Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN AMALI

( PENGGUNAAN ALAT - TOOLS, UTENSILS DAN EQUIPMENT )


NAMA PROGRAM DIPLOMA SENI KULINARI
KOD/KURSUS DHA 2014 INTERNATIONAL CUISINE
TAJUK KOMPETENSI KP 07 MIDDLE EAST CUISINE
TARIKH AMALI 12 MAC 2023
NAMA PELAJAR SITI FATIMAH BINTI SUZAKI

A)
PERKARA PENERANGAN
Appertizer HUMMUS
NAMA MASAKAN

BAHAN-BAHAN 250 g kacang dhal


150 ml tahini
1 liter air
½ biji lemon (jus)
1 tspp garam
½ tsp serbuk jintan perasa
½ tsp serbuk paprika
3 tbsp minyak zaitun
1 tangkai parsley, cincang kasar hiasan
1 biji cili hijau, hiris nipis

5 keping tortilla wrap - potong 6@8 bahagian di bakar

1. Rendam kacang dhal selama 1 jam. Masukkan kacang


PROSEDUR KERJA ke dalam mangkuk, tuangkan air secukupnya hingga
seluruh bahagian kacang terendam.
2. Letakkan periuk berisi air di atas dapur , masukkan
kacang yang sudah direndam ke dalamnya. Setelah itu,
tambahkan lagi sedikit air dan masak kacang dengan api
besar.
3. Masukkan dua senduk penuh kacang ke dalam
mangkuk, ketepikan. Setelah itu, masukkan sisa kacang
ke dalam blender dan proses hingga teksturnya yang
lembut dan kental.
4. Di dalam blender, tambahkan perahan lemon, tahini, dan
garam , kacau rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air
agar tekstur kacang tidak terlalu kental.

5. Di dalam mangkuk berisi kacang, tambahkan serbuk


paprika, serbuk jintan, jus lemon, minyak zaitun, hiris
nipis lada hijau, cincangan parsley, dan sedikit garam.
Gaul sehingga rata.
6. Letakkan dua senduk besar hummus di piring saji.
Menggunakan belakang senduk, ratakan hummus
dengan gerakan melingkar hingga terbentuk lubang di
bagian tengahnya. Di dalam lubang tersebut, letakkan
campuran kacang dan lada hijau . Hidangkan.

HASIL PRODUK
PERKARA PENERANGAN
Soup LENTIL SOUP
NAMA MASAKAN
1 tbsp minyak masak
BAHAN-BAHAN 1 biji bawang merah cincang
2 ulas bawang putih
350g lentil merah/kuning
1 liter stok ayam
1 tsp serbuk kunyit
1 ½ tsp jintan manis
1 tangkai daun parsli
½ biji lemon (jus)

PROSEDUR KERJA 1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang


merah cincang perlahan-lahan selama 5 minit.

2. Masukkan bawang putih cincang, serbuk kunyit dan


jintan manis dan teruskan masak selama beberapa
minit .

3. Masukkan lentil dan stok ayam. Masak selama 35 minit.


Kacau beberapa kali semasa memasak, terutamanya
menjelang akhir, untuk mengelakkan lentil melekat pada
pangkal kuali.

4. Masukkan parsli, campurkan jus lemon dan biarkan


masak selama 2-3 minit lagi.

5. Hidangkan bersama roti berkerak.

HASIL PRODUK
PERKARA PENERANGAN
Main course MANDY CHICKEN RICE
NAMA MASAKAN
Bahan-bahan rempah mandy
BAHAN-BAHAN
2 tbsp biji ketumbar
1 tbsp jintan manis
½ tbsp lada hitam
1 tsp bunga cengkih sangai + kisar kasar
4 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 helai daun bay

Bahan-bahan nasi mandy

400 g beras basmati ( direndam 20 minit , toskan )


5 ulas bawang putih
3 biji lada hijau
½ biji bawang holland ( potong dadu )
½ tbsp rempah mandy
3 tbsp minyak sapi untuk menumis
400 ml stok ayam
Garam
Sedikit pewarna kuning / safron

Bahan-bahan perapan ayam

½ ekor ayam
2 tbsp minyak zaitun
1 tsp smoked paprika/serbuk cili
Sedikit pewarna kuning/safron
½ tbsp rempah mandy
½ biji lemon (jus)

Bahan-bahan salad arab

1 pokok romaine lettuce


2 biji tomato
½ biji bawang merah potong dadu sederhana
1 btg timun zuchini
3 tbsp minyak zaitun
1 tbsp sumac
2 tangkai pudina
½ biji jus lemon segar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sos salata

6 biji cili hijau


5 biji cili padi
3 biji tomato
4 pokok daun ketumbar
4 helai daun pudina
½ biji lemon di ambil jus
Garam secukupnya
Gula secukupnya

NASI MANDY
PROSEDUR KERJA
1. Panaskan minyak sapi.
2. Tumis bawang holland , bawang putih , rempah
mandy .Kemudian masukkan cili hijau. Kacau sehingga
naik bau.
3. Masukkan pula stok ayam kemudian masukkan beras
basmathi. Gaul beras dan masukkan sedikit pewarna
kuning/safron serta perasakan dengan garam.
4. Tutup dan biarkan sehingga nasi masak.
AYAM

1. Campurkan semua bahan, kacau sehingga sebati .


2. Sapu pada permukaan ayam, perap 2 hingga 3 jam.
3. Bakar api atas pada suhu 180 – 200℃ selama 15 minit.

SALAD ARAB

1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.


2. Hidang bersama nasi mandy.

SOS SALATA

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar


sehingga semua bahan sebati.
GAMBAR MASAKAN

PERKARA PENERANGAN
Dessert BAKLAVA
NAMA MASAKAN
100gm kacang walnut
BAHAN-BAHAN 200gm kacang pistachio kisar kasar
100gm kacang tanah
100gm kacang hazelnut
1 tps serbuk kayu manis
8 keping kulit popia
250gm mentega | cairkan
250gm gula
1 cawan air
½ cawan madu
1 tsp ekstrak vanilla
1 tps kulit lemon yang diparut

PROSEDUR KERJA 1. Panaskan ketuhar pada suhu 175℃ .

2. Gaulkan serbuk kayu manis dan semua jenis kacang


bersama.

3. Letakkan kulit popia di atas dulang pembakar, sapu


mentega yang telah dicairkan. Ratakan campuran
kacang secukupnya. Ulang proses ini sehingga kulit
popia habis.
4. Potong bentuk berlian atau apa saja bentuk yang dingini
sebelum bakar.

5. Bakar selama 50 minit ataupun sehingga warna


keemasan dan kelihatan garing.

6. Sementara itu, campurkan air, gula, madu, ekstrak vanila


dan parutan lemon ke dalam periuk. Perlahankan api dan
reneh selama 20 minit.

7. Keluarkan baklava dari ketuhar dan sira di atas baklava


dengan sirap yang telah dimasak. Biarkan sejuk sebelum
dihidangkan.

HASIL PRODUK
B) Laporan Penggunaan Peralatan ( Tools, Utensils dan Equipment )

Bil Nama Alatan Gambar Kegunaan


1. Penimbang Untuk menimbang bahan
Digital semua masakan dalam
kuantiti yang betul
mengikut resepi standard

2. Stainless steel Untuk meletakkan bahan-


bowl bahan yang hendak
dimasak. Juga untuk perap
ayam dan mencampurkan
bahan seperti salad arab
dan rempah mandy
3. Periuk nasi Untuk memasak nasi
mandy supaya ia masak
dengan sekata.

4. Periuk Untuk merebus kacang


dhal (hummus), memasak
lentil soup dan untuk
menyediakan sirap
(baklava).

5. Kuali Untuk sangai bahan


rempah mandy dan tortilla
wrap (hummus dan lentil
soup).
7. Blender Untuk mengisar bahan
untuk hummus, rempah
mandy, kacang (baklava)
dan bahan-bahan sos
salata.

9. Sudu penyukat Digunakan semua menu


untuk menyukat bahan-
bahan dengan tepat
mengikut resepi standard
yang disediakan.

10. Senduk besi Digunakan untuk


mengacau masakan
berkuah seperti lentil soup.

12. Chef knife Sesuai untuk memotong


bahan basah atau sayur
sayuran untuk
menyediakan pelbagai
menu contohnya salad
arab, lentil soup, nasi
mandy, baklava dan ayam
(nasi mandy)
14. Wooden spoon Digunakan untuk
mengacau hummus, sirap
(baklava) dan salad arab.

15. Jug penyukat Digunakan untuk menyukat


cecair seperti air untuk
masakan hummus, stok
ayam bagi lentil soup dan
nasi mandy.

16. Ketuhar Untuk membakar ayam


bagi masakan nasi mandy
dan baklava.
Disediakan oleh: Pelajar Disahkan oleh: Pentaksir

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : SITI FATIMAH BINTI Nama :


SUZAKI

Tarikh: Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai