Anda di halaman 1dari 15

VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MISI

Membangun potensi individu melalui pendidikan


berkualiti.

1
KERTAS KERJA :
KE ARAH PENGKOMPUTERAN (PENGAUTOMASIAN)
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK RKT SRI LEDANG

oleh;

PN.SITI ROSNAH BT SELAMAT


Guru Perpustakaan dan Media

Pendahuluan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK RKT Sri Ledang telah diwujudkan sejak sekolah ini mempunyai
bangunannya sendiri. Kini PSS memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu
para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Matlamat

Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk menaikkan taraf PSS sekolah tradisional
kepada Pusat Sumber Berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di
sekolah.

2
Objektif

Objektif pengautomasian PSS adalah untuk:

1. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan organisasi bahan PSS dari segi perolehan
bahan, pengkatalogan, sirkulasi dan perkhidmatan pengguna.
2. Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan pengurusan PSS dari aspek pengurusan
sumber manusia, pembangunan prasarana, perkakasan dan peralatan.

3. Menggalakkan perkembangan literasi komputer dan teknologi maklumat di kalangan


kakitangan sekolah dan warga sekolah.

4. Memudahkan urusan mengakses maklumat atau data koleksi PSS.

5. Memudahkan pengurusan analisis data dan penilaian PSS.

Rasional

Masalah utama sistem manual semasa ialah pengkatalogan. Sebelum proses pengkatalogan, PSS
perlu menghadapi masalah pengemaskinian buku rekod perolehan buku dan bahan bukan buku.
Banyak borang dan butir-butir terpaksa dicatat dalam buku-buku tersebut. Selain itu, terdapat
masalah hinggakan dalam pengkatalogan buku-buku dan bahan bantu mengajar. Ini kerana proses
pengkatalogan buku dan bahan bantu mengajar mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak.
Misalnya, nombor panggilan untuk setiap buku terpaksa ditentukan dengan menggunakan sistem
pengelasan Perpuluhan Dewey. Selain itu, butir-butir bibliografi termasuk trasing perlu dicatat dalam
satu slip kerja. Seterusnya, kad-kad katalog akan ditaip. Selain itu, satu kad senarai rak juga perlu
disediakan untuk setiap judul. Semua kad katalog yang telah disediakan akan disusun mengikut
abjad dalam satu kabinet secara terpisah. Tambahan pula, guru-guru PSS terpaksa mengajar di
kelas dan tidak dapat menyelesaikan tunggakan buku-buku pada masa yang ditetapkan. Ekoran
daripada tunggakan itu, pengguna-pengguna PSS tidak mendapat mengesan dengan cepat dan tepat

3
koleksi PSS.

Selain itu, wujud masalah sirkulasi dimana peminjam yang lambat memulangkan buku tidak
diingatkan dengan cepat kerana kerja mengenalpasti mereka mengambil masa dan proses
peringatan agak rumit dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan.

Tambahan pula, ada peminjam yang memberi alasan bahawa buku pinjaman mereka telah
dipulangkan tetapi tidak tercatat. Memandangkan wujudnya pelbagai masalah dalam pengurusan
PSS adalah wajar diautomasikan PSS demi kebaikan semua pihak supaya PSS dapat memainkan
peranan yang lebih berkesan sebagai pusat maklumat untuk menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Jawatankuasa

Penasihat En Abdul Ghafar b Hj Kassim


Guru Besar
Pengerusi
Tn.Hj Ismail b Abd Hamid
Penolong Kanan Kurikulum

Pn.Hjh Maznah bt hj.Ali Othman


Penolong Kanan HEM

Pn. Helen Murni bt Sulaiman


Penolong Kanan Kokurikulum

Pengurus Program/ Siti Rosnah binti Selamat


Guru Perpustakaan dan Media
(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)

Setiausaha Pn. Norzamrina bt Sapiai


Guru perpustakaan.

4
Ahli Jawatankuasa Semua Ketua Panitia

Kumpulan Sasaran
Semua pengguna perpustakaan sekolah, iaitu staf dan pelajar-pelajar.

Strategi

Beberapa persediaan adalah perlu dalam perancangan pengkomputeran perpustakaan. Persediaan


ini merangkumi peruntukan kewangan, perlantikan penyelaras projek, persediaan kakitangan,
penyediaan tempat dan perhatian dan tindakan terhadap rekod-rekod perpustakaan.

i.Kewangan

Persediaan utama dan terpenting dalam projek pengkomputeraan perpustakaan ialah kewangan.
Selain daripada peruntukan kewangan untuk memperolehi sistem komputer asas, peruntukan
kewangan lain juga perlu disediakan untuk membiayai kos-kos lain seperti: kos permulaan
retrospektif, kos penyenggaraan, pemasangan kabel eletrik, peralatan sampingan dan perabot, pita
magnetik, kabel kod palang, alat pembaca label kod palang dan sebagainya. Pemerolehan sistem
komputer bukanlah merupakan pembelian satu kali, bahkan melibatkan perbelanjaan dari masa ke
semasa.

ii. Penyelaras Projek

Perkara kedua yang dianggap penting ialah menyediakan kakitangan. Sama ada sesuatu
perpustakaan itu merancang untuk melaksanakan sistem yang kecil atau yang besar adalah
mustahak untuk melantik seorang penyelaras projek sepenuh masa. Beliau perlu memberi sepenuh
perhatian kepada beberapa fasa projek dan beliaulah yang mengambil perhatian terhadap perkara-
perkara bersangkutan dengan pentadbiran dan teknikal, memastikan aktiviti-aktiviti mengikut jadual
5
dan seterusnya bertanggungjawab untuk melatih kakitangan kelak.

iii. Persediaan Guru

Sistem perpustakaan berkomputer melibatkan pembelian dalam proses-proses dan perjalanan kerja
dan sudah semestinya memberi kesan kepada kakitangan. Dari itu persediaan terhadap kakitangan
harus diambilkira. Semua kakitangan hendaklah dimaklumkan tentang rancangan pengkomputeran
dan memberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku. Mereka juga harus diberitahu bagaimana
sistem baru ini akan memberi kesan kepada perjalanan kerja di perpustakaan dan bagaimana
hubungannya dengan kerja masing-masing. Di samping itu, pendedahan awal terhadap komputer
dan pengetahuan asas mengenainya bukan lagi masalah bagi mereka. Menghadiri kursus-kursus
pengenalan komputer menjadi satu langkah penting ke arah ini, kerana penghargaan terhadap
komputer dan pembiasaan diri dengannya akan membantu kakitangan untuk lebih bersedia dalam
menghadapi sistem baru kelak terutamanya Pengawas Pusat Sumber.

iv. Penyediaan Tempat

Satu aspek yang harus diselesaikan sebelum sistem perpustakaan dipasang dan dilaksanakan ialah
penyediaan tempat. Aspek ini meliputi:-

 Kemudahan hubungan dalam talian dan


 Ruang kerja

v. Rekod-Rekod Perpustakaan

Beberapa persedian boleh dibuat terhadap rekod-rekod perpustakaan yang terlibat secara langsung
dalam projek komputer. Rekod-rekod yang dimaksudkan meliputi rekod pembekalan, peruntukan,

6
kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna.

Keterangan Projek

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan telah bertambah dengan pantas seiring dengan
perkembangan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan dari segi saiz dan kerumitan
operasi perpustakaan. Lantaran itu kebanyakan pengurus perpustakaan memerlukan sistem yang
efektif untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengurusan yang berkesan adalah dari maklumat
yang baik, dalam ertikata pengurusan sebagai fungsi interpretasi maklumat untuk membuat
keputusan.

Oleh itu sistem automasi (menggunakan komputer) bukan sahaja berkeupayaan menguruskan data
harian tetapi juga berkeupayaan mengurus dan memberikan maklumat kepada pihak pengurusan.

Pengautomasian PSS ialah penggunaan komputer untuk melaksanakan operasi-operasi asas


pemprosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehan dan pengkatalogan serta fungsi sirkulasi bahan-
bahan yang sebelum ini dikendalikan secara manual oleh kakitangan PSS. Dengan itu,
pengautomasian PSS berlaku apabila wujud proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komputer dengan sumber pengurusan dan pentadbiran PSS. Proses ini kemudiannya akan
melibatkan pengintegrasian teknologi maklumat dengan sumber pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar sekolah ke arah pusat sumber berelektronik yang semestinya dapat meningkatkan
kecemerlangan dan mutu pendidikan di sekolah.

Jadual Pelaksanaan
Awal Mei 2012

Pengautomasian PSS dijangka mengambil tempoh 1 tahun , berikutan jumlah koleksi buku yang
terdapat pada masa kini lebih 5000 buah buku fiksyen dan bukan fiksyen. Manakala jumlah ABM juga
banyak dalam simpanan yang kurang sistematik.

Bahan / Sumber Yang Diperlukan

 Sebuah PC – Pentium 4, 2.80 GHz, sekurang-kurangnya 20 GB


ruang “hard disk” dan 256 MB RAM, Windows XP:
 Pencetak
7
 Perisian Sistem Automasi PSS.

 USB wifi dogger.

Kewangan

 Menggunakan peruntukan PSS.


 Memohon peruntukan daripada PIBG sekolah.
 Sumbangan peribadi.

Perbelanjaan.

1. 1 set komputer = RM 1700.00


2. Pencetak Canon = RM 400.00
3. USB Wifi Dogger = RM 150.00
4. Ps-SENTRAL System ( Automasi Pusat Sumber ) = RM 750.00
JUMLAH = RM 3000.00

Pengenalan sistem Automasi yang dipilih.

Nama sistem : ps-SENTRAL System (Automasi Pusat Sumber)


Nama syarikat : BIOS ONE SDN BHD
579 Jalan Nusari Bayu 2/5, Taman Nusari Bayu 1, Bandar Seri Sendayan,
71900 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel:06-7752985 / 03-91715575 Faks:03-91711984
Email: sale@biosone.tarantula.my
Website: http://btp.tarantula.my

8
Kelebihan sistem ps-SENTRAL ( Automasi Pusat Sumber ):
Antara kelebihan melanggan system automasi ps-SENTRAL adalah:-
5. Data selamat dan dijaga dengan rapi oleh kami. Proses backup adalah realtime. Tidak perlu risau
PC rosak atau kena serangan virus kerana data pss anda disimpan di server tarantula.
6. Tidak memerlukan peralatan yang mahal. PC/Notebook, printer sediada di sekolah sudah
memadai asalkan boleh membuat capaian internet.

7. Khidmat sokongan 24x7. Termasuk hari cuti, siang dan malam. Jika ada pertukaran GPM hanya
perlu inform kami dan kami akan hubungi GPM yang baru untuk sesi latihan semula.

8. Menjimatkan kos. Kad ahli boleh cetak sendiri. Pilih format-format yang telah disediakan atau
upload rekabentuk kad pss. Cetak kad ahli ke mana-mana printer yang ada di sekolah anda. Kos
cetak kad sendiri kurang daripada RM0.20 per ahli. Boleh caj kad keahlian kepada pelajar.
Kebanyakan sekolah mengenakan caj RM2.50-RM3.00 kepada pelajar. Jualan kad pss boleh
menambah tabung pss.

9. Label barcode dan tulang hanya perlu dicetak menggunakan printer yang ada di sekolah di atas
kertas sticker yang dibekalkan dan ditampal pada bahan/buku. Proses teknik melabel bahan
menjadi mudah, jimat dan seragam.

10. Perkongsian bahan dengan pss lain di seluruh Malaysa. Pengkatalogan jadi mudah dan
cepat. Hanya perlu scan ISBN(atau masukkan judul bahan jika tiada ISBN), salin dan simpan.
Semudah ABC.

11. Tidak perlu isi rekod perolehan manual dan isi slip kerja manual. Hanya cetak rekod
perolehan dan slip kerja daripada system.

12. Analisi bahan disediakan.

13. Peminjaman/pemulangan buku oleh pelajar akan kemaskini rekod bacaan i-NILAM secara
automatik.

14. Murid i-NILAM secara automatic menjadi ahli ps-SENTRAL.

15. Jumlah koleksi ditentukan secara automatik dan nisbah buku terhadap murid dalam iQ-PSS

9
dikira secara automatic.

16. Denda lewat pulang dikira secara automatik. Boleh rekod bayaran denda atau
hapuskira/kurangkan bayaran dan cetak resit bayaran.

17. Jumlah koleksi boleh direkodkan tidak terhad. Jumlah pengguna sistem juga tidak terhad.
Boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

18. Disediakan Pengkelasan DEWEY secara online.

19. Berasaskan piawai Pusat Sumber Malaysia. Dibangunkan dengan kerjasama BTP dan
diperakui oleh BTP.

20. Free upgrade lebih banyak fungsi akan diperkenalkan seperti pengurusan kewangan pss.

21. Free conversion daripada sistem lama ke ps-SENTRAL.

10
11
12
Penutup
Dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan pentadbiran dan juga
urusan perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Beban
kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat dikurangkan dan
kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik.

Diharap juga sistem ini mendapat persetujuan dan sokongan daripada semua pihak pentadbiran dan
juga warga sekolah. Semoga sistem ini juga dapat menarik minat semua murid untuk membina
budaya membaca seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih sistematik dan
kondusif.

13
Disediakan oleh:

………………………………….
(PN SITI ROSNAH BT SELAMAT )
Guru Penyelaras Media.

Disemak oleh;

..............................................................
( TN.HJ ISMAIL B. ABD HAMID )
Guru Penolong Kanan 1,
14
Disahkan oleh ;

..............................................................
( EN.ABD GHAFAR BIN HJ.KASIM )
Guru Besar,
SK RKT Sri Ledang.

15

Anda mungkin juga menyukai