Anda di halaman 1dari 72

UNIT 1: LAW

GCLE 2042
(Law, Ethics & Professional in Helathcare)

Unit 1.1: Introduction To Law & Medicine

SERI MUNIRAH BTE SALEH


Program Sains Perubatan Asas
ILKKM Johor Bahru
serimunirah@ilkkm.edu.my
HASIL PEMBELAJARAN

01 Senaraikan konsep asas undang-undang & perubatan.

Jelaskan perbezaan antara undang-undang sivil &


02
undang-undang jenayah.

Senaraikan undang-undang berkaitan dengan


03
penjagaan kesihatan di Malaysia.
01
KONSEP ASAS
UNDANG-UNDANG & PERUBATAN
KONSEP ASAS UNDANG-
UNDANG & PERUBATAN
• Definisi undang-undang
• Medicine Susceptibility
• Badan pengawal dalam KKM
PENGENALAN
Konsep asas undang-undang.
Undang-undang diwujudkan untuk faedah
masyarakat. Dengan perkataan lain, dengan adanya
undang-undang, dapat menjamin KETERTIBAN
masyarakat → masyarakat berdisiplin,
komuniti/masyarakat dapat hidup dengan lebih
bahagia.

Tujuan utama undang-undang bukan untuk menghukum, tetapi untuk


menjamin kehidupan sejahtera.
…./PENGENALAN
PRINSIP UNDANG-UNDANG:
● Undang-undang yang menguatkuasakan tanggungjawab ialah
TORT.
● TORT secara ringkasnya memperihalkan tugas menjaga
(‘DUTY OF CARE’) oleh seseorang terhadap seseorang yang
lain.
● TORT - (Undang) salah laku (yang tidak melibatkan
pelanggaran kontrak) yang boleh dikenakan tindakan sivil,
seperti ganti rugi.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
…./PENGENALAN

Sekiranya berlaku kegagalan/kecuaian dalam menjalankan kewajipan


tugas menjaga (DUTY of CARE), sehingga mengakibatkan
KERUGIAN/KECEDERAAN (LOSS/INJURY) kepada orang tersebut,
maka orang yang mempunyai kewajipan tugas menjaga (pengamal
perubatan) perlu membayar gantirugi kepada orang yang mendapat
kerugian tersebut (pesakit) .
DEFINISI UNDANG-UNDANG

Satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku manusia,

tujuannya adalah untuk keadilan & mestilah bersesuaian


diterima pakai & dipersetujui secara umum oleh
masyarakat.
…./DEFINISI UNDANG-UNDANG

Semua peraturan dimana Semua peraturan yang berkaitan


dengan tingkahlaku, prosedur yang
masyarakat diperintah, dikawal oleh dibentuk oleh autoriti, adat atau
undang-undang yang dibentuk oleh melalui perjanjian → diguna untuk
mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti
manusia dan digunakan untuk yang dikuatkuasa oleh autoriti politik
mengawal masyarakat. atau sistem guaman

(Kozier, B.et al. 2004) (Webster Dictionary, edisi 2016)


Fungsi Undang-undang dalam Penjagaan
Kesihatan & Perubatan
1. Menjadi rangka untuk menentukan jenis tindakan yang
legal semasa penjagaan pesakit.
2. Membezakan tanggungjawab antara profesional kesihatan.
3. Membantu dalam pmenentukan had-had amalan
perubatan.
4. Membantu dalam mengekalkan standard amalan
perubatan dengan meletakkan setiap perawat
bertanggungjawab di bawah undang-undang.
ISU-ISU DALAM SISTEM PERUBATAN MALAYSIA

Urusan berkaitan dengan nyawa & kesihatan

Kekangan dalam sistem


- Masalah kakitangan/anggota
- Burn out/keletihan
- Komunikasi dan kelangsungan perawatan

Ekspektasi masyarakat
1. Urusan berkaitan dengan nyawa & kesihatan

PENYELESAIAN
● Perkhidmatan perubatan merupakan
salah satu perkhidmatan yang • Pegawai/anggota kesihatan yang
mempunyai risiko tinggi kerana mencukupi, berkompetensi & mahir
perkhidmatan yang diberikan (pakar) menyampaikan perkhidmatan
melibatkan nyawa serta kesihatan
yang diperlukan.
pesakit.
● Perlu disampaikan dengan teliti dan • Perkara ini dapat dipenuhi dengan
cermat untuk mengelak kesilapan meningkatkan peluang untuk anggota
yang tidak diingini berlaku. kesihatan mengikuti latihan
kepakaran/peluang meningkatkan
kepakaran.
2. Kekangan dalam Sistem

i. Masalah kakitangan/anggota

PENYELESAIAN
Ketidakseimbangan sumber
Oleh yang demikian, Pelan Induk
manusia dalam perkhidmatan Sumber Manusia untuk
kesihatan di fasiliti swasta & awam, Kesihatan (SMuK) 2016-2030
antara negeri dan wilayah/daerah telah dirangka untuk membantu
→ menyampaikan perkhidmatan menyediakan perancangan
kepada masyarakat.
jangka panjang sumber manusia
kesihatan di Malaysia.
2. Kekangan dalam Sistem

ii. Burn out/keletihan

= keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal disebabkan tekanan


berlebihan yang berpanjangan.

● Burnout selalu dikaitkan dengan isu kekurangan staf.


● Kadar turnover staff (pertukaran staf kerana berhenti kerja) meningkat
→ workload (beban kerja) bertambah.
● kesan negatif burnout, petugas kesihatan tidak dapat memberi
perkhidmatan yang efisien terhadap penjagaan, perawatan &
keselamatan pesakit.
2. Kekangan dalam Sistem

…./ii. Burn out/keletihan

PENYELESAIAN
● Program pengurusan stress di tempat kerja dalam
kalangan anggota di KKM.
● Strategi pemberian ganjaran dan pengiktirafan untuk
meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan
pekerja kesihatan.
2. Kekangan dalam Sistem

iii. Komunikasi dan Kelangsungan Perawatan

● Kesinambungan perawatan Mempunyai komunikasi yang


memerlukan komunikasi penuh antara baik dengan pesakit/
perawat dan pesakit tentang keadaan pelanggan membantu mereka
& keperluan pesakit. berasa lebih:
● Selesa
● Pengetahuan mengenai komunikasi
perawatan pesakit dapat membantu ● Terkawal
perawat merancang strategi untuk
● Dihargai
mencapai matlamat asas
kesinambungan perawatan.
3 Kepentingan komunikasi berkesan dalam perawatan kesihatan
1. Komunikasi yang baik membantu pesakit
berasa SELESA

Kebiasaannya pesakit akan merasa


risau/cemas tentang kesihatan dan status
kesihatan yang dialami mereka →
komunikasi yang baik daripada perawat
dapat membantu mengurangkan
kebimbangan pesakit & membina
keyakinan mereka terhadap perawatan &
penyembuhan/pos rawatan mereka.
3 Kepentingan komunikasi berkesan dalam perawatan kesihatan
2. Komunikasi yang baik membantu pesakit berasa TERKAWAL

○ Kemasukan ke wad akan menyebabkan perubahan dalam aktiviti


seharian pesakit. Contohnya, rutin harian yang biasa dilakukan di
rumah akan berubah, keputusan akan ditentukan oleh orang lain,
pengurusan diri dibantu → tidak berdaya & hilang keyakinan diri →
menjejaskan proses penyembuhan.

○ Melalui komunikasi yang baik (motivasi, semangat untuk sembuh)


dapat membantu pesakit sedar bahawa mereka masih
bertanggungjawab terhadap kehidupan dan kesihatan diri sendiri.
3 Kepentingan komunikasi berkesan dalam perawatan kesihatan
3. Komunikasi yang baik membantu pesakit berasa DIHARGAI
○ Anggota kesihatan yang menunjukkan sentiasa bersedia untuk
meluangkan masa membantu seseorang, mendengar, mengenali
dan memahami perasaan dan tingkahlaku mereka → sifat
keprihatinan ini menunjukkan bahawa seseorang itu benar-benar
dihargai dan disayangi.
○ Apabila kita menunjukkan bahawa kita bersedia untuk
mengenepikan semua perkara lain bagi meluangkan masa
dengan seseorang, mendengarkan mereka, mengenali mereka &
memahami bagaimana perasaan mereka, kita menunjukkan
bahawa kita benar-benar menghargai orang itu .
3. Ekspektasi Masyarakat terhadap Perkhidmatan
Kesihatan
PENYELESAIAN
● Peningkatan taraf
• Memupuk budaya kerja berprestasi
pengetahuan rakyat, tinggi melalui penerapan nilai-nilai
keperluan & kehendak murni (sikap, tanggungjawab &
terhadap perkhidmatan profesionalisme) dalam kalangan
anggota KKM → bagi memberikan
kesihatan turut meningkat. perkhidmatan kesihatan yang terbaik &
berkualiti kepada masyarakat.
● Peningkatan permintaan dan
harapan terhadap sistem • Ini bertujuan mengelakkan pegawai
daripada bersikap tidak selari dengan
penyampaian kesihatan yang tatakelakuan sebagai penjawat awam.
berkualiti.
4. Badan Pengawal (Regulatory Body) di KKM

Badan-badan pengawal ini dikawal oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM) & beroperasi di bawah Codes of
Professional Conduct (CPC) seperti yang ditetapkan dalam
Akta Perubatan 1971 & keperluan akta & perlesenan yang
berkaitan.
Institusi Pengawalseliaan Sistem Penjagaan
Kesihatan Malaysia

Pada masa ini kerangka peraturan untuk profesional


perubatan Malaysia disediakan oleh tiga badan utama iaitu
1. Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
2. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Semua badan pengawalselia ini mempunyai jawatankuasa
tatatertib sendiri.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMC)

● Fungsi: mendaftarkan pengamal perubatan yang ingin berlatih di negara


ini & memastikan bahawa amalan perubatan dalam standard yang
munasabah & boleh diterima (MMC 1994).
● Dalam menjalankan kuasanya untuk melindungi orang awam daripada
penyelewengan (malpractice) & kelalaian (negligence), & dalam
mendisiplinkan mereka yang gagal memenuhi jangkaan, MMC
menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Awal (PIC) untuk membuat
siasatan awal mengenai aduan atau maklumat yang menyentuh mengenai
masalah tatatertib (Peraturan Perubatan 1974).
Majlis Perubatan Malaysia (MMA)

• MMA adalah badan perwakilan profesion perubatan & mempunyai


Jawatankuasa Etika yang ditubuhkan.
• Salah satu fungsi Jawatankuasa Etika MMA adalah untuk mempertimbangkan
aduan oleh ahli atau orang ramai.

• Perlembagaan MMA memberi kuasa untuk memberhentikan anggotanya


mengikut prosedur ditetapkan oleh Kod Etika & Peraturan Jawatankuasa Etika
(MMA 1997).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

• Doktor di sektor awam dikawal di bawah 3 tahap struktur peraturan: peringkat


negeri, kementerian (KKM) & Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
• Mereka juga tertakluk pada peraturan oleh MMC & MMA (jika mereka anggota
MMA).
• KKM menubuhkan Lembaga Jawatankuasa Siasatan untuk melihat hal
berkaitan etika & tatatertib perawat di perkhidmatan awam.
• Lembaga Siasatan biasanya dijalankan di peringkat negeri.
• KKM tidak berperanan dalam mengatur profesional perubatan di sektor swasta.
Institusi Pengawalseliaan Sistem Penjagaan
Kesihatan Malaysia

Selain daripada 3 badan ini, terdapat banyak entiti yang terlibat dalam
peraturan sektor kesihatan.
1. Terdapat Core Regulatory Bodies yang diiktiraf dalam undang-undang. Ini
adalah badan yang diberi kuasa oleh negara yang diberikan oleh Parlimen.
2. Wakil profesional yang dikawal selia sendiri badan yang bergabung
melindungi kepentingan diri dengan sokongan yang lebih luas.
3. Pelbagai wakil lain & badan pemegang kepentingan.
02
PERBEZAAN
UNDANG-UNDANG SIVIL &
UNDANG-UNDANG JENAYAH
PERBEZAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH UNDANG-UNDANG SIVIL
Tahap Kesalahan serius (bukan saja
keseriusan menjejaskan hak perseorangan tapi Kesalahan kurang serius
jenayah ancaman kepada masyarakat).
Dimulakan terhadap seseorang yang
dituduh melakukan kesalahan jenayah
Dimulakan apabila ‘HAK
(perbuatan/kegagalan melakukan
Bila dimulakan? PERSENDIRIAN’ (PRIVATE RIGHT)
perbuatan yang diperuntukkan oleh
seseorang dilanggar.
statut (akta, enakmen, dll) sebagai satu
kesalahan awam (public offence)).
Untuk menguatkuasa, menebus
gantirugi, melindungi atau
mendapatkan kembali hak
Tujuan Untuk menjatuhkan hukuman jika seseorang.
pendakwaan didapati bersalah. Remedi/relief - permohonan
mendapatkan gantirugi (wang),
perintah injunksi, dekri, pelaksanaan
spesifik, pengisytiharaan).
Penyelesaian di
Tidak digalakkan Digalakkan.
luar mahkamah
PERBEZAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH UNDANG-UNDANG SIVIL
Pihak yang Plaintif (penuntut) lawan defendan
Pendakwaraya lawan tertuduh.
dipanggil (kena tuntut).
Kedudukan
tertuduh di
Di dalam kandang. Di luar kandang.
dalam
mahkamah
Melibatkan kepentingan & Membabitkan kepentingan
Jenis kesalahan
keselamatan awam. individu.
Denda, penjara, sebatan atau mati & Perintah sekiranya berbentuk
Hukuman yang
sekiranya denda dikenakan, hukuman gantirugi atau pampasan akan
boleh
dibayar kepada pihak mahkamah/ dibayar kepada pihak plaintif
dikenakan
kerajaan. (penuntut) sekiranya menang.
Tertuduh perlu membayar wang Tidak ada wang jaminan yang perlu
Wang jaminan jaminan setelah dituduh di dibayar oleh pihak-pihak di
mahkamah. mahkamah.
PERBEZAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH UNDANG-UNDANG SIVIL
Tiada kos perbicaraan yang perlu
Plaintif atau defendan perlu
Kos dibayar kepada pihak yang kalah
membayar kos perbicaraan
perbicaraan sama ada pendakwaraya mahupun
sekiranya mana-mana pihak kalah.
tertuduh.
Terdapat Akta Had & Masa yang
Tiada had masa terpakai kepada
terpakai bergantung dengan fakta
pendakwaan jenayah (tertuduh boleh
Had masa kes. Plaintif mungkin tidak boleh
dituduh di mahkamah pada bila-bila
pendakwaan meneruskan kes di mahkamah
masa walaupun dalam jangkamasa
sekiranya melebihi had waktu yang
yang lama).
dibenarkan.
Pendakwaan akan terhenti sekiranya Saman akan terhenti sekiranya
Penghentian
dipersetujui oleh pihak plaintif bersetuju untuk tidak
pendakwaan
pendakwaraya. meneruskan kes di mahkamah.
03
UNDANG-UNDANG
BERKAITAN PENJAGAAN KESIHATAN
UNDANG-UNDANG BERKAITAN
PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA.
Merangkumi:
1. Keadaan rawatan perubatan yang memberi
implikasi terhadap undang-undang.
2. Undang-undang yang memberi implikasi terhadap
rawatan perubatan.
RAWATAN PERUBATAN YANG MEMBERI IMPLIKASI TERHADAP
UNDANG-UNDANG

Menentukan kelahiran/kematian

Kewarasan

Perubatan Forensik

Pendermaan/Pemeliharaan/Transplan Organ

Persetujuan/Kerahsiaan
MENENTUKAN
KELAHIRAN/KEMATIAN

Akta Pendaftaran
Kelahiran &
Kematian 1957
(Akta 299)
KEWARASAN

○ Akta Kesihatan
Mental 2001.

○ Psychiatric & Mental


Health Services
Operational Policy.
PERUBATAN FORENSIK

○ Garis panduan post mortem mayat orang islam.

○ Surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan

Garis Panduan pendermaan mata, pengambilan/


pengangkutan/ penyimpanan dan pemindahan kornea
PENDERMAAN/PEMELIHARAAN/TRANSPLAN ORGAN

○ Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130)

○ National organ, tissue, cell transplantation policy

○ Unrelated Living Organ Donation: Policy & Procedures

○ Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan – Perkhidmatan


Perolehan Organ dan Tisu Kadaverik, KKM
PERSETUJUAN/KERAHSIAAN

Garis panduan Malaysian


Medical Council (MMC) =
Persetujuan 2013,
Kerahsiaan 2011
UNDANG-UNDANG YANG MEMBERI IMPLIKASI TERHADAP
RAWATAN PERUBATAN
Akta Jualan Dadah 1952 (Revised – 1989)
Akta Kesihatan Mental 2001
Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006

Akta Makmal Patologi 2007

Akta Perubatan Tradisional & Komplimentari 2016.

Garis Panduan Malaysian Medical Council (MMC) = Persetujuan


2013, Kerahsiaan 2011.
Akta Tisu Manusia 1974
Akta Perlindungan Data Peribadi 2012
1. AKTA JUALAN DADAH 1952 (Revised: 1989)

○ Akta yang berkaitan dengan penjualan dadah/ubatan.

○ Penjualan produk kosmetik & ubatan tidak bernotifikasi & tidak


berdaftar dengan KKM & melakukan kesalahan di bawah
Peraturan 7(1) A Peraturan 18(a) Peraturan Kawalan Dadah &
Kosmetik 1984 & boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta
Jualan Dadah 1952.
○ Bagi kesalahan tersebut, seseorang boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun.
2. AKTA KESIHATAN MENTAL 2001
○ Akta ini menyatakan bahawa seseorang pesakit boleh dimasukkan ke
dalam hospital psikiatri atas perintah pegawai perubatan atau
pengamal perubatan berdaftar, sebagai pesakit sukarela atau
melalui perintah Mahkamah.
○ Pesakit mental boleh dimasukkan secara sukarela atas permohonan
kepada Pengarah Perubatan oleh saudara lelaki itu; & cadangan
pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar
berdasarkan pemeriksaan peribadi orang yang dibuat tidak lebih
daripada 5 hari sebelum kemasukan orang itu.
○ Pesakit sukarela boleh dilepaskan oleh Pengarah Perubatan sebuah
hospital psikiatri apabila ia berada dalam kepentingan terbaik
pesakit, atau pesakit tidak lagi memerlukan penjagaan atau rawatan
lanjut di hospital psikiatri.
…../2. AKTA KESIHATAN MENTAL 2001

○ Pengarah Perubatan setiap hospital psikiatri mempunyai tugas


untuk memastikan bahawa setiap pesakit di hospital & saudara
pesakit memahami hak yang tersedia kepada pesakit.
○ Mana-mana Pengarah Perubatan atau orang yang
bertanggungjawab, atau pegawai atau kakitangan, atau orang
yang diambil bekerja atau terlibat dengan hospital psikiatri, rumah
penjagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, atau
mana-mana premis penjagaan kesihatan kerajaan atau swasta
melayan atau secara sengaja mengabaikan pesakit di bawah
jagaannya boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-
duanya.
3. AKTA KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN JAGAAN
KESIHATAN SWASTA 2006
o Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta
586] & Peraturan-Peraturannya telah dikuatkuasakan bermula 1 Mei 2006.
o Semua klinik perubatan swasta & klinik pergigian swasta perlu mematuhi
ketetapan di bawah Akta 586 & Peraturan-Peraturan Kemudahan &
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau
Klinik Pergigian Swasta) 2006 sebelum ianya boleh didaftarkan & mula
beroperasi.
o Oleh itu, satu garis panduan dikeluarkan & digunapakai bagi membantu
pegawai-pegawai proses di Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta
(UKAPS) & Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) &
pegawai pergigian memproses permohonan yang diterima.
4. AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Akta untuk mengadakan


peruntukan bagi
pengawalseliaan &
pengawalan makmal
patologi & perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
5. AKTA PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLIMENTARI
2016
o Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis
Perubatan Tradisional & Komplementari bagi mengawal selia
perkhidmatan perubatan Tradisional & Komplementari di Malaysia &
bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.
o Amalan PT&K merupakan amalan yang bertujuan mencegah,
merawat atau mengurus penyakit, memelihara kesejahteraan fizikal
& mental individu.
o Ia termasuk amalan seperti perubatan tradisional masyarakat
Melayu, India & Cina, homeopati, terapi komplementari &
pengubatan islam, tidak termasuk amalan perubatan atau
pergigian.
6. GARISPANDUAN MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL
(MMC) = PERSETUJUAN 2013, KERAHSIAAN 2011.

o Peruntukan 1-MMC Garis Panduan Kerahsiaan 2011,


pesakit mempunyai hak agar tidak akan ada
pendedahan apa-apa maklumat peribadi, yang
diperoleh semasa menjalankan tugas profesional
pengamal, melainkan jika mereka memberi
persetujuan.
o Justifikasi untuk maklumat ini disimpan sulit adalah
untuk meningkatkan hubungan pesakit-doktor.
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (Malaysian Medical Council [MMC])

Matlamat asas MMC adalah untuk memastikan standard tertinggi


dalam etika perubatan, pendidikan, dan amalan, yang berhubung
dengan pesakit, masyarakat dan profesion menerusi pentadbiran
Akta Perubatan yang adil dan efektif

• Satu badan korporat Malaysia yang ditubuhkan di bawah


peruntukan seksyen 3(1) Akta Perubatan 1971 sementara
kuasa undang-undang diambil daripada seksyen 4 Akta.
• Merupakan badan perubatan yang tertinggi dan membuat
semua keputusan polisi.
• Semua doctor di Malaysia wajib berdaftar dengan MMC.
• Majlis akan bertindak mengikut pelbagai jawatankuasa dan
secretariat.
• Presiden MMC terkini:?????
7. AKTA TISU MANUSIA 1974

o Akta bagi membuat peruntukan berkenaan penggunaan bahagian-


bahagian badan manusia yang mati bagi maksud-maksud
terapeutik & juga bagi maksud-maksud pendidikan & penyelidikan
perubatan.

o Akta ini merupakan opt-in law, iaitu pendermaan organ si mati hanya
boleh dilakukan dengan kebenaran bertulis daripada waris terdekat.

o Walaupun seseorang itu telah mendaftar sebagai pengikrar


penderma organ, ikrar tersebut hanyalah sebagai ekspresi hasrat
untuk menderma organ setelah meninggal dunia & tidak mempunyai
kesan undang-undang.
…./7. AKTA TISU MANUSIA 1974

o Oleh itu, adalah penting untuk pengikrar penderma organ


memaklumkan hasrat menderma organ kepada ahli
keluarga kerana merekalah yang akan menyempurnakan
hasrat murni tersebut.
o Persoalan yang sering timbul adalah ahli keluarga tidak
bersetuju dengan pengikrar mendaftar sebagai penderma
organ. Harus difahami bahawa "hasrat" merupakan keinginan
individu, semua orang boleh mempunyai hasrat. Yang
penting adalah memaklumkan hasrat ini kepada ahli
keluarga kerana keputusan terakhir adalah di tangan
mereka.
8. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2012

o Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam


transaksi komersial & untuk mengadakan peruntukan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

o “data peribadi sensitif” - apa-apa data peribadi yang


mengandungi maklumat kesihatan atau keadaan fizikal atau
mental seseorang, pendapat politik, kepercayaan agama
atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya.
SENARAI UNDANG-UNDANG & PERATURAN BERKAITAN
DENGAN PEMBERIAAN RAWATAN KESIHATAN.

● Undang-undang & peraturan berkaitan dengan


pemberian rawatan kesihatan meliputi Akta-akta, Polisi
Kesihatan, Panduan Amalan Kesihatan (CPG),
Pekeliling-pekeliling & Garis Panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
● Dapat di akses melalui Portal Rasmi Kementerian
Kesihatan Malaysia (http://www.moh.gov.my)
Contoh :

1. AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU


2016
Suatu akta untuk mengadakan peruntukan
bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan
Bersekutu Malaysia, untuk mengadakan
peruntukan bagi pendaftaran orang yang
beramal sebagai pengamal kesihatan
bersekutu & orang yang menjalankan aktiviti
yang berhubungan dengan kesihatan
bersekutu, untuk mengawal selia amalan
profesion kesihatan bersekutu.
Contoh :
2. POLISI KESIHATAN.
Polisi = tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas
untuk membuat atau melaksanakan suatu keputusan atau dasar.

Contoh:
o Policy of Ambulance Safety in Pre-Hospital Care Services in
the Ministry of Health Malaysia
o Manual CPR untuk Komuniti Kementerian Kesihatan Malaysia
o Nephrology Services Operational Policy (2nd Edition)

o Emergency Medicine & Trauma Services Policy


Contoh :
3. PANDUAN AMALAN KESIHATAN (CPG)

Contoh:
o Management of Heart Failure (4th Edition)
o Management of Asthma in Adults
o Management of Type 2 Diabetes Mellitus
o Treatment of Tobacco use Disorder
o Management of Chronic Kidney Disease
(2nd Edition)
Contoh :

4. GARIS PANDUAN

Contoh:
o Guideline on Medication Error Reporting
o Guideline on Management of Health
Care Workers (HCW) Infected HIV, HBV &
HCV
o Garis Panduan Pengendalian Influenza A
(H1N1) di Klinik Kesihatan
o Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di
Malaysia No.5/2020
ISTILAH YANG BIASA (common) DIGUNAKAN DALAM
UNDANG-UNDANG PERUBATAN.
8. Common Law
1. Constitutional law
9. Negligence
2. Legislation
3. Statutory law 10. Malpractice

4. Enacted law 11. Assault

5. Administration law 12. Battery


6. Public Law 13. Invasion of Privacy
7. Civil law
14. Defamation
✓ Contract Law
✓ Tort Law
AKTA . ENAKMEN . ORDINAN

AKTA ENAKMEN ORDINAN

Di Malaysia, akta
bermaksud sebarang Sebarang undang-undang
undang-undang yang Sebarang undang-undang
yang digubal, dipinda dan
digubal, dipinda, dibahas yang digubal, dipinda dan
dibahas di dalam Dewan
dan diwartakan sebagai dibahas yang dibuat oleh
Undangan Negeri (DUN)
undang-undang yang Dewan Undangan Negeri
pada negeri semenanjung
digunapakai di Negara (DUN) Sarawak serta
serta Sabah selepas
Malaysia yang dibuat oleh Sabah pada sebelum
kemerdekaan yang dibuat
Dewan Rakyat (Parlimen). kemerdekaan.
oleh masing-masing.
1. Constitutional Law 3. Statutory Law
(Undang-undang Perlembagaan)

Merupakan sebuah dokumen Undang-undang pertama &


lebih berkuasa, digubal &
yang mengandungi undang- diluluskan oleh penggubal
undang tertinggi negara undang-undang
(supreme law). kerajaan/parlimen

4. Enacted Law
2. Legislation
(Perundangan)
Proses oleh undang-undang,
Penggubalan undang- atau sebahagian daripadanya,
dan perjanjian menjadi satu
undang bertulis penguatkuasaan undang-
undang dan memberi kesan.
5. Administrative Law

o Badan undang-undang yang mengawal


aktiviti-aktiviti agensi pentadbiran
kerajaan.
o Apabila legislature negeri meluluskan
statute (undang-undang bertulis yang diluluskan oleh
parlimen/badan berkuasa membuat undang-undang),
satu agensi pentadbiran akan diberi kuasa
untuk membentuk peraturan supaya dapat
menguatkuasakan statutory law.
o Contoh: Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
menulis peraturan untuk di laksanakan &
berkuatkuasa sebagai amalan jururawat di
mana ianya dibentuk melalui statutory law.
6. Public Law

o Badan perundangan yang menguruskan


perhubungan antara individu & kerajaan serta
agensi kerajaan.
o Sebahagian yang penting dalam undang-
undang awam ialah criminal law dimana ianya
menguruskan tindakan yang berkaitan dengan
keselamatan & kebajikan orang awam seperti:
✓ kes homicide (pembunuhan sesama
manusia)
✓ kes pembunuhan, kes kecurian.
o Undang-undang Jenayah boleh dikelaskan
samada felonies (jenayah besar) dan
misdemeanors (perbuatan salah).
7. Civil Law
(Undang-undang Awam)

Badan undang-undang yang berurusan tentang perhubungan antara

individu. Boleh dibahagikan kepada contract law & tort law.

Contract Law Tort Law


Melibatkan penguatkuasa o Merupakan satu kesalahan yang tidak
berdasarkan kepada perlanggaran kontrak.
perjanjian antara o Menyediakan ganti rugi kepada orang yang
terkesan.
individu/bayaran pampasan
o Undang-undang yang menguatkuasakan
kerana gagal memenuhi tanggungjawab ialah TORT.
o TORT memperihalkan kewajipan berjaga-jaga
keperluan perjanjian. (Duty of Care) seseorang terhadap orang lain.
Contoh:
Sekiranya berlaku kegagalan/kecuaian dalam
menjalankan kewajipan sehingga menyebabkan
KERUGIAN/KECEDERAAN yang tidak diingini kepada
seseorang, maka pelaku tersebut dikenakan
membayar gantirugi kepada orang yang mendapat
kerugian/kecederaan tersebut.

Contoh:
Jururawat/petugas kesihatan/perubatan
yang cuai/negligence, malpractice,
mencerobohi privasi pesakit,
abandonment, assault dan battery.
8. Common Law
(Undang-undang Am)

o Undang-undang tidak bertulis yang


berdasarkan kepada keputusan
hakim/juri/mahkamah.
o Merupakan tradisi Inggeris, berasal dari
keputusan mahkamah yang berdasarkan
kepada kes-kes terdahulu yang mungkin
merangkumi masa berabad-abad.
o Menterjemah dan aplikasi perlembagaan
dan statutory law, menyelesaikan
perselisihan faham/pertengkaran kedua
pihak.
9. Negligence
Pengabaian yang dilakukan
10. Malpractice
oleh seseorang yang biasa di
mana individu tersebut perlu o Salah amalan iaitu tidak
mengikut undang-undang & mempraktis yang
membuat keputusan sepatutnya/sebagaimana yang
berdasarkan undang-undang telah dipelajari.
tersebut.
o Kelakuan buruk secara
profesional.
o Rawatan kurang memuaskan dari
segi taraf & kemahiran
dibandingkan dengan yang
dijangkakan daripada seorang
doktor pakar.
11. Assault
o Serangan tanpa mencederakan seperti
cubaan mengancam dan menggertak
(tengking/ugutan) seseorang yang lain.
o Contoh: Jururawat mengancam
pesakitnya akan memberikan suntikan
sekiranya pesakitnya itu tidak mahu
makan ubat.
o Pesakit kanak-kanak akan rasa takut
dan terancam semasa melihat
jururawat membawa troli
prosedur/troli suntikan.
12. Battery
o Menyentuh seseorang dengan sengaja
tanpa persetujuan; samada boleh
mencederakan atau tidak.
o Seseorang individu tidak boleh
menyentuh individu lain ataupun
barangan peribadinya tanpa izin.
o Contoh: jururawat yang menyentuh
pesakitnya dengan memberi suntikan
tanpa kebenaran & tiada penerangan
jelas yang diberikan.
13. Invasion of Privacy

o Pencerobohan hak peribadi seseorang.


o Contoh: seorang doktor telah
mendedahkan seluruh tubuh pesakit
padahal pemeriksaan hanya dilakukan di
bahagian abdomen sahaja.
14. Defamation
o Defamation atau fitnah adalah informasi/
maklumat yang tidak betul yang disampaikan oleh
individu secara lisan (slander) @ bertulis (libel)
dimana boleh menjejaskan imej/reputasi individu
lain.
o Contoh: seseorang yang mengadakan cerita tidak
tepat atau palsu mengenai seseorang yang lain.
(Zerwekh & Claborn 1997)

o Contoh: seseorang jururawat menjatuhkan reputasi


rakannya dengan memberitahu pesakit bahwa
jururawat tersebut tidak cekap melakukan kerjanya.
(Kosier et al,2000)
1. Jason Payne-James, Peter Dean and Ian Wall.
2009.Medicolegal Essential In Health Care. 2nd ed,
Cambridge University Press, New York
2. Jane Runzhemeier & Linda Johnsons Larsen.2011. E
book.medical ethics for dummies. Willey Publishing.inc
Cooperation. Canada
3. www.advancedpractice.scot.nhs.uk/legal and ethics
guidance
4. Private Healthcare Facilities and Services Act 2006 [Act
586], International Law Book Services, Latest Edition
5. Allied Health Professionals Act 2016 [Act 774],
International Law Book Services, Latest Edition
6. Dr. Puteri Nemie Jahn Kassim, Medical Negligence Law
In Malaysia, International Law Book Services, Latest
Edition
7. Norchaya Talib, Law of Torts in Malaysia, Sweet &
Maxwell Asia, Third Edition
8. Virtual library MOH:
http://vlib.moh.gov.my/cms/index.jsp

GCLE 2042/ILKKM Johor Bahru


If You Get Tired, Learn To Rest, Not To Quit

THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai