Anda di halaman 1dari 2

Amalan gotong-royong sangat penting kepada kita/manusia.

Amalan
ini harus dipupuk sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Oleh itu terdapat beberapa kebaikan amalan ini.

Antaranya kita dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan.


Misalnya melalui amalan kerjasama sesama anggota masyarakat.
Dengan itu, kita dapat menjalinkan hubungan mesra sesama
mereka.

Selain itu, kita bolehlah mencegah pembiakan nyamuk aedes.


Sebagai contohnya, melalui aktiviti pembersihan longkang, tangki air,
dan kawasan bertakungan air. Dengan sedemikian kita dapat
menghindari penyakit demam denggi.

Disamping itu, kita dapatlah mengisi masa lapang. Sebagai


contohnya, golongan remaja dan golong belia menggunakan masa
dengan berfaedah dalam aktiviti ini. Dengan sedemikian kita dapat
melahirkan masyarakat yang berguna dan prihatin.

Akhir sekali, kita dapat menceriakan kawasan persekitaran.


Misalnya melalui agihan tugasan untuk mengecat, membaiki perabot
dan alatan. Dengan itu kawasan persekitaran menjadi lebih selesa,
ceria dan kondusif.

Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong sangat penting untuk


diamalkan oleh setiap orang.
Faedah Amalan Menabung
 Menyediakan duit Ketika kecemasan
 Membeli alat tulis
 Membeli barang keperluan
 Membantu ibu bapa
 Menggunakan duit tabungan untuk belajar di kolej.
 Membeli hadiah untuk ibu bapa.

Kepentingan air kepada manusia


 Sumber air untuk tujuan minuman
 Keperluan domestik (membasuh, mandi )
 Air sebagai habitat hidupan di sungai,laut dan tasik.
 Air dapat mengimbangi suhu badan.

Anda mungkin juga menyukai