Anda di halaman 1dari 2

NURFATEHAH AISYAH BINTI MOHD FAUZEE (A194335)

Syarahan Umum: CT CORP Leadership Forum

Dalam penyampaian syarahan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Indonesia, beliau
mengfokuskan isu kepimpinan atau leadership dalam hubungan serumpun antara Malaysia
dan Indonesia. Beliau ingin memastikan prinsip keadilan dan manusiawi serta insaniah
dicapai dalam aspek ekonomi. Tanggungjawab pemimpin dalam pimpinan atau perniagaan
untuk memanfaatkan waktu dan kebijaksanaan semaksima untuk memperbaiki keadaan
ekonomi. Beliau mengambil pendekatan teori Barat yang suka mengandaikan nasib masa
depan tanpa jalan penyelesaian yang baik. Tanggungjawab sebagai manusia adalah untuk
mencari penyelesaian dan membentuk yang baharu daripada pimpinan dengan mengambil
sikap sebagai ketua yang lebih bertanggungjawab serta berlapang dada terhadap semua
perkara. Beliau menekankan soal demokrasi tanpa akauntabiliti yang tidak menekankan
aspek nilai dan akhlak yang menang dengan cara dan kaedah daripada sokongan rakyat.

YAB Dato’ Seri Anwar juga menekankan dalam menentukan dasar. Beliau menyatakan
seorang Menteri atau Perdana Menteri tidak semestinya mahir dan berpengalaman dalam
bidang yang sedang diterajui kerana tidak memupuk nilai ‘dehumanity acknowlegde’
mendidik manusia untuk bertawaduk dalam semua pimpinan. Di sini mengajar manusia untuk
tidak ‘ignorance’ dalam soal menimba ilmu. Dalam pendidikan dan pekerjaan tidak
membawa erti kehidupan tanpa kemanusiaan, nilai dan akhlak walaupun mempunyai latihan
pengurusan dan kepimpinan untuk pekerjaan. Bidang teknologi seperti digital teknologi dan
digital ekonomi serta ‘artificial intelligence’ merupakan bidang baharu dan mesti diterokai.
Malah, ia tidak difokuskan di Malaysia kerana kecelaruan dan konflik politik yang dialami
oleh Malaysia. Sekiranya ketinggalan dalam bidang tersebut, ia boleh menjejaskan
pertumbuhan dan perubahan terhadap generasi hadapan. Golongan muda juga kurang
membaca dan lebih cenderung kepada media sosial seperti Tiktok yang beredar mengikut
zaman yang semakin moden menjadi kesukaran untuk pemimpin membawa perubahan
pendidikan.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan kita sebagai pengurusan dan pemimpin
sepatutnya melihat ke arah kemanusiaan supaya pendidikan yang mengangkat keterampilan,
nilai, dan kemanusiaan sepatutnya diangkat sebagai adab untuk semua supaya menjadi
seorang ‘critical thinking’ dalam menimba ilmu. Kita dilatih untuk ‘critically analyse and
excess’ dalam merangka pendidikan. Tanpa prinsip ini, semua orang menjadi mahir dan tiada
usaha untuk mencapai nilai dan akses secara kritikal.

Anda mungkin juga menyukai