Anda di halaman 1dari 8

Peranan Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah

Oleh : Mohd Yazid Yusoff


Yayasan Islam Kelantan.

Peranan Pengetua

Teori Kepemimpinan

Sifat Kepengetuaan

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam merubah kehidupan
masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan
pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita
membina bangsa kita. Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincang
oleh masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf seseuatu masyarkat itu. Negara tidak akan maju
tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi
pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh
kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya tinggal terukir di
pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Oleh yang
demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, perlulah segenap pihak yang memikul
tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai
seorang guru besar atau pengetua yang bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya.

Hari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru besar atau pengetua (kedua-dua
dirujuk sebagai pengetua) di sekolah. Macam-macam pendapat dan pandangan yang diberikan oleh
mereka. Seolah-olah pengetua sahaja yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan persekitaran
dan sosio-budaya masyarakat setempat. Walaupun banyak elemen yang berkaitan dengan
perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-masing mengetahui dan menginsafi
tetang tugas dan tanggungjawabnya, kita yakin, Falsafah Pendidikan Negara akan terlaksana dan kita
akan dapat menuju ke satu era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku secara
seimbang di antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Untuk itu, di sini kita cuba bincangkan tentang
tugas dan tanggungjawab seorang pengetua dalam mencapai tugas dan matlamat itu.

Peranan Pengetua
Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang
pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, ketigatiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek
pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep itu,
kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri
dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih
yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan
sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh SIONDANG(1981). Manakala SYUKUR (1988)

menjelaskan pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung
dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam
organisasi.

Kedua-dua konsep pentadbiran yang dikemukan oleh kedua-dua orang tadi adalah tidak lari dengan
persepakatan. Tanpa melibatkan proses kerjasama maka pentadbiran dalam erti kata sebenarnya tidak
berlaku di sekolah. Oleh itu, seorang pengetua yang berkesan hendaklah melaksana pentadbiran
dengan melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang disenangi . Mudah digauli dan
menghargai pendapat dan pengalaman orang lain. Konsep "The boss is the boss" dalam zaman
sekarang ini perlu dibuang terus dalam pemikiran pengetua. Zaman bercorak pentadbiran kolonial
British telah berakhir. Hari ini bukan lagi zaman untuk menentukan tugas-tugas terlaksana tetapi
zaman orang bercakap, berbincang dan mengkaji tentang kualiti, keberkesanan dan kecemerlangan.

Sebagai seorang pemimpin sekolah, seharusnya mempunyai semangat dan kesedaran yang tinggi
tentang wawasan 2020. Wawasan 2020 bukanlah alat untuk membelenggu kita di dalam `status
quo'. Wawasan ini mengajak kita untuk menjadi pelakon utama, menjadi primadona, menjadi seri
panggung kepada drama perubahan (zahid, 1994).

Pemimpin adalah rahsia kehidupan gemilang umat dan sumber kebangkitannya. Sejarah umat adalah
sejarah para pemimpin yang sedar, yang kuat jiwanya dan tinggi kemahuannya. Demikianlah kata-kata
Al-marhum Hassan Al-Banna seorang mujahid Islam yang menjadi model dan keagungan pemimpin
Islam pada zaman moden. Dari sini jelas kepada kita bahawa seorang pemimpin hendaklah
mempunyai daya kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa yang kuat dan mempunyai cita-cita yang
tinggi.

Peranan dan fungsi pengurus yang memimpin adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan
kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus
menghargai inovasi tenaga kerja (Sokarno,1994). Melalui kata-kata bekas Pegawai Khas Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia ini, dapat kita simpulkan bahawa seorang pengetua hendaklah
mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar,
semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar
inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilangkilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods). Pengetua terpaksa berhadapan
dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah
masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui
anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan
kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.

Ke atas
Teori kepemimpinan

Beberapa teori kepemimpinan telah muncul dan banyak dibahaskan oleh golongan bijak pandai dalam
usaha uuntuk melahirkan kepemimpinan yang berkesan. Di antaranya ialah teori kepemimpinan
karismatik. Kini, teori karismatik tidak lagi merupakan sebagai angkubah utama untuk kejayaan
kepemimpinan pengetua. Teori ini adalah terkenal dan menjadi panduan pada peringkat awal
pengkajian dahulu setelah melihat kepada perkembangan sejarah bahawa pemimpin-pemimpina yang
terkenal adalah terdiri dari mereka yang mempunyai peribadi yang menarik dan disenangi. Walaupun
teori ini bukanlah faktor penentu kejayaan dalam kepemimpinan hari ini tetapi ini adalah asas yang
perlu ada kepada seorang pemimpin.

Satu lagi teori kepemimpinan yang selalu dibincangkan ialah teori perhubungan kemanusiaan. Dalam
teori ini, pemimpin yang berjaya adalah terdiri dari pemimpin yang dapat memberi perhatian yang
berat kepada tugasnya, dan mewujudkan kerjasama dengan orang-orang bawahannya. Di sini kita
dapati sekiranya seorang pemimpin itu tidak menghargai pandangan dan usaha orang-orang di
bawahnya maka tentunya kerjasama tidak akan berlaku dan dengan itu nescaya tidak akan dapat
melahirkan satu bentuk kepemimpinan yang berkesan. Dalam konteks sekolah, guru-guru di bawah
seliaannya mungkin mempunyai pandangan dan idea yang lebih bernas dari dia sebagai seorang
pemimpin. Oleh itu pandangan dan sifat kepemimpinannya tidak sepatutnya bersifat autokratik. Sifat
ini tidak akan melahirkan corak kepemimpinan yang berkesan tetapi di sebaliknya akan lahir guruguru yang bersifat kayu mati (dead woods) kerana mereka akan bosan dengan kerenah seorang
pengetua yang tidak mahu mendengar pandangan dan buah fikiran orang lain, kerana menganggap dia
adalah lebih bijak dan pandai dari orang di bawah kawalannya.
Mcgregor pula telah memperkenalkan teorinya yang dipanggil teori X dan teori Y. Dalam teori ini
secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya seseorang pemimpin (pengetua) itu
menganggap orang-orang bawahannya malas dan tidak bertanggungjawab, maka lama-kelamaan
mereka akan menjadi sebagai orang malas dan tidak bertanggungjawab. Di sebalikya, jika pemimpin
itu menganggap orang-orang di bawahnya itu rajin dan bertanggungjawab, maka mereka akan lahir
sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep menghargai dan meletakkan
martabat orang-orangnya adalah juga sebagai penentu kejayaan sesuatu kepemimpinan itu.

Setelah melihat kepada teori-teori tadi banyak diperbahaskan, maka timbul pula satu teori yang lebih
menjuruskan kepada keadaan semasa. Teori ini dipanggil teori Kepemimpinan Mengikut
Situasi (Situational Leadership Theories). Mengikut teori ini, keadaan yang berbeza memerlukan
kepada corak kepemimpinan yang berbeza. Melalui teori ini dapatlah kita rumuskan bahawa pengetua
hendaklah pandai dengan budaya dan suasana persekitaran. Setiap sekolah mempunyai iklim sosial
yang berbeza. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Bermula dari suasana dalam sekolah,
persekitaran di luar sekolah, budaya masyarakat setempat dan sebagainya. Oleh itu pengetua
hendaklah bijak menggunakan daya kepemimpinan yang ada padanya. Pengetua harus bijak supaya
tidak timbul satu kejutan kepemimpinan yang boleh menimbulkan ketegangan kepemimpinan oleh
guru-guru dan masyarakat sekitar.

Sifat kepengetuaan
Walau apa teori pun tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh teori itu. Penentu kepada kejayaan
bukan hanya satu sahaja, tetapi kesemuanya adalah berasaskan kepada kebijaksanaan pengetua dan

peka dengan keadaan sekelilingnya. Mencari punca sesuatu masaalah dan menyelesaikan berasaskan
kepada punca-punca itu adalah penting.
Dalam hal ini maka tidak timbulah seorang pengetua yang ditafsirkan sebagai suka mencari kesalahan.
Seorang pengetua bukan ditugaskan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk mengubati masalah.
Membimbing mereka ke arah atau hala tuju yang betul secara klinikal Maka untuk inilah memerlukan
daya kepemimpinan yang tinggi.

Sebagai seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang berkesan. Seorang
pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat pengetua
yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan
seorang pengetua. Seorang pengetua yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan
disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta
idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa
perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat
penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan
guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya,
mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan
lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.

Sebagai seorang pengetua yang demokratik, dia juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya
kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah sumber kepada mereka untuk terus
membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat
memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan
tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu seharusnya mempunyai
semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.

Sebagai seoarang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi, dia juga
hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka,
seorang yang peramah mesra. Sentiasa menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya.
Mempunyai komunikasi dua hala.Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat
autokratik. Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan
saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu
bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak
memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat
bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan
pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.

Melalui bebarapa huraian ringkas di atas tadi menampakkan kepada kita bahawa, Pengetua adalah
teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah. Kalau pengetua sudah tidak ada kredibiliti dan
karisme yang tinggi, sekolah sebagai tempat untuk menjana minda pelajar-pelajar akan berjalan dalam
suasana yang pincang. Sekolah adalah 'duta wawasan' yang merupakan sebuah 'negara kecil' yang
perlu segala-galanya. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa taat-mentaati dan harga-menghargai
di antara mereka. Dengan wujudnya sifat kepemimpinan yang berkesan maka pengurusan dan
pentadbiran di sekolah akan tercapai seperti yang diharapkan oleh setiap masyarakat dan kerajaan.

Kepemimpinan Sekolah Efektif


Ditulis oleh Gunawan Trihantoro
Jumat, 18 Februari 2011 22:55
Kepemimpinan adalah sebuah kombinasi antara strategi dan karakter. Jika Anda
harus bertindak tanpa salah satu dari keduanya, lebih baik bertindak tanpa strategi.
(H Norman Schwarzkopf)
Penelitian tentang efektivitas sekolah merupakan wilayah yang tumbuh dan
berkembang pesat dalam dua dekade terakhir ini, baik di negara-negara maju seperti
Amerika dan Inggris maupun negara-negara berkembang. Beberapa temuan dari
studi ini, misalnya yang ditulis Reynolds et al (1999) dalam Improving Schools:
Performance and Potential yang menyebutkan pentingnya memerhatikan sikap dan
gaya kepemimpinan sekolah yang efektif dan mudah dicontoh oleh para kepala
sekolah di manapun mereka berada.
Beberapa temuan penting lainnya dari studi tentang kepemimpinan sekolah yang
efektif juga digambarkan secara baik dalam studi Teddlie dan Stringfield (1993), yang
melukiskan effective school leader akan membawa keseimbangan dalam proses
operasional sekolah, bagaimana kurikulum dikembangkan, dan melibatkan hampir
seluruh pemangku kepentingan sekolah dalam merancang dan mengambil suatu
keputusan dengan penggunaan hierarki dan birokrasi tidak serta-merta menyulitkan
kepemimpinan sekolah untuk menggunakan struktur formal dan informal dalam
rangka memberikan reaksi terhadap faktor luar sekolah yang selalu berubah.
Pertanyaan fundamental terhadap kondisi persekolahan di Indonesia adalah
bagaimana cara kita memperoleh karakteristik kepemimpinan sekolah yang efektif
dalam
perspektif
sistem
pendidikan
nasional?
Delapan
karakter
Beberapa penelitian penting dalam pengembangan kepemimpinan sekolah
berkualitas menyebutkan setidaknya ada delapan karakter dasar bagaimana effective
school leader dapat tumbuh dan berkembang. Pertama, seorang kepala sekolah
harus menyadari pentingnya menjaga visi dan misi sekolah yang dirumuskan secara
bersama. Dalam banyak kasus, sekolah-sekolah di Indonesia jarang sekali
melakukan praktik perumusan visi-misi sekolah secara bersama. Padahal,
kemampuan kepala sekolah dalam memimpin dan menjaga visi, misi, dan tujuan
sekolah sangat dibutuhkan dalam rangka mengakomodasi kebutuhan internal dan
eksternal sekolah. Sebuah kemampuan manajerial berkesinambungan yang selalu
memerhatikan aspirasi atas-bawah seluruh pemangku kepentingan sekolah (Murphy
and Louis, 1994).
Kedua, kemampuan mengembangkan kemampuan partisipatif guru dan siswa.
Peranan kepala sekolah sebagai seorang manajer sekaligus fasilitator harus
mengemuka pada tahap ini. Indikasi kuat sebuah kepemimpinan sekolah yang efektif
dapat tergambar dari seberapa besar partisipasi guru dalam menyemai proses
pembentukan budaya sekolah yang positif bagi pengembangan bakat dan minat
siswa serta prinsip-prinsip share-leaders dibangun dengan penuh kepercayaan dan
kesadaran (Teddlie and Stringfield, 1993).
Karakter ketiga yang patut dijadikan indikator kepemimpinan sekolah yang efektif
adalah kepedulian kepala sekolah terhadap proses pengajaran. Paradigma tentang
instructional leadership harus terus dikembangkan seiring dengan berkembangnya
metodologi pengajaran yang inovatif dan menyenangkan. Karakter ketiga itu
merupakan sepertiga indikator keberhasilan kepemimpinan sekolah yang efektif
(Levine, 1990). Dalam praktiknya, itu adalah kewajiban dari kepala sekolah untuk

secara rutin berkunjung ke kelas-kelas, memantau sekaligus membimbing para guru


dan siswa untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran. Menjadi partner dalam
sebuah proses pembelajaran kolaborasi adalah bukti lain dari sifat dan karakter
kepala sekolah yang peduli pada proses belajar-mengajar yang terjadi di kelas.
Direct monitoring adalah karakter keempat yang dibutuhkan seorang kepala sekolah.
Kemampuan mengelola sumber informasi pembelajaran melalui personal monitoring
merupakan kelengkapan manajerial sekolah berciri efektif. Bahasa birokrasi negeri ini
menyebutnya dengan inspeksi mendadak (sidak), sebuah kemampuan mendeteksi
persoalan secara natural yang disebut Peter and Waterman (1982) sebagai
management by wandering around. Jika proses itu berlangsung efektif, dapat
dipastikan, sekolah tersebut berpotensi untuk mengembangkan budaya sekolah yang
positif.
Ciri kelima dari sekolah yang efektif adalah adanya kebijakan yang transparan dan
terbuka dalam proses seleksi atau rekrutmen guru dan tenaga administratif sekolah.
Jika proses seleksi memiliki standar baku dan metode yang terukur dan terencana
dengan baik, dapat dipastikan, sekolah tersebut memiliki kesadaran yang sungguhsungguh terhadap pentingnya standardisasi mutu guru dan sumber daya
kependidikan sekolah yang baik. Dalam perspektif administrasi sekolah, prinsipprinsip hands-on staffing juga diperlukan untuk melihat bagaimana tipologi
pemantauan dan supervisi kelas akan dijalankan, dukungan dinas pendidikan
terhadap kemampuan mengajar guru dengan cara memberikan in-service training
program dan sertifikasi serta kemampuan mengelola konflik dan pembagian waktu
belajar secara benar.
Fokus terhadap pentingnya proses dan capaian dalam bidang akademis juga memiliki
korelasi yang signifikan terhadap kepemimpinan sekolah yang efektif. Meskipun ujian
nasional saat ini masih merupakan satu-satunya alat kelulusan siswa, bukan berarti
seluruh orientasi akademis sekolah harus mengarah pada tujuan tersebut. Tugas
seorang pemimpin sekolah adalah bagaimana membangun kesadaran akan
pentingnya budaya akademis sekolah yang sehat, membangun komitmen terhadap
prinsip-prinsip belajar tuntas yang berpusat pada anak didik (mastery of central
learning skills), dan membangun basis pengembangan kurikulum yang pro pada
kemampuan bakat dan minat siswa yang beragam dan pluralis. Orientasi akademis
seperti itulah yang merupakan karakter keenam dari tujuan kepemimpinan sekolah
yang efektif (effective school leader objectives).
Aspek atau karakter ketujuh adalah pentingnya menumbuhkan rasa percaya diri dan
kebanggaan komunitas sekolah terhadap sekolahnya. Harapan yang tinggi (high
expectation) terhadap visi, misi dan tujuan sekolah harus diterakan pada seluruh
benak komunitas sekolah. Dalam praktiknya, proses ini mengharapkan seluruh civitas
academica sekolah terlibat secara langsung dalam perumusan kebijakan sekolah,
mulai dari manajemen kelas hingga membangun hubungan baik dengan seluruh
komunitas sekolah. Sementara itu, dari perspektif kepala sekolah, membangun rasa
percaya diri komunitas sekolah dapat dimulai dengan mengawal integritas ruang
belajar/kelas (guard the integrity of the classroom) agar lebih variatif, inovatif, dan
kaya akan metodologi pengajaran (Teddlie et al, 1989).
Karakter terakhir, kedelapan, adalah sistem pemantauan dan evaluasi yang dipilih
dan akan digunakan sekolah dalam rangka mengukur tingkat kemajuan siswa, guru,
orang tua siswa, dan manajemen sekolah. Pada setiap jenjang, proses pemantauan
dan evaluasi memang bermuara pada hasil kerja siswa (student achievement).
Namun, kepemimpinan sekolah yang efektif juga harus dapat merumuskan sistem
pemantauan dan evaluasi yang dapat mengukur tingkat kemampuan guru, partisipasi

masyarakat, dan manajemen sekolah sekaligus (Murphys: 1990). Isu yang belum
terpecahkan
Dalam konteks sistem pendidikan nasional, rasanya amat sulit mengidentifikasi
kepemimpinan sekolah efektif dengan menggunakan delapan standar karakter di
atas. Contoh sederhananya adalah bagaimana kriteria pengangkatan kepala sekolah
dilakukan oleh pengelola sekolah. Isu adanya suap terhadap pengangkatan kepala
sekolah negeri di setiap provinsi dan kabupaten sangat kuat mengemuka karena
jabatan kepala sekolah tidak lahir dari kebutuhan sekolah dan usul masyarakat yang
diwakili komite sekolah, namun menjadi kebijakan dinas pendidikan kota/kabupaten.
Karena itu sangat sulit rasanya menciptakan gaya kepemimpinan sekolah yang efektif
selama proses rekrutmen tenaga kependidikan masih dilakukan dengan pola tertutup
dan tidak transparan. Belum lagi tingkat kepedulian masyarakat terhadap sekolah
juga sangat rendah, terutama sejak keluarnya Inpres SDN No 10/1973 yang
merupakan titik awal dari keterpurukan sistem pendidikan, terutama sistem
persekolahan di Tanah Air. Pemerintah seolah telah mengambil alih kepemilikan
sekolah yang sebelumnya milik masyarakat menjadi milik pemerintah dan dikelola
sepenuhnya secara birokratis bahkan sentralistis.
Dalam penelitian Grey (1999), ketiadaan transparansi dalam proses rekrutmen
tenaga kependidikan dapat menyebabkan rendahnya mutu lulusan sebuah sekolah.
Karena itu, dalam upaya mempercepat arah desentralisasi dan otonomi bidang
pendidikan, kebijakan tentang pola rekrutmen kepala sekolah harus dipikirkan secara
komprehensif, melibatkan perguruan tinggi, dan badan independen lainnya yang
peduli terhadap kualitas pendidikan nasional. Sebagai bentuk lain dari micro-political
skills, kepemimpinan sekolah yang efektif menyaratkan intervensi politis yang efektif
guna menciptakan sistem pendidikan nasional yang sehat dan bertanggung jawab.

ORGANISASI PEMBELAJARAN
1.1
Apakah Organisasi Pembelajaran?
Ialah pembelajaran yang sistematik dan accelerated yang dicapai olehsesebuah organisasi secara menyeluruh dan bukan secara
individu.Sesebuah organisasi pembelajaran itu hendaklah dapat mengubah(transform) data dan pengalaman kepada pengetahuan
yang bolehdigunakan (accessible) oleh keseluruhan ahli organisasi dan yang relevankepada matlamat organisasi.Secara amnya,
sesebuah organisasi pembelajaran akan mengamalkanprosedur pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning procedures),
dansecara berterusan mengembangkan kapasitinya untuk membentuk masadepan organisasi.1.2
Asas Organisasi Pembelajaran
Asas organisasi pembelajaran adalah berpandukan 5 disiplin pembelajaran(learning disciplines) seperti berikut :
1.2.1 Kepakaran Individu (Personal Mastery)

mengembangkan kapasiti kendiri untuk mencapai objektif yangdihasratkan serta mewujudkan suasana persekitaran
organisasiyang menggalakkan ahli-ahlinya untuk mempertingkatkan dirimereka.1.2.2 Model Mental (Mental Models)

merenung kembali, memperjelas dan menambahbaikkangambaran tentang keadaan sekeliling untuk melihat bagaimanaia
mempengaruhi keputusan dan tindakan kita.1.2.3 Perkongsian Visi (Shared Vision)

memupuk komitmen di kalangan ahli organisasi


organisasi.1.2.4 Pembelajaran Secara Kumpulan (Team Learning)

denganberkongsi

visi

tentang

memupuk kemahiran berfikir secara berkumpulan agar dapatmeningkatkan ketrampilan yang lebih ketara

hala

tuju

Anda mungkin juga menyukai