Anda di halaman 1dari 4

GSF 6212 – PENGAJIAN FATWA KONTEMPORARI

MUAMALAT : JUAL BELI ATAS TALIAN

NAMA NO. MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746
ANIS THAQIFAH BINTI MOHAMAD M214021246
SITI MUNIROH BINTI ARSHAD M214030446
SHARIFAH NURHASIBAH BINTI SYED ISHAK M214012946
NURUL YUSRA BINTI MOHD YUSOF M214033746

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FAUZI BIN AUDZIR


TARIKH SERAHAN : 18 MEI 2023
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

BAB 1
JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM

BAB 2
MAKSUD DAN JENIS PERTUKARAN

BAB 3
SYARAT DAN RUKUN JUAL BELI

BAB 4
JUAL BELI ATAS TALIAN

KESIMPULAN
RUJUKAN
PENDAHULUAN

Muamalat bermaksud perhubungan secara aktif sesama manusia dalam urusan berkaitan
dengan harta. Muamalat patuh syariah pula bermaksud kegiatan ekonomi dan pengurusan
harta yang selaras atau tidak bercanggah dengan hukum islam.

Setiap hari kita menjalankan pelbagai kegiatan muamalat melibatkan jual beli,berhutang,
bekerja untuk mendapat gaji,menyimpan serta melaburkan wang dan pelbagai kegiatan lagi
bagi memenuhi keperluan hidup. Persoalannya, adakah kita mengambil berat tentang halal
dan haram kegiatan² muamalat yang kita lakukan? Rasulullah saw memberikana peringatan
melalui sabda baginda :

Maksudnya : "akan datang suatu zaman nanti dimana seseorang sudah tidak lagi mengambil
peduli apa²(pendapatan) yang diperolehnya, sama ada daripada sumber yang halal ataupun
haram." (Hadis riwayat al bukhari)

Terdapat satu kaedah yang menyatakan bahawa "hukum asal dalam bidang muamalat adalah
harus". Kaedah ini memberikan ruang yang luas kepada manusia untuk mengembangkan
kegiatan muamalat dan ekonomi,selaras dengan kemajuan tamadun manusia. Contoh yang
paling mudah diambil ialah keharusan jual beli secara atas talian yang berlaku secara meluas
pada masa ini, sedangkan urus niaga sedemikian tidak pernah diamalkan sebelum zaman
internet.

Namun begitu, islam juga menentukan terdapat larangan-larangan dalam bidang muamalat.
Antara perkara utama yang diharamkan dalam muamalat termasuklah (i)riba, iaitu lebihan
nilai yang disyaratkan dalam akad hutang, (ii)gharar, iaitu ketidakpastian yang nyata dalam
akad jual beli, (iii) maysir,iaitu unsur perjudian atau pertaruhan dalam memperoleh harta
yang bergantung pada nasib, dan (iv) memiliki harta orang lain. Pelbagai nas daripada al-
Quran dan hadis menjelaskan tentang pengharaman perkara tersebut.
KESIMPULAN

Pengajian Muamalat Islam adalah di antara pengajian yang diabaikan sejak sekian lama
sehingga hukum halal dan haram di dalam perkara ini diambil remeh oleh sebahagian
masyarakat Islam. Pembelajaran Muamalat Islam amat penting bagi melahirkan seorang
Muslim holistik yang tidak hanya melihat ibadahnya ketika di dalam masjid dan surau atau di
atas sejadah dan tikar sembahyang sahaja, tetapi dia juga menyedari bahawa perkara
Muamalat juga adalah urusan ibadahnya dengan Allah kerana di sana juga ada perintah Allah
dan RasulNya serta larangan Allah dan RasulNya.

Dengan menghayati bahawa hubungan manusia dengan manusia di dalam perkara berkaitan
harta dan kewangan juga adalah ibadah, maka seseorang Muslim itu akan lebih sempurna
dalam pengamalan agamanya. Janganlah kita hanya menjadi “Hamba Allah” di dalam urusan
Ibadat tetapi menjadi “Musuh Allah” di dalam urusan Muamalat. Sibuk melakukan ibadah
solat dan puasa serta ibadah-ibadah sunat, namun dalam masa yang sama terlibat di dalam
urusniaga riba’ (yang diisytiharkan perang oleh Allah ), gharar, darar dan intihak al-hurmah
al-Shar’iyyah, mengabaikan kewajipan nafkah dan hutang, tidak mengagihkan harta pusaka
kepada yang berhak atau tidak menyerahkan harta amanah kepada pemiliknya.
Orang yang hanya menjaga hukum ahkam Shariat di dalam urusan Ibadahnya tetapi
mengabaikan hukum ahkam Shariat di dalam urusan Muamalatnya bukan sahaja tidak
mampu menjadi seorang Muslim yang sempurna, tetapi dia juga akan menjadi seorang yang
muflis di Akhirat kelak. Pahala amalan Ibadahnya perlu dihabiskan untuk melunaskan hak-
hak orang lain dan setelah pahalanya itu habis, maka dia perlu pula mengambil dosa-dosa
orang lain dan seterusnya dicampakkan ke dalam neraka (Sahih Muslim).

Anda mungkin juga menyukai