Anda di halaman 1dari 18

DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

PERINTANG / RESISTOR

Perintang adalah komponen yang mempunyai rintangan elektrik. Kegunaannya ialah


untuk mengawal atau menghadkan pengaliran arus di dalam litar. Ia terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu:-
1. Perintang tetap / fixed resistor
2. Perintang berubah / variable resistor
3. Perintang boleh laras / adjustable resistor

PERINTANG TETAP

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tetap. Perintang tetap biasanya
mempunyai jalur-jalur warna tertentu untuk menentukan rintangannya. Terdapat pada
perintang jenis Komposisi Karbon. Untuk perintang wayar berlilit /wire wound nilainya
dicetak pada badannya. Perintang kasbon dan saput logam (metal film) , ia digunakan
untuk arus yang rendah. Apabila arus yang tinggi diperlukan, perintang wayar berlilit
digunakan.

Terdapat beberapa jenis perintang tetap:-


a. Perintang Komposisi Karbon ( Carbon Resistor)
b. Perintang Wayar Berlilit ( Wire Wound)
c. Perintang Saput Karbon ( Carbon-Film Resistor)
d. Perintang Saput Logam ( Metal Film Resistor)
e. Perintang Saput Simen (Ceerment Film Resistor)

a. Perintang Komposisi Karbon

Perintang Komposisi Karbon dibuat daripada campuran serbuk karbon dan


bahan penebat. Percampuran serbuk ini dimasukkan dan dibalut didalam bekas
plastik. Kedua hujung plastik ditutup dengan bahan logam. Tutup bahan logam
ini pula disambung dengan dawai tembaga, tugas dawai tembaga ini ialah
sebagai penyambung komponen dengan komponen lain. Nilai rintangan didalam
perintang ini bergantung kepada npercampuran diantar kedua serbuk teersebut.
Nilai rintangan biasanya diantara 1 - 20 M. Perintang ini mempunyai
kestabilan yang beermutu rendah dan rintangannya beerubah-ubah mengikut
suhu dan beban kuasa yang lesap adalah kecil.

b. Perintang Wayar Berlilit

Bahan pengalir yang mempunyai rintangan yang dinamakan Manganin. Dawai


Manganin ini dibelit pada penebat seperti Porcelin dan Simen. Lilitan dawai ini
disapu atau dilapik dengan bahan penebat seperti plastik atau seramik. Kedua-
dua hujung logam ini dilekat dengan tutup logam dan dilekatkan pada satu dawai
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

yang dipanggil punca /terminal. Punca ini digunakan sebagai penyambung


komponen dengan komponen yang lain. Nilai rintangannya berubah mengikut
berapa banyka lilitan dawai Manganin di dalam perintang tersebut. Olehkerana
Manganin memberi rintangan yang paling sedikit kepada pengaliran arus
elektrik, maka nilai rintangan untuk perintang ini kurang dari 1. Pekali bagi suhu
rintangan ini adalah rendah, menjadikan rintangannya sentiasa malar dengan
perubahan suhu. Oleh itu perintang wayar berlilit mempunyai cirri-ciri kestabilan
yang paling baik.

c. Perintang Saput karbon

Perintang Saput Karbon dibuat daripada karbon keras yang dimasukkan dalam satu
rod seramik. Rintangan yang diperlukan diperolehi melalui pemotongan jejak-jejak
lingkaran melalui saput tersebut. Kestabilan perintang ini lebih baik dari jenis komposisi
karbon

d. Perintang Saput Logam

Perintang Saput Logam ini adalah gabungan cirri-ciri stabil jenis wayar berlilit dengan
jenis saput karbon yang diubahsuai dan dipermudahkan. Satu saput nipis sebatian
platinum emas disalutkan keatas tiub kaca atau plit. Nilai rintangannya dilaras dengan
mengukir jejak-jejak lingkaran melalui saput teersebut.

e. Perintang Saput Simen


Mempunyai lapisan karbon diatas substrate ceramic. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan nilai rintangan yang lebih tepat dan kestabilan yang tinggi.

Kadar Kuasa / Power Rating


Selain dari nilai rintangan dan tolerance pada perintang, power rating adalah satu perkara
yang penting. Power rating dipilih dengan teliti kerana perintang yang mempunyai kuasa
rendah mungkin terbakar dan menyebabkan litar rosak. Ini disebabkan arus yang tinggi
melaluinya. Sais dan berat perintang adalah perkara yang menentukan power rating. Bila
power rating kecil, sais perintang juga kecil.

Kuasa lesapan /dissipated dalam perintang


Kuasa ini hilang sebagai haba dalam perintang. Power dilesapkan oleh perintang
bersamaan dengan keluaran arus yang menerusi perintang darab dengan susutan voltan
melintangi perintang. Perhubungan ini diringkaskan sebagai:-
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

P = EI di mana,
P = lesapan kuasa oleh perintang dalam watt
E = susutan voltan melintangi perintang dalam voltan
I = arus melalui perintang dalam ampere

Gambarajah dibawah ini adalah sistem kod warna bagi perintang dan simbol yang
digunakan

1. fixed resistor

4th tolerance

3rd number of multipier


2. Variable
2nd digit
resistor
1 st digit

3. preset resistor

KOD WARNA DAN KADARAN KUASA PERINTANG


4. resistor variable
in steps.
Kod warna dan kadaran kuasa adalah dua lagi perkara penting yang harus diketahui
mengenai perintang.

5. Potentiometer
1. Kadar Kuasa
used as a
variable voltage
Setiap perintang mempunyai kadar kuasanya sendiri. Kadar kuasanyadivider
ditentukan oleh saiz perintang.

Kadar kuasa sesuatu perintang boleh dipengaruhi oleh saiz perintang.

Kesan yang terjadi jika saiz perintang ditambah:


i. kadaran kuasanya semakin tinggi.
ii. kebolehan haba panas melaluinya tanpa terbakar semakin tinggi
iii. kadar arus yang melaluinya juga bertambah
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Unit piawai yang digunakan ialah Watt (W). Semakin tinggi watt ketahannya
semakin bertambah.

Contoh-contoh saiz kuasa perintang: ¼ watt , ½ watt , 1 watt

2. Kod Warna
Nilai perintang tetap boleh ditentukan melalui kod warna.
Nilai rintangan dapat ditentukan dengan mentafsirkan warna jalur yang tercetak pada
badannya.

Formula yang digunakan :


Nilai Rintangan, R = A B x C ± D

Jalur A (Digit Pertama)

Jalur B (Digit Kedua)

Jalur C (Nilai Pendarab)


Jadual 2.2: Kod Warna, Nilai dan Toleran Had Terima Bagi Jalur Perintang
Jalur D (Had terima)

KOD WARNA JALUR A JALUR B JALUR C JALUR D


NILAI NILAI PENDARABAN TOLERAN HAD
TERIMA
HITAM 0 0 10º = 1
COKLAT 1 1 10¹ = 10 ± 1%
MERAH 2 2 10² = 100 ± 2%
OREN/JINGGA 3 3 10³ = 1000 ± 3%
KUNING 4 4 104 = 10000 ± 4%
HIJAU 5 5 105 = 100000
BIRU 6 6 10 6= 1000000
UNGU 7 7 10 7= 10000000
KELABU 8 8 10 8= 100000000
PUTIH 9 9 109= 1000000000
EMAS - - 10 -1 = 0.1 ± 5%
PERAK - - 10 -2 = 0.01 ± 10%
WARNA BADAN - ± 20%
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Contoh 2.4:

Dapatkan nilai perintang di bawah beserta dengan had terimanya.

Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4


Kuning Biru Merah Perak
Penyelesaian 2.4:

Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4


(nilai) (nilai) (pendarab) (had terima) 46
X Kuning Biru Merah Perak 100
= 4 6 100 10% 4600
Ω
4600 ± 10%
4600 X 10 =460
100
(4600 - 460) Ω = 4140 Ω
(4600 + 460) Ω = 5060 Ω

Nilai perintang 4600Ω dengan had terima antara 4140 Ω hingga 5060 Ω

HUKUM OHM

Satu ohm ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu ampiar arus (1
A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan merentanginya.
Hubungan ini dirumuskan oleh seorang ahli sains bernama George Simon Ohm
dan dinamakan Hukum Ohm.
Hukum Ohm menyatakan bahawa pengaliran arus di dalam sesuatu litar elektrik
adalah berkadar terus dengan voltan tetapi berkadar songsang dengan
rintangan.
Arus berkadar terus dengan voltan IV

Arus berkadar songsang dengan rintangan I  1/R

Rintangan tetap, Arus meningkat jika voltan meningkat

Arus menurun jika voltan menurun

Voltan tetap, Arus meningkat jika rintangan menurun

Arus menurun jika rintangan meningkat


DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Hukum Ohm Secara matematiknya, Hukum Ohm dapat ditulis


seperti berikut:
V = IR

V = IR

I=V

R
I R

R=V
Jadual 1.1: Unit dan Simbol Kuantiti Elektrik
I
Kuantiti Elektrik Unit Simbol
Arus Ampiar A
Voltan Volt V

Rintangan Ohm 

Contoh 1-1:

Kirakan voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus sebanyak 8 A melalui


rintangan 4 Ω.

Penyelesaian 1-1:

V = IR
= 8X4
= 32 V

Contoh 1-2:

Kirakan rintangan yang diperlukan untuk mengalirkan arus 20mA dari bekalan voltan
100V.

Penyelesaian 1-2:

R = V/I
= 100/(20 x 10-3)
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

= 5000 ohm
= 5 kΩ

Contoh 1-3:

Kirakan arus yang mengalir sekiranya diberi rintangan adalah 4 Ω dan voltan bateri
adalah 12 V.

Penyelesaian 1-3:

I = V/R
= 12/4
= 3A

1.3 KUASA DAN TENAGA ELEKTRIK.

1.3.1 KUASA ELEKTRIK


Kuasa elektrik ditakrifkan sebagai kadar tenaga yang ditukarkan atau
digunakan di dalam litar elektrik.

Unit untuk kuasa elektrik adalah Watt (W) dan ia diukur menggunakan
jangkawatt atau wattmeter.

Apabila 1 ampiar wujud di dalam sesuatu litar disebabkan oleh punca voltan
sebanyak 1 volt, maka kuasa sebanyak 1 watt telah digunakan dalam litar
tersebut.

Di dalam litar, kuasa elektrik dapat diperolehi daripada rumus berikut:

P = IV @ P = V2 @ P = I2 R
R

Di mana unit yang digunakan ialah seperti Jadual 1.2 :

Jadual 1.2: Unit Kuasa, Arus, Voltan dan Rintangan

Kuasa, P = Watt Arus, I = Ampiar


Voltan, V = Volt Rintangan, R = Ohm

Contoh 1-4:
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Sebuah pembakar roti menggunakan bekalan 100 V dan mengalirkan arus sebanyak 10A.
Kuasa elektrik yang digunakan adalah ________________ W.

Penyelesaian 1-4: Cari kuasa


yuang saya
P = IV gunakan…
= (10A) X (100V)
= 1000 W
Contoh 1-5:

Sebuah penyedut hampagas dengan kuasa 50 W mengalirkan arus 5 A. Bekalan voltan


yang diperlukan oleh radio ini adalah _______________ V.

Penyelesaian 1-5 :

V=P
I
= 50W
5A
= 10V

1.3.2 TENAGA ELEKTRIK


Tenaga elektrik pula ditakrifkan sebagai kuasa elektrik yang digunakan untuk
tempoh tertentu.

Tenaga elektrik = Kuasa x Masa


T= P x t

Tenaga elektrik diukur dalam Wattjam (Wj) atau kiloWattjam (kWj)


menggunakan jangkakilowattjam atau kilowatthourmeter.

Apabila satu watt digunakan untuk sejam, jumlah tenaga yang digunakan
ialah satu wattjam (1 Wj).

Peringatan!

Dalam mengira tenaga


elektrik,

Kos penggunaan tenaga elektrik


masa adalah dapatunit
dalam diukur
jam.dengan mudah menggunakan
rumus berikut:

Kos = (Kuasa X Tempoh Penggunaan x Kadar)

Di mana : Kuasa dalam watt


Tempoh penggunaan dalam jam
Kadar bayaran adalah untuk 1 kWj

Contoh 1-6 :
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Jumlah tenaga yang digunakan oleh sebuah periuk elektrik 3000 W selama 10 jam adalah
________________ Wj atau ________________ kWj.

Penyelesaian 1-6 :
Tenaga elektrik = Kuasa x Masa
T = P x t
T = 3000W x 10j
= 30 000 Wj atau 30 kWj
LITAR SESIRI DAN SELARI

Litar perintang sesiri ialah litar yang menyambungkan perintang secara


berderetan.
Nilai arus adalah sama pada semua perintang dan voltan berbeza bergantung
pada nilai perintang.

Litar perintang selari pula adalah litar yang menyambungkan beberapa


perintang merentasi satu punca voltan.
Nilai arus adalah berbeza di dalam litar bergantung pada nilai perintang
manakala voltan adalah sama.

2.5.1 Rintangan Jumlah, Pengaliran Arus dan Pembahagian Voltan Dalam


Litar Siri

R1

Voltan R2

Rajah 1.12: Litar Sesiri

Jadual 1.3: Rintangan, Arus dan Voltan Dalam Litar Siri

Litar Siri
Rj = R1 + R2 + .......
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Ij = I1 = I2 = .......

Vj = V1 + V2 + .......
Di mana
V1 = Ij R1
V2 = Ij R2
V3 = Ij R3

Contoh 1.7:
Kirakan nilai Rj bagi litar di bawah.

10 Ω 5Ω 2Ω

Penyelesaian 1.7:

Rj = R1 + R2 + R3
= 10 Ω + 5 Ω + 2 Ω
= 17 Ω
Contoh 1.8:
Kirakan
i. arus yang mengalir dalam litar di bawah.
ii. voltan yang wujud pada perintang R1, R2 dan R3.

R1 = 5Ω

60 V R2 = 10Ω
Penyelesaian 1.8:
-
i. Rj = R1 + R2 + R3
= 5 Ω + 10 Ω + 15 Ω
= 30 Ω
R3 = 15Ω
I = V/R
= 60/30
= 2A

ii. V1 = Ij R1
= 2x5
= 10 V

V2 = Ij R2
= 2 x 10
= 20 V

V3 = Ij R3
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

= 2 x 15
= 30 V
1.4.2 Rintangan Jumlah, Susutan Voltan dan Pembahagian Arus Dalam Litar
Selari

Voltan R1 R2

Rajah 1.13: Litar Selari

Jadual 1.4: Rintangan, Voltan dan Arus Dalam Litar Selari

Litar Selari
Rj = 1
__________________
1/R1 + 1/R2 + .......

Vj = V1 = V2 = .......

Ij = I1 + I2 + .......
Di mana
I1 = Vj
R1
I2= Vj
R2
I3= Vj
R3

Contoh 1.9:
Kirakan nilai Rj bagi litar di bawah.
10 Ω
Penyelesaian 1.9:
Rj = 1
________________
1/R1 + 1/R2

= 1 5Ω
__________________
1/10 + 1/5

= 1
__________________
0.1 + 0.2
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

= 1
__________________
0.3

= 3.33 Ω

Contoh 1.10:

Sekiranya arus yang mengalir dalam litar di bawah adalah 15A, berapakah nilai
voltan bekalannya?

R1 = 5Ω R3 = 15Ω

?
-
R2 = 10Ω

Penyelesaian 1.10:

Langkah pertama: cari nilai Rj

Rj = 1
________________
1/R1 + 1/R2 + 1/R3

= 1
__________________
1/5 + 1/10 + 1/15

= 1
__________________
0.2 + 0.1 + 0.07

= 1
__________________
0.37

= 2.702 Ω

Langkah kedua: cari nilai V


V = IRj
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

= (15) x (2.702)

= 40.53 V

3. Berapakah arus bagi perintang R1 dan R2 dalam litar di bawah?

R1 = 5Ω
100V
R2 = 20Ω
-

Langkah pertama: cari nilai I1 dan I2

I1 = Vj
R1

= 100
5

= 20 A

I2 = Vj
R2

= 100v
20Ω

= 5A
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

HUKUM KIRCHOFF

Kirchoff boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

i. Hukum Kirchoff Arus


ii. Hukum Kirchoff Voltan

Hukum Kirchoff Arus

Hukum Kirchoff Arus ditakrifkan sebagai jumlah algebra arus


yang memasuki sebarang titik persimpangan atau node di dalam
litar elektrik adalah bersamaan dengan jumlah algebra arus yang
keluar dari titik persimpangan tersebut .

 Arus masuk =  Arus Keluar

I5 I1+I2 = I3+I4+I5
I4

I3
i.e. I 1 + I 2 + (- I 3 ) + (- I 4 ) + (-I 5 )
I1
I2
= 0

Rajah 3.11: Hukum Kirchoff Arus  = 0


DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Hukum Kirchoff Voltan

Hukum Kirchoff Voltan ditakrifkan sebagai dalam sebarang litar


elektrik yang lengkap jumlah algebra bagi d.g.e mestilah
bersamaan dengan jumlah algebra kejatuhan ( susut ) voltan
pada perintang dalam litar ( gelung ) tersebut .

R1
I
E = I R1 + I R2

E R2 E = I ( R 1 + R2 )

E + (- I R1 ) + (- I R2) = 0

Rajah 3.12: Hukum Kirchoff Voltan

Anda telah mempelajari takrifan Hukum Kirchoff Arus dan Voltan . Anda juga telah
mempelajari Hukum Kirchoff dengan menggunakan gambarajah . Sekarang anda
dikehendaki untuk mencuba menyelesaikan litar-litar linear berdasarkan gambarajah
yang diberi di bawah .

Contoh 2
Cari nilai arus pada I 1, I 2 dan I 3

R1 I1 I2 R2

I3

E = 12 Gelung 1 R3 Gelung 2 R4
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Di beri
R1 = 5  R3 = 3 
Penyelesaian R2 = 2  R4 = 4 

Dengan menggunakan Hukum Kirchoff Arus

I1 = I2 + I3

Dengan Menggunakan Hukum Kirchoff Voltan

Gelung 1 : E = R1I1 + R3I3

E = R1I1 + R3(I1-I2)

12 V = 5I1 + 3 (I1-I2)

12 V = 5I1 + 3I1 -3I2


1
12 V = 8I1 - 3I2

Gelung 2 : E = R 2 I 2 + R 4 I 2 + R 3 (-I 3 )

E = R2I2 + R4I2 -R3(I3 )

E = R2I2 + R4I2 -R3 (I1-I2)

0V = 2I2 + 4I2 - 3I1 +3I2


2
0V = -3 I 1 + 9 I 2

Persamaan 1  3 ; 36 V = 24 I 1 - 9I2
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

Persamaan 1 ditolak dengan persamaan 2

36 V = 21 I1

12
I1 =
21

I1 = 1.714 Amp

Masukkan I1 = 1.091 Amp dalam persamaan 1

12 V = 8 I1 - 3 I2

12 V = 8 ( 1.714 ) - 3 I2

3 I2 = 13.712 - 12

1.712
I2 =
3

I2 = 0.571 Amp

Dari Hukum Kirchoff Arus I1 = I2 + I3

I3 = I1 - I2
DEA 2342 / K 01 / NK 01 - 06

I 3 = 1. 714 + 0.571

I 3 = 1.143 Amp

Anda mungkin juga menyukai