Anda di halaman 1dari 6

SEBUTAN

• Secara dasarnya sebutan yang diberikan terbatas kepada


keterangan bagi sebutan huruf e pada kata dasar.

• Huruf e yang disebutkan (ə) iaitu e pepet tidak diberikan


keterangan sebutan sedangkan e taling dierokan
keterangan sebutannya dengan lambang é.
bela semak
bela (b éla) semak (s émak)

• Terdapat pengecualian bagi beberapa entri yang


bermasalah dengan cara penyebutannya yang berikan
maklumat sebutan agar tidak timbul kekeliruan untuk
menyebutnya.
ETIMOLOGI
• Keterangan etimologi tidak diberikan
selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk
menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan
yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan
bahasa Melayu tetapi masih terasa sifat-sifat
keasingannya tanpa memperhitungkan taraf
atau peringkat kemeresapan perkataan yang
berkaitan dalam kalangan pengguna bahasa.
KEPENDEKAN
• Dalam bahasa Melayu, akronim dan kependekan digunakan
secara meluas, bukan sahaja dalam media cetak, seperti akhbar
dan majalah, tetapi juga dalam media elektronik, seperti
internet.

• Persamaan yang ketara antara akronim dengan kependekan


ialah kedua-duanya terbentuk daripada gabungan huruf
pertama.

• Misalnya, ADUN dan JAIS yang merupakan akronim untuk Ahli


Dewan Undangan Negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor.
DEB dan BSN pula merupakan kependekan untuk Dasar Ekonomi
Baru dan Bank Simpanan Nasional.
 Contoh Kependekan
(Bahasa Melayu)
Kependekan Maksud Kependekan Maksud

adj. kata adjektif k.h kata hubung


k.pm. kata pemeri k.s.n. kata sendi nama
awl. awalan k.k. kata kerja
kep. kependekan k.n. kata nama
k.b. kata bantu k.nf. kata nafi
TANDA
• Tanda tilde (~)
• yang terdapat pada kata masukan pecahan (seperti
frasa, ungkapan dan sebagainya) dan pada contoh
penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata
dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya:

Contoh:
• Abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali ; ~ kuda alat
kuda....
(Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata abah-abah)
• Helah 1. Akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ untuk
memerangkap dia; tipu ~ tipu daya..
(Tanda ~ dimaksudkan menggantikan kata helah)
• Tanda anak panah ( ) bererti lihat;

• Tanda persamaan (=) bererti atau, sama dengan.

Anda mungkin juga menyukai