Anda di halaman 1dari 22

BBM 3206 SEMANTIK

SESI BERSEMUKA KEDUA

Konsep Keperihalan Keadaan


Konsep ini diperkenalkan oleh Malinowski (1923) dan diperluaskan oleh Firth (1957) dalam bidang linguistik khususnya semantik yang menekankan peranan konteks. Makna konteks: makna sesuatu perkataan @ ayat apabila diucapkan dalam konteks situasi pertuturan yang tertentu.

Menurut konsep keperihalan keadaan, makna dilihat berdasarkan konteks tertentu dalam pelbagai peringkat struktur bahasa: Fonologi Morfologi Leksikal Intonasi ayat

3 Faktor dalam keperihalan keadaan: 1. Para peserta (pengambil bahagian) dalam pertuturan. 2. Perkara yang diperkatakan. 3. Kesan daripada pertuturan.

Makna Gramatikal
Kata dasar jati : kata dasar yang boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna. Kata dasar semu : kata dasar yang tidak mempunyai makna tetapi mengandungi makna, iaitu kata tersebut hanya mempunyai makna apabila digabungkan dengan imbuhan @ perkataan lain.

Makna gramatikal : makna yang terkandung dalam imbuhan apabila digabungkan dengan kata dasar. Misalnya akhiran kan dalam perkataan dewakan bermakna menganggap sebagai

Makna Awalan Pe(N) Pe(N) dengan kata nama: pekedai = orang yang memiliki kedai Pe(N)- dengan kata kerja: penulis = orang yang menulis (pelaku) pelatih = orang yang dilatih (penderita) pengorek= alat untuk mengorek (alat)

penapis = alat untuk menapis @ orang yang menapis (filem) (gabungan pelaku dan alat) penyakit = benda yang menyebabkan sakit (penyebab) penjahit = hasil perbuatan menjahit (hasil perbuatan)

Makna Awalan Me(N) Me(N)- dengan kata kerja: mendukung = melakukan perbuatan dukung ( melakukan @ membuat) Me(N)- dengan kata sifat: membesar = menjadi besar (menjadi)

Me(N)- dengan kata nama: membatu = menjadi seperti batu (menjadi seperti) menjeruk = menjadikan sebagai jeruk (menjadikan sebagai) menggunting = menjadikan gunting sebagai alat (menjadikan sbg alat)

mendamar

= mencari damar (mencari, mengumpulkan) menyeberang = menuju seberang (pergi ke, menuju) mengaduh = mengeluarkan bunyi aduh (mengeluarkan bunyi) mengupah = memberi upah (memberi@ mengenakan)

Denotasi dan Konotasi


Denotasi: makna umum, makna kamus @ makna leksikal yang mudah di kenal pasti kerana bersifat umum dan objektif. Konotasi: Makna pemikiran @ nilai rasa sebagai makna tambahan yang mungkin sesuai @ tidak sesuai dengan makna sebenarnya.

Makna Leksikal
Makna leksikal: makna yang terdapat dalam kamus @ makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Misalnya: lari, rumah, putih dsb.

kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu

Kelompok kata : makna dalam

Kata paduan : dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

Kata gabungan : dua @ lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu, misalnya mahasiswa,mahaputera, maharaja, bumiputera, dsb.

Makna Ayat
Makna tersurat : makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Misalnya,

Burung itu hinggap di ranting pokok.

Makna terselindung : makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali, kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi

Makna tersirat : makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Paradigmatik dan Sintagmatik


Hubungan paradigmatik : keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui pertentangan @ penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit lain yang serupa.

Hubungan sintagmatik: keadaan yang diperoleh oleh sesuatu unit linguistik kerana ia hadir bersama dengan unit-unit lain yang serupa. Dalam contoh sebuah pintu merah dengan sebuah pintu kuning, merah dan kuning berhubungan secara paradigmatik, manakala setiap satunya (merah dan kuning) berhubungan secara sintagmatik dengan pintu.

Selamat menduduki peperiksaan akhir.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai