Anda di halaman 1dari 12

CHAPTER 1 : ISLAM DAN UDANG UNDANG

Definisi Islam
- Istilah: bermaksud mentauhidkan Allah, patuh, tunduk, taat dan jujur hati
secara mutlak kepada Allah.
- Islam merupakan satu sistem perundangan dan peraturan kehidupan iaitu al-
din. Sistem perundangan dan peraturan adalah wahyu dari Allah yg meliputi
hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia
dengan alam.
Definisi Undang-undang Islam
1. Ketentuan – ketentuan syariat yang telah melalui proses ijtihad, dilakukan
oleh mujtahid (mufti) dan ditetapkan badan perundangan bagi sesebuah
negara Islam dilaksanakan di negara tersebut.
2. Meteodologi khusus yang dipakai dalam menentukan sesuatu ketetapan
hukum atau kesimpulan hukum yang dikenali sebagai hukum fiqh
3. Setelah diwartakan baharu lah ia akan menjadi hukum yang mengikat umat
islam dengan hukum tersebut.
4. Manifestasi hakiki kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-
Sunnah.

Ciri-ciri khusus Undang-undang Islam


1. Berasaskan wahyu
- Hukum yang difahami secara langsung daripada nas syarak
i. Usaha untuk memahami tidak perlu ijtihad
ii. Hukum dapat difahami secara langsung atau secara terus

- Hukum yang telah melalui proses ijtihad dan pemikiran para mujtahid
i. Menerima campur tangan dari proses ijtihad dan pemikiran mujtahid
secara teknikal
ii. Boleh menerima perubahan disebabkan adanya tafsiran atau
pendekatan lain dengan syarat ada nas-nas yang kukuh sebagai
sandaran
iii. Boleh berubah mengikut perubahan zaman, masa dan suasana
persekitaran masyarakat setempat selagi tetap berlandaskan al-Quran
dan Al-sunnah.

2. Berasaskan kesedaran beragama dan berakhlak


- hukum Islam yang lahir daripada proses ijtihad tidak boleh terpisah dengan
nilai-nilai agama dari segi halal atau haram, dosa atau pahala dan syurga
atau neraka.
- Berbeza dengan undang-undang sekular kerana undang-undang yg
berteraskan ideologi tidak diikat dengan konsep halal atau haram dan dosa
atau pahala
- Hukum islam selamanya menyediakan dua bentuk pembalasan terhadap
setiap perbuatan manusia, iaitu pembalasan dunia di mahkamah dan
pembalasan akhirat yg dilaksanakan di akhirat.

Mengapa undang-undang Islam diperlukan oleh manusia?


1. Akal manusia lemah dan terbatas
i. Tidak sama membuat peraturan hidup dan menetapkan nilai baik
antara satu sama lain
ii. Terdedah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu, perkauman dan
mementingkan diri sendiri
iii. Tabiat yang tidak menghormati undang-undang ciptaan sendiri
walaupun undang-undang itu munasabah

2. Kesedaran beragama menjadi asas untuk melakukan kebaikan


i. Undang-undang islam dapat menyelamatkan manusia, individu,
masyarakat, negara dan dunia daripada segala kerosakan dan
kemusnahan. (larangan&suruhan)
ii. Mengatur kehidupan manusia atas tiga dasar hubungan
 manusia dengan Allah (hablum minallah)
 manusia sesame manusia (hablum minan nas)
 manusia dengan alam (hablum minal ‘alam)
iii. Allah SWT adalah pengatur, pengawas dan pemerhati sekalian
makhluk sehingga manusia tidak berani untuk melakukan maksiat

Kuasa negeri berkaitan undang-undang Islam


Bidangkuasa berkaitan Agama Islam diberikan oleh Perlembagaan
Persekutuan kepada negeri negeri berhubung hukum syarak (senarai 2 jadual
kesembilan Perlembagaan Persekutuan)
- kecuali mengenai wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
- termasuk hukum syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan
tidak berwasiat, pertunangan dan perkhawinan.
- wakaf Islam dan ta’rif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat
agama
- zakat fitrah dan Bait al-mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya

Kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal perkara-perkara


mengenai undang-undang Islam mencakupi kuasa menubuhkan mahkamah
yang mempunyai bidangkuasa ke atas orang Islam.
- Diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan bahawa mahkamah tersebut
tidak boleh mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yg diberi oleh undang-undang Persekutuan.

Chapter 2 : ISTILAH DALAM UNDANG-UDANG


Syariah
bahasa: sumber air, sumber air minuman atau jalan yang lurus atau jelas
istilah: satu sistem atau peraturan hidup yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
umat manusia melalui rasul-Nya.
Sistem atau peraturan hidup yang bersandarkan kepada dua matlamat (Maqasid
Syariah) yang suci :
- Memberi kebaikan kepada manusia dalam kehidupan dunia dan akhirat
- Menjauhkan dan mengelakkan keburukan kepada manusia dalam kehidupan
dunia dan akhirat
Fiqh
bahasa: faham atau tahu
istilah: memahami ilmu tentang hukum-hukum syarak yang bersifat amali yang
diistinbat (diambil) dari dalil-dalil tafsili (terperinci) dengan menggunakan
meteodologi yang tertentu.
Ilmu Fiqah bermaksud pengetahuan tentang hukum dalam agama islam
Ulama yang mengkaji ilmu fiqh dinamakan Faqih dan kata jamaknya (plural) ialah
fuqaha –

Faqih atau fuqaha ialah seseorang yang pakar serta mempunyai tahap
kersarjanaan yang mendalam lagi terperinci mengenai hukum-hukum
syarak.

Bagi membolehkan fuqaha menganalisis dalil-dalil serta kaedah untuk


mengambil hukum daripada sumbernya iaitu nas al- Quran dan al-
Sunnah, memerlukan kepada ilmu Usul al-Fiqh dan ilmu al-Qawa’id al-
Faqhiyah.
Kaedah Usul fiqg yang digunakan oleh fuqaha :
1. Kullu Amri Lil Wujub : setiap perintah adalah wajib. Contoh mendirikan
solat, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat
2. Kullu Nahy Lil Tahrim : setiap larangan adalah haram. Contoh mendekati
zina, minum arak, dan rasuah
3. Maa Laa Yatim al-Wajib Illa bihi Fa Hua Wajib : tidak akan sempurna
semua perkara yang wajib melaikan dengannya, makai a juga adalah wajib.
Contoh hukum berwuduk sebelum solat

Kaedah qawaid fiqhiyyah yang digunakan oleh fuqaha :


1. al- Dararu Yuzaal : setiap perkara yang mendatangkan mudarat kepada
manusia hendaklah dihilangkan/hindari/dijauhi. Contoh keharusan tayamum
bagi orang yang menghidap penyakit kulit yang tidak boleh terkena air, rokok.
2. al-Darurat Tubih al-Mahzurat : dalam keadan darurat mengharuskan
(dibolehkan) perkara yang dilarang pada hukum yang asal. Contohnya,
hukum asal adalah haram memakan babi, tetapi dalam keadaan darurat iaitu
ketiadaan makanan dibolehkan.
3. al- A’dah Muhakkamah : adat kebiasaan budaya masyarakat (urf) diterima
menjadi hukum yang berkuatkuasa selama adat itu tidak bercanggah hukum
syarak. Contoh adat budaya Melayu memberikan wang hantaran semasa
perkhawinan (harus)

Bidang utama fiqh yang dibincangkan ulama atau fuqaha:

- Fiqh Ibadah : bersuci, solat, puasa, haji dan korban


- Fiqh Mu’amalah : perkahwinan, kekeluargaan dan pewarisan harta
- Fiqh Munakahat : urusan ekonomi seperti jual beli, insuran dan gadaian
- Fiqh Kehakiman (al-Qada’) : sistem kehakiman islam
- Fiqh Jinayah (undang-undang syariah) : hudud, takzir, qisas dan diyat
- Fiqh Siyasah (politik) : kewarganegaraan, pilihan raya dan khalifah
(pemimpin)
Hubungan antara Syariah dan Fiqh

1. Syariah adalah selama hukum dan perundangan yang berbentuk amali


diturunkan oleh Allah kepada manusia menerusi RasulNya dalam bentuk
wahyu mencakupi seluruh aspek kehidupan.
2. Fiqh pula adalah satu disiplin ilmu untuk memahami hukum dan perundangan
tersebut yang diturunkan oleh Allah dalam bentuk amali.
3. Bagi memahami hukum tersebut, maka fuqaha akan menggubal kaedah-
kaedah tertentu secara spesifik bagi membolehkan sesuatu hukum
dikeluarkan.
4. Penggubalan kaedah tidak dibuat secara sesuka hati, sebaliknya
berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
5. Keadah tersebut akan terpakai dan mengikat setiap kali sesuatu hukum
hendak diputuskan.

Hukum – berasal daripada perkataan Arab iaitu hukm bermaksud perintah


Allah berkaitan perbuatan mukallaf.

Istilah: perintah Allah itu sendiri yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf; proses
atau aktiviti bagaimana ketentuan-ketentuan yang lahir daripada khitab terhadap
mukallaf

-segala yang dianggap sebagai perbuatan menurut uruf (pada adat) sama ada
perbuatan hati seperti iqtiqad dan niat atau perbuatan zahir seperti solat dan puasa.

Undang-undang

Istilah: norma-norma hukum yang diperkanunkan oleh badan-badan perundangan


tertentu serta melalui proses-proses tertentu

-sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal oleh Kerajaan dan
mesti dipatuhi oleh masyarakat.

-Udang udang Islam ialah manifestasi hakiki kepada apa yang terkandung dalam al-
Quran dan al-Sunnah

-ketentuan syariat yang terhasil melaliu proses ijtihad yang telah diputuskan oleh
badan perundangan di sesebuah negara islam sebagai satu undang-undang
Sumber Undang-undang Di Malaysia

1. Perlembagaan (Persekutuan& Negeri)


2. Undang-undang yang digubal badan atau orang perseorangan yang diberi
kuasa oleh undang-undang persekutuan atau negeri
3. Statut dipanggil akta jika digubal oleh parlimen dan ordinan jika digubal
dewan perundangan negeri, atau enakmen jika digubal Dewan perundangan
negeri Sabah atau Sarawak
4. Keputusan hakim ialah keputusan terhadap perkara undang-undang yang
dibuat oleh hakim
5. Undang-undang islam
6. Undang-undang adat

Undang-undang Islam

- Terhad kepada undang-undang yang berkaitan dengan perkahwinan,


penceraian, penjagaan anak, harta pusaka, jenayah
- Dikuatkuasakan oleh mahkamah syariah yang ada di setiap negeri

Undang-undang Adat

- Terbahagi kepada tiga jenis:


 Undang-undang adat Melayu
 Undang-undang ada Cina
 Undang-undang adat di Sabah dan Sarawak yang digunakan untuk
anak watan.

CHAPTER 3: SUMBER UNDANG-UNDANG ISLAM

Al-Quran

Sumber yang
disepakati
Al-Sunnah Qiyas

Ijmak
Sumber yang tidak disepakati

- Saad azzarai’
- Al-‘urf
- Al-Masalih Mursalah
- Al- Ihtihsan
- Amalan Ahi Madinah
- Al-Ihtisab
- Sharu’u Man Qabiana
- Al-Istiqra’

Sumber yang disepakati atau consensus

1. Terbahagi kepada dua


- Primer : sumber utama di dalam perundangan Islam iaitu al-Quran dan al-
Sunnah
- Sekunder : sumber ijtihad (berdasarkan pandangan ulama’) seperti Ijmak dan
Qiyas

Sumber yang tidak disepakati dan tidak consensus

1. Sumber ijtihad serta mengikut pandangan ilmuan Islam terhadapnya,


mempunyai pelbagau pecahan dan jenis
2. Sebahagiannya diterima oleh ilmuan Islam manakala selebihnya menolak
3. Pandangan ilmuan Islam mengikut mazhab Fiqh serta meteodologi mereka

SUMBER YANG DISEPAKATI : PRIMER

AL-QURAN

Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW dalam bahasa arab secara berperingkat melalui Malaikat Jibril, dipindahkan
secara beransur-ansur, bersifat mukjizat dan membacanya sebagai ibadah.

1. al-Quran dijamin kekal dan terpelihara daripada sebarang kesilapan dan


penyelewengan. Tidak akan berubah kerana terpelihara oleh penghafalnya
2. kitab yang diturunkan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa,
bahasa ataupun batasan geografi
3. tidak mampu ditiru oleh manusia dan jin
3 Jenis Hukum al-Quran

1. Perihal i’tiqadiyah atau akidah seperti beriman kepada Allah, para nabi dan
rasul, malaikat.
2. Perihal akhlakiyah berkaitan dengan pembentukan jiwa melalui penjelasan
kemuliaan akhlak yang diwajibkan oleh manusia
3. Perihal amaliah berkaitan dengan perkataan dan perbuatan mukallaf.
Dimaksudkan dengan perundangan Islam atau syariah. Terbahagi kepada
peribadatan dan mu’amalat

AL-SUNNAH

Segala sesuatu yg bersumberkan dari Nabi Muhammad SAW dalam bentuk qaul
(ucapan), fi’il (perbuatan), taqrir (pengiktirafan), khalqiyah atau sifat fizikal tubuh
serta khuluqiyah atau sifat batin atau akhlak.

- Merupakan sumber kedua selepas al-Quran dalam sistem perundangan Islam


- Terbahagi kepada 5 iaitu :
 Qauliyah (ucapan atau perkataan)
 Fi’liyah (perbuatan)
 Taqririyah (persetujuan atau pengiktirafan)
 Khuluqiyah ( sifat batin atau akhlak)
 Khalqiyah (sifat fizikal atau kejadian)

Jenis-jenis al-Sunnah

1. Qauliyah
- Ucapan atau perkataan ialah segala ucapan atau perkataan Nabi Muhammad
SAW yang ada hubungannya dengan kehidupan dan pensyariatan
- Cth: “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman” / “Malu itu sebahagian
daripada iman”

2. Taqririyah
- Persetujuan atau pengiktirafan iaitu segala persetujuan Nabi Muhammad
SAW terhadap perbuatan para sahabatnya tanpa ditegah atau dilarang
semasa hayat Baginda SAW melalui perbuatan atau percakapannya.
3. Fi’liyah
- Segala perbuatan Nabi SAW yang dikhabarkan oleh para sahabat Baginda
SAW seperti solat, berwudhuk dan puasa

4. Khuluqiyah
- Sifat batin atau akhlak iaitu sifat-sifat yang disandarkan kepada Nabi seperti
amanah, penyabar dan berani

5. Khalqiyah
- Sifat fizikal atau kejadian iaitu segala sifat-sifat fizikal yang dikhabarkan oleh
para sahabat mengenai baginda SAW seperti rambut, postur badan dan
ketinggian

Peranan al-Sunnah dalam Islam

1. Penguat kepada hukum-hukum al-Quran


memperkuat hukum-hukum yang telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-
Quran
2. Penafsiran dan penjelasan hukum-hakam al-Quran
al-Sunnah memperjelaskan hukum umu al-Quran. Cth: al-Quran menyebut
tentang kewajipan solat, al-Sunnah pula memperincikan dengan menyebut
tatacara menunaikan solat yang sesuai dengan ajaran Rasulullah.
3. Penetapan hukum-hakam baru yang tiada dalam al-Quran
Larangan memakai kain sutera, cincin emas bagi lelaki

SUMBER YANG DISEPAKATI : SEKUNDER

IJMAK (sumber ketiga selepas al-Quran & al-Sunnah)

-persepakatan dikalangan mujtahidin daripada umat Nabi Muhammad SAW dalam


satu satu zaman tertentu, selepas kewafatan baginda terhadap suatu hukum syarak.
-apabila semua mujtahid dalam suatu zaman berijtihad mengeluarkan suatu hukum
dalam suatu masalah tanpa ada perselisihan, maka hukum tersebut dikatakan thabit
secara ijmak

QIYAS

-bermaksud menyamakan, membandingkan atau mengukur

- Ulama usul fiqh : qiyas ialah menetapkan hukum suatu kejadian yang tidak ada
dasar nasnya di dalam al-Quran dan hadis dengan suatu kejadian yang ada nas
hukumnya yang ada dalam al-Quran kerana adanya persamaan illah (sebab)
hukum.

Kedudukan Ijmak sebagai sumber perundangan Islam

Meninggalkan atau menafikan ijmak bererti tidak mematuhi arahan al-Quran dan al-
Sunnah kerana dalil ijmak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Syarat & rukun ijmak :

- Melebihi daripada seorang mujtahid


- Berlaku kesepakatan keseluruhan mujtahid. Sekiranya sebahagian sahaja, ia
tidak dianggap ijmak
- Para mujtahid diberi peluang dan kesempatan dalam menyatakan pandangan
masing-masing sebelum persetujuan berlaku
Kedudukan qiyas sebagai sumber perundangan Islam

Qiyas merupakan salah satu daripada empat sumber perundangan islam yang teras
dan disepakati. Ia merupakan perintah Allah SWT kepada manusia

Rukun qiyas :

 al-Asl : merujuk kepada perkara atau isu yang mempunyai hukum di


dalam nas al-Quran atau al-Sunnah atau Ijmak. Contoh perjudian
dan arak
 al-Far’u : sesuatu perkara atau isu tiada hukum di dalam nas al-
Quran atau al-Sunnah. Malah ia akan disamakan dibandingkan
hukumnya dengan al-asl. Contoh permainan mesin claw, dadah
dan rokok
 hukum al-Asl : merujuk kepada hukum atau syariat al-asl melalui
nas al-Quran atau al-Sunnah atau ijmak serta boleh digunakan
landasan kepada hukum al-Far’u. Contoh haram perjudian dan arak
 al-Illah (sebab) : merujuk kepada ciri-ciri, spesifikasi atau keadaan
tertentu yang digunakan sebagai asas hukum al-asl. Contoh haram
mesin claw kerana ianya bermain dengan nasib dan diaggap
perjudian

SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI : SEKUNDER

1. Al-ihtisan : menganggap sesuatu itu baik


Cth : Hartanah wakaf seperti ladang pertanian
2. Al-istisab : pengekalan hukum yang sedia ada selagi mana belum ada dalil
yang mengubah hukum perkara tersebut.
Cth : harta ibu bapa tidak boleh diwariskan selagi mana kematian ibu bapa
diragui kerana semata-mata kehilangan mereka
3. Sad az-Zara’i : penyekatan kepada kaedah, jalan atau cara yang boleh
mendorong perkara harus kepada perkara yang lebih buruk, haram dan
merosakkan.
Cth : penutupan kilang arak
4. Al- masalih mursalah : membuat sesuatu hukum atau perundangan yang baik
serta berfaedah bagi kepentingan masyarakat umum tanpa sebarang dalil
yang jelas iaitu dari al-quran dan hadis
Cth : pengumpulan dan pembukuan a-quran di dalam satu mushaf
5. Qawl al- Sahabi : pandangan atau fatwa para sahabat Nabi Muhammad SAW
Cth : pandangan Abdullah Ibn Mas’ud terhadap jangka waktu haid adalah
selama tiga hari

CHAPTER 4: MAQASID SYARIAH

Anda mungkin juga menyukai