Anda di halaman 1dari 11

DI SEBALIK

DINARA
BINAAN PLOT
BINAAN PLOT

Permulaan Perkembangan

Konfliks Klimaks

Peleraian
PERMULAAN
 Farisha menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia
dari Johor Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur.
 Pada masa yang sama, berlaku perkenalan ringkas
antara Farisha dengan seorang lelaki bernama Aqram
namun perkenalan tidak dapat diteruskan kerana masing-
masing terlena.
 Perkenalan mereka secara lebih rapat berlaku apabila
Farisha dan Aqram bertemu semula di Hotel Renaissance
untuk menghadiri simposium dan Aqram menawarkan
projek mini yang bernilai tinggi di Soft Lab.
PERKEMBANGAN & KONFLIK
 Farisha memberi reaksi berbelah bahagi terhadap
pelawaan projek mini yang di tawarkan oleh Aqram
kepadanya.
 Farisha masih berwaspada walaupun mendapat
persetujuan rakan niaganya, Rosman.
 Pada masa yang sama , Shida juga mendapat tawaran
dari Soft Lab iaitu menulis rencana dan buku yang
berkaitan dengan Soft Lab.
 Farisha agak hairan dan menjadi tanda tanya
kepadanya apabila dia juga ditugaskan untuk
membersihkan virus bom yang terdapat dalam Dinara.
 Farisha diberi taklimat tentang sistem Dinara
kerana dia diamanahkan untuk menggodam
sistem Dinara yang telah diceroboh dengan
virus bom jangka kerana hampir semua data
dan aplikasi Soft Lab disimpan dalam Dinara.
 Semasa memulakan tugasnya, Farisha telah
diperangkap oleh Alia dengan lehernya telah
dicucuk dengan dua jarum di bahagian kiri
dan kanan.
 Alia cemburu dengan tugas yang diberikan
oleh Dr Maxi kepada Farisha yang
membolehkannya berkomunikasi dengan Karl
dengan komunikasi bawah sedar.
 Pada masa yang sama,Alia cemburu kerana tidak
dapat mendengar perbualan antara Farisha dan
Karl.
 Karl sudah tiga tahun terlantar sakit kerana
menderita barah usus dan kini dia dirawat di
kediamannya di Puchong dan oleh itu, dia amat
mengharapkan Farisha untuk menyelamatkan
sistem Dinara.
 Konflik semakin menengang apabila Farisha
mendapat tahu bahawa dia hanyalah anak angkat
kepada keluarga Azraii dan anak tidak sah taraf
serta lebih mengejutkan apabila ibunya, Medina
pernah cuba membunuhnya.
 Farisha dikejarkan ke Hospital Putrajaya kerana
tiba-tiba pengsan akibat tekanan darahnya terlalu
tinggi dan akibatnya Dr Maxi terpaksa meminta
Shida menggantikan tempat Farisha kerana Farisha
masih berada dalam keadaan tidak stabil.
 Tindakan itu diambil kerana masa semakin suntuk
untuk menyelamatkan Dinara apabila virus
diaktifkan.
 Farisha dapat dikesan oleh ibunya, Medina dan
diculik dua orang suruhan ibunya, iaitu Farid dan
Amin.
KLIMAKS
 Karl menguasai tubuh Shida dalam sesi akhir
komunikasi bawah sedar dan dia sudah tahu cara
untuk menyelamatkan Dinara, namun ketika dia
berusaha untuk menyahaktifkan virus tersebut,
Medina muncul dengan suara lantangnya.
 Pada masa yang sama, keadaan Karl semakin
nazak semasa sesi komunikasi yang
mengundang perbalahan antara Karl dan Medina.
PELERAIAN
 Karl menghembuskan nafas yang terakhir
tepat jam 7.00 malam di kediamannya di
Puchong. Mayatnya dibakar dan abuny
ditabur di Selat Melaka.
 Karl tidak tamat kerana dia menguasai minda
Shida walaupun dia telah tiada.
TEKNIK PLOT
 Merupakan cara atau kaedah penulis menyusun
jalan cerita.
 Antara teknik plot yang digunakan ialah :
-a) imbas muka : peristiwa yang diramalkan
atau dijangkakan akan berlaku.
b) Imbas kembali:peristiwa yang telah berlaku akan
diceritakan semula.
c) Pemerian :peristiwa, watak, objek atau perbuatan
yang digambarkan secara menyeluruh.
d) Dialog : pertuturan antara watak
e) Monolog dalaman : kata hati atau pengucapan
batin seseorang watak.
f) Monolog : turut kata atau pengucapan watak
secara bersendirian.
g) Saspens : melahirkan perasaan ingin tahu
pembaca.
h) Konflik : pemasalahan yang dihadapi oleh
watak-watak.
i) Kejutan : perubahan secara tiba-tiba dan
menjadikan plot cerita lebih menarik.

Anda mungkin juga menyukai