Anda di halaman 1dari 7

Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillahhirobbilalamin.wassolatuwassalamualaasrafilanbiya

iwalmursalinwaalaalihiwasahbihiajmain.

Yang dihormati, Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana

dan adil, penjaga masa yang amanah dan sidang hadirin yang

dirahmati Allah sekalian.

“Rasulullah SAW Pemimpin Terbilang” tajuk syarahan saya pada

hari ini.

Rasullah SAW adalah manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah

SWT sebagai Rasul terakhir yang membawa ajaran Islam dan

menyebarkan dakwah Islamiyah untuk umat manusia bagi

memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan

akhirat. Nabi Muhammad SAW merupakan rasul terakhir yang

dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah.

Baginda menerima wahyu yang pertama iaitu Surah Al-Alaq

pada 17 Ramadan bersamaan (16 Ogos 610M) dan dilantik

secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

1
Disifatkan sebagai contoh terbaik, berakhlak sebagaimana yang

diajar di dalam Al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi

dan rasul tetapi juga seorang pemimpin terbilang sepanjang

zaman. Tiada pemimpin lain di dunia dapat mengatasi

kedudukan baginda Rasulullah SAW.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan

yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)

Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut

Allah. (Surah Al-Ahzab - Ayat 21)

Suatu kajian yang telah dijalankan oleh saujana barat, Michael

H. Hart dalam buku beliau yang berjudul The 100: A Ranking of the

Most Influential Persons in History (1978) mengesahkan kedudukan

mulia yang Allah SWT telah berikan kepada baginda. Allah SWT

telah menggelarkan baginda sebagai ‘Yang ditinggikan sebutan

namanya’ dalam Surah Al-Insyirah ayat 4 dan Khuluqin Azim di

dalam Surah Al-qalam Ayat 4.

2
Para hadirin yang dimuliakan,

Ketokohan Rasullullah SAW sebagai pemimpin terbilang dapat

dilihat dalam beberapa aspek iaitu sebagai pemimpin agama,

politik, ketenteraan dan masyarkat.

Memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan

fatanah baginda merupakan seorang pemimpin agama yang

hebat. Sebagai rasul, tugas baginda adalah menyampaikan

ajaran Islam kepada umat manusia dengan sifat lemah lembut,

toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang

dibawanya terutama dalam aspek akidah. Sebagai contoh,

baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin

sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh

baginda.

Baginda menjalankan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi

dan tidak pula pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa

walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT.

Ajaran dakwah baginda meliputi bidang ibadah (iaitu solat,

puasa dan zakat), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan

serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan Al-Quran dan

hadis. Ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri Rasulullah SAW

3
Sidang hadirin,

Seterusnya kita melihat Rasullullah SAW sebagai pemimpin yang

terbilang dalam kepimpinan baginda sebagai seorang pemimpin

politik. Baginda telah mengasaskan perlembagaan bertulis yang

pertama di dunia iaitu Sahifah Madinah sehingga diiktiraf menjadi

Ketua Negara Islam Madinah. Kepimpinan baginda terserlah

apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-

ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu

meletakkan semula batu hitam atau Hajarul Aswad di penjuru

Kaabah. Nabi Muhammad SAW juga telah berjaya

mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj Arab

Madinah melalui Perjanjian Aqabah satu dan dua. Baginda juga

berjaya mengadakan hubungan diplomatik dengan menghantar

perwakilan Islam ke Habsyah dan Mesir serta memperkenalkan

Sistem Syura yang digunakan untuk membuat keputusan dalam

semua bidang secara kolektif.

Hadirin sekalian,

Rasulullah SAW telah menunjukkan mutu kepimpinan yang

cemerlang dalam bidang ketenteraan, Buktinya baginda telah

memimpin dalam 27 siri ketenteraan (ghazwah). Aspek akidah,

4
syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan

baginda dalam bidang ketenteraan di samping mengamalkan

sifat amanah dan tidak mudah putus semangat dalam

menghadapi musuh. Sepanjang memimpin bidang ketenteraan

baginda telah berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan

yang membawa kejayaan dalam pasukan tentera Islam. Antara

etika peperangan yang telah diperkenalkan oleh baginda ialah

mematuhi perintah Allah SWT serta menuntut keredhaanNya,

memberi pilihan kepada musuh sebelum berperang sama ada

masuk Islam, membayar Jizyah dan berperang, tentera Islam

dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang dan musuh

yang telah mati, patuh kepada ketua dan tentera Islam dilarang

memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.

5
Keempat, Rasullullah SAW pemimpin terbilang dapat dibuktikan

dalam ketokohan baginda sebagai pemimpin masyarakat.

Baginda telah berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang

berbilang agama dan keturunan, menyatukan umat Islam melalui

persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep

ukhuwah Islamiyah dan membantu ke arah kebaikan. Sepanjang

kepimpinan Rasulullah SAW, baginda berjaya mengekalkan

perpaduan dalam masyarakat Madinah seperti yang terkandung

dalam Piagam Madinah, iaitu menghapuskan perbezaan kaum

melalui konsep Ummah contohnya menyatukan kaum Muhajirin

dan Ansar, juga telah memberi kebebasan beragama kepada

semua penduduk Madinah dengan mengamalkan adat masing-

masing. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing

dalam menyelesaikan masalah anggota suku masing-masing.

6
Hadirin sekalian,

Sebelum kata penutup bicara, Rasulullah SAW pemimpin

terbilang telah dibuktikan dalam ketokohan baginda sebagai

pemimpin agama, politik, ketenteraan dan masyarakat sehingga

diiktiraf sebagai pemimpin pertama dunia. Peribadi baginda

wajar dicontohi oleh kita semua tidak kira yang muda,

pertengahan mahupun yang tua, dalam kalangan pemimpin

masyarakat, negara serta dunia. Seandainya seluruh umat

manusia pada hari ini menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola

dalam kehidupan, In Sya Allah kita akan cemerlang di dunia dan

di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai