Anda di halaman 1dari 15

SKRIP

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI RELA PERINGKAT KEBANGSAN KE 45

Tarikh : 11 Februari 2017


Tempat : Padang Merdeka, Sabah

BIL MASA ACARA MC PENGUMUMAN

1. 11.00 Ketibaan dif-dif jemputan Tiada


pagi
2. 11.15 Ketibaan Ketua Pengarah RELA Ketibaan Yang Berbahagia Ketua Pesuruhjaya RELA Zulkifli
pagi Malaysia bin Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia.

3. 11.25 Ketibaan YBhg. KSU, KDN Ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Sri Alwi bin Haji Ibrahim
pagi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

4. 11.35 Ketibaan YB TMDN II Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Masir Anak Kujat,
pagi Timbalan Menteri Dalam Negeri II

5. 11.40 Ketibaan YB TMDN I Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Nur Jazlan bin Mohamed
pagi Timbalan Menteri Dalam Negeri I

6. 11.50 Ketibaan YAB Ketua Menteri Sabah ANI Ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Musa Aman
pagi Ketua Menteri Sabah
7. 12.00 Ketibaan YAB TPM merangkap Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
1 |# HUT 45
tgh MDN Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana
ZAN Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri

(Pemeriksaan perbarisan seterusnya naik kepentas)

8. Nyanyian Lagu Negarku , Sabah Para hadirin sekalian,


Tanah Air Ku dan Gema RELA
Mohon kekal berdiri dan dijemput bersama-sama
ANI
menyanyikan:
a) Lagu Negaraku
b) Lagu Sabah Tanah Airku dan
c) Gema RELA

Bersama Kumpulan Koir RELA Malaysia. Dipersilakan.

Para hadirin sekalian dipersilakan duduk.


Terima kasih.

9. Persembahan Koir Para hadirin yang hormati sekalian,


ZAN Majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan ………… buah lagu
persembahan Kumpulan Koir RELA Malaysia.

Terimalah lagu-lagu yang berjudul:

2 |# HUT 45
a)
b)
c)
d)

Kumpulan Koir RELA Malaysia itu tadi dibawah bimbingan


guru vocal Encik Wan Ismail Naqiuddin bin Hasbi

Sekali lagi kita berikan tepukan semangat buat mereka.

10. ALUAN PENGACARA Indah awam berbalam petang


Berarak dicelah pohon cemara
ANI
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillah..
Assalamuallaikum …
Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiiwa
Salam 1 RELA Malaysia

ANI
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid
Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Haji Aman


3 |# HUT 45
Ketua Menteri Sabah

Yang Berhormat Dato’ Nur Jazlan bin Mohamed


Timbalan Menteri Dalam Negeri I

ZAN Yang Berhormat Dato’ Masir Anak Kujat


Timbalan Menteri Dalam Negeri II

Yang Berbahagia Dato’ Sri Alwi bin Haji Ibrahim


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Yang Berbahagia Dato’ Sri, Dato’-Dato’ Timbalan-Timbalan


Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri

Yang Berbahagia Ketua Pesuruhjaya RELA Zulkifli bin Abidin


Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia
ZAN
Yang Berbahagia Tan Sri, Dato’ Sri Dato’-Dato’ Ketua –ketua
Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam
Negeri

YBrs. Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam


ANI Negeri Peringkat Persekutuan dan Negeri, Negeri Sabah

Wakil-wakil Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormat sekalian.

4 |# HUT 45
Terlebih dahulu marilah kita merafakan rasa kesyukuran
ZAN kehadrat Allah Azzalwajjalla dengan izin dan limpah
rahmatnya jua dapat kita berhimpun untuk menyaksikan
berlangsungnya Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari RELA
Peringkat Kebangsaan ke 45 di Padang Merdeka di
Bumi Sabah, Di Bawah Bayu.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana
ANI Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri , Yang Amat
Berhormat Datuk Sri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
serta dif-dif kehormat yang telah sudi meluangkan masa
bagi menyempurnakan majlis ini.

Sesungguhnya kehadiran ini amat bererti buat kami,


Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Kini terpahat satu lagi dalam lembaran sejarah Jabatan ini,


buat julung-julung kalinya RELA Negeri Sabah diberikan
penghormatan untuk menggalas tanggungjawab menjadi
tuan rumah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari RELA
Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Syabas dan Tahniah
diucapkan.

5 |# HUT 45
11. Bacaan Doa ZAN Hadiran dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat


Dayung perahu jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Marilah kita bersama-sama untuk menadahkan tangan


serta mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh :

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan


doa yang telah disempurnakan sebentar tadi.
12. Ucapan Aluan YBhg. Ketua ANI Para hadiran yang dimuliakan.
Pengarah RELA Malaysia
Meneruskan acara pada pagi ini, majlis menjemput Yang
Berbahagia Ketua Pesuruhjaya RELA Zulkifli bin Abidin,
Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia untuk
menyamapaikan ucapan aluan.

Degan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alaun yang


telah disampaikan sebentar tadi.

6 |# HUT 45
13. Ucapan YAB Ketua Menteri Sabah ZAN Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Berikut acara diteruskan lagi, dengan menjemput Yang


Amat Berhormat Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua
Menteri Sabah untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

14. Ucapan YAB TPM Merangkap MDN ANI Para hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Daun semulur dipekan sari


Batang jerami rebah kebumi
Madah tercipta sembah diberi
Hulurkan bicara kata perasmi

Tanpa melengahkan masa majlis menjemput dan


mempersilakan Yang Amat Berhotmat Dato’ Seri Dr Ahmad
Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Merangkap
Menteri Dalam Negeri untuk menyampaikan ucapan dan
perasmian Sambutan Ulangtahun Hari RELA Peringkat
Kebangsaan ke 45.

7 |# HUT 45
Dengan hormat dan takzminya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi pengargaan dan


terima kasih atas ucapan dan perasmian tersebut sebentar
tadi

15. Penyampaian Pangkat Kehormat ZAN Di pohon Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk kekal
RELA kepada YAB Ketua Menteri berdiri di pentas utama bagi menyempurnakan acara yang
Sabah seterusnya.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput:

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ketua Menteri Sabah,


Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri
dan
Yang Berbahagia Dato’ Seri Ketua Setiausaha Kementerian
Dalam Negeri

Untuk mengiring Yang Amat Dato’ Seri Timbalan Perdana


Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri bagi
menyempurnakan penyampaian-penyampaian yang
tersenarai seperti berikut:

16 Pemakaian Pangkat Kehormat RELA ANI Didahului dengan Penyampaian Pangkat Kehormat RELA
kepada YAB Ketua Menteri Sabah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Haji Aman,
Ketua Menteri Sabah

8 |# HUT 45
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syabas dan tahniah diucapkan atas pelantikan tersebut


sebentar tadi.
17. Penyerahan Pakaian P.O.D. kepada ZAN Para hadirin dan hadirat yang dihormat sekalian,
wakil Anggota RELA negeri Sabah.
Acara diteruskan lagi dengan penyerahan Replika Pakaian
Operasi Digital kepada wakil anggota RELA Negeri Sabah
dipersilakan :

Encik :……………………………………………………………………….

18. Penyampaian Pingat RELA kepada ANI Para hadirin yang dimuliakan
Malim Gunung Esscom Lahad Datu.
Dari penyerahan Pakaian Operasi Digital sebentar tadi
beralih kita kepada penyampaian pingat jabatan
Sukarelawan Malaysia kepada Warga RELA Negeri Sabah
yang telah berjasa.

Malim Gunung: (Sinopsis)

Penerimanya ialah:
1.
2.
3.

9 |# HUT 45
4.
5.
ZAN

Pergi pekan membeli jamu


Jamu khasiat dari tenggara
ZAN Tiada ternilai jasa bakti mu
Kepada bangsa juga Negara

Dengan ini, dipersilakan Petugas Esscom Lahat Datu Sabah


untuk menerima penghargaan berupa Pingat Jabatan
Sukarelawan Malaysia. Didahului dengan penerimanya yang
pertama ialah:
1.
2.
3.
4.
5.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima pingat


Jabatan Sukarelawan Malaysia tersebut sebentar tadi.

19. Pelancaran Buku Integriti Jabatan ANI Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Sukarelawan Malaysia
Dihari yang bersejarah ini turut disisipkan satu lagi agenda
penting Jabatan ini iaitu Pelancaran Buku Pelan Integriti

10 |# HUT 45
Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Justeru, majlis menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Seri


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri menekan buzzer untuk menyempurnakan Gimik
Pelancaran Buku Pelan Ingteriti Jabatan Sukarelawan
Malaysia. Disamping itu sama-sama kita saksikan hasil
nukilan montaj pelancaran tersebut.

Dengan segala hormatnya dipersilakan


ZAN
DERAF DARI KAK ANI

Pelan Integriti RELA ini bertujuan memberikan hala tuju


serta panduan kepada segenap lapisan Warga RELA bagi
ANI
mewujudkan serta membudayakan masyarakat yang
bersatu padu, berintegriti, bermoral dan beretika.

Ianya menggariskan rangka strategi dan program untuk


ZAN dilaksanakan oleh RELA yang akan membabitkan semua
warganya bagi meningkat Integriti dan etika memerangi
rasuah dan aktiviti yang tidak beretika.
ANI
Ianya merupakan satu dokumentasi dinamik yang sentiasa
berubah dan dibuat penambahbaikan mengikut peri
penting dan keperluan semasa.

11 |# HUT 45
Pelan Integriti RELA sepertimana yang dihasratkan oleh
kerajaan adalah menjadi asas panduan pemantapan
Integriti yang dipantau dan diselia secara berterusan akan
direalisasikan demi mencapai matlamat yang diharapkan

(rujuk ulasan selari yang disediakan oleh Unit Integriti)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas kesudian Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri yang telah menyempurnakan penyampaian serta
pelancaran tersebut sebentar tadi.

20. Penyampaian cendera kenangan ZAN Para Hadirin yang dihormati sekalian,
kepada YAB TPM meranagkap MDN
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri .

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Ketua Pesuruhjaya


RELA Zulkifli bin Abidin, Ketua Pengarah RELA Malaysia
untuk menyampaikan cendera kenangan daripada Jabatan
Sukarelawan Malaysia.

12 |# HUT 45
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Ketua Pengarah RELA atas penyampaian cendera kenangan
tersebut sebentar tadi.

21. Lafaz Ikrar RELA ANI


Para hadirin yang dihormati sekalian,

Meneruskan acara, majlis mempersilakan :

…………………………………………………………………………………………
Mengambil tempat bagi mengetuai Lafaz Ikrar RELA
sempena Sambutan Ulangtahun RELA Peringkat Kebangsaan
ke 45.

Dipersilakan.

Para hadirin sekalian dijemput berdiri bersama-sama


melafazkan Ikrar tersebut.

Dipersilakan.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Majlis mengucapkan terima kasih atas Lafaz Ikrar RELA yang


telah disempurnakan sebentar tadi.

13 |# HUT 45
22. Sidang Media ZAN Para hadirin yang budiman,

Tanpa disedari, kini kita berada di penghujung acara.


Selepas ini majlis akan disusuli dengan sidang media dan
akan di turuti dengan Majlis Jamuan Makan Tengahari.

Lebat rumbia di sungai Kuah


Sayang senduduk ditepi muara
Majlis mulia selesai sudah
Dipersilakan tetamu menjamu selera

Dengan ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia dengan berbesar


hati menjemput dan mempersilakan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Dalam Negeri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ketua
ANI Menteri Sabah, Dif-dif Kehormat dan para hadirin yang
dihormati sekalian untuk menikmati jamuan tersebut.

Dari Tawau ke Pekan Sari


Singgah membeli haruman setanggi
Selesai sudah tugas diberi
Dilain masa bersua lagi.

14 |# HUT 45
Sekian.
Wabillah Hitaufik
Walhidayah Wasallam Muallaikum Warahmatullah
Hiwabarakkatuh.

15 |# HUT 45

Anda mungkin juga menyukai