Anda di halaman 1dari 14

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA : NOR FAIZ BIN ABDUL GHANI


NO KAD 040412-06-0613
PENGENALAN :
KELAS : 1 DVM ETN
NAMA PENSYARAH : PN . NOORSYAZANA BINTI AMDAN
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HURAIAN


1. PENGENALAN - Menerangkan secara umum berkaitan
tajuk dan isi kandungan folio
2. PEMBENTUKAN - Peradaban Peribumi Alam Melayu
PERADABAN MAJMUK - Peradaban Asia
DI MALAYSIA - Peradaban Barat
- Peradaban Globalisasi ( KEBAIKAN
DAN KESAN GLOBALISASI )
3. KONSEP - Konsep Negara
PEMBENTUKAN - Konsep Bangsa
NEGARA DAN BANGSA - Konsep Negara Dan Bangsa
DI MALAYSIA
4. REFLEKSI - Rumusan
- Pengetahuan
- Pengalaman
- Iktibar
- Nilai
- Cadangan-cadangan Penambahbaikan
5. MENCARI DAN - Senarai Rujukan
MENGURUS PELBAGAI - Releven
BENTUK MAKLUMAT

PEMBELAJARAN - Pembentukan Idea


AUTONOMI - Kemahuan Untuk Belajar

MINDA INGIN TAHU - Inisiatif


- Daya Usaha
6. Sumber Rujukan - 4 Sumber Rujukan Folio
PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa


asal usul sejarah atau titk permulaan . Lanya adalah hasil gabungan daripada
beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di
Alam Melayu . Selama ribuan tahun peradaban ini didahului peradaban
Pribumi Alam Melayu , kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri
daripada peradaban India , Cina serta Timur Tengah dan seterusnya
peradaban dari barat . Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan
pengaruh oleh “ peradaban globalisasi “ yang merupakan kacukan pelbagai
punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks .

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha
mewujudkan negara bangsa , didahului oleh pembinaan negara bercirikan
satu wilayah , satu perlembangaan dan satu kewarganegaraan . Negara
mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara , Pelan
Pembangunan Lima Tahun dan pelbagai insiatif oleh pihak kerajaan .
Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa . Oleh itu ,
pembinaan bangsa menyusul , antaranya melalui institusi sistem politik
kepartian dan pilihan raya . Dalam konteks ini telah wujud beberapa “ Bangsa
Idaman “ yang menguasai wacana politik di Malaysia . Usaha membina
peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan
didebatkan .
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
( PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU )

Amri Marzali ( 2017 ) menyatakan Tamadun Melayu ialah tamadun yang


dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu . Sosiobudaya
mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik
pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno .
Tamadun tersebut terus berkembang dan kini menjadi beberapa negara
moden dan maju .

Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara ,


khasnya Gugusan Kepulauan Melayu ( yang mencukupi Selatan Siam ,
Semenanjung Tanah Melayu , Pulau Sumatera , Jawa , Madura , Sunda ,
Borneo , Sulawesi , Filipina , pulau - pulau timur Indonesia dan juga bahagian
kecil daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam ) . Mereka bertutur dalam
keluarga bahasa Melayu-Indonesia . Ciri seterusnya daripada tamadun
Melayu , mereka beragama Islam . Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua
franca antara orang - orang rumpun Melayu Asia Tenggara yang bertutur
dalam keluarga bahasa Melayu , berkomunikasi antara sesama mereka
dengan menggunakan bahasa melayu sebagai lingua franca .

Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing , masyarakat


dan budaya melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap
pengembangan bahasa Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik
antara Timur dan Barat , pusat perdangangan dan pusat aktiviti keagamaan .
Walau bagaimanapun , interaksi yang berlaku adalah sesuatu yang positif
apabila hasil daripada pertembungan ini , memperlihatkan kecenderungan
dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan . Maka bertakulah
penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya .
Antaranya bahasa Inggeris , Arab , India , Cina , Portugis , Belanda dan lain-
lain .
( PERADABAN ASIA INDIA , CINA , TIMUR TENGAH )

Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan


negara di Malaysia . Hubungan antara pedagang India , Cina dan Timur
Tengah sejak sekian lama telah membawa kepelbagaian adat dan budaya
serta pegangan agama . Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan
yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar
keharmonian bangsa dapat diperkukuhkan setiap masa .

Masyarakat India dan Cina datang ke Tanah Melayu secara pesatnya pada
kurun ke-18 kedatangan mereka adalah hasil usaha pihak penjajah yang
membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi .
Peradaban mereka waris peradaban asal mereka di negara asal . Apabila tiba
di Malaysia , mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk
peradaban Barat dan Melayu .

Peradaban Timur Tengah seperti peradaban India dan Cina yang ada di
Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan
tempatan . Sebagai contoh adat resam , tabiat pemakaian dan bahasa ibunda
masih dikekalkan dari generasi ke generasi . Dalam aspek keagamaan juga
demikian , walaupun terdapat dalam kalangan bangsa India dan Cina yang
memeluk agama Islam , namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan
dalam sebahagian kehidupan mereka .
( PERADABAN BARAT )

Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula apabila


Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 . Peradaban Barat hasil
penjajahan kolonial dalam negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan
tempoh kependudukan setiap kolonial dalam negara khususnya dalam rangka
sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama , namun pengaruh corak
masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun
mungkin tidak mendalam . Kedatangan orang Eropah ke alam melayu ini
telah bermula selepas tumbuhnya peradaban islam di rantau ini , tetapi
masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di alam melayu ini .

Di Tanah Melayu khususnya , pengaruh peradaban Barat lebih kepada


pengaruh bidang material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja .
Ia banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi sosial sahaja . Namun
begitu , ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan . Antara
pengaruh peradaban barat di tanah melayu dapat dilihat melalui sistem
pendidikan . Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang tinggal
di bandar-bandar terutamanya para pengawai British dan peniaga Cina .
( PERADABAN GLOBALISASI )

Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai


aspek kehidupan merentasi bidang politik , ekonomi , sosio-budaya
termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran . Perkembangan
peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada pembentukan
peradaban majmuk di Malaysia , Chandra Muzaffar ( 1998 ) telah
menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu :

i . Peneran pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan


mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara .

ii . Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah .

iii . Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan
ilmu pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan teknologi
maklumat .

iv . Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah .

v . Peluang yang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan keperimanusiaan


mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi
buatan manusia di seluruh dunia .

vi . Penonjolan idea-idea dan amalan pemeritahan yang baik seperti


pertanggungjawab awam , peraturan undang-undang dan hak asasi ,
manusia .

vii . penonjolan hak-hak asasi kaum wanita

Namun disebalik kebaikan ini , ada juga keburukan kesan daripada


globalisasi . Antara keburukan globalisasi ialah :

i . Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan


faktor keuntungan .

ii . Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang


semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara
sektor-sektor ekonomi

iii . Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak


negara .

iv , Kebanjiran maklumat yang tidak berguna .

v . Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah


dibendung .
KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana


Menteri ke-4 , Tun Dr.Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun
1991 . Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah farsa
NEGARA merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami
sesuatu kawasan , mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera
pemerintahan manakala frasa BANGSA merujuk kepada suatu kumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya ,
fahaman , agama dan bahasa tersendiri . Oleh itu , konsep negara bangsa
dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang diimpikan oleh sesebuah negara
melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri .

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang
mempunyai tanah air , rakyat , kemerdekaan , kedaulatan , sempadan
perlembangaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup
bersatu-padu tanpa wujud sentimen perkauman , keturunan , agama , bahasa
, budaya , wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan
dan permusuhan antara kaum , elemen yang saling lengkap melengkapi ini
akan mengesahkan lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara .
KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu


dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh
negara-negara . Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara , bangsa
kepada sesebuah negara .

Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya


penduduk , sempadan , kerajaan dan kedaulatan . Sesebuah negara juga
memiliki sistem politik yang ditegakkan oleah sekumpulan manusia serta
membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktirat oleh pihak luar . Secara
ringkasnya , untuk membentuk sebuah negara perlu mempunyai elemen
penduduk , wilayah , kerajaan dan kedaulatan .

KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu


seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia . Penggunaan istilah
bangsa biasanya digunakan untuk menjelaskan tentang sesbuah etnik ,
bahasa dan kebudayaan komuniti sesbuah masyarakat .

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai


hubungan darah dan keturunan , bahasa yang sama , perkongsian tradisi dan
sejarah . Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini , selain faktor-faktor
tersebut , elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentomen dalam
membentuk sesbuah bangsa . Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa
adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap
sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara .
KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh


pengesahan politik , satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah
berdaulat istilah negara bangsa menyepadukan negara dan bangsa
dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama , ekonomi bersama , serta
mempunyai unsur-unsur subjektf bersama ia menandakan bahawa warganya
telah bersedia berkongsi satu bahasa satu budaya satu nilai satu wawasan
(Raja Nazrin Shah 2017 ) .

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa , ia perlu memenuhi ciri-
ciri negara dan bangsa tersebut . Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :

a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-satu tanpa


berlaku permisahan ataupun diskirminasi antara satu kaum dengan kaum
yang lain .

b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simnol-


simbol keutuhan seperti bendera Malaysia , lagu kebangsaan , Rukun Negara
dan sebagainya .

c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi


politik .

d) Setiap warganegaraan mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh


terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara .

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha


pembinaan negara bangsa dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang
dilaksanakan di Indonesia . Cara intergrasi yang dikenali sebagai dasar
Kesatuan dalam Kepelbagaian ( Unity in Diversity ) menjadi pilihan kerana
menjamin keamanan dalam masyarakat majmuk , sebaliknya cara asimilasi
lebih terdorong untuk MEMAKSA penduduk minoriti untuk menyertai
kumpulan majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu dan cara ini
biasanya berakhir dengan kegagalan ( Cheah 2004 ) .
REFLEKSI
( PENGETAHUAN )

Majmuk di malaysia ialah gabungan daripada beberapa peradaban besar


dunia . Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban pribumi alam
melayu diikuti oleh peradaban asia dan seterusnya peradaban bara . Akhirnya
, peradaban ini disambut oleh peradaban globasisasi yang merupakan
kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital
yang kompleks . Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula
dengan kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan negara bangsa .
Negara mewujudkan beberapa istitusi utama seperti birokrasi negara , pelan
pembangunan lima tahun dan sebagainya

PENGALAMAN

Pengalaman yang telah diperolehi adalah berjumpa dengan masyarakat yang


saling hormat menghormati yang tua . Selain itu , berpengalaman merantau
ke tempat orang sangat seronok dan dapat melihat masyarakat berbilang
kaum . Disamping itu , pensyarah juga sangat berdisplin seperti menitik
beratkan tentang kehadiran murid .
IKTIBAR

Antara iktibar yang dapat diperoleh adalah pengalaman tersebut dapat


memberi kesan yang positif kepada diri sendiri . Disamping itu kita dapat
mencontohi sikap masyarakat yang sangat prihatin antara satu sama lain .
Seterusnya , kita perlu mengelakkan dari sikap yang buruk supaya dapat
terhindar dari bermusuh atau benci antara satu sama lain . Selain itu , kita
perlulah berusaha menjadi seseorang yang mempunyai nilai murni agar tidak
dibenci masyarakat .

NILAI

Nilai murni yang dapat diperolehi adalah mempunyai sifat tanggungjawab


dalam diri masing-masing . Seterusnya bersikap dan berakhlak lemah lembut
sesama masyarakat demi menjaga silaturahim dan juga untuk merapatkan
lagi silaturahim . Selain itu juga kita perlulah berusaha menjadi masyarakat
yang berbilang kaum agar dapat menjadi masyarakat yang aman dam
harmoni . Disamping itu , kita hendaklah mempunyai rasa patriotisme iaitu
suatu perasaan cinta akan bangsa dan negara . Akhir sekali kita perlu
menjadi insan yang berwibawa terhadap Negara supaya dapat menjadi prisai
dari musuh yang datang dan sentiasa mengekalkan keamanan dan
kerharmonian negara kita .
CADANGAN

Cadangan yang boleh dilakukan supaya dapat mengukuhkan atau


mengeratkan silaturahim sesama masyarkat adalah kita perlu menampal
poster di tempat awam tentang kepentingan keharmonian
Negara .Seterusnya kita hendaklah perbanyakkan aktiviti yang berfaedah
seperti bergotong-royong bersama agar dapat merapatkan lagu hubungan
sesama manusia . Disamping itu , kita seharusnya saling tegur menegur
antara satu sama lain jika berlakunya permusuhan dimana-mana tempat .
Akhir sekali kita hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab dalam diri untuk
terus mengekalkan keharmonian Negara dan Bangsa .
SUMBER RUJUKAN

- INTERNET
1. http://www.felda.net.my/felda3/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Land_Development_Authority
3. http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl
4. http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tabbats

- MAJALAH
1. Bersama-sama untuk menjaga pembinaan peradaban majmuk di Malaysia

- BUKU ILMIAH
1. MALAYSIA Gerald Cubitt : Wendy Moore
2. MALAYSIA Wonder And Contrasts : Peter Chay ‘s

Anda mungkin juga menyukai