Anda di halaman 1dari 1

ACAR IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkal putih saiz sedang, disiang, kerat dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan ketepikan)
1 biji bawang besar, belah 6
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
1/4 bahagian capsicum merah, hujau, kuning, didadu besar
1 inci halia, hiris halus
1/2 camca teh serbuk kunyit'
1 camca besar cili kisar
1/4 cawan cuka makan, mat guna jenama Jalen
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (anggaran 2 camca besar atau ikut manis)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing, biar dia embal2 sahaja. Angkat dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang putih dan halia,
tumis hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah gula dan
serbuk kunyit, kacau dan tuang cuka makan. Gaul rata dan biar mendidih.

2. Masukkan bawang besar, semua jenis capsicum, sedikit garam dan juga ikan tadi, gaul
rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Anda mungkin juga menyukai