadilan
Dalam perspektif perundangan Islam, setiap transaksi sehingga tidak melindungi kepentingan dan hak-hak
sama ada yang dilakukan oleh individu mahupun institusi pengguna secara sewajarnya serta akses kepada keadilan
dalam bidang apa sahaja adalah terikat dengan nilai-nilai tidak berjalan secara semestinya.
Islam. Hal ini didasarkan pada satu kaedah ushul ‘al aslu Di sisi lain, pengguna perbankan Islam, selain
fi al-afal at-taqayyud bi hukmi asy-syar’i’ bahawa hukum memerlukan perlindungan bersifat umum, iaitu
asal suatu perbuatan adalah terikat dengan hukum syarak.4 terlindunginya wang yang dilaburkan dan atau diterima
Dalam istilah umum perkara ini sering dikenali dengan dalam pembiayaan, juga memerlukan perlindungan
terma halal-haram. Oleh itu, sentiasa mematuhi dan tetap bersifat khusus iaitu jaminan keselarian dengan syariah
berpegang teguh pada ketentuan syariah adalah wajib.5 dalam setiap aktiviti perbankan. Keselarian yang
Dalam konteks kajian, halal-haram merupakan salah satu dimaksud sama ada sebelum masa transaksi, pada masa
skop kajian undang-undang. Oleh itu, dapat dikatakan transaksi atau pelaksanaan transaksi sehingga selepas
bahawa bagi setiap Muslim, mempunyai hubungan rapat transaksi antara pengguna dengan pihak bank, bahkan
antara pelbagai aspek kehidupannya dengan bidang jika berlaku konflik atau pertikaian berkait dengan
undang-undang, termasuk antaranya ekonomi Islam, transaksi.12 Perhatian terhadap perkara ini adalah tepat
lebih khusus lagi dalam beraktiviti dengan perbankan memandangkan perbankan mempunyai fungsi yang
Islam. Perkara ini memandangkan dalam kehidupan di sangat penting bagi sesebuah negara, terutamanya
era moden, institusi ekonomi yang mempunyai hubungan perbankan Islam bagi negara yang majoriti berpenduduk
aktiviti paling banyak dengan pengguna adalah institusi Muslim seperti Indonesia. Beberapa perkara di atas,
perbankan.6 Bagi mengamankan aktiviti perbankan Islam semakin memperkuat rasional perlunya memperhatikan
dari perspektif syariah, maka perlu mengkaitkan setiap persoalan pengguna perbankan Islam, sebagai salah satu
sumber dan pelaburan wang, produk-produk, pelaksanaan institusi yang diharapkan dapat turut serta menggali
akad, penyelesaian akad dan akses kepada keadilan jika keupayaan ekonomi dan mensejahterakan masyarakat
berlaku pertikaian berkait dengan akad pada perbankan Indonesia. Dengan adanya perlindungan pengguna, dapat
Islam, agar kesemuanya selari dengan syariah.7 menciptakan keadilan dan kedamaian kepada para pihak
yang berkait.13 Dalam konteks ini, Mulhadi menyatakan

JUUM 3.indd 38 27/01/2014 14:48:43


Perlindungan Pengguna di Indonesia dalam Penyelesaian Pertikaian Perbankan Islam 39

landasan falsafah perlunya perlindungan pengguna bagi menyebutkan UU No. 10 tahun 1998 tentang Perubahan
pengguna perbankan Islam antaranya wujudnya ketentuan atas UU No. 7 tahun 1992 tentang Perbankan (termasuk
yang berlandaskan pada keberpihakan serta perlindungan pula UUPS 2008) sebagai salah satu undang-undang yang
terhadap pihak yang lemah. Perkara ini sesuai dengan materinya melindungi kepentingan pengguna. Terlebih
konsep persaudaraan dan tolong-menolong dalam Islam.14 lagi apabila didasarkan pada aduan yang dimajukan
Malahan, jika dikaitkan dengan ciri institusi perbankan kepada Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI),
sebagaimana dihuraikan di atas, perhatian dan penekanan dan beberapa kes yang dimajukan ke mahkamah, perkara
terhadap pengguna perbankan adalah sangat diperlukan. perbankan pada umumnya menempati peringkat tinggi.19
Selain itu, terdapat kekhususan pada pengguna perbankan Perkara ini dikuatkan dengan kenyataan Sudaryatmo,
Islam berkaitan dengan falsafah Islam yang menjadi asas Ketua Pengurus Harian Yayasan Lembaga Konsumen
pada institusi perbankan Islam itu sendiri. Perlindungan Indonesia (YLKI), perbankan merupakan tiga bidang
demikian yang disebut oleh penulis sebagai ‘perlindungan utama yang paling banyak dilaporkan oleh pengguna.20
khusus’ atau ‘perlindungan syariah’. ‘Perlindungan Berasas pada kesedaran pentingnya memberi takrifan
syariah’15 dalam konteks ini ialah terpenuhnya keperluan mengenai hak pengguna, UUPK membuat rumusan hak
jaminan keselarian dengan prinsip syariah dalam semua sebagaimana peruntukan Pasal 4 UUPK, iaitu : 1) Hak
aktiviti operasional perbankan Islam.16 atas kenyamanan, keamanan, dan keselamatan; 2) Hak
Bangkitnya konsep perlindungan pengguna pada untuk memilih barang; 3) Hak atas Informasi; 4) Hak
asasnya disebabkan oleh terjejasnya hak-hak pengguna untuk didengar pendapatnya; 5) Hak untuk mendapatkan
oleh pelbagai kepentingan para peniaga. Dalam konteks advokasi; 6) Hak untuk mendapatkan pembinaan dan
kajian ini, maka dapat dikatakan bahawa perlunya pendidikan; 7) Hak untuk diperlakukan dan dilayani
perlindungan bagi pengguna perbankan Islam adalah secara benar dan jujur serta tidak diskriminatif; 8) Hak
disebabkan hak-hak pengguna perbankan juga kurang untuk mendapatkan kompensasi, ganti rugi dan atau
mendapat perhatian, khususnya apabila berlaku pertikaian penggantian; 9) Hak-hak yang diatur dalam perundangan
yang memerlukan cara atau metode penyelesaian secara lainnya.
khusus. Hak-hak pengguna perbankan Islam yang Daripada keseluruhan hak-hak tersebut, yang
berkaitan dengan konteks ini iaitu hak terhadap jaminan mempunyai hubungan rapat dengan konteks kajian
keselarian dengan syariah.17 Hak demikian termasuklah tentang perlindungan pada penyelesaian pertikaian ini
kepentingan pengguna Muslim dari aspek spiritual yang adalah hak atas kenyamanan, keamanan dan keselamatan.
wajib dijalankan dengan tidak mengambil kira tempat Dalam perspektif perkhidmatan perbankan Islam, dengan
dan masa. pendekatan analogi terhadap hak-hak bagi pengguna
pada umumnya, dapat fahamkan bahawa hak atas
keamanan, kenyamanan dan keselamatan dapat dilihat
PERLINDUNGAN PENGUNA DAN dari perspektif spiritual bagi kepentingan pengguna
PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA: ANALISIS Muslim. Berasaskan pendekatan analogi di atas, erti
PERUNDANGAN BERKAITAN DENGAN daripada hak tersebut adalah keamanan, kenyamanan
PENYELESAIAN PERTIKAIAN dan keselamatan dari aspek syariah (tidak bertentangan
dengan prinsip syariah). Ekorannya, bilamana berlaku
Bagi mendapatkan kefahaman tentang perundangan sebarang konflik, bahkan yang mengarah pada pertikaian,
yang berkaitan dengan perlindungan pengguna dan maka hak pengguna perbankan Islam adalah mendapatkan
perbankan Islam, khususnya dalam konteks penyelesaian penyelesaian dengan prosedur dan substans yang sesuai
pertikaian, maka perlu dihuraikan tentang perundangan dengan syariah.21 Dalam konteks ini juga, hal pengguna
yang mengatur kedua-dua perkara tersebut. perbankan Islam rapat dengan hak mendapatkan
advokasi, memandangkan hak advokasi ini merupakan
PERUNDANGAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DI sebahagian hak daripada mendapatkan perlindungan bagi
INDONESIA mendapatkan bantuan undang-undang sesuai dengan
keperluan pengguna.
Dalam sejarah perkembangan perlindungan pengguna,
rumusan hak-hak pengguna sangatlah penting, kerana
PERUNDANGAN PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA
diperlukan bagi mengarahkan secara sebenar tentang
matlamat perjuangan perlindungan pengguna. Perkara Sebelum diatur secara khusus dalam Undang-Undang
ini juga diperlukan bagi mendapatkan sokongan daripada No. 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Syariah (UUPS),
kerajaan/pemerintah, masyarakat dan para pengamal perbankan syariah merujuk pada Undang-Undang
undang-undang.18 Perbankan No. 7 tahun 1992 dan perubahannya
Perkhidmatan perbankan merupakan produk yang pada Undang-undang No. 10 Tahun 1998. Dalam UU
berkaitan dengan Undang-undang No. 8 Tahun 1999 Perbankan tersebut, sebahagian besar peruntukannya
Tentang Perlindungan Konsumen (UUPK). Hal demikian adalah pada aspek kepentingan dan perlindungan bank.
kerana secara yuridis normatif, Penjelasan Umum UUPK Perhatian kepada kepentingan pengguna perbankan

JUUM 3.indd 39 27/01/2014 14:48:43


40 Jurnal Undang-undang & Masyarakat 17

sangat sedikit, iaitu mengenai cara bersikap hati-hati Seterusnya pada perubahan dengan Undang-undang
dalam melakukan hubungan kontraktual dengan pihak Nomor 10 tahun 1998 Tentang perubahan atas Undang-
perbankan. Jika dianalisis lebih jauh, perkara ini juga undang Perbankan juga tidak terdapat peningkatan
tidak tepat dimasukkan sebagai bentuk perlindungan dalam perkara perlindungan bagi pengguna perbankan.
pengguna perbankan, memandangkan cara ini dianggap Peruntukan pada Pasal 6, Pasal 7 dan Pasal 13 hanya
tidak berfungsi disebabkan proses dan bentuk transaksi memberikan perakuan terhadap aktiviti perniagaan secara
antara pengguna perbankan dengan pihak bank pada khusus bagi bank syariah sebagai aktiviti perniagaan
umumnya bersifat seragam. Oleh itu, kecenderungan yang dilaksanakan sesuai dengan prinsip syariah. Oleh
yang muncul berkaitan dengan perjanjian bentuk itu, kedudukan pengguna perbankan masih sangat lemah,
seragam adalah sentiasa membebani pengguna dengan kecuali dikaitkan dengan hak penerapan prinsip Islam.
pelbagai macam kewajipan dan tanggungjawab atas Sebagai undang-undang yang secara khusus
risiko yang ditimbulkan selama perjanjian dilaksanakan. dimatlamatkan bagi keperluan perbankan Islam, dalam
Sedangkan pihak perbankan tidak berperanan serta Undang-undang Nomor 21 Tahun 2008 tentang Bank
dalam tanggungjawab tersebut. Jika dianalisis dengan Syariah juga telah memberikan beberapa takrifan
hak-hak pengguna sebagaimana perspektif UUPK, maka yang jelas tentang hubungan antara pengguna dengan
dapat dikatakan belum terdapat perlindungan hak secara penerapan prinsip-prinsip Islam. Beberapa pasal yang
berterusan bagi pengguna perbankan. Meskipun jika ditelaah memberikan peruntukan secara khusus berkaitan dengan
lebih jauh, perundangan tentang perbankan dalam bentuk pengguna perbankan Islam sebagaimana dalam Jadual
sedia ada juga dimaksudkan memberikan perlindungan dan berikut:
kepastian undang-undang. Namun demikian, hal ini tidak
termasuk dalam konteks kajian ini.

JADUAL 1. Peruntukan Berkaitan dengan Pengguna Perbankan Islam dalam Undang-undang No. 21 Tahun 2008
Tentang Perbankan Syariah

Pasal Peruntukan
Pasal 1 ayat 1 Perbankan Syariah adalah segala sesuatu yang menyangkut tentang Bank Syariah dan Unit Usaha Syariah (UUS),
mencakup kelembagaan, aktiviti perniagaan, serta cara dan proses dalam melaksanakan aktiviti perniagaannya.
Pasal 1 ayat 7 Bank Syariah adalah bank yang menjalankan aktiviti perniagaannya berdasarkan Prinsip Syariah. Menurut jenisnya
terdiri atas Bank Umum Syariah (BUS) dan Bank Pembiayaan Rakyat Syariah (BPRS).
Pasal 1 ayat 8 Bank Umum Syariah adalah Bank Syariah yang dalam aktivitinya memberikan perkhidmatan dalam lalu lintas
pembayaran.
Pasal 1 ayat 12 Prinsip syariah adalah prinsip perundangan Islam dalam aktiviti perbankan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan
oleh institusi yang memiliki kuasa dalam penetapan fatwa di bidang syariah.
Pasal 1 ayat 13 Akad adalah kesepakatan tertulis antara Bank Syariah atau UUS dan pihak lain yang memberikan peruntukan
adanya hak dan kewajipan bagi masing-masing pihak sesuai dengan Prinsip Syariah.
Pasal 1 ayat 16 Pengguna perbankan adalah pihak yang menggunakan perkhidmatan Bank Syariah dan/atau UUS.
Pasal 1 ayat 17 Pengguna penyimpan adalah pengguna yang menempatkan dananya di Bank Syariah dan/atau UUS dalam bentuk
simpanan berdasarkan Akad antara Bank Syariah atau UUS dan pengguna yang bersangkutan
Pasal 1 ayat 18 Pengguna pelabur adalah pengguna yang menempatkan dananya di Bank Syariah dan/atau UUS dalam bentuk
pelaburan berdasarkan akad antara Bank Syariah atau UUS dan pengguna yang bersangkutan.
Pasal 1 ayat 19 Pengguna penerima fasilitati adalah pengguna yang memperoleh fasiliti dana atau yang dipersamakan dengan itu,
berdasarkan prinsip syariah.
Pasal 2 Perbankan Syariah dalam melakukan aktiviti perniagaannya berasaskan prinsip syariah, demokrasi ekonomi, dan
prinsip kehati-hatian.
Pasal 3 Perbankan Syariah bertujuan menyokong pelaksanaan pembangunan nasional dalam rangka meningkatkan keadilan,
kebersamaan, dan pemerataan kesejahteraan rakyat.

Dari pengertian-pengertian terhadap hal-hal yang memberi peruntukan yang tegas bagi pengguna pada
berkaitan dengan perbankan syariah di atas adalah Pasal 39 yang menyatakan Bank Syariah dan UUS wajib
menunjukkan kuatnya komitmen terhadap prinsip-prinsip menjelaskan kepada pengguna mengenai kemungkinan
yang mesti dilaksanakan oleh setiap perbankan Islam di timbulnya risiko kerugian berkaitan dengan transaksi
Indonesia. Namun demikian, jika dilihat dari hak-hak pengguna yang dilakukan melalui Bank Syariah dan/atau
pengguna sebagaimana perspektif UUPK, UUPS hanya UUS. Kewajipan bank dalam memberikan penjelasan ini

JUUM 3.indd 40 27/01/2014 14:48:43


Perlindungan Pengguna di Indonesia dalam Penyelesaian Pertikaian Perbankan Islam 41

merupakan pemenuhan bagi salah satu hak pengguna 2. Dalam hal para pihak telah menjanjikan penyelesaian
terhadap maklumat. sengketa selain sebagaimana dimaksud pada ayat (1),
Dalam konteks kajian tentang perlindungan penyelesaian sengketa dilakukan sesuai dengan isi
penguna perbankan dalam penyelesaian pertikaian akad.
hanya dikhususkan dalam bentuk yang berbeza dengan 3. Penyelesaian sengketa sebagaimana dimaksud pada
pengguna perbankan konvensional. Kekhususan tersebut ayat (2) tidak boleh bertentangan dengan prinsip
adalah sesuai dengan pelbagai peruntukan yang diberikan syariah.
oleh UUPS dalam memenuhi prinsip-prinsip syariah
Seterusnya dalam Penjelasan Pasal 55 ayat (2) yang
dalam semua aktiviti berkaitan dengan perbankan Islam.
dimaksud dengan “penyelesaian sengketa dilakukan sesuai
Hal sedemikian adalah tepat jika dikaitkan dengan
akad” adalah usaha sebagai berikut: (a) Musyawarah;
hak pengguna perbankan Islam terhadap kenyamanan,
(b) Mediasi perbankan; (c) Melalui Badan Arbitrase
keamanan dan keselamatan. Memandangkan penegasan
Syariah Nasional (BASYARNAS) atau lembaga arbitrase
terhadap tujuan, asas serta operasional perbankan
lain; dan / atau (d) Melalui pengadilan dalam lingkungan
syariah yang berdasar kepada prinsip-prinsip Islam
Peradilan Umum.
akan mendatangkan rasa nyaman, aman dan selamat
Dalam konteks perlindungan syariah pengguna
dari aspek spiritual. Perkara ini dapat disebut sebagai
perbankan Islam, peruntukan berkaitan dengan
ketenangan spiritual. Hal sedemikian sangat berkesan
penyelesaian pertikaian ini setidak-tidaknya menimbulkan
pada kepercayaan pengguna perbankan Islam yang
dua macam respons pentafsiran. Pertama, kepelbagaian
seterusnya dapat meningkatkan keterlibatan mereka bagi
mekanisme yang wujud, termasuk dualisme mahkamah
pengembangan perbankan Islam.
yang dapat menjalankan penghakiman terhadap
Konteks ini adalah sesuai dengan kenyataan Sayyed
pertikaian perbankan Islam ini dipandang memberikan
Hossen Nasr,22 bahawa ‘spiritualiti’ dalam Islam tidak
pilihan saluran bagi para pihak bertikai dalam mencari
dapat diasingkan daripada kesedaran terhadap kewujudan
penyelesaian. Pada asasnya, pandangan ini menunjukkan
Allah SWT dan kehidupan yang dijalani sesuai dengan
pemikiran yang bersifat pragmatis, memandangkan
kehendak-Nya. Di dalam prinsip keesaan (tauhid) terdapat
hanya mendasarkan pada keinginan para pihak, tetapi
inti pesan Islam dan penentuan spiritualiti Islam dalam
belum mengkaitkan dengan kemungkinan dipenuhinya
seluruh dimensi dan pelbagai bentuknya yang beragam.
persyaratan sebagaimana dalam ayat (3) pasal 55 tersebut
‘Spiritualiti’ dalam konteks ini adalah tauhid, sedangkan
yang mensyaratkan kesesuaian dengan prinsip syariah.
tingkat pencapaian spiritual oleh setiap manusia adalah
Hal demikian berdasarkan realiti terkini tentang belum
tingkat kesedarannya terhadap tauhid.
wujud kesediaan para hakim dalam lingkungan Peradilan
umum bagi menjalankan tugas baru tersebut, kecuali
PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM PENYELESAIAN bekal pemahaman yang diperolehi melalui mata kuliah
PERTIKAIAN PERBANKAN ISLAM
hukum Islam semasa perkuliahan serta pengenalan yang
Beberapa perundangan yang menyokong perbankan Islam tidak dirancangkan secara khusus. Namun demikian,
pada asasnya secara umum dapat dikatakan memberikan pandangan ini dianggap sebagai jalan tengah manakala
perlindungan syariah kepada para pengguna perbankan. berlaku tarik ulur dalam perkara pemberian kuasa
Memandangkan, kewujudan perundangan tersebut penghakiman melalui saluran mahkamah, kepada
merupakan perhatian daripada kerajaan/pemerintah bagi Peradilan Agama sebagaimana diatur dalam UUPA
memberikan kemudahan diterapkannya transaksi-transaksi ataukah kepada Peradilan Umum. Permasalahannya,
perbankan yang sesuai dengan syariah bagi masyarakat jika pertikaian perbankan Islam dikendalikan oleh
yang memerlukan. Wujudnya jaminan kesesuaian dalam hakim yang tidak mempunyai kepakaran perundangan
aspek syariah inilah yang mempunyai makna sama dengan Islam, khususnya fiqh muamalah, dapat mengakibatkan
‘perlindungan syariah’.23 Perlindungan syariah dalam munculnya keputusan yang mengelirukan dari perspektif
makna yang sama dengan konteks ini, pada dasarnya syariah. Persoalan demikian sebagaimana telah berlaku di
merupakan salah satu kewajipan dari agama Islam bagi Malaysia dalam beberapa kes.25 Wujudnya putusan yang
umat Islam.24 Perlindungan syariah yang demikian bukan keliru sedemikian antaranya disebabkan: (1) Penggunaan
hanya merupakan keperluan masyarakat atau umat Islam rujukan yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip syariah
di Indonesia, akan tetapi juga umat Islam di mana sahaja, terhadap kes-kes26 perbankan Islam;27 (2) Dilakukan oleh
kerana konsep ini merupakan bagian yang melekat dari hakim yang tidak memahami syariah; serta (3) Disokong
ajaran agama Islam itu sendiri. oleh peguam yang juga belum menguasai prinsip-prinsip
Dalam konteks perlindungan pengguna dalam syariah.28 Di sisi lain, terhadap fenomena demikian,
penyelesaian pertikaian perbankan Islam, UUPS 2008 keberadaan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Kebangsaan
telah memberikan peruntukan yang jelas dalam BAB IX juga tidak memiliki kekuatan untuk berperanan dalam
Pasal 55 yang menyatakan: proses penghakiman.29 Jika hal sedemikian berlaku, maka
dapat dikatakan proses penyelesaian pertikaian pengguna
1. Penyelesaian sengketa Perbankan Syariah dilakukan perbankan Islam tidak mendapatkan perlindungan
oleh pengadilan dalam lingkungan Peradilan Agama. sewajarnya.

JUUM 3.indd 41 27/01/2014 14:48:43


42 Jurnal Undang-undang & Masyarakat 17

Kedua, wujudnya kepelbagaian saluran mekanisme hubungan DPS dan DSN dengan perbankan Islam, agar
yang sangat terbuka ini dapat menimbulkan pelbagai lebih baik dalam memenuhi fungsi pengawalan.
bentuk ketidakpastian undang-undang. Ketidakpastian
undang-undang pada awalnya antaranya berpunca pada:
(1) Wujudnya dualisme dalam proses penghakiman KESIMPULAN
terhadap perkara yang sama; (2) Ketidaksamaan rujukan
dalam proses penghakiman terhadap perkara yang Dari keseluruhan huraian, maka kajian ini dapat
sama; dan (3) Ketidaksamaan dalam cara pengambilan menyimpulkan sebagai berikut:
rujukan. Seterusnya hal demikian dapat menimbulkan 1. Keperluan perlindungan bagi pengguna perbankan
kekacauan hukum. Selain itu, para pihak cenderung Islam dalam konteks kajian ini adalah pada hak
mengambil institusi yang menguntungkan pihaknya, berasaskan kepentingan pengguna Muslim dalam
tanpa mempertimbangkan kesesuaian dengan prinsip- aspek spiritualiti yang bersumber daripada agama
prinsip Islam yang semestinya lebih utama diikuti. Islam. Hak yang dimaksud adalah mendapatkan
Dalam bidang kes yang lain, hal sedemikian pernah perkhidmatan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
berlaku dalam kekuasaan kehakiman di Indonesia, iaitu dalam semua aktiviti yang berkaitan dengan
penyelesaian kes kewarisan Islam. Pada akhirnya, kerana perbankan Islam. Keperluan perlindungan sedemikian
sememangnya menimbulkan ketidakpastian undang- dapat disebut dengan ‘perlindungan syariah’.
undang, dan hal ini tidak sesuai dengan matlamat undang- 2. Daripada keseluruhan hak-hak pengguna menurut
undang yang menghendaki kepastian, maka wujudnya UUPK yang mempunyai hubungan rapat dengan
dualisme kuasa ini dibatalkan. tentang perlindungan pada penyelesaian pertikaian
Institusi penyelesaian pertikaian lain selain Peradilan ini adalah hak atas kenyamanan, keamanan dan
Agama dan BASYARNAS, sehingga kini menunjukkan keselamatan serta hak mendapatkan advokasi.
belum mempunyai sumber daya insan yang memiliki Dalam perpektif perkhidmatan perbankan Islam,
kepakaran bidang syariah. Oleh itu, kiranya akan cukup dengan penggunakan pendekatan analogi terhadap
sukar bagi memenuhi persyaratan penyelesaian pertikaian hak-hak tersebut serta dikaitkan dengan kepentingan
sesuai dengan prinsip syariah. Terlebih, apabila secara pengguna Muslim, dapat difahamkan bahawa hak
sistemik, produk undang-undang yang dipergunakan atas keamanan, kenyamanan dan keselamatan adalah
dalam proses penyelesaian pertikaian tersebut juga tidak termasuk dari aspek syariah (tidak bertentangan
sesuai dengan prinsip syariah, maka persoalannya akan dengan prinsip syariah). Oleh itu, bilamana berlaku
lebih rumit. Persiapan menuju ke arah kesediaan tersebut sebarang pertikaian, maka hak pengguna perbankan
masih memerlukan langkah dan masa yang panjang dan Islam adalah mendapatkan penyelesaian dengan
konsekwensi kos yang tidak sedikit. prosedur dan substansi yang sesuai dengan syariah.
Berkenaan dengan persoalan tersebut, Mahkamah Peruntukan persyaratan sedemikian telah wujud
Agung telah membuat kebijakan responsif, dengan dalam UUPS.
menerbitkan Kompilasi Hukum Ekonomi Syariah sebagai 3. Wujudnya dualisme mahkamah dalam penyelesaian
panduan dalam mengadili perkara ekonomi syariah. pertikaian perbankan Islam sepertimana peruntukan
Namun demikian, kerana lingkup pemberlakuannya pada UUPS, menimbulkan dua pandangan, selain
masih terbatas bagi lingkungan Peradilan Agama, maka langkah tersebut dianggap sebagai jalan tengah
segi kemanfaatannya menjadi terbatas pula. Sementara terhadap tarik-ulur kuasa penghakiman berkenaan.
Bank Indonesia sebagai bank sentral, sememangnya Pertama, perkara tersebut adalah memberikan
telah turut menyokong perkembangan perbankan syariah pilihan saluran bagi para pihak bertikai dalam
secara umum. Sedangkan yang khusus dalam konteks mencari penyelesaian. Kedua, hal sedemikian
penyelesaian pertikaian, belum memberikan perhatian dapat menimbulkan pelbagai bentuk ketidakpastian
secara khusus, kecuali yang telah dibuat peruntukannya undang-undang. Daripada kedua-dua pandangan
melalui Peraturan Bank Indonesia (PBI) ataupun Surat tersebut, dalam konteks kajian ini penekanan utama
Edaran Bank Indonesia (SEBI) yang pada umumnya adalah dapat memastikan bahawa dalam proses
menyokong fatwa Dewan Syariah Nasional ( DSN). penyelesaian pertikaian yang dilaksanakan oleh
Namun dari aspek perlindungan syariah bagi pengguna setiap institusi adalah tidak bertentangan dengan
perbankan Islam, perlu meninjau semula peranan Dewan prinsip-prinsip Islam baik dalam mekanisme,
Pengawas Syariah ( DPS ) dalam melakukan fungsi rujukan yang diguna pakai serta paradigma berfikir
pengawalan agar sampai pada implementasi produk, dan para hakim dan peguam yang mengendalikannya.
manakala berlaku konflik antara bank dengan pengguna. Memandangkan, jika ketiga-tiga perkara sedemikian
Bank Indonesia melalui Direktorat Perbankan Syariah dipenuhi, bererti perlindungan pengguna dalam
(DPbS) juga merupakan institusi yang berperanan penyelesaian pertikaian pengguna perbankan telah
bagi usaha peningkatan efektifitas fungsi DPS dan DSN diamalkan di Indonesia.
dalam pengawalan perbankan Islam, memandangkan
mempunyai banyak kemudahan bagi memfasilitasi pola

JUUM 3.indd 42 27/01/2014 14:48:43


Perlindungan Pengguna di Indonesia dalam Penyelesaian Pertikaian Perbankan Islam 43

19
NOTA Samsul Inosentius, Pengembangan Model Penyelesaian Sengketa
Perbankan dalam Perspektif Perlindungan Kepentingan Konsumen,
1
Azhari, Perlindungan Hukum Bagi Nasabah Perbankan Syari’ah, Buletin Hukum Perbankan dan Kebanksentralan, Bank Indonesia,
Hakim Pengadilan Agama Tanah Grogot, http://www.pa- Vol. 7, Nomor 1, Januari 2009, hlm 15.
tanahgrogot.net/utama/images/stories/pdf/artikelazhari.pdf. (17 20
Rika Novayanti, 14 June, 2011, http://bisnis-jabar.com/index.
Oktober 2011). php/2011/06/ylki-banjir-pengaduan-soal-bank/ (17 Oktober
2
Final Report of the Committee on Consumer Protection, 1962, 2011).
Cmnd. 1781. 21
Ro’fah Setyowati, Perlindungan Syariah bagi Nasabah Perbankan
3
Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Perlindungan Pengguna di Malaysia: Syariah, International Conference Corporate Law (ICCL I - 2009),
Falsafah dan Politik, Dlm. Sakina Shaik Ahmad Yusoff et al. Kerjasama FH UNAIR Surabaya dengan Universiti Utara Malaysia
Undang-undang Komersial dan Pengguna, Siri Perkembangan (UUM), 1-3 Juni 2009, hlm 4.
Undang-undang di Malaysia, Jilid 6, Dewan Bahasa dan Pustaka, 22
Sayyed Hossen Nasr, The Heart of Islam: Enduring Values for
2007. Humanity, With Harper SAnfrancisco, a division of Harper Collins
4
Hukum syara’ terdiri wajib, sunnah, mubah, makruh dan haram. Publisher, Inc, New York, USA, 2002, hlm XIX.
Daud Ali, Muhamad, Asas-asas hukum Islam, Jakarta, UI- 23
Beberapa contoh praktis lain tentang ’perlindungan syariah’ ini ialah
Press,1990, hlm 47. ada pada perundangan tentang perkahwinan (menguatkuasakan
5
Surah Al Baqarah ayat168. unang-undang perkahwinan Islam bagi Muslim), Peradilan Agama
6
Ro’fah Setyowati, Perlindungan Syariah Bagi Nasabah Perbankan (mahmakah khas Muslim dengan mengguna pakai undang-undang
Syariah, International Conference Corporate Law (ICCL I - 2009), Islam), wakaf, haji dan lain sebagainya. Dan yang masih dalam
Kerjasama Fakultas Hukum Universitas Airlangga (UNAIR) proses perbincangan antaranya tentang labelisasi halal untuk
Surabaya dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), 1-3 Juni makanan.
2009. 24
Sebagaimana tertuang dalam Al-Qur’an Surat Al Maidah: 44, 45, 47
7
Dato’ Nadzim, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada intinya menyatakan bahawa sesiapa yang tidak memutuskan
(PPIM), Kuala Lumpur, Temu bual, 15 Januari 2011. perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka termasuk orang-
8
Keadaan pengguna semacam itu telah diperkuat oleh hasil orang yang kafir, zalim dan fasik.
penyelidikan yag diselenggarakan PBB sesuai Resolusi 2111 (LXIII) 25
Kes Arab Malaysian Finance Bhd v Taman Ihsan Jaya & Ors,
tengan Perlindungan Pengguna dalam sidang ke-63 Economi and mahkamah memutuskan bahawa transaksi (bay Bitaman Ajil)
Social Council (Ecosoc) pada tahun 1977. Lihat United Nations BBA bertentangan dengan dengan ABI 1983 dan ABDIK 1989,
Econoic and Social Council, E/1978/818 June 1978; Report of the kerana dianggap mempunyai elemen yang bertentangan dengan
Secretary General on Consular Protection: A Survey of Institutional agama Islam. Lihat Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim, Ke arah
Arrangements and Legal Measures. kerangka perundangan perbankan Islam yang komprehensif di
9
Husni Syazali dan Heni Sri Imaniyati, Hukum Perlindungan Malaysia: Isu, cabaran dan penyelesaian, Research and Islamic
Konsumen, Mandar Maju, Bandung, 2000, hlm 36. studies: Addressing contemporary challenges and future prospect,
10
Barkatullah, AH, Perlindungan Hukum bagi Konsumen dalam Kuala Lumpur, 2008, hlm 71.
Transaksi E-Commrce Lintas Negara di Indonesia, Fakultas 26
Kes Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) v Tinta Press Sdn. Bhd,
Hukum Universitas Indonesia Press, Pascasarjana Fakultas Hukum [1986] MLJ 256; [1987] 1 CLJ 474. lihat Mohamad Syafiqe bin
Universitas Indonesia, Yogyakarta, 2009, hlm 17. Abdul Rahim, Ke arah kerangka perundangan perbankan Islam
11
Ziegel, The Future of Canadian Consumerism (1973) 52 Can Bar yang komprehensif di Malaysia : Isu, cabaran dan penyelesaian,
Rev, 1973, hlm 191. Research and Islamic studies : Addressing contemporary challenges
12
Ro’fah Setyowati, Perlindungan “Khusus” bagi Nasabah Perbankan and future prospect, Kuala Lumpur, 2008, hlm 69.
Syariah dalam Perspektif Perlindungan Konsumen, Jurnal Masalah- 27
Walau bagaimanapun, pertelingkahan seperti demikian telah selesai
masalah Hukum, Jilid 39, No. 3, September 2010. apabila Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah dikuatkuasakan.
13
Azhari, Perlindungan Hukum bagi Pengguna Perbankan Syariah, Justeru berasaskan Akta tersebut, SAC Bank Negara adalah
Hakim Pengadilan Agama Tanah Grogot, http://www.pa- muhkamad kepada pihak Mahkamah.
tanahgrogot.net/utama/images/stories/pdf/artikelazhari.pdf. (17 28
Kes Bank Malaysia Berhad v Pasaraya Peladang Sdn. Bhd. [2004] 7
Oktober 2011). MLJ 355. Lihat Noor Inayah Yaakub, Fatimah Yusro Hashim, Jasri
14
Mulhadi, Asas Perlindungan Nasabah Berdasarkan Sistem Bank Jamal, Akta Bank Islam 1983 : “Kesamaran Perkara Asas Terhadap
Syariah, 2004. Konsep Riba dan bay’ Murabahah”, dalam Sakina Shaik Ahmad
15
‘Perlindungan syariah’ yang digunakan untuk menjelaskan bahawa Yusoff, Anisa Che Ngah, Zainatul Ashiqin Zainol, Noor Inayah
bagi umat Islam memerlukan suatu sokongan perundangan Yaakub, Hasani Mohd Ali, Undang-undang Dalam Era Teknologi,
yang secara berterusan menjadi asas bagi pengamalan satu atau Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008,
sebahagian daripada agama Islam. Mohamad Daud Ali menyebut hlm 269.
perkara ini sebagai bahagian agama Islam yang bersifat yuridis- 29
Misalnya dalam kes Arab-Malysian Merchant Bank Bhd v Sylver
normatif. Sila lihat Daud Ali, Muhamad, Asas-asas Hukum Islam, Concept Sdn. Bhd [2005] 5 MJL 219.
Jakarta, UI-Press, hlm. 37.
16
Ro’fah Setyowati, Perlindungan Syariah bagi Nasabah Perbankan
Syariah, International Conference Corporate Law (ICCL I - 2009), RUJUKAN
Kerjasama FH UNAIR Surabaya dengan Universiti Utara Malaysia
(UUM), 1-3 Juni 2009, hlm 2. Al Qur’an
17
Ro’fah Setyowati, Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Hak-Hak Pengguna Azhari, Perlindungan Hukum bagi Nasabah Perbankan Syari’ah,
Perbankan Islam di Indonesia: Pendekatan Harmonisasi Terhadap Hakim Pengadilan Agama Tanah Grogot, http://www.pa-
Perundangan Sedia Ada, Seminar Kebangsaan Persatuan Ekonomi tanahgrogot.net/utama/images/stories/pdf/artikelazhari.
Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea) Ke-15, 19 – 20 Julai pdf.
2011, hlm 15-16. Barkatullah. 2009. Perlindungan Hukum bagi Konsumen
18
Samsul Inosentius, Perlindungan Konsumen, Kemungkinan dalam Transaksi E-Commrce Lintas Negara di Indonesia.
Penerapan Prinsip Tanggungjawab Mutlak, Program Pascasarjana,
Yogyakarta: Fakultas Hukum Universitas Indonesia
Fakultas ukum niversitas Indonesia, 2004, hal. 6.
Press.

JUUM 3.indd 43 27/01/2014 14:48:44


44 Jurnal Undang-undang & Masyarakat 17

Daud Ali, Muhamad. 1990. Asas-asas Hukum Islam. Jakarta: Sakina Shaik Ahmad Yusoff. 2007. Perlindungan Pengguna
UI-Press. di Malaysia: Falsafah dan Politik, Dlm. Undang-undang
Final Report of the Committee on Consumer Protection, 1962, Komersial dan Pengguna, Siri Perkembangan Undang-
Cmnd. 1781. undang di Malaysia, Jilid 6, disunting oleh Sakina Shaik
Husni Syazali dan Heni Sri Imaniyati. 2000. Hukum Ahmad Yusoff et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Perlindungan Konsumen. Bandung: Mandar Maju, Pustaka.
Bandung. Samsul Inosentius. 2009. Pengembangan model penyelesaian
Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim. 2008. Ke Arah Kerangka sengketa perbankan dalam perspektif perlindungan
Perundangan Perbankan Islam Yang Komprehensif di kepentingan konsumen. Buletin Hukum Perbankan dan
Malaysia : Isu, Cabaran dan Penyelesaian. Research and Kebanksentralan, Bank Indonesia 7(1).
Islamic studies : Addressing contemporary challenges and Samsul Inosentius. 2004. Perlindungan Konsumen,
future prospect, Kuala lumpur. Kemungkinan Penerapan Prinsip Tanggungjawab Mutlak,
Mulhadi. 2004. Asas Perlindungan Nasabah berdasarkan sistem Program Pascasarjana, Fakultas Hukum Universitas
Bank Syariah. Indonesia.
Noor Inayah Yaakub, Fatimah Yusro Hashim & Jasri Jamal. Sayyed Hossen Nasr. 2002. The Heart of Islam: Enduring Values
2008. Akta Bank Islam 1983 : Kesamaran Perkara Asas for Humanity. New York: Harper Collins Publisher, Inc.
Terhadap Konsep Riba dan bay’ Murabahah. Dlm. Ziegel. 1973. The Future of Canadian Consumerism 52 Can
Undang-undang Dalam Era Teknologi, disunting oleh Bar Rev.
Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Anisa Che Ngah, Zainatul
Ashiqin Zainol, Noor Inayah Yaakub, Hasani Mohd Ali.
Bangi: Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Dr. Ro’fah Setyowati
Malaysia. JL Pucang Sari Timur II/22 Pucang Gading
Rika Novayanti. 2011. http://bisnis-jabar.com/index. Maranggen Demak Jawa Tengah
php/2011/06/ylki-banjir-pengaduan-soal-bank/. Dicapai Indonesia
pada:17 Oktober 2011. 59567 Demak – Jawa Tengah
Ro’fah Setyowati. 2010. Perlindungan “khusus” bagi nasabah Indonesia
perbankan syariah dalam perspektif perlindungan E-mel: rofahundip@gmail.com
konsumen. Jurnal Masalah-masalah Hukum 39(3).
Ro’fah Setyowati. 2009. Perlindungan Syariah bagi Nasabah Dr. Sakina Shaik Ahmad Yusoff
Perbankan Syariah, International Conference Corporate Professor Madya
Law (ICCL I - 2009), Kerjasama FH UNAIR Surabaya Fakulti Undang-Undang
dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), 1-3 Jun. Universiti Kebangsaan Malaysia
Ro’fah Setyowati, Sakina Shaik Ahmad Yussof. 2011. Hak- 43600 UKM Bangi
Hak Pengguna Perbankan Islam di Indonesia: Pendekatan Selangor.
Harmonisasi Terhadap Perundangan Sedia Ada. Seminar E-mel: kinasay@ukm.my
Kebangsaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga
Malaysia (Macfea) Ke-15, 19-20 Julai.

JUUM 3.indd 44 27/01/2014 14:48:44

Anda mungkin juga menyukai