Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Sains


Kelas : 4 Cemerlang
Tarikh : 20-8-2019
Masa : 8.10 a.m – 9.10 a.m
Bilangan murid : 30 orang
Tema : Bumi dan Angkasa
Tajuk : 9.0 Bumi
SK : 9.1 Graviti Bumi
SP : 9.1.1 Memerihalkan daya tarikan graviti bumi berdasarkan
pemerhatian dengan menjalankan aktiviti.
9.1.3 Menjelaskan pemerhatian tentang tarikan graviti bumi
melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara
kreatif.
Objektif
1) Murid-murid dapat menyatakan pengertian graviti.
2) Murid-murid mampu memberi contoh tentang fenomena
gravity secara lisan.
KPS : Memerhati, berkomunikasi, membuat kesimpulan
Langkah Aktiviti P&P
Set induksi 1. Guru menayangkan video tentang keadaan angkasawan yang berada di
atas permukaan bulan.
2. Guru membimbing murid membandingbezakan situasi dalam video tersebut
dengan situasi murid di bumi ini.
3. Guru memperkenalkan topic.

Langkah pertama 1. Guru menjelaskan konsep gravity.


2. Guru bertanya murid tentang bagaimana berat mempengaruhi kelajuan
sesuatu objek jatuh ke atas permukaan bumi.
3. Murid menerangkan pengalaman graviti yang dilihat dalam kehidupan
seharian.

Langkah kedua 1. Murid dalam kumpulan menjalankan aktiviti grativi dengan bimbingan guru.
2. Murid membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas.
1. Bola ping pong dilambung tinggi sehingga ke satu tahap ketinggian.
Kemudian, ia akan jatuh semula ke lantai selepas itu.
2. Keadaan ini berlaku kerana adanya daya tarikan graviti. Daya tarikan
graviti menyebabkan semua objek yang dilemparkan ke udara jatuh
semula ke tanah, selepas objek tersebut sampai ke tahap ketinggian
maksimumnya.
Penutup 1. Permainan tentang graviti akan dijalankan secara individu.
2. Guru memberi hadiah kepada murid yang menunjukkan hasil lambungan
yang tertinggi.
Contoh: Floating Ball

3. Guru bertanya soalan kepada murid tentang isi pembelajaran hari ini.
4. Murid membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini.
5. Guru meminta murid menujukkan Trafik Light sekiranya memahami tajuk
pelajaran hari ini.
Catatan TP1
Menyatakan Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar
mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.

Anda mungkin juga menyukai