Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JALAN DATIN HALIMAH, 80350, JOHOR BHARU,
JOHOR DARUL TAKZIM

LAPORAN

KURSUS ADOBE ILLUSTRATOR

ANJURAN:

BIRO AKADEMIK
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
LAPORAN KURSUS ADOBE ILLUSTRATOR

Hari : Sabtu
Tarikh : 18 April 2020
Tempat : Google Meets
Anjuran : Biro Akademik IPGKTI

1.0 Pengenalan

Adobe Illustrator merupakan satu aplikasi yang sering digunakan oleh artis dan grafik
designer untuk menghasilkan karya seni yang menarik. Adobe Illustrator juga boleh
digunakan oleh siswa-siswi guru untuk menghasilkan template yang lebih menarik untuk
program yang akan dilaksanakan. Kursus ini akan disertai oleh 7 orang siswa-siswi guru
sahaja iaitu Ketua Biro Akademik, Penolong Biro Akademik dan juga Kumpulan Exco Biro
Akdemik. Kursus ini akan disampaikan oleh En. Muhd Ashraf Fahmi binti Mustafa.

2.0 Objektif

2.1 Siswa-siswi guru akan mempelajari cara untuk menggunakan Adobe Illustrator.
2.2 Siswa-siswi guru akan menghasilkan template yang lebih menarik untuk program-
program yang bakal dilaksanakan.

Program dan Pengisian

Sabtu : 18 April 2020

Pada jam 10.30 pagi, ketua biro akademik, Ainul Tasnim telah membuka satu kumpulan di
Google Meets untuk kursus Adobe Illustrator. Selepas beliau telah membuka kumpulan
tersebut, beliau telah menjemput En, Ashraf, Penolong Biro Akademik dan juga semua Exco
Biro Akademik untuk memasuki kumpulan tersebut. Selepas En. Ashraf dan semua siswa-
siswi guru telah memasuki kumpulan tersebut, En, Ashraf telah memulakan penerangannya
berkaitan Adobe Illustrator. En. Ashraf telah mengarahkan semua peserta untuk memuat
turun satu fail yang berkaitan Adobe Illustrator. Hal ini demikian kerana siswa-siswi guru dapat
memuat turun aplkasi Adobe Illustrator melalui fail tersebut. Semasa kursus berlangsung, En.
Ashraf telah menunjukkan cara untuk memuat turun aplikasi Adobe Illustrator melalui fail
tersebut. Selepas menunjukkan cara untuk memuat turun Adobe Illustrator, En. Ashraf juga
telah menunjukkan cara untuk menggunakan aplikasi tersebut. Beliau telah menerangkan
setiap ikon yang terdapat dalam Adobe Illustrator tersebut. Beliau telah menunjukkan contoh
untuk membuat template melalui Adobe Illustrator. Dengan cara ini, siswa-siswi guru akan
lebih memahami cara menggunkan Adobe Illustrator. Selepas menunjukkan contoh untuk
membuat template di Adobe Illustrator dan menerangkan setiap ikon yang terdapat di dalam
Adobe Illustrator, kursus juga telah sampai ke penghujungnya. Pada pukul 12.00 tengah hari,
semua peserta kursus Adobe Illustrator telah log keluar daripada Google Meets.
3.0 Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa Induk Ahli


Penaung Tn.Hj.Mohd Zain Bin Badui
Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor
Pengerusi 1 Dr.Wan Noor Siah Binti Wan Abdullah
Timbalan Pengarah
Perancangan, Inovasi dan Hal Ehwal Pelajar
Pengerusi 2 Pn. Hjh. Halimah binti Che Mat
Timbalan Pengarah
Pembangunan, Operasi dan Profesionalisme Keguruan
Setiausaha Dr. Mohd Zairi bin Husain
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Bendahari En. Nor Ismadee bin Ismail
Ketua Unit Khidmat Pengurusan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor
Penyelaras 1 En. Muhd Ashraf Fahmi bin Mustafa
Ketua Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Penyelaras 2 Pn. Elme binti Elias
Penolong Ketua Penasihat Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar

4.0 Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi Faris Hazmi bin Muhamad Jamil


Naib Pengerusi 1 Azman bin Mohd Fadzil
Naib Pengerusi 2 Nur Elya Maisarah binti Mazlan
Setiausaha Nur Muti`ah binti Yusof
Naib Setiausaha Cindy Cheong Kar Yin
Bendahari Muhammad Faez Izzat bin Mohd Aroff
Naib Bendahari Sim Xin Ru
Ketua Biro Ainul Tasnim Binti Kamarudin
Penolong Biro Lim Wen Hui

5.0 Peserta Program

1. Pensyarah IPGKTI, En. Muhd Ashraf Fahmi bin Mustafa


2. Ketua Biro Akademik
3. Penolong Ketua Biro Akademik
4. Semua Exco Biro Akademik
6.0 Kesimpulan Program

Kursus Adobe Illustrator yang melibatkan En. Ashraf dan semua biro akademik telah
membawa banyak manfaat kepada siswa-siswi guru. Hal ini demikian kerana siswa-siswi guru
boleh mempelajari cara menggunakan Adobe Illustrator yang bakal digunakan pada masa
hadapan.

7.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya penganjuran kursus seperti ini, siswa-siswi guru akan mengetahui
cara yang betul untuk menggunakan Adobe Ilustrator. Siswa-siswi guru juga akan
menghasilkan poster atau template yang lebih menarik untuk mengambil perhatian daripada
ornag ramai untuk menyertai program tersebut.

Disediakan oleh,

…………………………………
(AINUL TASNIM BINTI KAMARUDIN)
Ketua Biro Akademik,
Kursus Adobe Illustrator,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor.

Anda mungkin juga menyukai