Anda di halaman 1dari 45

BAB 5: MUAMALAT

PENGENALAN
1. Allah menjadikan manusia di atas asas saling perlu memerlukan
2. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup bersendirian tanpa bantuan
daripada orang lain.
3. Ada orang mempunyai alat-alat kemudahan, sedangkan orang lain
tiada, ada setengah orang mempunyai bahan makanan sedangkan
setengahnya tidak punya – demikianlah sistem kehidupan atau sunnah
Allah
4. Justeru Allah beri ilham kepada manusia agar bergaul dan saling
bertukar ganti sama ada benda-benda atau faedah-faedah antara
mereka dengan cara jual beli, pinjam meminjam, upah mengupah, sewa
menyewa dan sebagainya.
5. Tujuannya untuk memperkemaskan dan melicinkan urusan kehidupan
bagi menghindarkan kesulitan-kesulitan yang timbul dalam kehidupan.
6. Walaupun kira bicara atau urusan hidup manusia telah berlaku
sepanjang sejarah manusia namun terdapat beberapa ketidakadilan
atau penindasan berlaku dalam kalangan manusia ketika melaksanakan
urusan hidup. Oleh itu, Rasulullah s.a.w diutus oleh Allah untuk
memperbaiki keadaan dan kepincangan yang ada.
7. Kira bicara atau urusan hidup menurut Islam itulah yang dikenali
sebagai muamalat yang merangkumi tukar menukar antara barang atau
suatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan seperti jual-
beli, sewa menyewa, pinjam meminjam dan sebagainya
PENGERTIAN EKONOMI KONVENSIONAL
Adam Smith: Case dan Fair:
1. Ilmu ekonomi konvensional telah
melalui pelbagai perubahan dan • Prinsip ke rasionalan pula merujuk kepada
perkembangan cara bagaimanakah individu ekonomi
2. Definisi ekonomi yang diberikan oleh melakukan pilihan untuk mencapai
Samueison dan Nordhaus (1985): matlamat yang mereka tetapkan, iaitu
Ilmu ekonomi konvensional dianggap memaksimakan kepuasan.
sebagai suatu kajian sains sosial di mana • Menurut mereka, individu yang rasional
ianya mengkaji mengenai gelagat ekonomi adalah individu yang membuat pilihan
manusia dengan menggunakan kaedah secara konsisten dan sekaligus memilih
saintifik. Dalam ertikata lain, fokus alternatif yang terbaik untuk memenuhi
pengkajian ilmu ekonomi konvensional matlamat yang ingin di kecapi. Tetapi, di
adalah manusia itu sendiri dan manusia dalam membuat keputusan, individu
berkenaan pula merujuk kepada individu ekonomi konvensional dianggap bebas nilai
ekonomi, di mana tindakan mahupun di mana pilihan yang dilakukan adalah
keputusan yang dilakukan oleh mereka semata-mata didorong oleh pertimbangan
adalah berasaskan prinsip kerasionalan. akal untuk mencapai 'kejayaan ekonomi'.
'Kejayaan ekonomi' pula dibataskan
pengertiannya kepada 'membuat wang
daripada manusia'.
PENGERTIAN EKONOMI ISLAM
M. AkramKhan:
Pengkajian ke atas pencapaian 'falah‘ manusia melalui penguasaan sumber
bumi di atas dasar kerjasama dan penyertaan.

Masudul Alam Choudhury:


Pengkajian sejarah, empirik dan berteori yang akan menganalisakan
keperluan manusia dan masyarakat dalam pancaran panduan sistem nilai-
nilai Islam.

Hailani Muji Tahir:


Ekonomi Islam ialah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji
tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber-
sumber alam untuk kepentingan diri dan juga kepentingan masyarakat bagi
mendapat keredhaan Allah.
SEJARAH

Dubai Iran Akademi Fiqh AAOIFI di IFSB Aset kewangan


Islamic perkenal Islam tubuhkan di mencadangkan Islam dijangka
bank 100% Antarabangsa Bahrain – Standard berkembang 15%
Bank Islam perbankan mengumumkan berperanan Kecukupan Modal dan melebihi USD
ditubuhka
pertama di Islam Takaful sebagai mencadang (patuh Basel II) 1 trillion pada
n–
Mesir jalan keluar standard untuk institusi 2016
pertama di
GCC kepada insuran perakaunan dan kewangan Islam
konvensional Syariah untuk
rujukan institusi
kewangan Islam

1963 1975 1983 1984 1985 1989 1991 2002 2005 2007 2010s 2016

IDB (Jeddah) Malaysia Sudan Sistem IFSB (Kuala Jumlah aset Penubuhan
ditubuhkan untuk meluluskan melancarkan perbankan Lumpur) perbankan Islam International
menggalak Akta perbankan Islam Sudan ditubuhkan USD 300 billion Islamic Liquidity
pembangunan Perbankan Islam menjadi 100% untuk dan tumbuh Management
ekonomi dan social di Islam 1983 Islamik mengalakkan pada kadar 10- (IILIM – Kuala
negara-negara Islam untuk kestabilan 15% dalam Lumpur) dan
membolehkan dengan tempoh setahun international
penubuhan pengeluaran Islamic Financial
Bank Islam standard Market (IIFM –
Malaysia Bahrain)
SEJARAH
PERBANDINGAN SISTEM EKONOMI BARAT DENGAN SISTEM EKONOMI ISLAM

KAPITALISME ISLAM
1. Masyarakat melalui pemerintah 4. Amalan riba dalam ekonomi
1. Asas kapitalisme ialah prinsip Islam diharamkan kerana
mempunyai kuasa untuk
laissez faire dalam aktiviti- bersifat zalim dan melibatkan
menentukan cara harta
aktiviti ekonomi yang pengeksploitasian.
kekayaan digunakan.
membabitkan harta 5. Fungsi asas harta benda
persendirian, kebebasan 2. Semua harta kekayaan hanyalah dijadikan adalah dengan
perdagangan, keuntungan milik Allah s.w.t., tetapi Allah harapan orang yang mempunyai
sebagai galakan tunggal s.w.t. menjadikannya untuk lebihan harta benda membantu
pertandingan dan diskriminasi faedah masyarakat. mereka yang memerlukan.
antara hak pekerja dengan 3. Nikmat Allah s.w.t. dikurniakan 6. Riba juga membawa
majikan. untuk kebaikan masyarakat dan ketidakseimbangan dengan
2. Kapitalisme mengutamakan masyarakat mempunyai hak ke memindahkan kekayaan
kebebasan memiliki harta atasnya dan bukannya hak daripada orang miskin kepada
persendirian secara bebas dan individu. orang kaya. Ini bertentangan
terbuka. dengan kehendak Tuhan yang
3. Amalan riba merupakan salah mahu kesaksamaan
satu elemen dalam sistem pembahagian pendapatan dan
ekonomi kapitalisme.
CIRI-CIRI ASAS EKONOMI ISLAM

Bercirikan
ketakwaan kepada
Allah yang
merupakan pemilik
segala harta
01
Menggunakan harta
Tidak melakukan sebagai alat untuk
sebarang kerosakan 05 02 mendekatkan diri
kepada Allah

04 03 Bahagian di dunia
Berlaku adil kepada
tidak boleh
sesame manusia
diabaikan dalam
mendapatkan
akhirat
NILAI-NILAI SYARIAH SELARI DENGAN NILAI-NILAI UNIVERSAL
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Terdapat beberapa institusi kewangan Islam dalam


menjana ekonomi antaranya Institusi Baitul Mal, wakaf,
perbankan, takaful dan gadaian. Institusi ini mendapat
sokongan yang sangat menggalakkan daripada umat
Islam di Malaysia.

Baitulmal Zakat

12
34 Bank
Wakaf
INSTITUSI BAITULMAL

Definisi:
Istilah ‘Baitulmal’ berasal dari dua kosa kata bahasa Arab Al-Bait (rumah) dan Al-Mal (harta) atau
diertikan sebagai Perbendaharaan.

Menurut lisan al-Arab bermaksud “rumah yang menerima sesuatu harta dan menyimpannya untuk
diagihkan.”

Baitulmal merupakan satu bentuk institusi kewangan harta dalam Islam. Pelbagai sumber hasil
baitulmal seperti zakat, harta wakaf, cukai-cukai (kharaj) dan lain-lain sumber yang pengumpulan dan
penggunaannya untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Baitulmal dalam Islam mempunyai konsep penggunaan harta yang amat luas dan berteraskan 3 asas
falsafah utama yang merangkumi 3 unsur penting iaitu:

1. Konsep harta - ekonomi (Sumber)


2. Konsep amanah - pentadbiran (Proses)
3. Konsep keadilan sosial - penggunaan (Tujuan)
Latarbelakang Kewujudan Baitulmal

1. Pada awal penubuhan kerajaan Islam oleh Rasulullah s.a.w. istilah ‘Baitulmal’ tidak wujud secara
formal disebabkan usaha pada peringkat ini lebih kepada menyampaikan risalah dakwah dan
penyebaran Islam.
2. Harta yang diperolehi tidak sempat terkumpul lama kerana ianya terus diagihkan kepada mereka
yang memerlukan.
3. Namun semasa pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Madinah, beliau telah menukarkan corak
pentadbirannya sesuai keadaan semasa dan di sinilah terbentuknya institusi kewangan secara tidak
rasmi di mana masjid merupakan pusat pentadbiran yang menguruskan hal-ehwal ibadat dan
kemasyarakatan.
4. Keadaan ini berterusan sehingga zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan menjadi lebih
meluas pada masa Saidina Umar ibn Al-Khattab apabila perluasan wilayah baru yang dikuasai banyak
mendatangkan perubahan dan perlu diatasi dengan bijaksana, sehingga pada masa ini harta yang
diperolehi telah digunakan untuk membayar gaji pekerja, membiayai perbelanjaan negara,
pembangunan ekonomi dan sebagainya.
SUMBER BAITULMAL

Iaitu cukai dikenakan terhadap Iaitu cukai yang dikenakan ke


KHARAJ tanah yang dibuka oleh orang- USYUR atas tanah yang dimiliki oleh
orang Islam secara peperangan orang kafir yang memeluk Islam
atau perdamaian yang tidak tanpa melakukan peperangan
dibahagi kepada pejuang Islam dan juga tanah yang dimiliki
tetapi dijadikan harta negara oleh pejuang Islam yang
dengan pemiliknya yang asal. diperolehi daripada rampasan
perang yang dibahagikan oleh
khalifah

Iaitu penyerahan
Iaitu cukai (diri) yang WAKAF/ penggunaan harta secara
JIZYAH dikenakan terhadap non WASIAT manfaat untuk kebajikan
muslim (kafir zimmi) yang umat Islam.
tinggal di negara Islam.

Iaitu kadar yang tertentu dari


Iaitu dikenakan bagi seseorang HARTA
HARTA/ yang melakukan kesalahan harta yang tertentu yang wajib
KAFARAT syara’ seperti melanggar ZAKAT dibelanjakan kepada golongan-
golongan yang tertentu dan ianya
sumpah, nazar, jima’ pada
adalah salah satu daripada rukun
bulan Ramadhan dan
Islam.
melakukan zihar.
INSTITUSI ZAKAT

Bahasa:
zakat boleh ditakrifkan sebagai suci, tumbuh, berkat danterpuji
Pengertian suci:
Iaitu menyucikan harta dan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil dan
menyucikan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadapmereka

Istilah Syarak:
Dr. M. Yusuf Al-Qardawi, zakat ditakrifkan dengan sejumlah harta tertentu yang
diwajibkan Allah SWT untuk diserahkan kepada orang-orang yang berhak.

Jumlah yang dikeluarkan dari kekayaan itu disebut zakat kerana apa yang
dikeluarkan itu bertambah banyak, lebih bererti dan dapat melindungi kekayaan
daripada binasa.
HUKUM ZAKAT

1. Zakat merupakan rukun Islam ketiga dan menjadi antara unsur penting bagi tertegaknya syariat Islam.
2. Justeru, diwajibkan zakat ke atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
3. Mereka yang enggan membayar zakat boleh diperangi dan jatuh kafir jika mereka yang menolak
ketetapan wajib zakat . Sejarah Islam mencatatkan bahawa Khalifah Abu Bakar sendiri telah
memerangi orang-orang yang mengingkari perintah membayar zakat.
4. Kewajipan menunaikan zakat jelas ditegaskan dalam banyak ayat Al-Quran dan hadis. Sebagaimana
firman Allah:

ّ ‫الزكاةَ َوار َكعوا َم َع‬


َ‫الرا ِكعين‬ َّ ‫وأَقي ُموا ال‬
َّ ‫صالة َ َوآتُوا‬
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamusemua
(berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk"
(Surah al-Baqarah: 43)
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM – SYARAT ZAKAT

Sempurna
Islam Milik Cukup Nisab

1 3 5
4 6
2
Cukup Haul
Hasil Usaha (Genap
Merdeka
Yang Baik setahun
Sebagai Hijrah)
Sumber
Zakat
JENIS ZAKAT

1. Zakat Harta
• Merangkumi
• Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila
1. zakat emas dan perak,
masa.
2. zakat perniagaan,
• Kadar zakat harta - 2.5% dari jumlah
3. zakat binatang ternakan,
harta apabila cukup syarat-syaratnya.
4. zakat pertanian,
5. zakat wang,
6. zakat ma’adin (segala galian yang diperolehi dari perut bumi
sama ada beku atau cair di darat atau di laut),
7. kunuz (harta yang tersimpan di dalam bumi atau harta karun)
8. rikaz (harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan
terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan
sebelum kedatangan Islam atau jumhur ulama berpendapat
semua jenis simpanan jahiliah),
9. zakat saham
10. zakat pendapatan.
JENIS ZAKAT

2. Zakat Fitrah
• Zakat fitrah difardhukan ke atas setiap
individu lelaki dan perempuan muslim
yang berkemampuan dengan syarat-
syarat yang ditetapkan.
• Dinamakan zakat fitrah kerana ia
bertujuan mensucikan jiwa dan badan.
• Kadar fitrah yang ditetapkan adalah
satu gantang Baghdad makanan utama
negeri berkenaan atau bersamaan
dengan 2.5 kg atau senilai dengannya
pada bulan Ramadhan iaitu bermula
pada 1 Ramadhan sehingga 1 Syawal
sebelum solat sunat Aidilfitri.
• Walau bagaimanapun, kadar ini mungkin
berubah berdasarkan ketentuan pihak
berkuasa agama negeri-negeri
ASNAF (PENERIMA ) ZAKAT

1. Fakir
Iaitu orang yang tidak mempunyai harta dan tiada mata pencarian, atau
ada mempunyai mata pencarian tetapi hasil pendapatannya itu tidak
cukup untuk menampung keperluan asas mereka seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal dan sebagainya yang sesuai mengikut kebiasaan
masyarakat. Kedudukan mereka lebih teruk daripada kedudukan orang-
orang miskin dan ada pendapat yang mengatakan sebaliknya.

2. Miskin
Iaitu orang yang mempunyai harta atau mata pencarian tetapi tidak
mencukupi untuk menampung keperluan diri atau tanggungannya.

3. Amil
Iaitu pemungut zakat yang dilantik dan ditugaskan oleh pemerintah Islam
untuk mengutip, menyelenggara dan mengagihkan zakat kepada mereka
yang berhak.

4. Muallaf
Iaitu saudara baru yang memeluk agama Islam iaitu “orang yang
dijinakkan hatinya’ dengan diberi bantuan supaya mereka tetap teguh
menyintai Islam.
5. Riqab
Hamba sahaya yang diberi peluang oleh tuannya menebus atau
memerdekakan dirinya secara ansuran tetapi ia tidak mempunyai wang bagi
tujuan tersebut

6. Al-Gharimin
Orang yang menanggung hutang dalam perkara-perkara yang diharuskan
syarak seperti berhutang demi memenuhi keperluan asas diri atau
tanggungannya atau berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat
tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan hutang tersebut apabila telah
sampai tempoh yang ditetapkan.

7. Fisabilillah
Orang yang berjuang di jalan Allah SWT bagi memenuhi keperluan dan
kemaslahatan orangorang Islam demi menegakkan syiar Islam.

8. Ibnus sabil
Musafir yang terputus perbelanjaan atau bekalan semasa di perantauan
untuk meneruskan perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh
syarak. Selain dari 8 asnaf (golongan) ini, mereka tidak layak atau tidak
berhak untuk menerima wang zakat.
INSTITUSI WAKAF

• Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri
kepada Allah (taqarrub ilallah)menerusi harta kekayaan.
• Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam
yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi
satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin
di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas
khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga
dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk
mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang
terlalu banyak dan tidak terurus.

Definisi:
Sudut Bahasa:
Berhenti, Menahan, Menghalang

Sudut Istilah/Syara’:
“Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada
sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber
fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T”
PENGERTIAN WAKAF

1) Menurut Abi Hanifah:


Iaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah manfaatnya ke
jalan kabajikan.

2) Menurut Jumhur Ulama’:


Iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya – dengan memutuskan
guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya -ke arah kegunaan yang harus – atau diguna
pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada Allah.

3) Menurut Mazhab Maliki:


Iaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya – sekalipun dimilikinya dengan menyewa – ataupun
dijadikan penghasilan seumpama wang – kepada yang memerlukan – dengan jalan berlafaz- untuk
jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu – wakaf di sisi Mazhab Maliki ialah tidak
memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan -hanya memutuskan hak mengguna pakai
sahaja.
DALIL WAKAF

a) AL-QURAN

‫سنبُلَ ٍة‬
ُ ‫سنا ِب َل في ُك ِّل‬ َ ‫َّللا َك َمث َ ِل َحبَّ ٍة أَنبَتَت‬
َ ‫سب َع‬ َ ‫قون أَموالَ ُهم في‬
ِ َّ ‫سبي ِل‬ َ ‫ذين يُن ِف‬ َ َّ‫َمث َ ُل ال‬
‫عليم‬َ ‫َّللاُ وا ِسع‬ َّ ‫ف ِل َمن يَشا ُء ۗ َو‬ َّ ‫ِمائَةُ َحبَّ ٍة ۗ َو‬
ُ ‫َّللاُ يُضا ِع‬
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya padajalan Allah,ialah sama seperti sebiji
benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya lagi Meluputi ilmu pengetahuanNya. (al-Baqarah: 261)

‫عليم‬
َ ِِ ‫َّللا ِب‬ َ ‫لَن تَنالُوا ال ِب َّر َحت ّ ٰى تُن ِفقوا ِم ّما ت ُ ِحب‬
َ َّ ‫ّون ۚ َوما تُن ِفقوا ِمن شَيءٍ فَِ ِ َّن‬
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dansuatu apa
jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (ali-Imran: 92)
DALIL WAKAF

b) HADITH NABAWIYAH
Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmuyang
dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya” (HR Muslim)

Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang
kepada Nabi ‫ ﷺ‬untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud: “Wahai
Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta
yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada
Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?” Maka sabda Rasulullah
‫ ﷺ‬kepadanya yang bermaksud:“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan
manfaatnya.”

Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak
dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat,
memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang
menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya
dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.
DALIL WAKAF

c) IJMA’
Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara
para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash,
Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah
mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-
Mustadrah 4/200).

Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki,
kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269).

Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi
mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin
tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah
hadits no. 1375).
RUKUN WAKAF

RUKUN WAKAF

pewakaf Wakif Mawquf harta yang diwakafkan

penerima wakaf Mawquf ‘Alaih Sighah penyataan wakaf


RUKUN WAKAF

a) Wakif (pewakaf):
Di antara syarat-syarat pewakaf adalah:
 Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan
harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.

 Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.


 Baligh.
 Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).
RUKUN WAKAF

b) Mawquf (harta yang diwakafkan):


 Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.
 Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim).
 Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).
 Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

c) Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf):


 Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi
boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya,
hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf.
 Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada
Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja.
RUKUN WAKAF

d) Sighah (penyataan wakaf):


 Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat.
 Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah.

Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah
saya untuk orang-orang fakir”.

Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir
miskin”.
BENTUKWAKAF

Wakaf Am Wakaf Khas

• Iaitu mana-mana bentuk harta wakaf yang • Iaitu bersifat khusus apabila pewakaf
dibuat untuk tujuan-tujuan kebajikan atau menentukan wakaf yang dibuat untuk
khairat umum tanpa menentukan mana-mana
benefisiari khusus (sama ada terdiri daripada tujuan-tujuan khusus ataupun
individu ataupun mana-mana benefisiari-benefisiari tertentu.
organisasi/institusi) ataupun tujuan-tujuan • Seseorang pewakaf akan menetapkan
khusus yang tertentu.
daripada awal lagi kepada siapakah
• Perwakafan daripada kategori ini boleh wakafnya dibuat atau untuk tujuan
diaplikasikan kepada perkara-perkara atau manakah wakafnya mesti diaplikasikan.
tujuan-tujuan kebajikan umum yang dapat Contohnya pewakaf mewakafkan tanah
meningkatkan lagi imej Islam dan
masyarakatnya, contohnya seorang yang untuk perkuburan atau mewakafkan
berwakaf tanahnya untuk umat Islam secara tanah untuk orang miskin.
umum dan untuk tujuan kebajikan.
• Pewakaf tidak mensyaratkan sebarang syarat
kepada harta yang diwakafkan.
PERBANKAN ISLAM
• Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai
PENGENALAN teras perbankan Islam yang menggalakkan

aktiviti yang memupuk keusahawanan,
Perbankan Islam merujuk kepada perdagangan dan membawa kepada
sistem perbankan yang mematuhi pembangunan kemasyarakatan atau
undang-undang Islam yang juga manfaat. Kegiatan yang melibatkan
dikenali sebagai undang-undang faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus
Syariah. niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang.
● Prinsip-prinsip asas yang mentadbir • Melalui penggunaan pelbagai konsep
perbankan Islam ialah perkongsian kewangan Islam seperti ijarah (sewaan),
untung dan risiko antara pihak-pihak mudharabah (perkongsian keuntungan),
yang berurus niaga, jaminan keadilan musyarakah (perkongsian), institusi
untuk semua dan urus niaga perbankan mempunyai fleksibiliti, kreativiti
berdasarkan aktiviti perniagaan atau dan pilihan dalam penghasilan produk
berasaskan aset. kewangan Islam.
PERBANKAN ISLAM
PENGENALAN
• Rekod prestasi Malaysia yang panjang
• Terdapat lebih daripada 300 institusi kewangan dalam membangunkan industri kewangan
Islam di seluruh dunia beroperasi di 75 negara. Islam domestik selama lebih 30 tahun
Menurut Asian Banker Research Group, 100 telah memberikan asas yang kukuh - dasar
bank Islam terbesar di dunia telah mencatatkan kestabilan kewangan yang utuh yang
kadar pertumbuhan aset tahunan sebanyak melengkapkan kekayaan, kepelbagaian
26.7%2 dan industri kewangan Islam global dan kematangan sistem kewangan. Pada
mengalami pertumbuhan tahunan purata masa ini, aset perbankan Islam Malaysia
sebanyak 15-20%. berjumlah USD65.6 bilion dengan kadar
• Industri kewangan Islam di Malaysia telah pertumbuhan purata sebanyak 18-20%
wujud lebih daripada 30 tahun. setahun.
Penguatkuasaan Akta Bank Islam 1983
membolehkan Bank Islam yang pertama
ditubuhkan di negara ini dan seterusnya,
dengan liberalisasi sistem kewangan Islam,
lebih banyak institusi kewangan Islam telah
ditubuhkan.
SENARAI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Sumber:
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=li&c
at=islamic&type=IB&lang=bm
KOMPONEN SISTEM KEWANGAN ISLAM

Barang Sebagai Perantaraan

Jual Pinjaman Cagaran Simpaan


Beli

Kewangan Sebagai Perantaraan

Jual Beli /
Pelaburan Simpanan Peminjaman Perdagangan

Bank Negara Malaysia


http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/ker
tas_persidangan/2010/10/sistem_kewangan_islam_dan_k
onvensional_satu_perbandingan_kritis.pdf 37
PANDANGAN TERPERINCI EKONOMI ISLAM
ANTARA PRODUK PERBANKAN ISLAM

Secara umum, konsep perbankan Islam menawarkan produk-produk yang berteraskan syariat
Islam, ia berbeza dengan produk yang di tawarkan oleh perbankan konvensional yang
membebankan pelangan dengan memasukkan unsur bunga (riba’), ketidakpastian (gharar) dan
perjudian (maisir). Pelaksanaan perbankan Islam kini telah mendapat perhatian orang ramai
samada Islam atau bukan Islam kerana unsur utama yang diterapkan dalam pelaksanaannya
adalah berdasarkan keadilan dan jelas.

Dalam menjalankan operasinya, Bank Islam menerapkan proses atau pelaksanaan


berlandaskan prinsip-prinsip syariah seperti mudhorabah, musyarakah, murabahah, wadia’ah,
qard, ijarah, ar-rahnu, bai’ bithaman ajil, dan bai’ as-salam.
ANTARA PRODUK PERBANKAN ISLAM

Wadiah

Mudhorabah

Musyarakah
ANTARA PRODUK PERBANKAN ISLAM

Wadiah
Bahasa:
Sesuatu yang ditinggalkan kepada seseorang supaya dijaganya.

Istilah:
Memberi kuasa kepada seseorang untuk menjaga harta miliknya secara terang atau tidak terang

• Kontrak wadiah membenarkan seseorang untuk mengamanahkan aset miliknya kepada


seseorang yang lain bagi tujuan simpanan.
• Dalam amalan perbankan Islam semasa, wadiah yad dhamanah (simpanan dengan jaminan)
merupakan antara bentuk wadiah yang diterima pakai secara meluas. Menerusi kontrak wadiah
yad dhamanah, institusi perbankan Islam bertindak sebagai penyimpan atau pemegang amanah
bagi dana yang didepositkan oleh pelanggan.
• Memandangkan pelanggan lazimnya membenarkan institusi perbankan Islam menggunakan
deposit yang disimpannya, maka institusi perbankan Islam bertanggungjawab untuk menjamin
deposit tersebut.
• Sebagai balasan / penghargaan atas penggunaan deposit tersebut, institusi perbankan Islam,
atas budi bicaranya, boleh memberikan hibah kepada pelanggan
Perbezaan di antara Konsep Syariah Wadiah dan Qard

Wadiah
• Wadi’ah Yad Dhamanah - Iaitu simpanan selamat dengan jaminan. Iaitu
urus niaga di antara pendeposit (Pelanggan) dan pemegang amanah (pihak
Bank) untuk menjaga barangan atau wang dengan selamat.
• Pihak Bank menjamin penyimpanan barang atau wang dengan selamat dan
memulangkan dengan sewajarnya tertakluk kepada peraturan pihak Bank.

Qard
• Iaitu pinjaman dengan jaminan. Kontrak ini merujuk kepada transaksi
antara pemberi pinjaman (Pelanggan) dan peminjam (Bank).
• Pihak Bank menjamin pemulangan wang dan mengembalikan kepada
Pelanggan dengan sewajarnya tertakluk kepada peraturan pihak Bank.
Pandangam Majlis Penasihat Syariah Terhadap Wadiah
Keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) adalah berdasarkan pertimbangan terhadap perkara
berikut:
1. Dalam konteks kewangan semasa, wadiah merupakan kontrak yang melibatkan pemilik aset
mendepositkan asetnya kepada pihak lain atas dasar amanah untuk tujuan simpanan;

2. Jumhur fuqaha mengklasifikasikan wadiah sebagai akad amanah (yad amanah) iaitu aset yang
diserahkan untuk simpanan penerima wadiah sebagai satu amanah. Penerima wadiah
dipertanggungjawabkan untuk mengganti aset wadiah jika rosak atau hilang semasa dalam
simpanannya kerana kecuaiannya. Walau bagaimanapun, majoriti ulama berpandangan bahawa
sekiranya institusi kewangan menggunakan wang yang diamanahkan untuk disimpan, maka
kontrak tersebut telah bertukar menjadi kontrak qard;

3. Akademi Fiqah OIC menetapkan bahawa “deposit dalam akaun semasa, sama ada yang
disimpan di institusi kewangan Islam atau konvensional, merupakan pinjaman dari sudut fiqah
kerana institusi kewangan yang menerima deposit menjamin deposit tersebut dan ia mesti
memulangkan deposit tersebut jika diminta”; dan

4. Pandangan ulama semasa berhubung dengan hukum wadiah yang disimpan di institusi
perbankan Islam adalah selari dengan pandangan ulama silam iaitu sekiranya penerima
wadiah menggunakan aset wadiah dengan izin pendeposit wadiah, ia dianggap qard
MUDHORABAH

Definisi

Dari sudut bahasa mudhorabah berasal dari kata dhorab fil ardhi (‫ )ﺿبر ﻓﻲا ﻷضر‬iaitu berjalan atau memukul
kaki di muka bumi. Ini kerana setiap permulaan aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan perjalanan.

Pengertian

• Mudhorabah juga dikenali qiradh bermaksud muamalah seorang pekerja dengan


menentukan bahagian keuntungannya.

• Mudhorabah - suatu akad perkongsian untuk mendapatkan keuntungan antara dua belah pihak, iaitu pihak
pemilik modal (rabbul mal) dan pihak kedua usahawan atau pengusaha modal (mudhorib).

• Mudhorabah menurut Bank Negara iaitu kontrak antara pemilik modal (robbul mal) dan usahawan
(mudhorib) di mana pemilik modal bertanggungjawab menyediakan modal yang akan diusahakan oleh
usahawan.

• Sebarang keuntungan yang diperolehi dikongsi antara pemilik modal dan usahawan mengikut nisbah
perkongsian keuntungan (profit sharing ratio), manakala kerugian yang berlaku akan ditanggung oleh
pemilik modal dengan syarat bahawa kerugian yang berlaku itu bukan kerana salah laku yang dilakukan
oleh usahawan.
Prinsip Mudhorobah boleh digunakan dalam setiap perbankan Islam dalam dua
kaedah iaitu antara bank (pengusaha modal) dan pemilik modal atau antara bank
(pemilik modal) dan pengusaha. Sebarang kerugian yang dialami akan ditanggung
oleh pemilik modal. Operasi Mudhorobah seperti berikut:

a. Seseorang menyediakan modal kepada bank setelah perjanjian dan syarat


dipersetujui antara pemilik modal dan bank sebagai pengusaha.

b. Bank atau pengusaha akan melaburkan modal tersebut dalam bentuk aset
atau aktiviti perniagaan yang telah dipersetujui.

c. Keuntungan tidak boleh ditetapkan.

d. Keuntungan akan dikongsi antara pemilik modal dan bank iaitu pengusaha
modal seperti mana yang telah dipersetujui.

e. Manakala kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal, secara tidak langsung
ia telah mengurangkan jumlah aset, modal atau pelaburan dan seterusnya
jumlah dan yang telah anda laburkan di bank.
Sumber:
http://www1.bankinginfo.com.my/_system/
media/downloadables/perbankan_islam.pdf
MUSYARAKAH

Definisi

Dari sudut bahasa, syirkah merupakan percampuran sesuatu harta dengan harta yang lain
sehingga percampuran itu tadi tidak dapat dibezakan.

Dari sudut syara’ musyarakah ialah suatu akad di antara dua belah pihak atau lebih yang mana
kedua-duanya bersepakat untuk melakukan perniagaan dengan tujuan memperolehi
keuntungan.

Pengertian

• Iaitu akad perkongsian di antara dua orang atau lebih, bertujuan untuk membiayai sesuatu
operasi perniagaan dan semua pihak yang terlibat memainkan peranan dalam
menyumbangkan modal sama ada secara tunai atau kaedah lain. Keuntungan yang terhasil
dari perniagaan tersebut akan dibahagikan bersama berdasarkan pembahagian atau
nisbah yang dipersetujui semasa akad, manakala kerugian juga akan dirasai
bersama dengan sumbangan modal masing-masing.

• Konsep musyarakah pada hari ini banyak digunakan dalam institusi perbankan Islam iaitu
merangkumi pembiayaan modal kerja (working capital financing), pembiayaan dagangan dan
pembiayaan aset.
ANTARA PRODUK PERBANKAN ISLAM

Pembiayaan Berasaskan Kontrak Musyarakah Mutanaqisah

Terdapat cadangan daripada sebuah institusi kewangan Islam untuk menawarkan produk pembiayaan
perumahan secara Islam berasaskan konsep musyarakah mutanaqisah. Secara umumnya, modus operandi
produk pembiayaan perumahan berasaskan musyarakah mutanaqisah ini adalah seperti yang berikut:

i. Pelanggan yang ingin membeli harta tanah memohon pembiayaan daripada institusi kewangan Islam;
ii. Institusi kewangan Islam dan pelanggan akan membeli harta tanah tersebut secara bersama berdasarkan
bahagian yang ditentukan (contohnya 90:10) bergantung pada pembiayaan yang dipohon;
iii. Bayaran pendahuluan oleh pelanggan dikira sebagai bahagian permulaan pemilikan;
iv. Bahagian aset yang dimiliki bersama oleh institusi kewangan Islam akan disewakan (secara ijarah) kepada
pelanggan; dan
v. Bayaran ansuran bulanan akan digunakan oleh pelanggan untuk membeli bahagian pemilikan institusi
kewangan Islam secara beransur-ansur sehingga keseluruhan bahagian pemilikan institusi kewangan Islam
dibeli sepenuhnya
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Untuk maklumat lanjut berkaitan Produk Perbankan Islam Malaysia, rujuk laman
sesawang berikut:

https://www.bnm.gov.my/microsite/fs/sac/shariah_resolutions_2nd_edition.pdf

Anda mungkin juga menyukai