Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat-Nya yang tidak terhingga, telah memberikan saya
kekuatan dan petunjuk dalam menyelesaikan tugasan ini.

Pertama sekali, ingin saya menyatakan rasa terima kasih kepada keluarga saya yang
sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tanpa henti sebagai sumber kekuatan
dan inspirasi saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Mohd Taufik
bin Ahmed yang berdedikasi dalam memberikan ilmu dan panduan kepada saya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang selalu bersedia untuk berkongsi idea dan
pengetahuan mereka.

Akhirnya, penghargaan yang tulus diberikan kepada semua yang turut serta
walaupun mungkin tidak disebutkan secara khusus di sini. Tanpa sokongan anda semua,
tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan.

Sebagai akhir kalam, penghargaan ini adalah tanda terima kasih yang sebenar dari
hati saya. Semua yang telah memberikan sumbangan, besar atau kecil telah membantu
membentuk idea-idea dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga kebaikan ini akan terus
berkekalan dalam perjalanan kehidupan kita. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat.

1
ISI KANDUNGAN

Penghargaan………………………………………………………………………………………….1

Isi kandungan…………………………………………………………………………………………2

1.0 Pengenalan………………………………………………………………………………….……3

2.0 Peringkat-peringkat kemahiran bahasa…….


………………………………………………….3

2.1 Kemahiran mendengar dan bertutur.…………………………………………………....3-


4
2.2 Kemahiran
membaca………………………………………………………………………..4
2.3 Kemahiran menulis…………………….
…………………………………………………….5

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi peringkat kemahiran bahasa..


………………………….5

3.1 Faktor fizikal………………………………………….……………………………………5-6

3.2 Faktor jantina……………………….…………………………………………….………….6

3.3 Faktor persekitaran……………………………………………………………………….6-7

4.0 Kesimpulan……………………………………………………………………………………….7

Rujukan……………………………………………………………………………………………….8

2
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan ‘kemahiran’ membawa


maksud kepandaian dan kecekapan seseorang indivudu. Manakala perkataan ‘berbahasa’
bermaksud menggunakan dan bercakap dalam sesuatu bahasa. Oleh itu, kemahiran berbahasa
dapat ditafsirkan sebagai kecekapan seseorang dalam menuturkan sesuatu bahasa. Namun, ia
tidak terbatas kepada kemahiran bertutur sahaja, malah keupayaan mendengar dan dapat
menafsirkan sesuatu data dan maklumat dengan baik juga dikira sebagai kemahiran
berbahasa.

Selain itu juga, kemahiran seseorang dalam komunikasi bagi menyampaikan idea dan
bertukar pandangan dengan individu yang lain juga termasuk dalam kemahiran berbahasa.
Jadi, dapat disimpulkan kemahiran berbahasa ialah kemahiran yang merangkumi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BAHASA

Terdapat empat peringkat kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh semua individu
bagi memastikan kelancaran dalam berbahasa terjamin. Berikut merupakan peringkat-peringkat
yang ada dalam kemahiran bahasa.

2.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kedua-dua kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang saling melengkapi yang juga
dikenali sebagai kemahiran lisan. Ia perlu dikuasai oleh semua individu sebelum ke peringkat
seterusnya kerana penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan seharian. Oleh itu,

3
sekolah rendah dan menengah perlu memainkan peranan penting dalam melatih kemahiran ini
kepada para pelajar secara berkesan agar mereka dapat memanfaatkanya di masa hadapan
(Yahya Othman, 2005). Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang dalam
mendengar sesuatu yang dipertuturkan dari pelbagai situasi dan dapat mentafsir dan
mengingati maklumat secara tepat untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan atau
pertuturan. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada kemahiran seseorang dalam menuturkan
kembali maklumat yang telah diperoleh sama ada untuk dikembangkan idea atau memberi
respon terhadap apa yang didengari dengan tujuan untuk berkomunikasi dan saling bertukar
pendapat.

Untuk meningkatkan kemahiran mendengar, setiap individu perlu memahami peringkat-


peringkat dalam kemahiran tersebut yang merangkumi mendengar bunyi-bunyi bahasa yang
disampaikan dari pelbagai situasi, memahami dan menilai maklumat yang disampaikan dan
bertindak balas terhadap maklumat yang difahami dengan betul dan beretika. Peringkat-
peringkat bagi kemahiran bertutur pula merangkumi peringkat awal iaitu aktiviti pertuturan yang
biasanya berlaku sejak zaman kanak-kanak seperti mengajuk ucapan yang dipertuturkan oleh
ibu bapa dan orang-orang terdekat. Seterusnya peringkat pertengahan iaitu aktiviti yang
dilakukan dengan kemahiran berfikir sendiri seperti aktiviti mentafsir gambar atau maklumat
yang diberi secara lisan. Akhir sekali, peringkat maju di mana seseorang itu berani melakukan
aktiviti bertutur di khalayak ramai seperti forum, debat dan sebagainya.

2.2 Kemahiran Membaca

Menurut Zulkifley Hamid (1994), apabila seseorang itu berjaya menguasai kemahiran
membaca, dia telah berjaya merobohkan satu tembok pemisah antara dirinya dengan lautan
ilmu. Ini menunjukkan ilmu yang begitu luas boleh diperoleh melalui pembacaan yang berkesan.
Ramai yang tersilap tafsir bahawa membaca merupakan aktiviti yang pasif, namun yang
demikian seseorang individu itu perlu bergiat aktif dalam mencari bahan bacaan bagi mendapat
sesuatu maklumat tersebut.

4
Kemahiran membaca merupakan satu proses pemikiran yang membina kerana kita
perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk mentafsir dan menilai sesuatu bahan bacaan
dengan tepat bagi mendapat segala maklumat yang diingini. Tanpa kita sedari, aktiviti
membaca terdiri daripada banyak jenis antaranya bacaan mekanis yang dibaca menggunakan
suara, bacaan mentalis yang dibaca secara senyap atau di dalam hati, bacaan intensif yang
dibaca secara pantas atau imbasan, bacaan ekstensif yang dibaca secara menyeluruh seperti
bacaan sinopsis sesebuah novel untuk mengetahui isi kandungan cerita novel tersebut, bacaan
rekreasi yang dibaca secara santai dan bacaan kritis yang dibaca secara teliti untuk tujuan
menyelidik.

2.3 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang tertinggi kerana sesuatu


idea atau maklumat akan disampaikan melalui bentuk tulisan. Ia merupakan bahasa yang
disusun dalam bentuk rangkai-rangkai kata dan ayat yang boleh difahami oleh pembaca.
Dahulu, penulisan dihasilkan dengan bantuan alat-alat tulis seperti pensil dan pen. Namun pada
zaman modenisasi ini, ia biasanya dilakukan menggunakan aplikasi yang telah dicipta seperti
‘Word’ dan ‘Powerpoint’.

Dalam kemahiran ini, wujudnya beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh semua
individu untuk menguasainya dengan baik. Antaranya ialah pra tulisan sebagai peringkat
pertama. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting ketika peringkat ini dengan memberi
latihan awal terhadap otot-otot jari seperti cara memegang pensel dengan betul Seterusnya,
tulisan mekanis, setelah kanak-kanak berjaya membiasakan diri dengan memegang pensel
dengan betul, ia akan memudahkan mereka untuk melakukan penulisan secara nyata seperti
aktiviti menyambungkan titik-titik yang berbentuk huruf. Peringkat yang terakhir ialah tulisan
kreatif di mana murid-murid sudah mampu untuk membina ayat dan menghasilkan wacana.

3.0 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Bahasa

5
Daripada perbincangan tentang peringkat-peringkat kemahiran berbahasa di atas,
terdapat faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti yang berikut:

3.1 Faktor Fizikal

Faktor ini sangat mempengaruhi kemahiran bahasa yang mana sangat memerlukan
bantuan fizikal badan seperti mendengar melalui telinga, membaca melalui mulut dan menulis
melalui tangan. Setiap orang dilahirkan dengan keistimewaan dan keunikan yang tersendiri,
maka tidak semua orang dikurniakan pendengaran dan percakapan yang baik dan ada yang
terdapat kekurangan pada anggota badan. Jadi kebolehan mereka dalam menguasai
kemahiran berbahasa terbatas dan wujudnya perbezaan. Contohnya, individu yang dilahirkan
dengan masalah pendengaran akan mempunyai had dan kesukaran untuk mendapatkan
maklumat daripada pelbagai situasi pertuturan.

3.2 Faktor Jantina

Mengikut kajian, kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza


berdasarkan jantina. Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan (Zaleha Damanhuri, 2016) yang
menyatakan bahawa kadar pertumbuhan saraf pertuturan kanak-kanak perempuan jauh lebih
cepat berbanding lelaki. Ini akan mempengaruhi kebolehan mereka dalam aktiviti bertutur yang
menjadi kebiasaan kanak-kanak perempuan lebih fasih berkata-kata walaupun masih di usia
yang muda.

3.3 Faktor Persekitaran

Faktor ini merupakan faktor yang sangat mempengaruhi kemahiran berbahasa


seseorang. Ia biasanya bermula dengan persekitaran di rumah yang mana ibu bapa
memainkan peranan penting. Ini selari dengan peribahasa’ jika mahu meluntur buluh, biarlah
dari rebungnya’. Ibu bapa wajarlah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-

6
anak mereka sejak dari kecil agar ia menjadi tabiat yang baik dalam diri mereka. Berkaitan
dengan kemahiran bahasa, ibu bapa perlulah mewujudkan suasana rumah yang kondusif buat
anak-anak mereka seperti ruang khas untuk aktiviti membaca. Selain itu, ibu bapa juga perlu
meluangkan masa dengan anak-anak mereka dan melakukan aktiviti yang dapat melatih
pendengaran seperti menceritakan kisah-kisah teladan kepada mereka agar mereka dapat
mentafsirkan maklumat tersebut dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Terdapat
satu kes di luar negara, bayi yang telah hilang lamanya ditemui membesar bersama
sekumpulan anjing, maka sukar untuknya menyesuaikan diri denga kehidupan manusia kerana
sudah biasa berada dalam lingkungan anjing. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengajarkan anak-
anak mereka penggunaan bahasa yang betul agar mereka terbiasa dengannya.

Suasana persekitaran di sekolah juga perlu dititikberatkan kerana dari sana bermulanya
penimbaan ilmu secara lebih meluas dan mendalam. Para guru perlu bijak dalam menyusun
aktiviti yang dapat menarik minat murid-murid dalam pembelajaran bagi memupuk kemahiran
asas dalam berbahasa ke dalam diri mereka. Ini merangkumi aktiviti bercerita bagi mengasah
kemahiran mendengar dan bertutur mereka, menyediakan buku-buku yang berilustrasi dan
mengadakan pertandingan mengeja. Aktiviti-aktiviti ini sedikit banyak mampu menambahkan
keseronokkan mereka dalam menimba ilmu dan mengasah kemahiran bahasa mereka sebelum
mempelajari ilmu-ilmu seperti sains dan matematik yang sangat memerlukan kemahiran
tersebut.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran bahasa amatlah penting
untuk dipelajari dan diasah. Tanpa kemahiran ini, seseorang individu itu akan menghadapi
kesukaran dalam penimbaan ilmu walaupun ia ilmu praktikal sekalipun. Maka semua pihak
perlu memainkan peranan dalam mendidik dan melatih kemahiran ini ke dalam diri kanak-kanak
sejak dari kecil lagi.

(1035 patah perkataan)

7
RUJUKAN

Adnan Ayob, Mohd Rashid Md Idris & Mohd Ra’in Shaari. (2010). Aspek Kemahiran
Berbahasa. Tanjung Malim: Emeritus Publications.

Faizal. Kemahiran Membaca. https://faizalbmm3105.weebly.com/kemahiran-membaca.html

Faizal. Kemahiran Menulis. https://faizalbmm3105.weebly.com/kemahiran-menulis.html

Fatimah Abd Rahman, Zainol Zainal Abidin & Zuariah Yusoff. (1992). Kemahiran Mendengar
dalam Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemahiran mendengar dan bertutur (Jasamu pemimpin). (n.d.). Scribd.

https://www.scribd.com/document/515240419/Kemahiran-Mendengar-Dan-Bertutur-

Jasamu-Pemimpin

Mya Afifi. (2009). Kemahiran Berbahasa.


http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/06/kemahiran-berbahasa.html#

Nurul Farahiyah Binti Rosdi. (2020). Kemahiran Mendengar dan Bertutur serta Konsep
Membaca. https://konsepmembaca.blogspot.com/2020/11/kemahiran-mendengar-dan-
bertutur-oleh_9.html?m=1

8
Peng, C. F., & Othman, A. J. B. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam

Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia.

Sosiohumanika, 1(1). https://doi.org/10.2121/sosiohumanika.v1i1.332

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Zaleha Damanhuri. (2016). Perbezaan Aspek Perkembangan Fizikal dalam Kalangan Kanak-
Kanak Lelaki dan Perempuan Menurut Perspektif Barat. Jurnal Sains Sosial: Malaysian
Journal of Social Sciences, 1(1), 137-148.

Anda mungkin juga menyukai