Anda di halaman 1dari 20

PRINSIP PERNIAGAAN ISLAM YANG

MEMBAWA KEBAIKAN
DEFINISI

• Jual beli atau perniagaan biasanya disebut sebagai al-Bay atau al-
Shira’ dalam bahasa Arab

• Bahasa: pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain sama ada kedua-
duanya berupa harta atau pun tidak

• Istilah: akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan


harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal.
.
PENSYARIATAN PERNIAGAAN MENURUT SYARAK

Dalil Al-Quran

“… Dan Allah telah menghalalkan jual beli serta mengharamkan riba...” (al-B
aqarah: 275)

“Jangan kamu makan (ambil) harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tip
u, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secar
a suka sama suka di antara kamu” (al-Nisa: 29)
PENSYARIATAN PERNIAGAAN MENURUT SYARAK…

•Dalil daripada al-Hadis

Daripada al-Zubair bin al-Awwam RA, Rasulullah SAW telah bersa


bda yang bermaksud:

“Jika ada di antara kamu yang mengambil seutas tali, kemudian dia
memikul seikat kayu di atas belakangnya lalu dijual, dan kerana itu
Allah menjaga mukanya (MARUAHNYA), itu adalah lebih baik dari
pada dia meminta-minta belas ihsan orang ramai, sama ada mereka
memberikannya atau tidak”
(al-Bukhari, #1402
KONSEP DAN ASAS PERNIAGAAN
Dari definisi dapat difahami

• Akad mewujudkan pertukaran kekal


1

• Melibatkan harta yang sah menurut syarak


2

• Membabitkan pemilikan dan penyerahan hak


3

• Tidak boleh diikat dengan tempoh masa


4
RUKUN PERNIAGAAN

RUKUN PERNIAAGAN

BARANG DAN
SIGHAH AKAD PIHAK BERKONTRAK
HARGA
BARANG DAN HARGA

Wujud semasa aqad di buat

bernilai di sisi syarak

Bermanfaat di sisi syarak dan uruf


BARANG
DAN
HARGA
Mampu diserahkan secara fizikal

Sah jualan & belian bagi pemilik harta tersebut dengan


kuasa yang diberikan syarak

Barangan diketahui oleh kedua pihak


SYARAT-SYARAT BAGI RUKUN PERNIAAGAN

Menggunakan Lafaz sarih @ Ijab dan Qabul dalam satu


kinayah majlis aqad

SIGHAH AKAD

Kesahihan kontrak tidak diikat


Selaras antara ijab dan Qabul
dengan tempoh masa
SYARAT-SYARAT BAGI RUKUN PERNIAAGAN

Waras

Bebas membuat pilihan

PIHAK
BERKONTRAK
Penjual dan Pembeli adalah pihak
yang berlainan

Boleh Melihat
PERBEZAAN ANTARA PRINSIP DAN ETIKA PERNIAGAAN
ISLAM

PRINSIP PERNIAGAAN ETIKA PERNIAGAAN


Maksud  sesuatu yang menjadi dasar  Dalam konsep etika pern
atau pegangan.” Ia juga iagaan,etika sering dikait
bermaksud panduan, rukun kan dengan tingkah lak
atau asas yang menjadi dasar u manusia.
pemikiran atau tindakan.

contoh 1. Saling redha, harmonidan m 1. Niat yang ikhlas


elarang monopoli. 2. Akhlak yang mulia
2. Tidak ada unsur penipuan. 3. Usaha yang halal
3. Larangan melakukan riba. 4. Menunaikan hak
PRINSIP - PRINSIP PERNIAGAAN DALAM ISLAM

1. Tauhid
• Perniagaan bertujuan untuk ibadah.
• peniaga hendaklah yakin bahawa rezeki dalam perniagaan adalah daripada
Allah SWT dan perniagaan hendaklah dilaksanakan sebagai satu ibadah.
• Sesungguhnya rezeki setiap mahkluk ditentukan Allah SWT
al-hadis : Usaha yang paling baik adalah semua jual beli yang diredai oleh Tuh
annya. (HR. Turmuzi dan Abu Daud).

2. Kejujuran
Peniaga mestilah sentiasa jujur dan tidak melakukan sebarang penipuan ketika
berniaga.
al hadis : tidak dibenarkan seorang muslim menjual sesuatu barangan yang me
mpunyai kecacatan, kecuali telah dijelaskan kecacatan barangan tersebut.
(HR. al-Quzwani)
3. Keadilan Sosial
• Harta orang kaya terdapat hak bagi fakir miskin yang harus dikeluarkan dalam b
entuk zakat ataupun sedekah.
al hadis : apabila suatu kaum enggan mengeluarkan zakat, Allah akan menguji mere
ka dengan bertahun-tahun kekeringan dan kelaparan.
(HR. Thabrani).

4. Kebebasan
• Urusniaga hendaklah suka sama suka dan boleh dengan siapa saja selama tidak
melanggar syariat islam.
• Tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan tempoh
masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu urusniaga.
• Kebebasan untuk mencari keuntungan keduniaan semata-mata amat ditegah di d
alam Islam
al hadis : “Sesungguhnya jual beli itu hanya sah jika dilakukan atas dasar suka sam
a suka
(HR. Turmuzi)
5. Tanggungjawab
• hak dan kewajiban peniaga pekerja dan pengguna hendaklah terpenuhi.
Dalil al-Quran : “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji” (
al-Maidah 5: 1).
al hadis : “Sebaik-baik kamu, adalah orang yang segera membayar hutangn
ya” (HR. Hakim).
Berikanlah upah pekerja pada waktunya (HR. Ibnu Majah)

6.Keseimbangan
• Harga hendaklah ditentukan berdasarkan harga pasaran dan bukan oleh in
dividu ataupun pemerintah.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-h
arta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di a
ntara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesung
guhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (anNisa 4: 29)
7. Kebenaran (al-Shidqah)
• Kebenaran dalam perniagaan bermaksud ia dilakukan menurut syariat Islam.
Al-Quran :“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hen
daklah kamu bersama orangorang yang benar” (at-Taubah 9: 119).
Al-Hadis : sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan kepada niatnya. (HR
. Bukhari dan Muslim).

8. Tolong Menolong (Ta’awun)


• saling tolong-menolong dan saling memudahkan dalam perniagaan adalah di
galakkan.
Al-Quran : Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan t
akwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kerosakan” (al-Maid
ah: 2).
Al-Hadis : Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba itu suka menolong
saudaranya”. [HR. Muslim juz 4, hal. 2074]
KESAN PENGLIBATAN PENIAGA MUSLIM

 Jaminan produk halal

 Pertumbuhan ekonomi ummah

 Kekuatan ekonomi muslim

 Dakwah lebih efektif

 Kepatuhan tuntutan wahyu


TOKOH TOKOH ISLAM YANG MENGAMALKAN PRINS
IP PERNIAGAAN
Abdul Rahman Bin Auf
sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan seorang ahli perniagaan
yang hartawan tetapi sangat zuhud.Beliau sangat pemurah dan sering
membelanjakan hartanya di jalan Allah

1. Syukur walau untung sedikit.


Beliau tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit kerana beliau sang
at menitik beratkan soal halal, haram dan unsur-unsur riba dalam perniagaan
2. Tidak menyeksa pelanggan.
Beliau tidak akan membiar pelanggannya menunggu lama sekiranya ada yang
menginginkan barang daripada beliau
3. Jual unta harga kos.
Beliau menjual untanya pada harga kos di mana dia langsung tidak mengambil
untung di atas penjualan unta.
MYDIN MOHAMED (MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD.)

Memberi ruang kepada


Tidak menjual minuman keras
pekerja-pekerja yang beragama
dan makanan yang tidak halal.
islam untuk solat.
ANALISA DARI
PANDANGAN
ISLAMIK
Mengambil pekerja dari
pelbagai bangsa dan tidak Menjual barangan yang elok
tertumpu kepada satu kaum dengan harga yang berpatutan.
sahaja.
“ Sejak menubuhkan syarikat, perkara paling utama yang saya tekankan ke
pada kakitangan adalah mereka harus menghadiri tazkirah, solat berje
maah dan bertadarus al-Quran jika tiada komitmen lain. Saya mahukan pe
ndekatan kerohanian diberi keutamaan bagi mendapat keberkatan sejajar den
gan matlamat syarikat seimbang dunia dan akhirat “

Puan Ramlah Ahmad,


Pegawai Eksekutif
Pengasas AnsarComp Sdn Bhd
KESIMPULAN

Konsep ilmu perniagaan yang bersumberkan al-Quran dan had


is seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW telah
terbukti membawa baginda dan para sahabat kepada suatu
kejayaan perniagaan. Konsep usahawan berjaya ini
mempunyai objektif perniagaan yang bukan hanya untuk
memperolehi keuntungan dan tetapi juga bertujuan untuk
memperolehi kejayaan dunia dan akhirat Selain itu, tujuan
yang paling utama ialah untuk mengukuhkan tauhid kepada
Allah SWT. Dalam al-Quran dan hadis juga terdapat prinsip-
prinsip asas perniagaan yang sesuai syariah antaranya asas
tauhid, asas kejujuran, asas keadilan sosial asas kebebasan,
asas tanggung jawab, asas kebenaran, asas keseimbangan, dan
asas tolong-menolong.

Anda mungkin juga menyukai