Anda di halaman 1dari 3

Manual Kit Hidroponik +EM sabakAgro

Manual
Kit Hidroponik+EM
Pengenalan
Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang menggunakan takungan cecair
atau sebaiknya saluran cecair yang mengalir sebagai media pertumbuhan akar.
Akar pokok akan sentiasa menyentuh cecair yang mengandungi nutrien yang
mencukupi untuk pokok tumbuh, membesar dan berbuah.
Kandungan
Ada 2 jenis Kit Hidroponik iaitu :
1. Kit Hidroponik Takungan Kecil
2. Kit Hidroponik Takungan Besar

1. Kit Hidroponik Takungan Kecil


Kit Hidroponik ini mengandungi :
- Takungan
- Penutup
- Serat
- Baja Hidroponik Berbentuk Tablet Utk 2 Bulan
- Baja EM (Effective Microbs) Utk 2 Bulan
- Bahan Kawalan Serangga (Tidak Bahaya) Utk 2 Bulan
- Cawan Berlubang
- Biji Benih
- Manual Ringkas Atau Buku
Saiz Takungan : 30cmX40cmX15cm(LebarXPanjangXTinggi)
Mempunyai 6 pot(lubang) menanam
1. Kit Hidroponik Takungan Besar
Kit Hidroponik ini mengandungi :
- Takungan
- Penutup
- Serat
- Baja Hidroponik Berbentuk Tablet Utk 2 Bulan
- Baja EM (Effective Microbs) Utk 2 Bulan
- Bahan Kawalan Serangga (Tidak Bahaya) Utk 2 Bulan
- Cawan Berlubang
- Biji Benih
- Manual Ringkas Atau Buku
Saiz Takungan : 45cmX55cmX15cm(LebarXPanjangXTinggi)
Mempunyai 8 pot(lubang) menanam

sabakAgro
Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863
Manual Kit Hidroponik +EM sabakAgro

Kaedah Penanaman
1. Masukkan serat bebenang kedalam cawan berlubang. Tarik be-
benang tersebut dari bawah cawan untuk membentuk ekor be-
benang sepanjang 5 cm untuk membolehkan serapan air. Pastikan
separuh cawan masih dipenuhi bebenang.

2. Letak cawan berlubang pada lubang penutup polisterin

3. Pasang penutup pada takung. Masukkan baja, Baja


Tablet 5 ketul dan Baja EM satu penutup botol ke dalam
bekas takungan. Masukkan air dalam takung hingga
paras air menyentuh bawah cawan. Masukkan benih ke
dalam serat dalam cawan, 6 biji setiap cawan untuk sa-
yur daun.

4. Selepas benih bercambah, tinggalkan 3 cambahan


benih yang sihat sahaja,buang cambahan benih yang
kurang sihat.

5. Pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang


cukup. Periksa paras air dalam takungan setiap hari
untuk memastikan akar sentiasa menyentuh air. Jika
berkurang, sila tambah air.

sabakAgro
Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863
Manual Kit Hidroponik +EM sabakAgro

Pembajaan & Kawalan Serangga


Bahan Kawal Serangga DIPEL di pek dalam sampul plastik kecil dan bahan terse-
but berwarna KELABU.

Baja ada 2 jenis :


Baja Tablet : Bahan berbentuk tablet / pil.
Baja Em : Bahan berbentuk cecair berwarna coklat.

Cara Menggunakan Bahan Kawal Serangga


1. Gunakan penyembur (sprayer) kecil yang ada dijual di kebanyakan pasaraya.
Jika ada, gunakan penyembur yang mempunyai bekas isi air 1.5 liter.
2. Masukkan sebungkus Bahan Kawal Serangga untuk setiap 1 ~ 1.5 liter bekas
air. Selepas itu masukkan air dan goncang sekadar air dan Bahan Kawal Ser-
angga boleh larut dan bercampur dalam air.
3. Sembur pada bahagian daun, batang dan tanah (media) pada kadar 7 hari
sekali.

**Bahan Kawal Serangga yang digunakan berjenama DIPEL dan tidak merbahaya
kepada manusia dan binatang peliharaan. Telah diiktiraf sebagai bahan kawalan
serangga organik.

Cara Menggunakan Baja

Baja Tablet
Masuk 5 ketul setiap 7 hari untuk satu takungan. Tambah air di dalam takungan
dari semasa ke semasa untuk memastikan paras air sentiasa menyentuh akar
pokok. Air boleh samada air paip atau yang terbaik adalah air kumbahan dari
sinki dapur anda. Air cucian beras juga baik untuk digunakan.

Baja EM
Masukkan satu penutup botol setiap 7 hari. Seperti di atas, pastikan paras air
sentiasa menyentuh akar pokok. Air boleh samada air paip atau yang terbaik
adalah air kumbahan dari sinki dapur anda. Air cucian beras juga baik untuk
digunakan.

FIN

sabakAgro
Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863

Anda mungkin juga menyukai