Anda di halaman 1dari 9

Dr Mustafa Al-Siba’iy1) menerangkan hal-hal yang mendorong

kaum orientalisten Barat untuk menyelidiki dan mempelajari


hal –hal Timur serta melakukan serangan ke atas orang Timur
adalah seperti berikut:

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran),
Surabaya, C. V. Faizan hal. 21
1)Dr Mustafa As-Siba'iy dalam buku Al-Istisyraq Wal-
Mustasyriqun, Ma La-hum Wa Ma 'Alaihim hal.17 . Dr Mustafa
As-Siba'iy adalah ketua jurusan Fiqh Islam di Universiti
Damaskus,Syria.
1) Serangan pemikiran untuk tujuan keagamaan:
Orientalis yang mula mempelajari hal-hal Timur adalah dari Vatikan
jelasnya dari pendeta Roma Katolik.Paus,uskup dan imam Katolik
yang mula mengatur dan mengembangkan Orientalisme.Melalui
pengaruh mereka raja-raja dan penguasa-penguasa Eropah tertarik
kepada Orientalisme.Tujuan untuk memburukkan agama Islam
sehingga
Ulasan kaum
:Para muslimin
orientalis mulayang lemah imannya
mempelajari dapat dipengaruhi.
hal ketimuran melalui pendeta
Roma Katolik dari Vatikan.Oleh itu,mereka menggunakan paus,uskup
dan imam Katolik untuk mengatur dan mengembangkan Orientalisme
supaya raja dan penguasa Eropah tertarik kepada Orientalisme.Tujuan
mereka adalah untuk memburukkan agama Islam dan mempengaruhi
akidah kaum muslimin.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran),
Surabaya, C. V. Faizan hal. 21-22.
2)Serangan pemikiran untuk tujuan penjajahan :

Apabila berakhirnya perang salib dengan kekalahan kaum salib di


mana mengikut zahirnya perang itu perang agama dan pada
hakikatnya perang penjajahan.Orang –orang Barat tidak berputus
asa untuk kembali menduduki negara Arab dan negara
Islam.Mereka tekad hati untuk mempelajari lebih dalam tentang
negara tersebut dari sudut akidah,adat istiadat,akhlak,tatasusila dan
kekayaan alam semula jadi supaya mereka dapat mengetahui
kekuatan untuk melemahkan dan juga kelemahan dapat
dipergunakan.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran), Surabaya,
C. V. Faizan hal. 24
Ketika kekuatan ketenteraan dan politik berakhir di tangan
orientalis,maka mereka melemahkan dengan cara menanam rasa
rendah diri dan ragu tentang kegunaan iman dan peninggalan nenek
moyang mereka itu.Maka,tertewaslah mereka ke dalam kebudayaan
dan peradaban Barat lalu memandang rendah kepada kebudayaan
sendiri.
Ulasan : Selepas berakhirnya perang Salib, Orientalis mula
menjajah negara Barat dan Islam. Mereka bertekad untuk
mempelajari dengan lebih mendalam tentang negara tersebut dari
sudut akidah, adat istiadat ,akhlak,tatasusila dan kekayaan alam
semula jadi supaya mereka dapat mengetahui di mana kelemahan
orang Islam.Melalui serangan ini, orang Islam merasa rendah diri
terhadap kehebatan kebudayaan dan peninggalan nenek moyang
mereka dahulu .Akhirnya, Orientalis berjaya meracuni pemikiran
orang Islam supaya mereka merasa rendah diri terhadap
kebudayaan sendiri.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran), Surabaya,
C. V. Faizan. Hal.24
3)Serangan fizikal untuk tujuan perniagaan:
Dorongan ini sangat nyata bagi negeri-negeri industri yang
memerlukan pasaran untuk melemparkan hasil industrinya.
Mereka harus meneliti barangan yang menjadi kesukaan bagi negara
yang menjadi sasaran seperti warna,kain,barang dan
sebagainya.Sehingga barang-barangnya menjadi laku lalu dapat
membeli hasil bumi dari negara-negara Timur dengan harga yang
murah.Kemudian,mereka dapat mematikan industri dalam negeri demi
kemajuan industri mereka sendiri.
Ulasan: Para orientalis membeli barangan Timur seperti kain dan hasil
bumi.Mereka meneliti barangan-barangan yang menarik minat mereka
supaya barangan tersebut dapat dipasarkan dan diperdagangkan di
negara mereka.Melalui serangan fizikal ini dapatlah Orientalis
menguasai perniagaan negara Arab dan Timur.
Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan
Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran), Surabaya,
C. V. Faizan. Hal.25
4)Serangan pemikiran untuk tujuan politik :
Serangan ini menonjol pada masa sekarang sesudah negara Islam dan
negara Timur umumnya mencapai kemerdekaan.Pada masa kini,
negeri Timur dan Barat telah mencapai kecemerlangan dalam aspek
politik.
Politik tidak boleh dipisahkan dengan misi Kristian dan pengaruh
kebudayaan.Tambahan pula,kerjasama kebudayaan dapat
mengkaburkan kebudayaan sendiri.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran), Surabaya,
C. V. Faizan. Hal.26
Ianya kadang-kadang terjerumus kepada
pembaratan(westernisasi),modernisasi(pembaharuan),hakikatnya tidak
jauh beza dengan kristenisasi(pengkristenan)dan de-
Islamisasi(melenyapkan syariat Islam).

Ulasan : Orientalis melakukan serangan melalui proses di mana


masyarakat berada dalam pengaruh Barat seperti
westernisasi,modernisasi,kristenisasi, dan de-Islamisasi. Serangan
pemikiran untuk tujuan politik tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh
kebudayaan.Tambahan pula, Orientalis melakukan serangan dengan
menyebarkan misi Kristian dan pengaruh kebudayaan supaya mereka
dapat mengkaburkan kebudayaan orang Barat dan Islam.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran), Surabaya, C.
V. Faizan. Hal.26
5)Serangan pemikiran untuk tujuan ilmiah :
Kaum orientalisten bergiat meneliti perihal ketimuran dengan
bersusahpayah,membuang tenaga dan umur yang amat berharga
oleh kerana didorong oleh semangat ingin tahu,cinta kepada perihal
ketimuran.Dr Mustafa Al-Siba’iy mengatakan sedikit yang bercita-
cita demikian iaitu yang didorong oleh dorongan ilmu
pengetahuan .Maksudnya mereka meneliti dan mempelajari perihal
ketimuran,didorong oleh ingin tahu tentang kemajuan bangsa-
bangsa Timur,agamanya,kebudayaannya dan bahasanya.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran),
Surabaya, C. V. Faizan. Hal.26
Ulasan :Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan
intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuklah
mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran serta terjemahannya,periwayatan hadis,
sunnah dan sirah Rasulullah.Golongan Orientalis mempersenda tradisi penulisan buku-
buku ilmiah karangan ulama muktabar,kaedah-kaedah fiqh yang tidak berkaitan dan
sebagainya. Melalui kajian, pemerhatian dan penyelidikan mereka yang cukup sistematik
membolehkan mereka menguasai hampir setiap disiplin penting dalam induk pengajian
ilmu-ilmu Islam. Ini akan memudahkan lagi usaha mereka menyerang dan meracuni
pemikiran umat Islam hari ini dalam segala aspek.Melalui metodologi ilmiah, wacana,
dialog dan penulisan akademik juga, mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan
dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku di dalam penulisan karya
agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut
mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian
umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya
terutamanya melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan mereka dari dalam dan
luar negara.

Prof. Tk. H. Ismail. Jakub S.H.-M.A. (1971),Orientalisme Dan


Orientalisten(Perihal Ketimuran Dan Para Ahli Ketimuran), Surabaya, C. V.
Faizan. Hal.26

Anda mungkin juga menyukai