Anda di halaman 1dari 34

INSTITUT PERGURUAN TENGKU

AMPUAN AFZAN

TASAWWUR ISLAM
PENGENALAN , KONSEP
RABBANI DAN
NUBUWWAH .

 Islam sebagai Rabbani atau agama


ketuhanan .
PENGENALAN
 Islam sebagai Rabbani atau agama ketuhanan
membawa maksud Islam berhubung dengan Allah
SWT .
 Segala hukum , konsep , prinsip , nilai dan neraca
yang terdapat dalam agama Islam adalah daripada
Allah SWT .
 Manusia hanya berperanan untuk menyesuaikan diri
dengan Islam dan melaksanakannya sahaja .
 Seseorang itu disebut Rabbani apabila dia
mempunyai hubungan dengan Allah SWT , arif
tentang agama dan kitab Allah SWT serta
mengajarkannya .
PRINSIP UTAMA YANG
MENDASARI SIFAT RABBANI .

Islam adalah agama Allah Islam merupakan satu pegangan yang jitu
bukan agama manusia . yang bersih dari sebarang kekurangan .

Allah SWT pemilik mutlak


segala yang ada di bumi dan di langit . Allah sahaja yang mencipta
Seluruh makhluk sama ada hukum-hakam dan peraturan
di langit atau di bumi semuanya hidup kepada makhluk-Nya .
milik Allah SWT secra mutlak
KONSEP ALAM
KEHIDUPAN DAN
KEMATIAN
PENGENALAN

 Dr Abdul Halim EL Muhammady dalam tulisannya bertajuk


Tasawwur Islam mengatakan bahawa alam yang terbentang di
hadapan kita dalam pelbagai bentuk dan rupa serta penuh
dengan keunikan kejadiannya adalah milik Allah SWT yang
mencipta termasuk diri manusia itu sendiri .
 Allah SWT tidak pernah memberi hak milik secara mutlak
tetapi yang diberika hanya untuk kemudahan menggunakan
dan memanfaatkan bahan-bahan ciptaan-Nya untuk faedah
manusia .
ALAM CIPTAAN ALLAH SWT.

 Alam serta isinya termasuk langit dan bumi dan


segala isi kandungannya iaitu bintang , matahari , dan
segala planet lain dan sebagainya begitu juga
manusia , haiwan , tumbuh – tumbuhan , gunung –
ganang dan berbagai – bagai lagi semuanya Allah
SWT secara mutlak .
 Manusia ciptaan Allah SWT tidak mampu mencipta
sesuatu daripada ciptaan Allah SWT sekalipun semua
manusia bersepakat untuk menciptanya .
KEJADIAN MANUSIA

 Alam tempat kita hidup dan membangun ini telah diciptakan


Allah SWT , begitu juga manusia adalah ciptaan Allah SWT .
 Allah SWT menciptakan manusia daripada tanah , kemudian
daripada air mani hasil percampuran benih lelaki dan benih
perempuan .
 Allah SWT mengurniakan nikmat kepada manusia , iaitu
nikmat zahir dan batin supaya manusia bersyukur kepada
Allah SWT dengan nikmat kurnian- Nya .
URUTAN KEJADIAN MANUSIA

Sperma dan ovum


bercampur selama
40 hari

Menjadi segumpal daging


iaitu Alaqah ( janin )

Pembentukan tulang dan daging

Allah tiupkan roh ketika 4 bulan


di dalam kandungan

Apabila genap 9 bulan , bayi dilahirkan


ke dunia untuk menjadi khalifah Allah
 Allah SWT menciptakan makhluknya secara
berpasangan , tumbuh-tumbuhan , haiwan , manusia
yang kita ketahui dan yang kita tidak ketahui .
 Allah SWT juga mencipta malam dan siang , gelap
dan terang , bulan dan matahari serta bintang dan
tumbuhan yang melata dan tidak melata .
 Allah SWT juga mencipta siang untuk manusia
mencari nafkah kehidupan dan menciptakan malam
silih berganti supaya manusia dapat beristirahat .
 Allah SWT yang mentakdirkan bagi setiap yang bernafas atau
bernyawa akan menemui mati dan mentakdirkan kepada
manusia bahawa selepas mati , manusia akan dibangkitkan
semula dan dihimpunkan semula ke alam mahsyar untuk
memberi balasan yang setimpal di atas kerja-kerja yang telah
dilakukan oleh manusia didunia ini iaitu baik atau jahat .
Biasanya baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat .

 Firman : Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan


hidup ( keatasmu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan
kamu , siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya , dan
Dia Maha Kuasa ( membalas amal kamu ) lagi Maha
Pengampun ( bagi oarang yang bertaubat )
ALLAH MENCIPTA ALAM INI UNTUK
KEPENTINGAN MANUSIA
 Allah SWT mencipta alam ini untuk manusia
mengambil manfaat daripadanya dan memberi
kebebasan kepada manusia melakukan apa sahaja
daripada alam ini berdasarkan syariat Allah SWT

 Firman : Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah


SWT telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa
yang ada di langit dan apa yang ada du bumi , dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang
zahir dan yang batin .
( suroh Luqman :20 )
 Allah telah memberi kemudahan untuk manusia segala
sesuatu yang ada di langit dan di bumi , di darat dan di lautan .

 Awan = Berkhidmat kepada manusia kerana membawa air


lalu diturunkan semula ke bumi dalam bentuk hujan yang
boleh menyebabkan tumbuhan biji-bijian dan buah-buahan
menjadi rezeki kepada manusia.

 Lautan dan sungai = Sumber pemakanan manusia . Jalan


perhubungan daripada sesebuah negara ke negara lain .

 Matahari dan bulan = umber tenaga dan cahaya


KONSEP
KEMATIAN
Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad
zahir batin , perpisahan antara keduanya , atau
penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan
lain . Mati berbeza dengan tidur kerana tidur
berupaya terputusnya roh buat sementara dengan
hubungan-hubungan lahiriah .

Allah yang menggengam roh pada saat tiba ajalnya,


iaitu pada saat tidak adanya hidup , jiwa dan
gerakannya . Allah juga yang menggengam roh yang
belum datang masa ajalnya di saat dia sedang tidur .
Roh tidak lagi mempunyai kemampuan untuk
membezakan dan merasakan sekalipun secara batin .
 Kita menyedari bahawa 2 perkara yang terpaksa
dialami pleh setiap manusia ialah mati dan keduanya
ialah bahawa sesudah mati itu akan dihidupkan
kembali ke alam akhirat . Kematian ialah satu perkara
yang pasti berlaku pada setiap orang yang bernyawa .

Firman : “ Di mana jua kamu berada , mati akan


mendapatkan kamu ( bila sampai ajalnya ) sekalipun
kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi
kukuh” .
ALAM YANG AKAN DITEMPUHI OLEH MANUSIA

ALAM ROH – ALAM RAHIM – ALAM DUNIA –


ALAM BARZAKH – ALAM AKHIRAT

 Matimerupakan hakikat yang pasti ditempuh oleh setiap


manusia apabila sampai masa ajalnya . Manusia kan menerima
balasan yang setimpal di sisi Allah SWT di akhirat si atas
segala amalan yang yang dikerjakan di dunia ini , jika baik
maka baiklah balasannya jika jaht maka jahatlah balasannya.
• Persaudaraan ialah persaudaraan yang terjalin antara
seorang dengan seseorang.
• dalam bentuk hubungan darah, sosial atau bangsa
• persaudaraan terbentuk dalam semua ikatan
• persaudaraan Islam ialah universal iaitu tiada perkauman
dan tidak terbatas dalam lingkungn geografi.
• berasaskan kepada agama ALLAH S.W.T dan akidah yang
satu
• ikatan persaudaraan dalam Islam ialah ikatan yang tebit
daripada syahadat dan berasaskan kepada Nabi Muhammad
S.A.W.
PERSAUDARAAN ATAU UKHUWAH
ISLAM

• Bahasa : terjemahan dari perkataan Arab ‘ukhuwah’


(sahabat,teman,saudara)
• istilah : dilihat dari dua sudut iaitu dari kaca mata Al-
Quran dan hadis.
•Dalam Al-Quran, persaudaraan ialah perasaan kasih
sayang,tolong-menolong,bertolak - ansur dan cinta-
mencintai sesama umat Islam.
• dalam hadis pula, lebih kurang sama dengan apa yang
dijelaskan oleh ALLAH S.W.T
KONSEP UKHUWAH
• Merupakan persaudaraan tanpa mengira negara, bangsa,
keturunan, warna kulit dan sebagainya.
• persaudaraan itu wajib dijalinkan asalkan bergelar manusia.
• ahli-ahli ulama tetap berpegang teguh kepada dalil untuk
membuktikan bahawa konsep persaudaraan ialah
berasaskan kepada akidah
• mereka menjadikan ayat Al-Quran sebagai dalil firman
ALLAH SWT dalam surah Al-Hasyr.ayat 9
ASAS PERSAUDARAAN
ISLAM
1. Berpegang kepada agama ALLAH SWT
Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Dan berpegang teguhlah sekalian kepada tali ALLAH dan janganlah kamu
bercerai-berai” SURAH AL-IMRAN:103

2. Berdamai antara dua golongan yang bersengketa


Firman ALLAH SWT bermaksud :

“ Dan jika dua puak antara orang yang beriman berperang, maka
damaikanlah antara keduanya, jika satu daripadanya berlaku zalim
terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia
kembali mematuhi perintah ALLAH,jika dia kembali patuh ,maka
damaikanlah antara keduanya dengan adil serta berlaku adillah
kamu,sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang adil”
TAUHID ASAS
PERSAUDARAAN
• Asas dalam membebaskan manusia dan menyebabkan lahir
rasa kekuatan dan kemuliaannya, maka tauhid juga asas
menetap dan mewujudkan persaudaraan serta persamaan di
kalangan manusia.
• Persaudaraan tidak akan tercapai jika dalam kehidupan
manusia masih wujud manusia yang menjadi hamba kepada
orang lain.
• Apabila manusia dikira sebagai hamba ALLAH, maka ia
menjadi punca persaudaraan sesama manusia.
• doa-doa nabi Muhammad setelah solat, mempunyai kaitan
tersendiri.
• pengisytiharan ukhuwah sesama manusia secara
menyeluruh ialah berdasarkan kepada dua pengakuan iaitu :
IKATAN UKHUWAH
• Ikatan yang erat dapt dilihat dalam bentuk persaudaraan
sesama mukmin . Firman ALLAH SWT bermaksud :
“Bandingan orang mukmin pada ikatan kasih mengasihi,cinta mencintai
umpama satu badan yang apabila suatu anggota sakit, nescaya anggota yang lain
berasa sama yang menyebabkan dia berjaga malam dan demam”

• Dalam hubungan ini, syariat Islam mengajar umatnya


memelihara perasaan saudara yang lain bagi mengelakkan
timbul rasa benci-membenci yang boleh membawa kepada
perpecahan sesama sendiri.
• Untuk menjamin kearah mencapai ukhuwah yang sebenar
supaya menjadi satu kenyataan, umat Islam hendaklah
berpegang teguh dengan konsep persaudaraan Islam
KONSEP ILMU DAN
IHSAN
Konsep ilmu dalam islam
 Dalam Islam,ilmu dibahagikan kepada 2 iaitu :
(a) fardu ain – ilmu yang diwajibkan ke atas Muslim yang akil baligh untuk
mempelajari dan mengamalkan
contoh : ilmu yang berkaitan dengan akidah,syariat, dan akhlak
( b) fardu kifayah – ilmu yang wajib dipelajari oleh masyarakat Islam secara
kolektif
contoh : ilmu perubatan, ilmu matematik, ilmu perusahaan ,ilmu
pertukangan,ilmu sahsiah dan lain-lain lagi.

Tuntutan berilmu
 Allah S.W.T menurunkan peraturan-peraturan khusus untuk melaksanakan
satu-satu amalan.Peraturan-peraturan ini perlu diketahui dan dipelajari kerana
ilmu merupakan satu pengetahuan,pengalaman yang diberi oleh Allah S.W.T
setelah melalui proses seperti pembelajaran,pengalaman,latihan dan
sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”

Sabdanya lagi yang bermaksud :

“Tuntutlah ilmu semenjak dari buaian”

 Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap manusia.Oleh


itu,menjadi kewajipan kepada mereka yang berilmu supaya menyampaikan
ilmu kepada umat seluruhnya.
 Wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
ialah wahyu yang menyuruh Baginda membaca dengan nama
Tuhannya,Iqra.Wahyu inilah yang menandakan permulaan kenabian
Baginda.Ini menunjukkan kepentingan ilmu dalam Islam.
Kedudukan orang yang berilmu
 Ahli ilmu yang mendapat penghargaan daripada Allah SWT dan berada
dalam kedudukan yang istimewa ialah ahli ilmu yang beriman dan
bertaqwa kepada Allah SWT serta sentiasa bersyukur kepada-Nya.
 Ilmu yang membawa kepada mengenali Allah SWT dan mendekatkanya
kepada Allah SWT.
 Penekanan terhadap kepentingan ilmu ini bukan sahaja terdapat dalam Al-
Quran,malah penekanan yang sama juga didapati dalam sunnah Nabi
Muhammad SAW.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Menuntut ilmu sekejap lebih baik daripada bangun solat malam dan
menuntut ilmu ilmu dalam sehari lebih baik daripada berpuasa tiga
bulan”
Sumber ilmu
 Sumber ilmu dalam Islam ialah AL-Quran dan al-hadis
 Sumber ilmu memerlukan tuntutan roh, akal dan jasad.
 Bagi santapan roh, sumbernya ialah sumber wahyu iaitu Al-Quran dan al-
hadis.
 Akal dan jasmani perlu disuburkan dengan sumber daya
usaha,pengalaman-pengalaman dan pemikiran manusia berasaskan
kawalan hukum-hukum syarak.
Konsep insan
 Walaupun manusia telah mengkaji dalam mencari hakikat tentang
dirinya,namun manusia tetap tidak kenal akan dirinya selama manusia itu
tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya yang dikemukakan oleh
Allah SWT.
 Logiknya, ialah Allah SWT yang mencipta manusia sahaja yang
mengetahui hakikat kejadian diri manusia.
Proses kejadian manusia menurut Al-Quran dan al-Hadis

Sperma dan ovum


bercampur selama
40 hari

Menjadi segumpal daging


iaitu Alaqah ( janin )

Pembentukan tulang dan daging

Allah tiupkan roh ketika 4 bulan


di dalam kandungan

Apabila genap 9 bulan , bayi dilahirkan


ke dunia untuk menjadi khalifah Allah
Keistimewaan dan kelebihan manusia
1. Akal fikiran untuk menerima ilmu dan membolehkannya berfikir
dengan itu mampu di ajar dan mengajar seseorang insan,juga boleh
mendapat hidayah dan petunjuk melalui akal fikiran.
2. Roh.Manusia hidup kerana adanya roh dan nyawa.
3. Jasad atau terkenal dengan tubuh badan. Ada kulit yang membaluti
isi,ada darah yang mengalir,ada urat sebagai saluran darah,ada tulang
yang menjadi asas kepada berfungsinya jasad.
4. Syawat.Sebagai manusia mereka mempunyai keinginan dan naluri.
Naluri melahirkan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai