Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN AMALI

NAMA PROGRAM SENI KULINARI


KOD KURSUS DHA 2014 INTERNATIONAL CUISINE
TAJUK KOMPETENSI KP 3 THAI CUISINE
TARIKH AMALI
NAMA PELAJAR WAN FARAH ALYAA BINTI WAN
MOHAMAD NASIR

PERKARA PENERANGAN
Nama masakan Tom Kha Gai ( Chicken Coconut Soup )
Bahan – bahan - 300-400 gram isi ayam (dipotong kecil)
- 1 biji Bawang merah
- Bawang putih 2 ulas (dikatok)
- 5 cm lengkuas (dihiris)
- 6 batang cili padi merah (dihiris)
- 2 batang serai (dipotong serong)
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 200ml coconut milk
- 6 helai daun limau purut (dipotong 2)
- 5 Cendawan (tiram/cendawan butang)
- 2 sudu besar jus limau@jus lemon
- 3 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar gula
- Daun ketumbar 3 Pokok (dipotong)
- 1-2 cawan air
- 1 kiub ayam

PROSEDUR KERJA 1. Sediakan periuk, masukkan air, serai, daun


limau purut, bawang merah, bawang putih, akar
ketumbar (masakkan selama 6 minit).
2. Kemudian masukkan ayam yang telah di potong
kecil dan masak seketika. Kemudian masukkan
tomato, cili padi, daun ketumbar.
3. Masukkan sos ikan, jus limau/lemon, kiub ayam,
gula, cendawan dan masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan pula santan. Perasakan
dan masak seketika.
5. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
HASIL PRODUK
PERKARA PENERANGAN
Nama masakan Pu Pad Phong Garee ( Stir Fried Crab In Curry
Sauce )
Bahan – bahan - ½ kg ketam
- 3 sudu besar minyak
- 4 ulas bawang putih kisar
- 1 biji bawang besar dihiris kecil
- 1/4 cawan sos ikan (nam pla)
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1/4 sudu teh lada putih
- 1 biji telur yang dipukul
- 1 sudu besar daun ketumbar segar dicincang
- 2 biji bawang holland, potong 1 inci panjang
PROSEDUR KERJA 1. Bersihkan ketam. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana.
Masukkan minyak, bawang putih dan bawang
besar. Tumis selama 30 saat. Masukkan ketam
dan tumis selama 2 minit.
3. Masukkan semua bahan yang tinggal kecuali
telur, ketumbar dan bawang hijau. Tutup kuali
dan teruskan memasak dengan api sederhana
tinggi selama 3 minit, atau sehingga ketam
masak.
4. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
5. Ketam boleh diangkat dan hiaskan dengan daun
ketumbar dan bawang hijau.

HASIL PRODUK
PERKARA PENERANGAN
Nama masakan SOM TAM
Bahan – bahan - 2 cawan hirisan betik muda
- 1 cawan hirisan mangga muda
- 1 cawan hirisan lobak merah
- 2 batang kacang panjang – patahkan sepanjang
3 cm
- 1 biji tomato – hiris-hiris
- 7 ulas bawang putih yang berkulit
- 11 biji cili padi
- 3 biji limau nipis – ambil jusnya
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula kabung / gula Siam
- 2 sudu besar kacang tanah goreng
- 2 sudu besar udang kering

PROSEDUR KERJA 1. Tumbuk bawang putih sekadar pecah di dalam


lesung.
2. Masukkan cili padi, gula kabung /gula Siam.
Tumbuk lagi tetapi sekadar pecah cili padi
sahaja.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang,
4. Kemudian masukkan lobak merah, mangga dan
betik muda dan hirisan tomato. Gaul dan
tumbuk sedikit lagi.
5. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan udang
kering.Tumbuk beberapa kali dan masukkan
sos ikan.
6. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

HASIL PRODUK
PERKARA PENERANGAN
Nama masakan Tab Tim Krob ( Red Rubies )
Bahan – bahan Bahan A
- 6 biji chesnut
- 1 tsp pewarna merah
- 1/2 cawan tepung ubi kayu
- 2 tbsp Air
Bahan B
- 500 ml susu cair
- 1 helai daun pandan
- 3 tbsp gula
- 4 tsp air mawar
- Garam secukupnya

PROSEDUR KERJA 1. Potong chesnut menjadi bentuk kiub kecil


2. Di dalam mangkuk lain,masukkan air dan
rendamkan chesnut bersama pewarna merah.
Biarkan seketika dan toskan
3. Gaulkan chesnut dengan tepung ubi hingga
bersalut rata
4. Ayakkan chesnut untuk mengeluarkan lebihan
tepung
5. Masakkan air hingga mendidih didalam
periuk,masukkan chesnut dan angkat apabila
chesnut timbul.
6. Masak bahan B diatas api sehingga gula larut.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.
7. Cara menghidang Masukkan chesnut ke dalam
bekas diikuti dengan bahan B. Kemudian
masukkan sedikit ais batu. Taburkan sedikit
hirisan nangka di atas dan sedia untuk dihidang.
HASIL PRODUK
Laporan Penggunaan Peralatan (Tools, Utensils Dan Equipment )
Bil. Alatan Kegunaan
1.

Digunakan untuk meletakkan bahan –


bahan ke dalam mangkuk

Stainless stall bowl


2.
Digunakan untuk mentoskan kacang
yang membuat Tam Tin Krob

Penapis

3.
Digunakan untuk menumis dan
mengacau bahan seperti masakan Pu
Pad Phong Garee dan Tom Kha Gai

Senduk kayu

4.

Untuk menyukat bahan dalam kuantiti


yang kecil seperti garam, gula, cuka dan
kicap

Camca penyukat

5.

Digunakan untuk memasak sup Tom Kha


Gai dan memasak Tab Tim Krob

Periuk
6.

Untuk menyukat bahan cecair seperti


susu, air dan krim

Jag penyukat

7.
Digunakan untuk melumatkan bawang
dan mencampurkan bahan seperti
masakan Som Tam

Lesung kayu

8. Digunakan untuk mengoreng makanan


yang menggunakan minyak dan menumis
bahan
Kuali
9.
Pisau ini digunakan untuk mengiris,
mengupas dan memotong sayuran dan
Pisau buah-buahan.

10.
Untuk memotong dan mencincang daging
dan sayuran.

Biru: Karangan laut


Merah: Daging mentah
Hijau: Buah-buahan dan salad
Papan pemotong Putih : Produk tenusu
Kuning: Daging yang telah dimasak
Perang : Sayur-sayuran

11.

Digunakan untuk menimbang bahan


mengikut sukatan yang tepat dan
menepati resepi standard
Penimbang digital

12.

Digunakan untuk memarut buah buah


bagi masakan Som Tam

Grater

13.

Digunakan untuk mengacau dan


menyenduk sup bagi masakan Tom Kha
Gai

Laddle
Disedia oleh: Pelajar Disahkan oleh: Pentaksir

Tandatangan : Tandatangan :
WAN FARAH ALYAA
Nama : BINTI WAN MOHAMAD Nama :

NASIR

Tarikh: Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai