Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Selain dari acara-acara trek, kita juga perlu tahu mengenai acara-acara padang. Dalam
acara padang adalah terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh
dipertandingkan atau dijalankan serentak dengan acara trek kerana acara padang
dijalankan di bahagian dalam trek. Seperti acara balapan, acara-acara padang memerlukan
peralatan dan kawasan tertentu. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana
seseorang atlet mencuba untuk melompat dan mendarat sejauh yang boleh dari tempat
yang dituju. Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang
maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan
lonjakan yang cukup kuat serta tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya
berlari dengan pantas serta melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta
mempunyai daya koordinasi yang baik.

Untuk menguasai acara ini seseorang yang menceburi dalam acara ini perlu
menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi
pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan
kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal.
Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian
pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak, Disamping itu pelompat jauh harus
meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

2.0 SEJARAH SUKAN LOMPAT JAUH

Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun
708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan
pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh seorang atlit dari Sparta iaitu
Chionis. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan pada zaman dahulu adalah
berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti
yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu,
lompatan dibuat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple
atau quintriple.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Pada
zaman Yunani Purba, seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan
yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet
melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di

1
udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah
seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan
lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah
dimasukkan dalam acara olahraga bagi kategori acara padang. Bermula daripada itu,
acara ini telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai
peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa
sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh
dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain
tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik seseorang boleh
berpotensi untuk mengalami kecederaan.

Seperti yang kita ketahui, acara lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian
daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia
yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935,
Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh
Ralph Boston. Kini acara rekod acara lompat jauh telah dipegang oleh Mike Powell
yang merupakan seorang atlet lompat jauh dari USA yang telah membuat lompatan
sejauh 8.95 meter. Bagi acara lompat jauh wanita, rekod acara ini telah dipegang oleh
Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.

3.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN ACARA LOMPAT JAUH

Seperti yang telah dinyatakan, acara lompat jauh merupakan acara padang. Oleh
yang sedemikian, acara ini memerlukan peralatan khas dan tempat atau kawasan
khas untuk melaksanakan acara ini. Berikut merupakan penerangan mengenai
alatan dan kelengkapan kawasan bagi acara lompat jauh:

1. PITA PENGUKUR

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung
yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam

2
kawasan pendaratan. Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan
alat pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat
dilakukan.

2. BENDERA ISYARAT MERAH DAN PUTIH

Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat
dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang
sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

3. KASUT BERPAKU (SPIKE)

Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh. Kasut
yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan.

4. PETUNJUK PLASTISIN

Petunjuk plastisin adalah berfungsi untuk mengesan dan membuktikan pembatalan


dalam satu-satu lompatan yang dilakukan oleh seseorang atlet. Plastisin ini akan
diletakkan pada bahagian hujung papan pelepas. Fungsi plastisin ini adalah untuk
mengesan sebarang kesan tapak kaki seseorang atlet. Sekiranya terdapat kesan
tapak kaki pada plastisin tersebut, maka lompatan yang dilakukan dibatalkan dan
tidak dikira dalam perhitungan lompaan yang dicapai.

3
5. ALAT PENGUKUR ANGIN

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Alat ini
juga penting dalam acara lompat jauh kerana ianya berfungsi untuk menentukan
sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak
digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

6. LORONG LARIAN

Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk melakukan pecutan, larian dan
lompatan. Dalam acara lompat jauh, jarak standard untuk lorong larian adalah 45
meter x 1.22 meter.

7. PAPAN PELEPAS

Papan pelepas digunakan sebagai tanda dan permulaan untuk melakukan lompatan.
Dalam acara ini, papan pelepas yang standard adalah bersaiz 1.22 meter panjang
dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan
kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan dengan warna putih.

4
8. KAWASAN MENDARAT

Kawasan mendarat adalah digunakan untuk seseorang atlet aau peserta mendarat
dalam satu-satu lompatan yang telah dilakukan. Kawasan ini penting dan merupakan
peralatan utama dalam acara lompat jauh. Pada bahagian pendaratan disikan dengan
pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9 meter
panjang dan 2.75 meter lebar.

RUANG DAN KELENGKAPAN ACARA LOMPAT JAUH

5
4.0 FASA LOMPAT JAUH

Seperti yang telah dinyatakan, acara lompat jauh merupakan satu acara yang
menggabungkan aspek larian dan juga lompatan. Untuk mendapatkan satu lompatan
yang baik serta menghasilkan lompatan yang jauh, seorang atlet atau peserta perlu
berlari pada kelajuan yang maksimum serta konsisten. Disamping itu juga, bagi
menghasilkan lompatan yang baik, seorang peserta perlulah mempunyai kebolehan
melonjak yang kuat dan tinggi bagi mencapai lompatan yang jauh. Bagi acara ini,
seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat
dengan kuat serta mempunyai kelenturan badan dan daya koordinasi yang baik.
Secara amnya, dalam acara lompat jauh boleh dibagikan kepada empa fasa. Fasa-
fasa dalam acara ini penting dan perlu dikuasai oleh seseorang atlet bagi memastikan
lompatan yang dilakukan dapat menghasilkan jarak lompatan yang jauh serta dapat
mengelakkan seseorang daripada mengalami kecederaan. Empat fasa bagi acara
lompat jauh adalah seperti berikut:

a) Fasa penujuan (larian untuk menuju ke papan lonjak)


b) Fasa lonjakan (melompat dari papan lonjakan)
c) Fasa layangan (ketika seseorang berada di udara)
d) Fasa mendarat (bahagian badan peserta menyentuh bahagian tempat
kawasan mendarat)

A. FASA PENUJUAN
Bagi memulakan fasa ini, terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa
berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Untuk persediaan, seorang atlet boleh
bersedia dengaan cara berdiri secara kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara
yang paling penting untuk memulakan fasa ini ialah langkah pertama dari titik permulan
mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza
iaitu 11 sehingga15 langkah untuk pelompat novis, 17 sehingga19 langkah untuk
pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.

B. FASA LONJAKAN
Selepas fasa penujuan, peserta akan melalui satu papan lonjakan. Setibanya di papan
lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum untuk menghasilkan
satu lompatan yang baik. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit
untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan
mengangkat dada ke atas. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat

6
akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas
hendakla dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai
lonjakan yang tinggi.

C. FASA LAYANGAN
Fasa layangan merupakan satu fasa yang penting dan perlu dikuasai dengan baik oleh
seseorang atlet untuk membuat lompatan yang jauh. Pada fasa ini, peserta akan
berada di udara. Oleh itu, dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk
meningkatkan kederasan. Untuk menghasilkan lompatan yang jauh, pada fasa
lonjakan peserta perlu membuat lonjakan yang kuat dengan menggunakan kaki
melonjak. Hal ini kerana, pada fasa layangan, peserta perlu berada di udara dalam
masa yang lama untuk melambatkan pendaratan. Untuk meningkatkan jarak lompatan,
gaya badan dalam fasa ini juga penting. Dalam lompat jauh, terdapat tiga gaya yang
sering digunakan iaitu:

1. Gaya layar
2. Gaya gantung
3. Gaya kayuh

Gaya layar

Gaya gantung

Gaya kayuh

7
D. FASA PENDARATAN
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak. Ketika berada di udara, badan dicondongkan ke hadapan
supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan. Pada fasa mendarat, kaki perlu
dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat peserta perlu mendarat
menggunakan tumit kaki dahulu. Lutut peserta pula dilenturkan untuk mengurangkan
kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke hadapan supaya semasa
mendarat pelompat tidak jatuh ke belakang.

5.0 TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN

Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan
perhatian, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan
pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira sama
ada seseorang itu baru mempelajari acara ini mahupun yang sudah lama melibatkan
diri didalam acara ini.

KELAJUAN LARIAN
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang
kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting
dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai,
tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh
menyebabkan perkara berikut:
 Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan.
 Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.

8
  Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di
papan pelepasan yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus


mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk
kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai
dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui
larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian
sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai sekiranya
tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensi larian yang
telah diukur tadi.

PELEPASAN LOMPATAN

Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum


menegak maksimum, dan seterusnya dapat membuat lompatan yang baik dan
berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan
dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa
pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini, namun perkara ini
penting untuk menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.

LOMPATAN DI UDARA

Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh
seseorang pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Pergerakan belayar (sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air)
3. Pergerakan ayunan punggung (hip-swing)

9
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, gaya mengayuh atau berlari di udara
adalah yang paling kerap digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada
peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

PENDARATAN

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian


jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan
jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum
menegak. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan
untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan
yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil.
Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian
hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat
dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

6.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

Semua acara padang dan balapan mempunyai undang–undang dan peraturan yang
tersendiri. undang–undang dan peraturan ini digubal dan disediakan berdasarkan
kesesuaian jantina, peserta, peralatan dan jenis acara tersebut. Berikut adalah
undang–undang bagi acara lompat jauh yang disediakan mengikut kelulusan IAAF:

1. Susunan atau giliran peserta yang akan membuat lompatan perlu ditentukan
melalui undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
2. Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh
(daripada keseluruhan lompatan yang dibuat).
3. Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali
percubaan lompatan. Peserta yang mempunyai lompatan terbaik akan dipilih untuk
mara ke pusingan akhir dan dalam pusingan ini, peserta – peserta ini akan diberi
tiga lompatan lagi. Tiga lompatan tambahan akan diberikan jika lebih daripada
seorang mempunyai jarak yang sama. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada
lapan orang, peserta yang dapat mencatatkan rekod paling tanpa batal akan dikira
sebagai pemenang.
4. Lompatan akan dikira batal jika peserta melakukan perkara – perkara berikut:

10
 Kaki peserta memijak atau menyentuh tanah melebihi papan lonjak
yang disediakan. Penanda plastisin yang diletakkan pada hadapan
papan lonjak akan dilihat oleh pegawai untuk melihat kesilapan ini.
 Kaki peserta menyentuh atau memijak kawasan di luar papan lonjak.
 Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik di
belakang tapak kaki.
 Berundur melalui kawasan pendaratan selepas habis membuat
lompatan.
 Cara atau kaedah lompatan yang digunakan tidak dibenarkan oleh
undang – undang.
 Peserta menggunakan alat sokongan atau bantuan lompatan.

5. Sekiranya peserta membuat lompatan dari kawasan di bahagian belakang


papan lonjak, perkara tersebut bukanlah satu kesalahan.
6. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan lorong lompat jauh untuk
membuat percubaan atau latihan ketika pertandingan sedang dijalankan.
7. Ukuran jarak lompatan mesti dibuat pada titik sentuhan yang paling dekat
dengan papan lonjak tanpa mengira titik tersebut diperoleh melalui pendaratan
kaki atau sebarang anggota tubuh peserta.
8. Untuk memastikan lompatan diukur dengan tepat dan betul, permukaan pasir
di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan tempat
melonjak.
9. Larian peserta hendaklah dalam lorong larian yang telah disediakan.
10. Setelah pegawai memberi isyarat, peserta hendaklah membuat lompatan.

7.0 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM ACARA LOMPAT JAUH

Acara padang terbahagi kepada tiga acara lompatan iaitu lompat tinggi, kijang dan lompat
jauh. Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, setiap peserta digalakkan
mencuba beberapa aktiviti atau latihan ansur maju yang telah ditetapkan. Latihan ansur
maju ini amatlah penting untuk peserta yang baru mula untuk menjiwai acara padang ini. Di
dalam latihan ansur maju ini terbahagi kepada empat jenis latihan. Keempat-empat jenis
latihan ini dipecahkan mengikut fasa-fasa yang terdapat di dalam acara lompat jauh.

Bagi latihan untuk fasa yang pertama ialah fasa larian kandas atau fasa penujuan. Di
dalam lompat jauh fasa ini memainkan peranan yang penting kerana jika langkah yang tidak
sekata di dalam larian kandas atau penujuan ini akan mempengaruhi lompatan. Jadi di sini

11
ada dinyatakan mengenai latihan ansur maju untuk fasa penujuan ini iaitu pertama berjalan
secara perlahan membuka langkah mengikut kemampuan dan mengekalkan langkah
tersebut sehingga lima puluh meter. Latihan ini diulang sebanyak empat kali bagi
membentuk langkah yang sekata. Kemudian latihan ini diteruskan lagi dengan berlari sambil
melangkah sepanjang lima puluh meter. Larian beserta langkah ini dikekalkan dan diulang
sebanyak empat kali untuk membentuk langkah yang sama dan sekata di dalam fasa larian
kandas ini.

Selain itu, peserta juga boleh menggunakan latihan ansur maju yang lain dengan
berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang.
Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pelajar
untuk melakukan larian dengan langkah yang sama. Contoh bagi latihan ini disertakan
dengan gambar sekali di bawah.

Latihan 1

Fasa kedua adalah fasa lonjakan, latihan ansur maju untuk fasa ini amatlah penting
kerana jika peserta tersalah menggunakan kaki untuk melonjak, peserta mungkin akan
mengalami kecederaan selepas membuat lonjakan. Latihan ansur maju untuk fasa yang
kedua ini ialah dengan melompat untuk menentukan kaki dominan atau kaki yang paling
kuat untuk membuat lonjakan. Latihan ansur maju ini mestilah dilakukan kerana peserta
perlu melonjak di atas papan menggunakan kaki dominan. Contoh latihan yang sesuai untuk
ansur maju bagi lonjakan ini adalah latihan lompat ketingting antara dua tempat dan
melepasi halangan.

Ansur maju sebegini amatlah penting bagi peserta yang mengambil acara ini. Berlari
dari check–mark atau tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan
tangan dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu atlet merasai keadaan yang
sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan

12
setinggi mungkin semasa latihan. Gambar rajah boleh dirujuk di bawah sebagai gambaran
terhadap perlakuan yang diceritakan.

Latihan 2

Gunakan tali sebagai halangan. Berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki
bebas di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas (kaki di
sebelah hadapan) mencecah tanah dahulu. Latihan yang dilakukan ini adalah untuk fasa
ketiga iaitu fasa layangan. Latihan ini untuk memastikan atlet melonjak dengan tinggi dan
menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.

Latihan 3

13
Latihan 4

Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya


pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan. Tujuan latihan
ini adalah untuk memahirkan atlet dengan cara mendarat yang betul.

Latihan 5

Selain itu, terdapat juga aktiviti atau latihan yang lain difikirkan sebagai latihan untuk
lompat jauh. Antara cadangan aktiviti yang sesuai bagi acara lompat jauh adalah seperti
berlari sejauh 20 hingga 30 meter, lompat jauh dirian, melompat melepasi halangan, dan
lompat ketingting.

14
8.0 LATIHAN ANSUR MAJU YANG DIPILIH

1. LARI LANDAS
Ansur maju ini dilakukan bersama pasangan. Apabil atlet A berlari dari tempat
permulaan ke papan lonjakan, atlet B perlu berdiri berhampiran papan lonjakan
sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak. Sekiranya atlet A
menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat
permulaan. Jika kaki lonjakan atlet A menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan
tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah. Jika kaki atlet A menapak
sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke
hadapan. Ulang sebanyak 3 kali di tempat permulaan yang baru.

2. LONJAKAN
Ansur Maju 1
 Peserta melonjak dari papan lonjakan.
Peserta berdiri di atas papan lonjak. Lutut dibengkokkan dan badan
dibongkokkan rendah. Kedua – dua belah tangan diayun. Perlakuan ini adalah
untuk mendapatkan daya lonjakan. Peserta melonjak dengan kuat menggunakan
kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit.

Ansur Maju 2
 Peserta melonjak dari hujung bangku.
Peserta bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku dan melonjak
dengan kuat. Lutut kaki bebas diayun seberapa tinggi yang boleh. Kedua–dua
belah tangan juga diayun ke hadapan dan mendarat dengan tumit.

3. LAYANG DAN MENDARAT


Ansur Maju 1
Atlet berlari, melonjak melepasi kayu atau tali.
Atlet hendaklah berlari merentasi seutas tali yang direntangkan di atas pasir berjarak
1-1.5 meter dari papan lonjakan. Atlet hendaklah lari sejauh lima hingga enam
langkah dan melonjak melintasi tali atau kayu yang direntangkan dan mendarat.

Ansur Maju 2
Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

15
Atlet berlari lima hingga enam langkah dari kawasan lonjakan dan atlet perlu
melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir.
Tumit digunakan ketika fasa mendarat.

Ansur Maju 3
Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melepasi kayu. Atlet berlari dan
melonjak menggunakan kaki lonjakan melepasi kayu yang diletakkan di atas
kon (kecil dan besar). Atlet juga perlu berlari sejauh lima hingga enam langkah
sebelum melonjak melintasi kayu dan mendarat menggunakan tumit.

PENUTUP

Acara padang seperti lompat jauh memerlukan seorang atlet untuk berlari dengan kelajuan
yang konsisten dan berkeupayaan untuk melompat dengan kuat serta mempunyai
kelenturan badan dan daya koordinasi yang baik. Lompat jauh telah dijadikan sebagai
sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod
dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Acara olahraga
ini memerlukan seorang ahli sukan atau atlet untuk mendarat sejauh yang boleh dari tempat
pelepasan.

16
BIBLIOGRAFI

Lompat Jauh. (2012, Jun 6). Retrieved Februari 2, 2013, from NOTA - NOTA PISMP:
http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-jauh.html
Lompat Jauh. (n.d.). Retrieved Februari 1, 2013, from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/48851768/lompat-jauh

17

Anda mungkin juga menyukai