Anda di halaman 1dari 2

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka menurut Teori
Multiple Intelligences (Gardner, 1993)

JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan dan komunikasi
bukan lisan.

1. KOMUNIKASI LISAN
Komunikasi yang diucapkan oleh penghantar mesej (enkod) dan diterima oleh
penerima mesej (dekod) dan mesej itu difahami. Contohnya ialah dua orang yang
sedang berbual. Medium lain juga selalu digunakan semasa berkomunikasi seperti
penghantaran surat, penggunaan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan
elektronik ( e-mel ), buku dan akhbar.

2. KOMUNIKASI BUKAN LISAN


Ia adalah maklumat yang tidak diucapkan atau bukan bentuk penulisan. Hal ini
termasuklah:

a. Ruang/Wilayah
Jarak individu dengan individu yang lain menggambarkan tahap komunikasi.
Jarak yang dekat bermakna akrab sementara jarak yang jauh menggambarkan
kurang mesra. Cara menggunakan ruang fizikal juga meggambarkan personaliti
individu, contohnya susunan perabot dalam rumah atau pejabat .

b. Bahasa Badan

i. Ekspresi Wajah
Muka anda dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain. Muka
mengambarkan kesedihan, kegembiraan, terkejut, marah dan malu.

ii. Gaya Badan


Ini termasuk cara anda bertingkah laku, contohnya cara anda berjalan,
bergerak dan berlari. Gaya badan dapat menyampaikan maklumat
semasa berkomunikasi. Antara maklumat tersebut termasuklah keyakinan,
kebimbangan, ketakutan, tertarik, status dan keagresifan.

iii. Gerakan Badan


Anda boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan
menggunakan gerakan badan dan lambang. Contohnya melambai-lambai,
mengangguk dan lain-lain.

iv. Penampilan Diri


Pakaian menggambarkan gaya dan perwatakan peribadi seseorang. Gaya
berpakaian memberikan maklumat yang menjadi “tanggapan pertama”
kepada orang lain. Ini akan mempengaruhi proses komunikasi selanjutnya. Cara
anda menyikat rambut termasuk dalam cara penampilan diri. Penampilan diri
dapat melambangkan maklumat tentang tahap ekonomi, tahap pendidikan,
kepercayaan dan kedudukan sosial.

46
AKTIVITI 2D: IDOLA SAYA

TARIKH: ___________________
DOMAIN 4
SEMESTER MATLAMAT YANG JELAS DAN
PENGAJIAN: SKK 2/ SKK (Khas)/ STE 4 i-SMART

OBJEKTIF REFLEKSI
Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar akan
dapat: __________________________________________
__________________________________________
1. Mengenal pasti kehebatan yang __________________________________________
terdapat pada NSPIRASIKU. __________________________________________
2. Menguasai kemahiran bercakap di __________________________________________
hadapan rakan-rakan. __________________________________________
3. Membina keyakinan diri. __________________________________________
__________________________________________
LANGKAH-LANGKAH __________________________________________
__________________________________________
1. Penasihat Akademik meminta pelajar __________________________________________
melihat helaian Aktiviti 2A INSPIRASIKU. __________________________________________
2. Penasihat Akademik meminta beberapa __________________________________________
orang pelajar ke hadapan dan __________________________________________
menceritakan profil dan kehebatan __________________________________________
“Inspirasiku” yang dipilih. __________________________________________
3. Penasihat Akademik meminta pelajar __________________________________________
memberikan maklum balas terhadap __________________________________________
pengucapan yang diberikan oleh rakan __________________________________________
yang ke hadapan. __________________________________________
4. Penasihat Akademik membuat rumusan __________________________________________
terhadap aktiviti yang dijalankan. __________________________________________

PERAKUAN
NILAI-NILAI MURNI
Tandatangan Pelajar:

…………………………...............
Bersemangat waja, tabah ( )
menghadapi
dugaan , sabar
Tandatangan Penasihat Akademik:
menghadapi kejayaan
dan lain-lain yang
boleh diterima. …………………………...............
( )

47

Anda mungkin juga menyukai