Anda di halaman 1dari 16

TENDER

Jenis-Jenis Perbezaan Kelebihan & Kelemahan Contoh- Kandungan 0leh: Sabri Mohammad Noor 5A

Jenis Tender
Tender Terbuka (Open Tender) y Tender Terhad (Limited Tender) y Tender Terpilih (Selected Tender) y Tender Perundingan (Negotiation Tender) y Tender Prakelayakan (PreQualification Tender)
y

Tender Terbuka (Open Tender)


Tender terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor dan kebiasaannya kontraktor yang menawarkan harga terendah akan dipilih. Klien akan mengiklankan notis dalam media bagi mempelawa kontraktor membuat tawaran harga ke atas projek yang dicadangkan.Kontraktor membuat penawaran harga berdasarkan jumlah anggaran kasar kos pembinaan yang perlu dilaksanakan. Klien mungkin menerima banyak harga tawaran sekiranya ramai kontraktor yang menyertai tender. Klien membuat pemilihan kontraktor yang layak berdasarkan harga yang sesuai dan munasabah.

Kelebihan & Kelemahan


Kelebihan


Kelemahan


Memberi peluang kepada kontraktor yang baru mendaftar atau tiada pengalaman. Klien dapat memilih harga tawaran yang terendah tetapi munasabah. Sesuai untuk kos pembinaan yang rendah atau sederhana, bentuk pembinaan tidak sukar dan tidak memerlukan pengalaman atau kelayakan yang khusus.

Proses penyediaan tender mengambil masa yang lama, oleh itu tidak sesuai untuk kerja yang perlu disiapkan segera. Risiko yang tinggi terhadap penerimaan sebut harga terendah. Tiada galakan terhadap penggunaan peralatan dan teknik terkini. Kesukaran dalam proses pemilihan kontraktor, kerana penyertaan terlalu ramai.

Tender Terhad (Limited Tender)


Tender terhad dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender kelas kelayakan kontraktor diperoleh semasa syarikat kontraktor didaftarkan kontraktor perlu mendaftarkan syarikatnya dengan pusat khidmat kontrakt(PKK) atau lembaga pembangunan industri binaan (CIDB). kelas kelayakan kontraktor berasaskan kepada had kewangan syarikat kontraktor yang telah mendaftar layak memasuki tawaran projek kerajaan berdasarkan had kewangan atau kelas kelayakan sewaktu pendaftaran ini. y Jadual 1 menunjukkan kelas pendaftaran kontraktor mengikut kelayakan kewangan. Dalam tender terhad, klien mempelawakan tawaran secara terbuka tetapi terhad kepada kontraktor di dalam kelas tertentu, misalnya kontraktor kelas BX bagi yang mendaftar dengan PKK projek yang ditawarkan bernilai RM1 000 001 hingga RM4 000 000.
y

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB)

Kelas
A B BX C D E EX F

Had Kewangan (RM)


4 000 001 ke atas 2 000 001 ke 8 000 000 1 000 001 ke 4 000 000 750 001 ke 2 000 000 150 001 ke 750 000 100 001 ke 350 000 50 001 ke 150 000 100 000 ke bawah

Kelas
I II III IV V VI -

Had Kewangan (RM)


50 001 ke atas 1 000 001 ke bawah 500 001 ke bawah 150 001 ke bawah 50 001 ke bawah 20 001 ke bawah

Jadual 1

Kelebihan & Kelemahan


Kelebihan


Kelemahan


Jumlah yang menyertai tawaran adalah terhad kepada kelas tertentu maka proses pemilihan lebih cepat.

Kontraktor mahir atau pakar daripada kelas lain tidak diberi peluang memasuki tender ini. Kuantiti kontraktor yang masuk yang menawarkan tawaran harga serta sebut harga adalah kurang berbanding dengan tender terbuka.

Memberi peluang kepada kontraktor untuk bersaing secara adil dengan kontraktor yang sama kelas atau sama kategori dengannya. Klien akan memperoleh binaan yang berkualiti jika kontraktor yang dipilih benar-benar berpengalaman luas.

Tender Terpilih (Selected Tender) (Selected


Tender Terpilih hanya dikemukakan kepada beberapa kontraktor yang telah dipilih oleh klien. Persaingan merebut tawaran hanya berlaku di kalangan kontraktor yang dipilih menyertai tender. Klien biasanya memilih kontraktor untuk menyertai tender terpilih kerana kontraktor berkenaan mempunyai kepakarandan pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang kerja.

Kelebihan & Kelemahan


Kelebihan


Kelemahan


Kontraktor adalah yang terpilih dikalangan lain-lain kontraktor antara 5-10 orang sahaja. Klien lebih yakin mendapat hasil kerja yang berkualiti berdasarkan pengalaman dan prestasi kerja kontraktor. Organisasi dan peralatan kontraktor yang dipilih adalah mantap. Proses pemilihan lebih cepat kerana jumlah penyertaan kontraktor adalah kecil.

Tawaran yang diperoleh terhad dan menutup peluang kepada kontraktor yang tidak terpilih. Pertandingan merebut tawaran berkurangan kerana tidak ramai kontraktor yang memasuki tender. Kemungkinan berlaku pakatan harga tawaran dikalangan kontraktor yang terpilih. Kontraktor baru yang belum berpengalaman tidak mendapat peluang untuk mendapat tawaran.

Tender Perundingan (Negotiation Tender)


Tender perundingan ialah tawaran yang dipelawakan kepada kontraktor yang telah dikenal pasti oleh klien dengan berpandukan kepakaran, pengalaman dan rekod kerja yang baik. Klien akan memilih kontraktor berdasarkan perundingan ini dan borang tender akan diberikan kepada kontraktor. Tender perundingan mempunyai kebaikannya. Contohnya kontraktor telah menyiapkan projek yang serupa dengan sempurna sebelum ini, maka masa dan usaha dapat dijimatkan sekiranya tawaran baru dirundingkan terus dengan kontraktor tersebut atas syarat yang sama.

Kelebihan & Kelemahan


Kelebihan


Kelemahan


Kontraktor yang terpilih menyertai tawaran mempunyai kemampuan menjalankan projek dengan hasil kerja yang berkualiti. Kontraktor yang terpilih juga mempunyai banyak pengalaman dankemahiran kerja. Proses tawaran lebih mudah dan cepat kerana tidak perlu pengiklanan.

Menutup peluang kontraktor lain yang tidak dipelawa secara perundingan oleh klien. Persaingan menyediakan harga tawaran adalah terhad dan tiada banyak pilihan. Klien menerima harga tawaran yang tinggi daripada kontraktor kerana kurang persaingan.

Tender Prakelayakan (Pre-Qualification Tender) PreTender prakelayakan dibuat oleh klien kepada kontraktor sebelum kenyataan tawaran diiklankan. Kontraktor yang mendapat pelawaan awal ini dikehendaki mengisi borang prakelayakan dan mengembalikan borang tersebutkepada klien. Penilaian dibuat berdasarkan syarat yang ditentukan oleh klien.Tujuannya supaya klien dapat mengetahui keupayaan, latar belakang dan rekod kerja kontraktor.

Tender prakelayakan dibuat untuk projek pembinaan yang mempunyai ciri pembinaan yang kompleks serta memerlukan kepakaran khusus. Projek jenis ini sukar dilaksanakan oleh kontraktor biasa. Tender prakelayakan bertujuan memastikan hanya kontraktor yang layak sahaja dipelawa memasuki tawaran. Susunan sistem tender prakelayakan serupa dengan susunan tender terbuka kerana iklan kenyataan tawaran (notis tender) dimaklumkan kepada semua kontraktor.

Syarat Yang Perlu Dimiliki


Pengalaman yang luas y Kemahiran dalam bidang berkaitan dengan projek y Kepakaran dalam kerja y Mempunyai modal kewangan yang besar y Mahir dalam penggunaan teknik pembinaan tertentu
y

Kelebihan & Kelemahan


Kelebihan  Klien dapat memilih kontraktor yang layak dengan tepat kerana semua kontraktor yang menyertai tawaran telah melalui proses saringan pada peringkat prakelayakan.  Membolehkan klien memperoleh kontraktor yang berkelayakan dari segi pengalaman, keupayaan dan rekod kerja yang baik. Kelemahan  Memerlukan proses saringan dan kos pengiklanan pada peringkat prakelayakan, oleh itu proses menjadi lebih panjang.  Tawaran yang diterima mungkin tinggi kerana kontraktor yang layak sedikit bilangannya.

Tender Terbuka (Open Tender)


Tender terbuka ditawarkan kepada semua kontraktor dan kebiasaannya kontraktor yang menawarkan harga terendah akan dipilih.

Tender Terpilih (Selected Tender)


Tender Terpilih hanya dikemukakan kepada beberapa kontraktor yang telah dipilih oleh klien.

Tender Terhad (Limited Tender)


Tender terhad dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender kelas kelayakan kontraktor diperoleh semasa syarikat kontraktor didaftarkan kontraktor perlu mendaftarkan syarikatnya dengan pusat khidmat kontrakt(PKK) atau lembaga pembangunan industri binaan (CIDB).

Tender Perundingan (Negotiation Tender) Tender perundingan ialah tawaran yang dipelawakan kepada kontraktor yang telah dikenal pasti oleh klien dengan berpandukan kepakaran, pengalaman dan rekod kerja yang baik. Tender Prakelayakan (Pre-Qualification Tender)
Tender prakelayakan dibuat oleh klien kepada kontraktor sebelum kenyataan tawaran diiklankan.

Perbezaan Bagi Setiap Tender

Anda mungkin juga menyukai