Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 08 Januari 2024

Hari : Isnin

Masa : 11.05 - 12.05 pagi (60 minit)

Kelas : 3 Kambar

Bilangan Murid : 18 orang ( 5 L, 13 P)

Tema : Keluarga Bahagia

Tajuk : Saya Prihatin

Modular : Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan : 1.1 Mendengar, mengecam sebutan, memahami dan menyebut ayat

1.1.2(i) Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap


Standard Pembelajaran :
suruhan dan permintaan

Kemahiran Pengetahuan Nilai


 Memberi  Kepentingan bersifat  Kasih sayang
 Melakonkan prihatin sesama keluarga  Prihatin
 Menghubungkaitkan  Amalan baik

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


1. Memberi sekurang-kurangnya 3 daripada 4 respons dengan membuat tafsiran terhadap
suruhan dan permintaan dengan betul dan tepat.

2. Melakonkan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 dialog yang terdapat dalam kad gambar


dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kriteria Kejayaan :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, saya dapat:


1. Memberi sekurang-kurangnya 3 daripada 4 respons dengan membuat tafsiran terhadap
suruhan dan permintaan dengan betul dan tepat melalui aktiviti “Jom Berbual”.

2. Melakonkan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 dialog yang terdapat dalam kad gambar


dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemahiran Abad 21:
Berdaya tahan, mahir berkomunikasi, kerja sepasukan

Kemahiran Berfikir Atas Tinggi:


KB- Menjana idea. Kemampuan untuk menggunakan daya imaginasi murid bagi memberi respons
terhadap soalan yang ditujukan.

Strategi:
Pendekatan didik hibur, pendekatan tematik, pembelajaran berpusatkan murid.

Elemen Merentas Kurikulum:


Bahasa: Penggunaan bahasa yang betul ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebutan dan struktur ayat, tatabahasa serta laras bahasa murid yang betul.

Nilai Murni: Pengajaran nilai murni akan membantu menerapkan sikap yang positif dalam diri murid.
Nilai murni merangkumi aspek kemanusiaan, kewarganegaraan kebangsaan dan amalan kehidupan
harian yang baik.

Pentaksiran Bilik Darjah: Kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Lembaran
kerja digunakan bagi menguji tahap penguasaan murid.

Elemen Keusahawanan:
EK 1:1.6 Keinginan kepada maklum balas segera- Murid memberikan respons dengan
segera apabila diminta

EK1:1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan- Murid mengetahui kelemahan


dan kesilapan diri dan sanggup belajar sehingga faham

EK1:1.10 Berorientasikan pencapaian- Murid mengetahui objektif pembelajaran yang


hendak dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sistem Bahasa:
Sebutan dan intonasi. Murid-murid akan bertutur dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul ketika membalas persoalan yang ditujukan oleh guru dan rakan-rakan.
Bahan Bantu Belajar:

Bil. Bahan
1. Video animasi
2. Teks dialog
3. Kad manila yang mengandungi dialog
4. Kad gambar
5. Lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah didedahkan dengan sifat berprihatin bersama ahli keluarga.
LANGKAH / MASA ISI KANDUNGAN PENGAJARAN DAN CATATAN
PEMBELAJARAN

SET INDUKSI Video Animasi Teknik: Didik Hibur BBM:


Video Animasi
11.05 pagi - 11.10 pagi 1. Guru bertanyakan khabar
Nilai:
murid. Prihatin
(5 minit)
2. Guru menayangkan video
PA21:
animasi yang mengisahkan Mahir berkomunikasi
https:// cerita sebuah keuarga yang
www.youtube.com/ KBAT:
prihatin. Menjana idea
watch?v=eV9AlSyvAZQ 3. Murid diminta meneliti dialog
Strategi:
perbualan bersama ahli Didik Hibur
keluarga dalam video
Sistem Bahasa:
tersebut. Sebutan dan intonasi
4. Murid menghubungkaitkan
dialog perbualan yang diteliti
dengan tajuk pembelajaran
hari ini.
5. Guru juga menyatakan
objektif pembelajaran dan
kriteria kejayaan proses PdP
hari ini.

LANGKAH 1 Aktiviti membaca Teknik: Bacaan Secara BBM:


Mentalis dan Mekanis, Teks dialog
11.10 pagi - 11.20 pagi
Penerangan & Soal Jawab
Nilai:
(10 minit)
1. Guru memberi teks dialog Prihatin
kepada murid. PA21:
2. Murid-murid akan diberi Mahir berkomunikasi
masa untuk membaca teks KBAT:
dialog yang diberikan secara
Menghubungkaitkan
mentalis.
Kemahiran ke21:
3. Guru akan meminta murid-
murid membaca teks dialog bermaklumat

secara bergilir-gilir. Strategi:


4. Guru akan menerangkan Berpusatkan murid
teks dialog yang diberikan.
Pendekatan Tematik
OP: 1
PBD:

Secara lisan (bacaan)

Sistem Bahasa:

sebutan dan intonasi

EK1: 1.6
REFLEKSI PENGAJARAN

Kekuatan :

Kelemahan :
Cadangan Penambahbaikan:

Anda mungkin juga menyukai