Anda di halaman 1dari 13

B A B 11

TE O R I TE K NOLOGI KOMUN I K AS I

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memerihalkan beberapa teori teknologi komunikasi.
2. Membincangkan kritikan dan kerelevanan setiap teori yang
dibincangkan dalam teori teknologi komunikasi.
3. Membincangkan aplikasi setiap teori yang dibincangkan dalam
teori teknologi komunikasi dengan kehidupan manusia.

11.1 PENGENALAN

Para pelajar tentunya sedar bahawa teknologi bukan sahaja digunakan


untuk memudahkan kerja manusia, malah lebih dari itu, teknologi juga
telah mempengaruhi cara bagaimana manusia berkomunikasi.
Penggunaan teknologi untuk berkomunikasi juga telah meluaskan
konteks berkomunikasi kerana proses komunikasi bukan sahaja berlaku
antara manusia dengan manusia, tetapi juga antara manusia dengan mesin
(teknologi) dan juga mesin dengan mesin (Rogers, 1991; Forouzan &
Fegan, 2003).

Selain itu, penggunaan teknologi untuk berkomunikasi juga telah


meletakkan teknologi sebagai medium atau alat yang penting agar tujuan
berkomunikasi dapat dicapai dengan lebih baik. Sebagai contoh, dengan
adanya teknologi elektronik dan interaktif seperti radio, televisyen,
komputer dan internet; manusia dapat berkomunikasi atau
menyampaikan mesej mereka dengan lebih cepat, mudah, murah dan
juga dapat mencapai khalayak yang lebih ramai berbanding komunikasi
semuka tanpa bantuan alat atau perkakasan teknologi (Rogers, 1991;
Musa, 2002).

11.2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Namun begitu, adakah para pelajar mengetahui bahawa teknologi


komunikasi merupakan gabungan antara istilah teknologi dan
komunikasi. Teknologi komunikasi juga boleh dikatakan sebagai merujuk

185
kepada perkembangan teknologi yang secara langsung telah banyak
mempengaruhi aktiviti sosial masyarakat dan bagaimana mereka
berinteraksi antara satu sama lain.

Bagi McLuhan (1964), semua teknologi komunikasi meluaskan deria


manusia seperti menyentuh, menghidu, merasa, mendengar dan melihat.
Keupayaan ini sekali gus juga membolehkan individu berkomunikasi
pada satu jarak yang jauh dengan cepat, selain daripada memudahkan
perolehan maklumat yang dahulunya tidak mungkin didapati. Oleh itu,
dapat dikatakan juga bahawa teknologi komunikasi merupakan
perkakasan yang dapat mempertingkatkan interaksi masyarakat dan sekali
gus membantu menjana revolusi dalam kehidupan mereka.

Menurut Rogers (1991), teknologi komunikasi ialah alat perkakasan,


struktur organisasi, dan nilai sosial yang dialami oleh individu semasa
mengumpul, memproses dan bertukar maklumat dengan individu yang
lain.

Melalui pendekatan Rogers tentang teknologi komunikasi ini juga, Grant


(2000) telah membuat satu sintesis iaitu dengan menggabungkan
pendekatan Rogers (1991) dan Ball-Rokeach (1985) tentang teknologi
komunikasi dan menghasilkan ‘Umbrella Perspective of Communication
Technology’. Berdasarkan perspektif tersebut, Grant (2000) menyatakan
bahawa teknologi komunikasi meliputi aspek seperti sistem sosial,
infrastruktur berorganisasi, perkakasan dan perisian, serta satu set umum
pengguna di kalangan individu atau organisasi. Sistem sosial yang
dimaksudkan termasuklah sistem media, politik dan ekonomi.

Penemuan teknologi untuk berkomunikasi boleh dikatakan telah bermula


daripada kemampuan manusia mencipta huruf atau mesej bergambar
sehinggalah kepada penciptaan peralatan elektronik pada hari ini.
Pengenalan teknologi ini juga telah memberikan impak yang besar dalam
bidang dan proses komunikasi terutamanya dengan kemunculan istilah
teknologi komunikasi dalam bidang komunikasi manusia dan juga
penyelidikan yang berkaitan dengan teknologi komunikasi.

Menurut Johnston (1984), teknologi komunikasi baru ialah sejenis


sasaran bergerak bagi penyelidikan komunikasi kerana teknologi sentiasa
berubah pada masa kita cuba mengkajinya. Oleh itu, dari aspek
perkembangan ilmu komunikasi, para pelajar perlu memahami teori-teori
yang sering digunakan dalam penyelidikan-penyelidikan dalam bidang
teknologi komunikasi.

Sehubungan itu, pelajar akan didedahkan dengan tiga teori yang biasanya
digunakan dalam teknologi komunikasi iaitu

186
(i) Teori Penggunaan dan Pemuasan Kehendak (Uses and Gratification
Theory).
(ii) Teori Pengkayaan Media (Media Richness Theory).
(iii) Teori (Model) Penerimaan Teknologi (Technological Acceptance Model).

11.3 TEORI PENGGUNAAN DAN PEMUASAN KEHENDAK


(USES AND GRATIFICATION THEORY)

Pada asasnya teori kegunaan dan pemuasan ini mempunyai beberapa


andaian iaitu yang pertamanya, khalayak ialah sebagai individu yang aktif
iaitu mereka mempunyai tujuan dan matlamat tertentu apabila
mendedahkan diri kepada media. Kedua, dalam proses komunikasi
massa, daya usaha untuk menentukan pemilihan media untuk memenuhi
keperluan ditentukan oleh khalayak. Ketiga, media massa sedia
bertanding dengan sumber-sumber lain untuk memuaskan keperluan
khalayak (McQuail &Windahl, 1981).

Berdasarkan andaian tersebut, dapat dikatakan bahawa pendekatan teori


kegunaan dan pemuasan ini memberikan alternatif untuk melihat
hubungan antara isi kandungan media dengan khalayak.

Menurut Samsudin (1993), pendekatan teori ini melihat kepada kategori


isi kandungan media berdasarkan fungsi berbanding tahap cita rasa iaitu
yang bermaksud bahawa individu akan menggunakan isi kandungan
media untuk mendapatkan atau memenuhi sesuatu keperluan. Oleh itu,
tingkah laku individu boleh dikatakan banyak dipengaruhi oleh keperluan
dan minat seseorang individu, bukan semata-mata disebabkan oleh ciri-
ciri isi kandungan media itu sendiri.

Antara beberapa kategori keperluan yang biasanya ingin dipenuhi oleh


individu apabila mendedahkan diri kepada media ialah

(i) Kepelbagaian iaitu untuk mengelakkan diri daripada keadaan yang


biasa atau meluahkan perasaan.
(ii) Hubungan peribadi iaitu keperluan maklumat untuk bahan
perbualan dalam interaksi sosial atau menganggap media sebagai
teman untuk berhibur.
(iii) Identiti peribadi atau psikologi peribadi iaitu seperti pengukuhan
nilai, memberikan jaminan diri, memahami diri, menerokai realiti
hidup dan lain-lain.
(iv) Risikan iaitu untuk mencari maklumat tentang sesuatu yang
mungkin akan mempengaruhi diri atau membantu individu
mencapai dan melakukan sesuatu.

(McQuail, Blumer, Brown, 1972)


187
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa khalayak media bukan bersifat pasif.
Kenyataan ini bererti bahawa andaian asas dalam peluru ajaib atau jarum
suntikan tidak berlaku dalam dunia realiti.

Video berikut menjelaskan dengan lebih tereperinci tentang sifat


khalayak menurut teori penggunaan dan pemuasan kehendak:.
https://www.coursera.org/lecture/communicationtheory-academia-
practice/the-audience-is-active-uses-and-gratifications-theory-RqdLy

Pendekatan teori ini juga dikatakan mula diperkenalkan oleh Elihu Katz
(1959). griKatz berkata, kajian-kajian seumpama ini khusus untuk
menjawab soalan, “Apakah yang dilakukan media terhadap publiknya?”.
Kebanyakan daripada kajian ini menunjukkan bahawa komunikasi massa
menpunyai kesan minimum dari segi membujuk individu. Oleh itu,
pengkaji berubah kepada pemboleh ubah yang memberi lebih kesan iaitu
pengaruh kumpulan. Sebagai gantinya dan juga untuk menyelamatkan
bidang komunikasi, Katz mengajak pengkaji menjawab soalan “Apakah
yang dilakukan oleh individu terhadap media?”.

Katz juga menyebut beberapa kajian termasuk kajian yang dijalankan

Katz juga menyentuh beberapa kajian lain tentang kepuasan yang


diperoleh daripada media massa termasuklah siri kajian yang dilakukan
oleh Lazarsfeld dan Stanton (1942, 1944, 1949) dan kajian Suchman
(1942). Selain itu, Blumer dan McQuail (1969) turut menggunakan
pendekatan teori kegunaan dan kepuasan kehendak sebagai strategi
penyelidikan umum ketika mengkaji pilihan raya umum Britain pada
tahun 1964 dan mendapati bahawa sebab utama penonton menonton
siaran politik pilihan raya ialah untuk memantau persekitaran politik.

Pada asasnya dapat dikatakan bahawa andaian utama teori ini ialah
anggota sesuatu khalayak membuat pilihan secara sedar dan terangsang
kepada saluran dan kandungan yang diberikan. Katz, Blumer dan
188
Gurevitch (1974) dalam penelitian mereka terhadap semua kajian yang
dijalankan tentang kegunaan dan kepuasan, juga menyebut cadangan
daripada dua penyelidik Sweden tentang unsur-unsur yang harus ada
dalam model kegunaan dan kepuasan. Unsur-unsur yang dimaksudkan
ialah

(i) Khalayak dianggap sebagai aktif. Ini bererti bahawa sebahagian


besar daripada media massa digunakan dengan matlamat tertentu.
(ii) Dalam proses komunikasi, kebanyakan inisiatif dalam
menghubungkan keperluan kepuasan dan pilihan media ditentukan
oleh anggota khalayak.
(iii) Media bersaing dengan sumber-sumber lain untuk memenuhi
keperluan kepuasan khalayak.

Penyelidikan- mengenai penggunaan dan pemuasan kehendak juga


banyak menumpukan kajian terhadap aktiviti khalayak (. Komponen
utama aktiviti khalayak yang sering dijadikan bahan kajian ialah motif,
faktor, dorongan atau keperluan pengguna dalam menggunakan sesuatu
media (Rubin, 1993). Menurut Papacharissi dan Rubin (2000), motif,
faktor, dorongan atau keperluan merupakan kecenderungan umum yang
mempengaruhi tindakan seseorang pengguna bagi memenuhi keperluan
atau keinginannya untuk menggunakan media tertentu. Elemen-elemen
tersebut mungkin berbeza antara seseorang dan sesuatu media yang
digunakan.

Katz, Gurevitch dan Haas (1973) merupakan pelopor kepada kajian-


kajian mengenai penggunaan dan pemuasan kehendak apabila berjaya
mengenal pasti 14 keperluan pengguna dalam menggunakan pelbagai

189
media. Keperluan-keperluan tersebut telah dikategorikan kepada lima
kategori iaitu keperluan kognitif, keperluan afektif, keperluan integratif
personal, keperluan integratif sosial dan keperluan escapisme. Sejak itu,
kajian-kajian penggunaan dan pemuasan kehendak mula menumpukan
kepada pelbagai media lain khususnya media televisyen kerana
mempunyai khalayak yang paling ramai.
Penjelasan lanjut tentang teori ini boleh ditonton di pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=aopqPs7rb_Q

11.3.1 Kritikan dan Kerelevanan Teori Penggunaan dan


Pemuasan Kehendak

Kritikan utama teori ini ialah kelemahan dari segi mentakrifkan konsep
utama, khususnya istilah ‘keperluan’. Keperluan tidak lebih daripada
sekadar satu strategi pengumpulan data sahaja (Elliot, 1974; Swanson,
1977). Kajian juga didapati kurang menekankan aspek faktor-faktor
penentu bagi kepuasan yang dicari (Palmgreen & Rayburn, 1982).
Keperluan individu biasanya dirujuk sebagai menjawab soalan mengapa
individu menggunakan media. Ini menimbulkan persoalan tentang
apakah keperluan itu diwujudkan oleh media atau sebagai merasionalkan
penggunaan media? Begitu juga kaedah meminta responden memberi
laporan peribadi tentang niat menggunakan media yang boleh
dipersoalkan. Apatah lagi dengan dapatan kajian Frued tentang
kompleksiti dan obscurity motivasi manusia itu sendiri.
190
Anda dikehendaki berfikir sejenak mengapa anda
menggunakan internet lebih banyak pada hari ini
berbanding menggunakan buku untuk mencari maklumat
terutamanya untuk tugasan ilmiah? Sejauh mana tepatnya
maklumat yang anda peroleh?

11.4 TEORI PENGKAYAAN MEDIA (MEDIA RICHNESS


THEORY)

Menurut Galbraith (1977), Teori Pengkayaan Media berasaskan kepada


Contingency Theory dan Information Processing Theory. Teori Pengkayaan
Media telah digunakan dalam kebanyakan kajian untuk menerangkan
bagaimana penggunaan teknologi yang berlainan dapat memberi kesan
terhadap mesej yang ingin disampaikan kerana terdapat perbezaan dalam
impak atau keberkesanan mesej dengan saluran yang berlainan dan
bagaimana impak yang berlaku akan mempengaruhi kepuasan individu
berkomunikasi.

Menurut Trevino, Lengel dan Daft (1987), kebanyakan pengkaji


mendefinisikan pengkayaan media) sebagai keupayaan saluran untuk
menyampaikan maklumat. Oleh itu, kefahaman tentang Teori
Pengkayaan Media penting semasa mengkaji tentang impak penggunaan
media komunikasi yang berbeza terhadap mesej yang disampaikan
(Newberry, 2001).

Merujuk kepada Daft dan Lengel (1986), media yang berlainan berbeza
dari segi ‘kekayaan’nya. Ia merujuk kepada kebolehan sesuatu maklumat
dalam mempengaruhi pemahaman seseorang individu dalam tempoh
masa tertentu. Daft dan Lengel (1986) mengandaikan bahawa
komunikasi secara bersemuka ialah media yang paling ‘kaya’ berbanding
yang lain. Ia dapat menghantar mesej sama ada secara lisan atau bukan
lisan. Selain itu, maklum balas melalui komunikasi secara bersemuka
lebih cepat dan berkesan. Selain itu, Daft dan Lengel (1986) juga
menyatakan bahawa prestasi pekerjaan dapat dipertingkatkan apabila
pengurus menggunakan ciri-ciri media yang diperlukan dalam proses
menganalisis maklumat sesebuah organisasi.

Sementara itu, merujuk kepada Model Pengkayaan Media (Media Richness


Model) oleh Suh (1999), didapati bahawa hubungan interpersonal
dipengaruhi oleh sifat hubungan komunikasi dan sifat medium
komunikasi yang digunakan. Sifat hubungan komunikasi merujuk kepada
ciri-ciri yang wujud dalam sesuatu hubungan sama ada merupakan
komunikasi sehala atau dua hala. Manakala sifat medium komunikasi
merujuk kepada ciri-ciri yang wujud dalam sesuatu saluran komunikasi

191
yang bersifat audio, teks dan lain-lain. Kedua-dua faktor penting ini akan
membawa kesan kepada prestasi dan kepuasan berkomunikasi.

Sungguhpun kebanyakan kajian lepas meletakkan komunikasi bersemuka


sebagai medium yang paling kaya (richest medium), ia tidak membawa
maksud bahawa komunikasi bersemuka ialah cara berkomunikasi yang
paling baik. Setiap saluran yang digunakan sering kali disesuaikan dengan
keadaan dan mesej yang ingin disampaikan. Gilman, C., dan Turner, J.
W. (2001) mengatakan bahawa pemilihan media merupakan proses
keputusan yang rasional daripada satu penyelarasan antara ciri-ciri
medium dengan keperluan isi dalam sesuatu mesej.

E-mail Chatting Telefon Semuka

Tidak Berkesan Berkesan

Dengan merujuk kepada Teori Pengkayaan Media, komunikasi melalui e-


mel kurang memberi kesan kerana ia merupakan komunikasi sehala dan
lambat menerima maklum balas. Walaupun chatting merupakan
komunikasi dua hala dan ia dapat memberikan maklum balas dengan
cepat tetapi ia didapati kurang berkesan juga sebab ia tidak dapat
mendengar suara penerima berbanding melalui telefon. Telefon
merupakan medium yang berkesan dalam komunikasi sebab ia
merupakan komunikasi dua hala dan maklum balas yang cepat dapat
diberikan tetapi ia tidak dapat mengesan kejituan sesuatu mesej tersebut
sebab kita tidak dapat mengesannya melalui komunikasi tanpa lisan.
Dalam konteks ini, komunikasi secara bersemuka dianggap sebagai cara
komunikasi yang paling berkesan. Komunikasi secara bersemuka dapat
mengesan keikhlasan dan kejituan mesej yang disampaikan melalui
komunikasi bukan lisan seseorang.

Jelasnya, dengan pemilihan medium yang sesuai, kita akan berasa selesa
dalam sesuatu persekitaran komunikasi dan secara tidak langsung
kitaakan mencapai kepuasan komunikasi. Sebagai contoh, komunikasi
bersemuka mungkin berkesan terhadap individu kerana ia lebih senang
dalam menyampaikan mesej dan boleh mendapatkan maklum balas yang
cepat. Namun bagi sesetengah individu, cara komunikasi ini mungkin
tidak berkesan kerana ada individu yang malu untuk mengemukakan
pandangan atau masalah terhadap individu lain secara bersemuka dan
sebaliknya akan memilih medium yang lain untuk menyampaikan mesej.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa Teori Pengkayaan Media


atau Media Richness Theory, secara umumnya menyatakan tentang
bagaimana pemilihan media yang tepat akan dapat mengurangkan
ambiguiti atau wujudnya makna yang lebih dari satu (ketaksaan). Secara
ringkas, kronologi perkembangan Teori Pengkayaan Media ini dapat
dilihat berdasarkan kenyataan di bawah:
192
1972- Duncan telah menerangkan tentang ciri-ciri organisasi berbanding
pemerhatian terhadap kesangsian persekitaran.

1981- Daft dan Macintosh telah menyatakan tentang Teori Pengkayaan


Informasi (Information Richness Theory) dalam organisasi.

1984 - Daft dan Lengel telah mengaplikasikan Teori Pengkayaan Media


(Media Richness Theory) ke dalam organisasi. Antara kenyataan
penting dalam teori yang dinyatakan ini ialah kejayaan organisasi
sangat bergantung kepada keupayaan organisasi untuk
memproses informasi yang sesuai dengan pengkayaannya untuk
mengurangkan ketidakpastian dan juga untuk menjelas dan
meleraikan sebarang ambiguiti yang wujud. Selain itu, Daft dan
Lengel juga telah menyusulkan bahawa media komunikasi
mempunyai kapasiti yang berbeza antara satu dengan lain untuk
meleraikan segala ambiguiti, untuk mengurangkan perbezaan
interpretasi dan juga dapat mewujudkan kesefahaman. Dengan
menggunakan empat kriteria, Daft dan Lengel (tahun) telah
menyusun hierarki pengkayaan mengikut peringkat daripada
pengkayaan media yang berdarjah tinggi ke peringkat yang
berdarjah rendah untuk mengilustrasikan pelbagai jenis kapasiti
media bagi memproses sebarang bentuk ketaksaan komunikasi
dalam organisasi. Kriteria-kriteria tersebut ialah:

(i) Kemudahan maklum balas yang segera dan cepat.


(ii) Kemampuan medium untuk mengeluarkan pelbagai
isyarat seperi bahasa badan, nada suara dan infleksi.
(iii) Penggunaan bahasa yang bersahaja dan semula jadi.
(iv) Fokus peribadi pengguna terhadap medium yang
digunakan.
1986- Daft dan Lengel telah menerangkan tentang kegunaan Teori
Pengkayaan Media dalam organisasi.

1987- Daft, Lengel dan Trevino telah mengaplikasikan Model


Pengkayaan Media terhadap mesej yang samar-samar maknanya
(message equivocality) dan juga terhadap pemilihan media.

1987- Trevino, Lengel dan Daft telah menyatakan tentang Teori


Pengkayaan Media dalam organisasi.

1988- Lengel dan Daft telah memberi beberapa panduan kepada pihak
pengurusan tentang bagaimana memilih media.

1990- Trevino, Daft dan Lengel telah menyatakan tentang penggunaan


simbolik saling interaksi (symbolic interactionism) untuk memahami
pemilihan media oleh pihak pengurusan yang berkaitan dengan
kesamaran makna sesuatu mesej, penentuan kontektual dan
193
simbolisme media. Menurut mereka, media komunikasi
bersemuka merupakan medium komunikasi yang paling kaya
dalam hierarki pengkayaan media. Ia diikuti oleh medium telefon,
mel elektronik, surat, nota, memo, laporan khas dan akhir sekali
ialah risalah dan buletin. Selain itu, para sarjana ini juga
menyatakan bahawa Teori Pengkayaan Media ini penting untuk
memahami bagaimana pihak pengurusan telah memilih dan
menentukan saluran media komunikasi secara rasional dan efektif
berdasarkan tugasan dan objektif agar ia benar-benar dapat
disampaikan dengan berkesan kepada khalayak sasaran.

1990- Trevino, Lengel, Bodensteiner, Gerloff dan Muir (tahun) , dalam


mengusulkan tentang peranan perbezaan individu dalam tingkah
laku pemilihan media di peringkat pengurusan, telah menyatakan
bahawa pemilihan media yang disukai hanya boleh dilakukan jika
tahap kesamaran makna mesej adalah rendah. Namun, jika tahap
kesamaran makna mesej adalah tinggi (high equivocality), maka
sangat penting untuk menggunakan media yang lebih kaya
pemahaman maknanya.

1990- Rice dan Shook (tahun)telah meneliti tentang kategori pekerjaan,


tahap organisasi, dan saluran komunikasi termasuklah
penggunaan mel elektronik.

Untuk pemahaman yang lebih terperinci tentang aplikasi teori


pengkayaan media, sila tonton video berikut. Video ini
menjelaskan bagaimana komunikator memilih kaedah yang
terbaik untuk berkomunikasi bersesuaian dengan mesej yang ingin
disampaikan.
https://www.youtube.com/watch?v=zArX-D_DBwE

Berdasarkan daripada penerangan ringkas mengenai Teori


Pengkayaan Media, dapat dilihat bahawa pengenalan internet telah
mengembangkan lagi pilihan saluran komunikasi yang boleh
dianggap sebagai kaya maklumat untuk mengurangkan ambiguiti
dalam mesej yang disampaikan. Jika dilihat kepada hierarki
pengkayaan media, penggunaan saluran internet iaitu melalui
penggunaan mel elektronik menduduki tempat ketiga selepas
saluran bersemuka dan telefon yang menunjukkan bahawa saluran
ini ialah yang ketiga terbaik untuk menyampaikan mesej secara
berkesan kepada khalayak sasaran.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang saluran


komunikasi yang kerap anda gunakan sekarang untuk
menghubungi rakan-rakan sekelas anda atau pensyarah
kelas anda? Mengapa anda menggunakan saluran ini?

194
11.5 TEORI PENERIMAAN TEKNOLOGI
(TECHNOLOGICAL ACCEPTANCE MODEL)

Untuk pengetahuan para pelajar, teori ini turut dikenali dengan singkatan
Technological Acceptance Model(TAM). TAM ialah satu daripada
pengembangan teori iaitu daripada Teori Tindakan Bersebab (Theory of
Reasoned Action, TRA). TAM juga ialah satu teori sistem maklumat yang
mengkaji bagaimana pengguna menerima dan menggunakan teknologi
(Davis, 1989). Menurut Davis (1989), TAM berkaitan penerimaan dan
penggunaan sesuatu perisian atau peralatan teknologi berdasarkan kepada
dua perkara asas iaitu anggapan bahawa sesuatu teknologi itu berguna
(Perceived Usefulness, PU) dan juga anggapan bahawa sesuatu teknologi itu
memudahkan (Perceived Ease-of-Use, PEU).

Rajah 11.6 adalah beerkaitand engan TAM yang menjelaskan tentang


bagaimana pengguna akan bergelagat dan harapan pengguna terhadap
sesuatu peralatan teknologi dan kemudian menunjukkan tindakan
pengguna untuk menerima dan menggunakan peralatan teknologi
tersebut atau sebaliknya. TAM juga mengandaikan bahawa apabila
pengguna diperkenalkan dengan sesuatu teknologi yang baru, mereka
akan membuat pilihan mengenai bagaimana dan bila untuk
menggunakannya, ataupun pengguna akan melihat perkara ini
berdasarkan anggapan bahawa ia berguna (PU) dan juga anggapan
bahawa ia mudah digunakan (PEU) (Davis, 1989).

PU merujuk kepada kepercayaan bahawa dengan menggunakan sesuatu


sistem teknologi, ia akan membantu mempertingkatkan mutu kerja.
Sementara PEU pula merujuk kepada kepercayaan pengguna teknologi
yang menganggap penggunaan teknologi adalah mudah dan secara tidak
langsung memudahkan kerjanya serta mengurangkan usaha pengguna.
Kemudian PU dan PEU ini membawa kepada sikap ke arah penggunaan
dan pembentukan gelagat penggunaan. Ini seterusnya juga akan
membawa kepada penggunaan teknologi yang sebenarnya (Davis, 1989).
Rajah 11.6
Model Penerimaan Teknologi (Technological Acceptance Model, TAM)

Anggapan
bahawa
t e k n o lo g i it u
b e rg u n a ( P U )

Pe m b o le h
u b a h lu a ra n
S ik a p k e a r a h H a s ra t Penggunaan
penggunaan b e rg e lag at sebenar

A n g g ap an b a h a w a
t e k n o lo g i it u
memudahakan
(P E U )

Sumber: Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user
acceptance of information technology. MIS Quarterly, 13 (3), 319-340.

195
TAM digunakan untuk menjangkakan atau menentukan mengapa
seseorang menggunakan teknologi. Model ini juga bileh digunakan
untuk teknologi pendidikan. Pautan berikut menjelaskan bagaiamana
TAM boleh diaplikasikan dalam pendidikan.
https://www.youtube.com/watch?v=icZbLhQoqG8

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang


perkembangan terkini berkenaan TAM, anda boleh merujuk kepada
buku berjudul Recent Advances in Technology Acceptance Models and Theories
(2021) yang disunting oleh Mostafa Al-Emran, Khaled Shaalan.
Springer Nature. Switzerland. Doi.org/10.1007/978-3-030-64987-6

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang teknologi


komputer yang sekarang ini telah diguna pakai secara
meluas oleh semua lapisan masyarakat baik di rumah,
tempat kerja, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan untuk
perniagaan. Adakah anda pernah terfikir apakah faktor-
faktor yang menyebabkan penggunaan komputer yang
meluas ini?

196
11.6 KESIMPULAN BAB

Perbincangan mengenai teori teknologi komunikasi masih berkisar


kepada penggunaan media komunikasi dan kesannya terhadap
masyarakat. Walaupun masyarakat aktif dan mampu mempengaruhi
media tetapi dalam masa yang sama, media juga mampu mempengaruhi
masyarakat. Ini jelas kerana setiap masyarakat mempunyai kepentingan
dan nilai serta norma yang tersendiri.

Rujukan

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan perbezaan pendapat antara McLuhan dan Innis


mengenai media komunikasi.
2. Nyatakan perbezaan antara penonton biasa dan penonton berat.
3. Huraikan kritikan yang dibincangkan terhadap Teori Penggunaan
dan Pemuasan Kehendak.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

197

Anda mungkin juga menyukai