Anda di halaman 1dari 42

JKA 101

Pengantar Antropologi Sosiologi


Institusi Keluarga

21/12/2019
Institusi Keluarga We l e a d

21/12/2019
Institusi Sosial We l e a d

• Emile Durkheim – sosiologi


mempelajari institusi sosial –
ekonomi, politik, keluarga,
pendidikan, agam

21/12/2019
Institusi Keluarga We l e a d

• Keluarga dianggap sebagai elemen


sistem sosial yang akan membentuk
sebuah masyarakat

21/12/2019
Definisi Keluarga We l e a d

George Peter Murdock Smelser


keluarga adalah satu kelompok keluarga sebagai dua atau lebih
sosial yang tinggal di bawah orang yang ada pertalian darah,
satu bumbung, mempunyai perkahwinan atau diambil
kerjasama dalam kegiatan angkat atau ahli-ahli tersebut
ekonomi dan menambahkan tinggal bersama-sama dalam
zuriat (Goode, 326) rumah yang sama

21/12/2019
Asal Usul keluarga
We l e a d

Larangan hubungan sumbang (Incest taboo)


 Permulaan keluarga dalam tamadun
manusia berpunca daripada peraturan yang
menghalang hubungan kelamin di antara
ahli-ahli yang rapat dalam keluarga seperti
ibu bapa dengan anak atau adik dengan
abang

 Larangan hubungan kelamin di antara adik


beradik atau anak dengan ibu disebut
larangan hubungan sumbang.

21/12/2019
Implikasi
We l e a d

 Manusia mengawal hawa nafsu

 Menghalang devian dalam ahli-ahli keluarga

 Larangan perhubungan kelamin di dalam


satu unit keluarga Anak lelaki dan
perempuan terpaksa mencari pasangan di
luar unit keluarga mereka

 Faedah genetik – Gregor Mendel – kajian


seratus tahun yang lampau

21/12/2019
We l e a d

Membuktikan faedah membawa darah


baru dalam sesuatu keluarga.
Perkahwinan di antara saudara mara
yang rapat menambahkan
kebarangkalian kecacatan mental dan
fizikal anak
Faktor pertukaran
Pertukaran pengantin di antara dua buah
keluarga – merapatkan hubungan sosial
di antara dua keluarga tersebut

21/12/2019
We l e a d

Prinsip sah dari segi undang-undang

Tinggal bersama / fungsi perkahwinan


meletakkan seorang lelaki menjaga
seorang wanita dan anak-anaknya dan
juga meletakkan mereka dalam sistem
masyarakat.

Kebanyakan sistem keluarga, peranan


bapa menjadi penting kerana
bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap unit keluarganya sendiri

21/12/2019
We l e a d

Tinggal bersama / fungsi


perkahwinan meletakkan seorang
lelaki menjaga seorang wanita dan
anak-anaknya dan juga meletakkan
mereka dalam sistem masyarakat.

Kebanyakan sistem keluarga, peranan


bapa menjadi penting kerana
bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap unit keluarganya sendiri

21/12/2019
Jenis Keluarga
We l e a d

1. Keluarga Konsanguinal
Ikatan darah, hubungan dengan orangtua lebih
penting drp suami isteri – Jepun

2. Keluarga Konjugal
Pentingnya hubungan perkahwinan suami
isteri daripada orangtua

3. Keluarga Orientasi (Family of Orientation)


Keluarga orientasi ialah keluarga yang
seseorang dilahirkan

21/12/2019
We l e a d

4. Keluarga prokreasi (family of


procreation)
Keluarga prokreasi ialah keluarga yang
dibentuk seseorang dengan menikah
dan mempunyai keturunan

21/12/2019
Bentuk keluarga We l e a d

Bentuk keluarga iaitu

Keluarga asas (keluarga nuklear/nuclear


family)

Keluarga luas (extended family).

Keluarga ‘binuclear

Keluarga komunal

21/12/2019
We l e a d

• Keluarga asas (keluarga nuklear/ nuclear


family) terdiri daripada dua orang, ibu bapa
dan anak-anak sama ada anak kandung atau
anak angkat tinggal bersama di dalam rumah
yang sama. Terdapat terutamanya dalam
masyarakat moden dan industri

• sepasang suami isteri sama ada mempunyai


anak atau tidak. Keluarga asas boleh terdiri
daripada bentuk perkahwinan monogami atau
poligami yang tinggal bersama-sama

21/12/2019
Simbol We l e a d

21/12/2019
Diagram (Family Tree) Keluarga Asas
We l e a d

21/12/2019
Kelebihan keluarga asas We l e a d

Mobiliti sosial dan geografi

Privacy dan kebebasan individu

Perasaan mendalam

21/12/2019
Keluarga luas (extended family)
We l e a d

Terdiri daripada keluarga asas, datuk,


nenek, bapa saudara, ibu saudara,
sepupu tinggal satu bumbung.

Ketua biasanya ialah lelaki yang paling


tua dan golongan dewasa akan
bekerjasama dalam tanggungjawab
mencari rezeki dan mengasuh anak-
anak

Bentuk ini biasanya terdapat dalam


masyarakat tradisional dan pra industri

21/12/2019
Jenis Keluarga Luas We l e a d

1. Joint Family
Beberapa org adik beradik lelaki dan
keluarga tinggal serta adik beradik
perempuan yang belum menikah
tinggal bersama. Abang yang tua
menjadi keluarga setelah ibubapa
meninggal – India, Pakistan

21/12/2019
We l e a d

2. Keluarga luas virilokal


Keluarga asas dan anak lelaki dan
keluarga asas senior tinggal bersama
– Masyarakat Nias

21/12/2019
Kebaikan Keluarga Luas We l e a d

Kecekapan keluarga adalah lebih baik kerana


bilangan ahli yang lebih ramai untuk melakukan
kerja yang berlainan
Menjamin golongan tua dan daif dijaga dengan
sempurna
Lebih berupaya untuk melindung diri secara
kelompok dan wujudnya perasaan stabil
Sebaliknya keluarga asas yang terdiri daripada
dua orang dewasa dan beberapa orang anak
merupakan struktur keluarga yang tidak begitu
kukuh.
21/12/2019
Diagram (Family Tree) Keluarga
Luas We l e a d

21/12/2019
Keluarga Binuclear We l e a d

Terbentuk akibat perceraian .Sebuah


keluarga asas terbahagi dua. Dengan
itu, ia mengandungi dua keluarga
asas

Sebelah ibu (maternal nuclear family)


diketuai oleh ibu sementara keluarga
nuklear sebelah bapa (paternal family

21/12/2019
Keluarga ‘komunal’ (comunal atau
bersama)
We l e a d

 Individu-individu yang tinggal bersama dan berkongsi


beberapa aspek dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang
mereka tidak dianggap sebagai sebuah keluarga.

 Keluarga ‘gay’ atau ‘lesbian’ terdiri drp orang-orang dewasa


yang sama jati dirinya

 Lelaki bersama lelaki (gay) dan perempuan bersama


perempuan (lesbian), tinggal bersama dan berkongsi
penyataan seksual dan komitmen berkeluarga

 Selain yang tersebut diatas, terdapat juga keluarga


bersekedudukan (cohabiting family) – pasangan berlainan
jantina tinggal bersama, mempunyai anak atau tanpa anak
serta berkongsi penyataan seksual dan komitmen
kekeluargaan tetapi tanpa pernikahan yang sah

21/12/2019
Bentuk perkahwinan
We l e a d

Poligami – poligini, poliandri


Monogami
Amalan perkahwinan dalam kalangan
penganut Kristian dan Hindu ialah
monogami iaitu perkahwinan seorang
suami dan seorang isteri pada masa
yang sama

21/12/2019
Poligini (Polygyny)
We l e a d

Penganut agama islam - lelaki


dibenarkan berkahwin bentuk
poligami (polygamy) iaitu lebih
daripada satu orang isteri – poligini

21/12/2019
Poligami
(Poligini , Poliandri) We l e a d

21/12/2019
Poliandri (Polyandry) We l e a d

Bentuk perkahwinan poliandri


(polyandry) kurang diamalkan
berbanding poligini (polygyny).

Perkahwinan antara seorang


perempuan dengan beberapa orang
lelaki pada masa yang sama

21/12/2019
We l e a d

 Di Tibet – beberapa orang saudara lelaki


boleh berkahwin dengan seorang wanita,
faktor ini adalah disebabkan kekurangan
tanah.

 Di kalangan orang-orang Toda di India


Selatan – pada satu ketika dahulu
mengamalkan bentuk poliandri beberapa
orang saudara lelaki berkongsi isteri – pada
hari ini bilangan wanita melebihi lelaki
bentuk perkahwinan tersebut tidak
diamalkan.

21/12/2019
We l e a d

Poliandri
(Polyandry)

30
30
Cenogami We l e a d

• Perkahwinan kumpulan – bentuk perkahwinan


ini melibatkan dua lelaki atau lebih yang
berkahwin dengan dua perempuan atau lebih.
• Seseorang suami dan isteri mempunyai lebih
daripada satu pasangan
Bagi masyarakat berkaitan – anak yang
dilahirkan – siapa bapanya tidak penting – tiada
bapa biologi – semua lelaki yang menjadi suami
ialah bapa
• Antropologis dan sosiologis – sangat jarang
ditemui – masyarakat Nayar India, masyarakat
Marquesan (Horton & Hunt 1976)
31
31
Fungsi Sosial Institusi Keluarga dalam
Masyarakat We l e a d

1.Kawalan tingkah laku seksual


(pengesahan hubungan jantina)
• Setiap masyarakat mengawal tingkah
laku seksual ahli-ahlinya, walaupun
cara kawalan tersebut berbeza-beza.

• Dalam kebanyakan masyarakat,


terdapat hukum agama dan undang-
undang yang melarang perhubungan
jenis di luar kawalan perkahwinan.
21/12/2019
We l e a d

2. Menambahkan zuriat
Keluarga juga berfungsi menambahkan
bilangan ahli ke dalam masyarakat. Tidak
ada masyarakat yang boleh kekal lama
sekiranya setiap generasi tidak dapat
menambahkan ahli. Keluarga juga
menentukan peranan ibu dan bapa dalam
pengasuhan anak. Walaupun kanak-kanak
boleh dilahirkan tanpa pernikahan, keadaan
seperti ini tidak mendapat persetujuan
sepenuhnya daripada ahli masyarakat.

21/12/2019
We l e a d

3. Sosialisasi
• Proses sosialisasi bermula dalam keluarga, Anak-anak bergantung sepenuhnya
kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapat makan minum, perlindungan
dan kasih sayang dan mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka.
• Keluarga mempunyai fungsi menyalurkan kebudayaan-kebudayaan masyarakat
kepada generasi muda seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa
masyarakat tersebut.
• Memang terdapat agen-agen sosialisasi yang lain seperti rakan sebaya, sekolah
dan media massa tetapi keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling
berpengaruh dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.

4. Sokongan emosi
• Satu lagi fungsi penting bagi keluarga ialah memberi sokongan emosi kepada
ahli-ahlinya. Walaupun terdapat manusia yang suka bersendirian, secara
keseluruhan manusia ialah insan yang suka berinteraksi.
• Manusia bukan sahaja memerlukan persahabatan tetapi juga memerlukan
jagaan dan kasih sayang. Memang telah diakui bahawa manusia memerlukan
kasih sayang bagi perkembangan normal. Daripada peringkat bayi hingga ke
peringkat tua, manusaia memerlukan keluarga masing-masing untuk mendapat
kemesraan

21/12/2019
We l e a d

5. Kawalan sosial
• Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul dan membezakan dengan apa yang
salah. Setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial iaitu mekanisme yang
menentukan ahli-ahlinya mematuhi peraturan.
• Tanpa kawalan sosial yang berkesan, sesebuah masyarakat akan porak peranda.
Di mana sahaja di dunia, kanak-kanak mula mempelajari tentang peraturan
daripada ibu bapa mereka. Melalui kawalan sosial inilah, keluarga mengekalkan
rukun dan damai dalam masyarakat.
6. Jagaan tehadap anak
• Orang dewasa mempunyai tanggungjawab menjaga dan mendidik kanak-kanak
sehingga mereka dewasa. Ibu bapa memberi tempat perlindungan untuk
keselamatan anak-anak kerana ini sudah menjadi tanggungjawab mereka.
• Tidak ada institusi lain dalam masyarakat yang melaksanakan kedua-dua fungsi
melahirkan anak dan kemudian menjaga mereka dengan sempurna atau setakat
yang boleh
7. Kerjasama ekonomi
• Setiap keluarga memainkan peranan ekonomi. Dalam keluarga tani, setiap orang
ahli mempunyai peranan untuk memberi sumbangan kepada kerja di ladang.
• Pekerjaan tersebut adalah mengikut kriteria jantina dan umur pula. Begitulah
juga halnya dengan keluarga peniaga kecil. Setiap ahli dalam keluarga
mempunyai peranan utama untuk memaksimumkan keuntungan dalam
perniagaan.

21/12/2019
Bentuk/pola authoriti / kekuasaan
We l e a d

• Patriarkal - Keluarga yang mengutamakan pola authoriti pada


kaum lelaki. Suami mempunayai kuasa lebih dalam rumahtangga
dan mengawal kehidupan sosial keluarga tersebut

• Matriarkal - Sistem di mana autoriti terletak pada kaum wanita.


Mengutamakan golongan isteri sebagai mempunyai kuasa untuk
bersuara tetapi tidak bermakna berkuasa membuat keputusan
kecuali dengan kematian suami
• Dalam keluarga asas – mewariskan harta kepada kaum perempuan

• Egalitarian – kuasa antara suami dan isteri adalah sama banyak.


Apabila ramai wanita bekerja di luar rumah dalam kebanyakan
negara telah terdapat peralihan daripada sistem patriarkal kepada
sistem keluarga egalitarian

21/12/2019
Bentuk Pemilihan Pasangan
We l e a d

• Eksogami (exogamous) - Dalam sesetengah masyarakat


terdapat peraturan bahawa ahli-ahlinya mesti memilih
pasangan hidup daripada luar kelompoknya

• Endogami (endogamy) - Pasangan dipilih daripada


kelompok yang sama

• Kebanyakan masyarakat mengenakan larangan inces, dalam


sesetengah masyarakat perkahwinan sepupu pun tidak
boleh – cth perkahwinan taboo – keluarga Firaun –
mengalakkan perkahwinan adik beradik

21/12/2019
Bentuk/Pola tempat tinggal
We l e a d

• Perbezaan dalam setiap masyarakat


mengenai pola tempat tinggal

• Neolokal (neolocal,bilocal)- Sekiranya


pengantin baru tinggal berasingan daripada
kedua-dua keluarga

• Matrilokal (matrilocal)- Pasangan pengantin


tinggal dengan keluarga pengantin
perempuan

21/12/2019
We l e a d

• Patrilokal (patrilocal)- pasangan yang baru berkahwin


tinggal bersama-sama keluarga pengantin lelaki - petani-
petani Ireland

• Kajian Murdock – menunjukkan sistem neolokal banyak


diamalkan dalam masyarakat industri, monogami,
individualisme, peranan yang sama lelaki dan wanita

• Sistem patrilokal adalah amalan biasa dalam masyarakat


yang mengamalkan poligini atau dalam masyarakat
memburu dan mengumpul

• Bagi masyarakat yang kaum wanita berkuasa pada tanah,


sistem matrilokal diamalkan

21/12/2019
Bentuk Keturunan dan Kepusakaan
We l e a d

• Terdapat tiga sistem bagi mengatur keturunan


dan kepusakaan

• Patrilineal – Dalam bentuk ini perhubungan


persaudaraan atau individu itu dihubungkan
dengan kelompok keluarga melalui keturunan
daripada sebelah bapa. Bentuk ini paling
banyak diamalkan dalam masyarakat hari ini.

21/12/2019
We l e a d

• Matrilineal – Dalam bentuk ini seseorang individu itu


dihubungkan dengan kelompok keluarga melalui keturunan
sebelah ibu.

• Persaudaraan dikesan melalui keluarga perempuan dan


segala harta ibu menjadi pusaka kepada anak-anak
perempuan dan sokongan keluarga datangnya daripada
saudara lelaki sebelah isteri.

• Bilateral – keturunan ini menunjukkan hubungan individu


yang rapat antara keluarga sebelah bapa dan ibu.
Hubungan persaudaraan adalah dikira dari kedua belah
pihak

21/12/2019
Terima Kasih

Presented by
Soijah Likin | USM / PPPJJ / Antropologi-Sosiologi

21/12/2019

Anda mungkin juga menyukai