Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Isu Dadah

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja
dipengaruhi oleh kebudayaan 'hippie' dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau
Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak
ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan
pemuda-pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam
khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan
diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas
terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah- langkah yang perlu untuk melindungi
rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya
tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang- undang seperti Akta Dadah
Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit
kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan
kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab
untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.
Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan
masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh
asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka
mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka
menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula,
maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik
sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh.
Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada
kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah
matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja
keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang
bermaruah dan dihormati.
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah.
Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama
menghapuskan najis dadah yang "menjahanamkan" masyarakat daripada terus hadir di
Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap
masa iaitu "Perangi Dadah Habis- Habisan".

Anda mungkin juga menyukai