Anda di halaman 1dari 29

KEMAHIRAN BERFIKIR

ARAS TINGGI (KBAT)


DALAM PDP GEOGRAFI
Kaedah yang boleh
digunakan melalui
pendekatan pengajaran
kemahiran berfikir
PENGENALAN
 KBAT telah diberi penekanan dalam PPPM 2013-2025.

 Hanya dapat dicapai dengan bantuan guru-guru dalam bilik darjah.

 Guru perlu memilih pendekatan yang berorientasikan kemahiran


berfikir iaitu

o pemikiran kritis dan kreatif


o kemahiran membuat keputusan
o penyelesaian masalah.
Mengikut Bloom (1956), KBAT melambangkan pemikiran yang kritikal,
logikal, reflektif, serta metakognitif dan pemikiran kreatif yang
dirangsangkan apabila berdepan dengan masalah dan soalan yang bukan
menjadi kebiasaan

KBAT memerlukan seseorang pelajar itu memanipulasi maklumat


dan idea yang mentransformasikan maksud dan implikasi maklumat
dan idea asal tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) mendefinisikan KBAT sebagai


keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
ELEMEN KBAT
 Kemahiran membuat aplikasi
 Menganalisis
 Mensentisis
 Menilai hujah
 Taakulan
 Refleksi
 Menyoal
 Menjana Idea baharu
 Mereka cipta
 Penyelesaian masalah
 Membuat keputusan yang tepat
7 ELEMEN PENERAPAN
KBAT
 PENTAKSIRAN- perubahan dalam pentaksiran
 PEDAGOGI – Perubahan dalam pendekatan
 KURIKULUM – Perubahan dalam pembelajaran
murid
 SUMBER – Menyediakan sumber KBAT
 KOKURIKULUM – KBAT dalam Kokurikulum
 LATIHAN – Latihan kepada semua yang terlibat
 SOKONGAN MASYARAKAT – Melibatkan
masyarakat dalam KBAT
MENTRANSFORMASIKAN KBAT
 Guru – perlu mengetahui dan mendalami pengetahuan mengenai elemen
KBAT

 Pendekatan pengajaran yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kelas

 Perubahan sikap ke arah positif iaitu menyokong sepenuhnya


transformasi pendidikan

 Berkolaborasi dengan semua pihak- ibu bapa, murid dan masyarakat


setempat.
MENTRANSFORMASIKAN KBAT
 Pelajar– diberi peluang dan ruang untuk memahami KBAT
dalam pdp di kelas.

 Pelajar diberi galakkan untuk cuba menjawab setiap soalan


KBAT yang dikemukakan daripada aras rendah hingga ke
seterusnya.
OVERVIEW KBAT
 KBAT bermaksud penggunaan minda secara
meluas bagi membolehkan murid melakukan
proses mentaksir, menganalisis atau
memanupulasikan maklumat untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah.
 Berbeza dengan kemahiran berfikir aras
rendah iaitu penggunaan pemikiran yang terhad.
OVERVIEW KBAT
 Dalam Taksonomi Bloom – KBAT berada ditahap
membuat aplikasi, analisis sentesis dan
penilaian.
 Kemahiran dalam KBAT pada dasarnya ialah
kemahiran berfikir kritis, kreatif, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan
EMAHIRAN BERFIKIR KRIT
 Melibatkan aktiviti membuat analisis, taakulan dan menganalisis
berasaskan bukti-bukti.

 Merujuk kepada pemikiran reflektif dan munasabah yang difokuskan


kepada usaha memutuskan sama ada sesuatu perkara boleh dipercayai
atau tidak dipercayai.

 Penguasaan pemikiran reflektif menyebabkan seseorang akan sedar


tentang pemikiran sendiri dan dapat mengaitkan idea dan pengalaman
lalu.
 Penggunaan cara-cara tertentu seperti memfokuskan kepada soalan,
menjawab soalan dengan jelas, memutuskan sama ada sesuatu
sumber berasas atau tidak, meneliti dan membuat keputusan seperti
laporan, kesimpulan,keputusan bernilai, mendefinisi tema,
mengenalpasti andaian dan membuat keputusan.

 Kebolehan membaca dan mendengar dengan teliti,menilai hujah,


mencari dan mengenal pasti andaian tersirat serta mengesan akibat.
KEMAHIRAN BERFIKIR
KREATIF
Terbentuk daripada empat kemahiran iaitu;-

 Kelancaran- kebolehan seseorang menjana idea yang


banyak.
 Fleksibel – kebolehan menghasilkan idea yang berbeza-
beza.
 Penghuraian - kebolehan memperluaskan dan
mengembangkan idea secara mendalam.
 Keaslian- kebolehan berfikir secara luar biasa dan
menggunakan sesuatu perkara denga cara berlainan.
KEMAHIRAN MEMBUAT
KEPUTUSAN
 Satu proses mental yang memerlukan seseorang
berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan yang terbaik.

Kandungannya;
 Mencadang, menganalisis, menilai pilihan meramal
terhadap pilihan yang dilakukan dan memilih
pilihan yang terbaik. Ini menjurus kepada
penyelesaian masalah.
STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI
MENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK BERFIKIR SECARA KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi

• Guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT.


• Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar
itu.

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?.


• Soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan
juga Penilaian.
• Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan'
STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI
ENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK BERFIKIR SECARA KBAT.

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah


• Aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. pelajar perlu menggunakan
kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang
bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

• Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi


membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan
mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan
membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor
serta kesan akibatnya.

• langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari


apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih
pilihan terbaik sebagai penyelesaian.
STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI
MENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK BERFIKIR SECARA KBAT.

3. Teknik Menyoal
• Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan
pelajar secara berkesan.

• Dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi
pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

• Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru
untuk menguasai teknik menyoal.

• Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu


maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif
dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Tujuan Teknik Penyoalan
• Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
• Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
• Menegaskan kepentingan isi
• Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
• Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
• Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
• Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI
MENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK BERFIKIR SECARA KBAT.

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks

• Buku teks yang disediakan sudah mengandungi aktiviti yang boleh


merangsang pemikiran aras tinggi.

• Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan
bagi pembelajaran tertentu.

• Gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk


pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT
STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI
MENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK BERFIKIR SECARA KBAT.

5. Pembelajaran Berasaskan Projek

Perbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).

• Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan


berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data,
menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

• Pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan. .
STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI
MENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK BERFIKIR SECARA KBAT.

6. Menggunakan Alat Berfikir


• Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan.

• Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam
melakukan sesuatu.

• Antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan


dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat
-Thnkers Keys
MODEL DAN PENDEKATAN
KBAT
 Penyelesaianmasalah
 Pendekatan penyebatian
 Pendekatan bercampur
 Soalan penyoalan beraras tinggi
 Pembelajaran inkuiri
 Sumbangsaran
 Pembelajaran koperatif dan konstruktivisme
NATIJAHNYA
 Memupuk minat murid untuk belajar
 Menyelesaikan masalah pembelajaran dalam kelas
 Peningkatan pencapaian akademik
 Berkeyakinan untuk menyoal
 Menggalakkan budaya berfikir murid
KBAT DAN PEMBELAJARAN
ABAD KE 21
• kemahiran pembelajaran dan inovasi (learning and innovation skills)

• kemahiran maklumat, media dan teknologi (information, media and


technology skills)

• kemahiran hidup dan kerjaya (life and career skills)


APAKAH ELEMEN-ELEMEN YANG
TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN ABAD
KE- 21?

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)


• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and
Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility
and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
APAKAH CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21?
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran &
pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi
mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
APAKAH CIRI-CIRI MURID ABAD KE-21?
•Berupaya membuat hubung-kait •Berani mencuba
• Bijak menyoal
•Mampu berfikir sendiri
•Yakin berkomunikasi
•Membuat inisiatif
• Mengambil risiko
•Mampu bekerja dengan
•Dahagakan ilmu
orang lain
•Ingin tahu
•Membuat perubahan
•Menjana idea
•Berintegriti
•Fleksibel
•Berkeperibadian tinggi
•Tidak berputus asa
•Mendengar dan membuat refleksi
 
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
PENUTUP

 SEBELUM PELAJAR BOLEH MENGUASAI


DAN MAHIR DALAM KBAT GURU-GURU
PERLU TERLEBIH DAHULU
MENGUASAINYA SUPAYA ASPIRASI DAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAPAT
DICAPAI.

Anda mungkin juga menyukai