Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia

( i ) Akidah merupakan asas dalam kehidupan seseorang yang


dilahirkan sebagai orang Islam.Akidah yang sebenar
merupakan akidah yang bergantung kepada al – Quran dan al
– Sunnah .Allah S.W.T telah mengwahyukan kepada Nabi
Muhammad SAW supaya umatNya dapat mempelajari akidah
Islam yang benar dan tidak terpesong dengan ajaran yang
membawa kepada khurafat dan syirik .Zaman terlahirnya
akidah dalam diri umat Islam adalah semasa tiga belas tahun
Nabi Muhammad SAW berada di Mekah .Akibatnya , para
sahabat Rasulullah SAW mempunyai akidah yang mantap dan
keyakinan yang teguh terhadap agama Islam .Seseorang yang
tidak memiliki akidah yang benar kebiasaannya akan
terdedah dengan pelbagai kemungkaran dan
maksiat .Sebagai contohnya, berzina,minum arak,merogol
dan mencuri.Secara tidak langsung , kes jenayah di negara
akan bertambah dan tidak terkawal .Oleh itu , ibu bapa
perlulah mendidik anak – anak mereka supaya mendalami
tentang agama Islam dan mengerti konsep aqidah Islam yang
benar .Terbuktilah bahawa akidah adalah asas dalam
kehidupan yang dilahirkan sebagai Islam.
( ii ) Penerimaan amalan seseorang bergantung kepada
sahnya akidah .Semua amalan soleh yang dilakukan
bergantung kepada aqidahnya sama ada sah atau tidak.Jika
aqidah seseorang sah maka amalannya diterima oleh Allah
SWT begitu juga sebaliknya .Amalan orang munafik , musyrik
dan kafir tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali dengan
taubat nasuha .Hal ini kerana imannya yang terbatal dan
Allah S.W.T tidak menerima amalan daripada orang yang
kafir.Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “dan sesiapa
antara kamu yang murtad daripada agamaNya , lalu ia mati
sedang ia tetap kafir , maka orang – orang sedemikian , rosak
binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat , dan mereka
itulah ahli neraka , kekal mereka didalamnya selama –
lamanya” .Manakala , amalan orang yang fasik bergantung
kepada Allah SWT sama ada diampunkan atau diseksa di
akhirat kelak .Oleh itu , semua pihak perlulah mengambil
berat hal ini terumanya kepada generasi muda yang akan
menjadi pemimpin suatu hari nanti .Terbuktilah bahawa
aqidah merupakan perkara yang penting dalam kehidupan
manusia.
(iii) Seseorang yang memiliki akidah yang kukuh akan
bersedia untuk berkorban demi agama .Sebagai contohnya ,
seseorang akan berani untuk menghadapi peperangan
walaupun mengetahui nyawanya terancam dan bersedia
untuk mati syahid .Hal ini kerana orang yang mati syahid
telah dijamin syurga dan mereka bukanlah di kalangan orang
yang mati sia – sia .Allah SWT berfirman yang bermaksud
“dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang – orang
yang gugur di jalan Allah bahawa mereka itu mati , kerana
sebenarnya mereka hidup tetapi engkau tidak
menyadarinya”.Kisah yang terjadi kepada Bilal bin Rabah .
Beliau diseksa oleh majikannya , Umaiyyah bin Khalaf dan
beliau tetap bersabar .Beliau diseksa adalah kerana beriman
dengan kalimah , lailahaillallah .Oleh itu , kita mestilah
mempunya akidah yang kukuh agar agama Islam terbela dan
tidak dipandang remeh oleh agama lain.
Permasalahan Kajian
( i ) Permasalahan kajian yang pertama adalah
berkembangnya ajaran sesat. Hal ini menyebabkan seseorang
yang tidak mendalami ilmu agama akan terpesong dengan
ajaran tersebut. Sebagai contohnya , di Malaysia suatu ketika
dulu pernah terlahirnya Kerajaan Langit yang diketuai oleh
Ayah Pin dan mempunyai 22000 pengikut. Dia mendakwa
dirinya tuhan segala agama dan boleh menjelma semula
sebagai Jesus , Buddha , Shiva dan Nabi Muhammad
SAW .Terdapat beberapa replika payung kuning , pasu serta
teko gergasi yang terdapat di Terengganu menjadi simbol
Kerajaan Langit tersebut. Pengikut akan melakukan amalan
mereka pada setiap malam Sabtu hingga pagi Ahad yang
dikata sebagai penyembuhan rohani dan penafsiran
mimpi .Kerajaan Langit itu dimusnahkan oleh individu
bertopeng pada 18 Julai 2005 dan diisytiharkan haram pada
Ogos 2005 .Ayah Pin meninggal dunia pada 23 April 2016.
( ii ) Permasalahan kajian yang kedua ialah pengaruh rakan
sebaya .Sedia maklum bahawa remaja kini lebih banyak
meluangkan masa bersama rakan – rakan mereka berbanding
ahli keluarga .Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk
melakukan apa – apa perkara yang dilakukan oleh rakan –
rakan kerana takut dipinggirkan .Remaja perlulah lebih
matang dalam berfikir supaya mereka tidak terjebak dengan
gejala social seperti merokok , berzina , minum arak dan lain
– lain .Kajian telah dibuat oleh Institusi Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada 2006 mengenai
jumlah kekerapan merokok antara umur 15 hingga 25 dan 26
hingga 40 .Kajian didapati bahawa jumlah kekerapan
merokok kurang daripada 10 batang sehari bagi umur 15
hingga 25 tahun yang dikira sebagai remaja ialah 76.9% ,
manakala 10 hingga 20 sehari 12.5% dan lebih 20 batang
sehari pula 10.6% .Terbuktilah rakan sebaya menjadi
mengapa keruhtuhan akhlak berlaku kepada remaja kini .

https://www.republika.co.id/berita/q8gl4y366/orang-yang-
mati-syahid-sesungguhnya-tak-mati-di-sisi-allah
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-
ohsem/inspirasi/2021/05/06/beberapa-ajaran-sesat-
terkenal-di-malaysia-dan-amalan-karutnya/
https://www.slideshare.net/elambrose/tak-nak-merokok-
10426723

Anda mungkin juga menyukai